32.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
Home Blog Page 81

Klinik STL 2025 bakal lahirkan bintang sepak takraw negara baharu

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Klinik Sepak Takraw League (STL) kembali untuk edisi 2025 dengan pendekatan lebih menyeluruh dan eksklusif, membawa misi memperkukuh pembangunan bakat sukan sepak takraw di peringkat akar umbi.

Program ini menyasarkan remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun sebagai kelompok sasaran utama, dengan objektif mencungkil serta menggilap potensi mereka untuk menjadi bintang pelapis negara.

Klinik STL 2025 menawarkan pengalaman latihan intensif dan pendedahan profesional kepada peserta dan buat pertama kalinya, mereka yang menunjukkan prestasi terbaik dari setiap lokasi akan berpeluang menyertai Kem Latihan Asas di Pusat Akademi Sepak Takraw Malaysia sebuah pusat pembangunan sukan pertama seumpamanya di negara ini.

Dilengkapi dengan fasiliti moden dan struktur latihan bertaraf tinggi, Pusat Akademi ini berfungsi sebagai hab latihan nasional untuk sukan sepak takraw.

Ia bukan sekadar sebuah pusat latihan, tetapi sebuah platform strategik untuk membentuk barisan atlet muda yang berpotensi, sejajar dengan hala tuju pembangunan sukan negara secara menyeluruh.

Peserta yang terpilih akan mendapat bimbingan rapi daripada jurulatih dan pemain kebangsaan melalui modul pembangunan profesional yang telah dirangka khusus bagi membentuk asas teknikal, disiplin, dan semangat kesukanan yang tinggi.

Klinik STL tahun ini bakal berlangsung di empat lokasi utama, yang turut merupakan gelanggang rasmi STL Premier, iaitu Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Pulau Pinang.

Menandakan pelancaran rasmi program, pendaftaran untuk sesi pertama kini dibuka di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, dan belia dari seluruh negara, tanpa mengira jantina, digalakkan untuk mendaftar segera bagi merebut peluang menyertai program pembangunan sukan ini yang amat berprestij.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, klinik STL adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Astro untuk memajukan sukan sepak takraw secara mampan.

“Musim ini, kami berkerjasama lebih erat dengan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bukan hanya dalam kejohanan kompetitif STL, malah dalam memperkukuh program pembangunan bakat melalui Klinik STL.

“Kami ingin mendekatkan sukan sepak takraw kepada belia serta memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman latihan bertaraf profesional di Pusat Akademi Sepak Takraw,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada CelcomDigi, penaja rasmi STL, atas komitmen yang berterusan dalam menyokong pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

“Kerjasama strategik ini membuktikan bahawa sinergi antara sektor korporat dan sukan mampu melahirkan generasi pelapis yang lebih kompetitif dan bersedia mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Kelestarian Astro, Foo Su Lynn berkata, Klinik STL adalah sebahagian daripada misi tanggungjawab sosial Astro melalui inisiatif Astro Kasih dalam memperkasa komuniti melalui platform sukan.

“Sukan ialah medium terbaik untuk menyatukan masyarakat, membentuk nilai-nilai murni serta mencungkil potensi generasi muda.

“Klinik STL adalah contoh nyata komitmen ESG Astro dalam menyokong pembangunan komuniti secara inklusif dan berterusan,” katanya.

Sebagai langkah memperluas capaian, Klinik STL 2025 turut menjelajah ke sekolah-sekolah terpilih di negeri Pahang dan Terengganu, termasuk kawasan luar bandar, bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat akses kepada latihan berkualiti.

Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tempat adalah terhad, dan pihak penganjur menyeru remaja di seluruh negara untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan tarikh dan lokasi Klinik STL di negeri-negeri lain, orang ramai boleh mengikuti laman media sosial rasmi STL di Instagram (@stl.my) dan Facebook (SepakTakraw League).

Dalam pada itu, peminat sukan tanah air juga dijemput untuk menyaksikan kehangatan aksi CelcomDigi STL 2025 yang kini sedang berlangsung dari 28 Mei hingga 7 September, dengan kesemua perlawanan disiarkan secara langsung di Astro Arena, melalui aplikasi Astro GO serta platform penstriman sooka.

Reen Rahim buktikan kejayaan milik semua, terima Anugerah Usahawan & aktres dikagumi

editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – “Kami berharap kejayaan kami membangunkan perniagaan ini memberi inspirasi kepada mereka yang sedang berusaha membangunkan jenama sendiri,” kata pelakon Reen Rahim.

Reen berkata demikian selepas terharu apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perniagaan Cemerlang Tahunan 2025 sempena Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025, yang berlangsung baru-baru ini.

Reen yang kini bergelar usahawan menerusi jenama Reen Rahim Hygiene Wash berkata, dia dan suami, Hazim Zainal memulakan perniagaan dari bawah dan tidak pernah berhenti berusaha membangunkan jenama produk penjagaan diri itu walaupun ada cabaran tersendiri.

“Kami sangat terharu dan bersyukur apabila terpilih menerima anugerah yang cukup berprestij ini.

“Trofi ini ibarat penguat semangat dan batu loncatan untuk kami tidak berputus asa dalam membantu masyarakat menerusi Reen Rahim Hygiene Wash.

“Kami juga berharap, kami dapat memberi inspirasi dan impak kepada masyarakat di luar sana untuk terus berusaha merealisasikan impian masing-masing. Kita semua bermula dari bawah dan bergerak terus.

“Saya tidak pandai bagi nasihat tetapi, tiada yang mustahil dalam hidup selagi kita berusaha dan berdoa kepada Tuhan.

“Jangan pernah abaikan impian anda. Teruskan bermimpi dan berdoa supaya dimakbulkan,” katanya.

Dalam majlis sama, Reen turut menerima Anugerah Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025 yang disifatkan sebagai penghargaan pertama sepanjang lebih 15 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni.

Sementara itu, Hazim berkata, kejayaan itu membuatkan mereka lebih berjiwa hamba dan percaya dengan doa serta restu ibu bapa, setiap apa yang dirancang akan dipermudahkan.

“Kami ini kerdil dalam dunia perniagaan tetapi dengan restu dan doa ibu bapa, akhirnya perniagaan kami membuahkan hasil. Tanpa mereka, tanpa reda Allah, kami mungkin telah berputus asa.

“Kalau ada yang tanya apa tips kejayaan, jangan lawan cakap isteri,” selorohnya.

Terdahulu, Reen turut berkongsi momen dirinya bersama suami menghadiri majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025 anjuran NiagaTimes kali kesembilan.

Untuk rekod, Reen dan Hazim mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2022.

Dr Cove Reluire perkenal duo pencerahan kulit mesra iklim Malaysia, dirumus pakar perubatan tempatan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Dalam landskap penjagaan kulit tempatan yang kian berkembang pesat, jenama Dr Cove Reluire tampil memperkukuh kehadirannya dengan menawarkan produk penjagaan diri yang diformulasi oleh pakar perubatan, diperakui halal, dan dihasilkan sepenuhnya di Malaysia.

Dengan pendekatan yang menitikberatkan kesederhanaan, keberkesanan dan keselamatan, Dr Cove Reluire terus melakar nama sebagai jenama penjagaan kulit yang memahami keperluan sebenar rakyat Malaysia.

Diasaskan pada tahun 2022, Dr Cove Reluire membawa misi yang jelas menyediakan solusi penjagaan kulit yang berpatutan, berkesan dan beretika, disokong oleh amalan bersih tanpa ujian ke atas haiwan serta bebas daripada bahan terubahsuai genetik (GMO).

Melalui pemilihan bahan semula jadi dan sintetik selamat, jenama ini menumpukan kepada penjagaan kulit yang menyokong kesejahteraan menyeluruh, sejajar dengan gaya hidup moden yang pantas.

Menurut pengasasnya, Dr. Vasumathy, keprihatinannya terhadap kesan isu kulit terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan individu menjadi pemacu utama dalam pembangunan jenama ini.

“Sebagai seorang doktor, saya telah melihat bagaimana masalah kulit boleh menjejaskan keyakinan dan kesihatan emosi seseorang.

“Justeru, saya ingin menawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang praktikal, selamat dan terbukti berkesan jenis produk yang saya sendiri yakin untuk sarankan kepada pesakit,” katanya.

Antara produk utama yang mendapat sambutan ialah rangkaian Brightening Duo, yang terdiri daripada Brightening Serum dan Brightening Body Lotion.

Rangkaian ini direka khusus untuk menangani masalah pigmentasi, kulit kusam dan kekeringan isu lazim dalam kalangan pengguna di Malaysia sambil kekal sesuai dengan iklim lembap tropika dan rutin harian yang sibuk.

Brightening Serum adalah serum ringan berkepekatan tinggi yang menyokong proses pembaharuan sel kulit dan mencerahkan tona kulit tidak sekata.

Diperkaya dengan Niacinamide, Sodium Hyaluronate serta gabungan bahan aktif berasaskan tumbuhan seperti Ekstrak Plum Kakadu, Akar Manis dan AHA daripada buah-buahan, formulasi ini membantu memperbaiki tekstur kulit, memberikan hidrasi mendalam dan memperkukuh lapisan perlindungan semula jadi kulit.

Ia amat sesuai digunakan setiap hari, terutamanya bagi individu yang mengalami kesan selepas jerawat atau hiperpigmentasi.

Sementara itu, Brightening Body Lotion pula menawarkan pendekatan 3-dalam-1 untuk penjagaan tubuh melembap, menenangkan dan mencerahkan kulit dalam satu aplikasi.

Diformulasi dengan AHA, ekstrak tumbuhan semula jadi dan pelembap biomimetik, losen ini mampu membantu kulit mengekalkan kandungan air sehingga 72 jam.

Kandungan seperti Niacinamide, Mentega Shea, Minyak Kelapa dan Minyak Biji Rosehip bertindak menambah kelembutan serta membantu membaiki kawasan kulit yang kasar atau tona tidak sekata.

Ia juga membantu mengurangkan kehilangan air melalui permukaan kulit dengan membentuk lapisan pelindung yang berkesan.

Dengan sambutan positif dan pengembangan yang semakin pesat ke pelbagai kawasan baharu, Dr Cove Reluire kekal konsisten dalam visinya untuk memperkasakan individu melalui penjagaan kulit yang dirumus secara teliti, dihasilkan secara beretika, dan disesuaikan dengan keperluan kecantikan harian.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Brightening Serum (30ml) pada harga RM68 dan Brightening Body Lotion (180ml) pada harga RM45, maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi drcove-skincare.com, atau menerusi platform Shopee dan TikTok Shop.

Festival Muzik OOO 2025 tawar gabungan hiburan, teknologi dan gaya hidup

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur bakal bergema dengan dentuman irama pelbagai genre apabila Festival Muzik OOO 2025 dianjurkan secara rasmi pada 1 Julai ini di Heritage Valley.

Festival ini, hasil kerjasama antara OPPO dan Warner Music Malaysia, menjanjikan pengalaman muzik luar biasa dengan barisan artis ternama tanah air, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab hiburan dan kreativiti.

Festival yang dinanti-nantikan ini bakal menyatukan tenaga luar biasa dari genre pop, hip-hop, indie dan rock melalui persembahan langsung oleh nama-nama besar seperti Noh Salleh, MASDO, Bunga, Luqman Podolski, Zynakal, TUJU, Naki, emptypage., Iman Troye, FUGŌ, Jo Vynn, Priscilla Abby dan Steadygang.

Dengan permulaan acara pada jam 6 petang dan berakhir sekitar 11.30 malam, festival ini bukan sekadar persembahan muzik semata-mata, malah menjadi medan sambutan gaya hidup yang menggabungkan hiburan, teknologi dan interaksi digital.

Bagi kumpulan MASDO, festival ini membawa makna istimewa apabila mereka menyifatkan ia sebagai pentas pemanas badan menjelang konsert besar mereka sempena ulang tahun ke-10 penglibatan dalam industri muzik tanah air yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos akan datang.

“Kami teruja untuk turut serta dalam Festival Muzik OOO 2025 kerana melihat senarai artis yang turut menjayakan acara ini memang luar biasa.

“Ia satu peluang yang rugi jika dilepaskan. Kami juga menganggap festival ini sebagai medan pemanas badan sebelum beraksi dalam konsert solo kami tidak lama lagi.

“Insya-Allah, ada kejutan yang akan kami umumkan untuk para peminat yang hadir,” kata Ali, mewakili anggota kumpulan MASDO, Ceri dan Mawi.

Festival ini turut menjadi pentas pelancaran rasmi siri baharu telefon pintar OPPO Reno, menjadikan acara ini lebih daripada sekadar hiburan ia satu sambutan teknologi, kreativiti dan keterhubungan yang menyeluruh.

Gabungan muzik dan inovasi ini dijangka membuka dimensi baharu dalam pengalaman hiburan tempatan.

Pengarah A&R Warner Music Malaysia, Raqeem Brian berkata, pihaknya melahirkan rasa teruja terhadap penganjuran festival ini yang pertama kali diadakan bagi meraikan bakat luar biasa artis-artis tempatan.

“Festival Muzik OOO 2025 bukan sekadar sebuah konsert, ia adalah perayaan budaya moden yang menyatukan masyarakat melalui muzik, kreativiti dan inovasi.

“Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan OPPO dalam usaha mengetengahkan artis-artis hebat tempatan kepada khalayak yang lebih luas,” katanya.

Selain persembahan muzik, festival ini turut menyediakan pelbagai elemen pengalaman menarik seperti gerai makanan dan minuman, serta pameran interaktif daripada jenama-jenama terbabit.

Antaranya termasuk Proton e.MAS yang bekerjasama dengan OPPO dalam menghasilkan siri kandungan digital khas bertajuk Roda Karaoke sebuah rancangan video gaya ‘carpool karaoke’ yang menampilkan artis-artis festival seperti Bunga, MASDO, Noh Salleh dan FUGŌ.

Kandungan ini memberikan peluang kepada peminat untuk melihat sisi santai artis kegemaran mereka sambil menonjolkan rekaan dan ciri terkini model kenderaan Proton e.MAS.

Pengunjung festival turut berpeluang melihat kereta berkenaan secara dekat melalui booth pameran khas yang disediakan.

Dengan harga tiket serendah RM50, Festival Muzik OOO 2025 menawarkan satu malam yang bukan sahaja dipenuhi dengan irama dan persembahan bertenaga, tetapi juga pelbagai elemen gaya hidup yang mencerminkan semangat generasi masa kini.

Bagi peminat setia muzik tempatan, ini adalah acara yang tidak wajar dilepaskan menyatukan bintang paling berpengaruh dan mencipta kenangan yang akan dikenang sepanjang tahun.

Pencapaian pendidikan tinggi perlu diperkasa di mata umum -MQA

editormaxinfo@gmail.com

SEPANG – Kejayaan institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan perlu diketengahkan secara meluas kepada masyarakat bagi menangkis persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan mutu pendidikan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, banyak pencapaian cemerlang yang telah dicapai oleh universiti dan institusi pengajian tinggi di Malaysia masih belum mendapat perhatian sewajarnya daripada masyarakat umum.

Beliau berkata, masyarakat sering kali tidak menyedari prestasi luar biasa IPT negara, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Katanya, kekurangan pendedahan terhadap pencapaian ini menyebabkan wujudnya tanggapan kurang tepat bahawa kualiti pendidikan tinggi negara semakin merosot, sedangkan realitinya adalah jauh lebih membanggakan.

“Mutu pendidikan tinggi kita telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Kualiti universiti dan institusi kita terbukti melalui penarafan global yang diberikan oleh badan-badan penilai antarabangsa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar pencapaian sektor pendidikan tinggi dipromosikan secara lebih aktif melalui platform rasmi dan media sosial institusi.

Langkah ini dilihat penting bagi memastikan rakyat dapat menilai dan memahami kekuatan sebenar pendidikan tinggi negara.

“Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), agensi-agensi di bawahnya serta IPT sendiri telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan pembaharuan yang harus dikongsi bersama masyarakat.

“Ini juga selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, yang mahu meningkatkan keterlihatan sektor pendidikan tinggi Malaysia di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa,” katanya semasa menghadiri majlis perasmian Hari TVET Negara di Melaka, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad Shatar turut menekankan kepentingan memperkukuh persepsi terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata, sudah tiba masanya masyarakat mengubah pandangan bahawa TVET adalah pilihan kedua berbanding pendidikan akademik konvensional.

Katanya, kualiti program-program TVET kini telah meningkat seiring dengan kehendak industri dan pasaran kerja, malah kadar kebolehpasaran graduan dalam bidang ini kini mencecah lebih 98 peratus.

Menurutnya, angka ini, membuktikan bahawa tenaga kerja berkemahiran tinggi mendapat permintaan yang amat tinggi.

“Sekiranya pencapaian sektor TVET ini tidak didedahkan, masyarakat akan terus mengekalkan tanggapan lama bahawa TVET adalah kurang bernilai.

“Kita tidak boleh membiarkan persepsi lapuk ini berterusan. TVET kini berdiri setaraf dengan program akademik dan membuka peluang kerjaya yang luas kepada generasi muda,” katanya.

Tambahnya, sudah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak daripada kementerian, institusi, sehingga kepada masyarakat untuk menyokong dan memartabatkan sistem pendidikan negara.

Dengan mempromosikan kejayaan yang telah dicapai, sektor pendidikan tinggi Malaysia bukan sahaja dapat meraih keyakinan masyarakat, malah mampu menonjol di pentas dunia.

Kewpie Malaysia sambut 100 tahun mayonis Jepun dengan kerjasama kulinari dan pendidikan

editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Kewpie Malaysia Sdn. Bhd., jenama yang sinonim dengan mayonis dan dressing premium, kini meraikan ulang tahun ke-100 Kewpie Mayonis.

Ini adalah satu peristiwa penting yang menandakan seratus tahun inovasi rasa, kualiti terjamin dan inspirasi kulinari sejak penubuhannya di Jepun.

Menerusi pelbagai inisiatif kreatif dan kolaborasi tempatan, sambutan ini turut mencerminkan komitmen Kewpie untuk memperkukuh warisan gastronominya sambil menyemai bakat tempatan di Malaysia.

Dilancarkan buat pertama kalinya di Jepun pada tahun 1925 oleh pengasasnya, Toichiro Nakashima, Kewpie Mayonis dihasilkan berlandaskan misi untuk mempertingkatkan kualiti pemakanan dan mempromosikan gaya hidup sihat.

Dengan tekstur yang kaya dan berkrim serta rasa umami yang unik, produk ini telah menawan hati pengguna di seluruh Asia dan kini di peringkat global.

Kehadiran Kewpie di Malaysia sejak tahun 2009 memperlihatkan pertumbuhan yang berterusan dan penerimaan yang kukuh di kalangan pengguna tempatan.

Produk-produk Kewpie di Malaysia juga diperakui halal, selari dengan keperluan pasaran tempatan yang semakin menitikberatkan piawaian pemakanan.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ini, Kewpie Malaysia telah melancarkan Peraduan Mayonis 100 Tahun Kewpie, satu inisiatif menarik yang mengajak rakyat Malaysia untuk mengekspresikan kreativiti mereka di dapur.

Peserta dikehendaki menyediakan hidangan ciptaan sendiri menggunakan Kewpie Mayonis Gaya Jepun, serta berkongsi foto dan video pendek penyediaan mereka di media sosial dengan hashtag #KewpieIt100 dan tag @KewpieMalaysia.

Penyertaan turut perlu dihantar melalui Mesej Langsung (DM) bagi tujuan pengesahan.

Peraduan yang berlangsung dari 31 Mei hingga 24 Ogos 2025 ini menawarkan hadiah utama berupa percutian ke Jepun tempat asal usul Kewpie selain hadiah eksklusif lain dan pengiktirafan sebagai antara peminat paling kreatif jenama ini.

Inisiatif ini turut sejajar dengan kempen ulang tahun global Kewpie yang merangkumi lawatan trak makanan ke seluruh Jepun, barangan edisi khas, dan pengalaman unik di muzium khas “Mayo Terrace” di Tokyo.

Lebih menarik, Kewpie Malaysia turut mengadakan kerjasama kulinari eksklusif bersama restoran popular Fei Fei Crab, dalam menghasilkan menu istimewa yang menggabungkan keaslian rasa Jepun dengan cita rasa tempatan Malaysia.

Hasil kolaborasi ini memberikan peluang kepada pengunjung menikmati ciptaan masakan fusion yang mengangkat keunikan mayonis Kewpie dalam sajian moden tempatan.

Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia, Shimpei Okada berkata, sambutan ini bukan sekadar meraikan kejayaan lampau, tetapi juga menandakan komitmen masa depan jenama terhadap komuniti dan inovasi tempatan.

“Kami berbesar hati untuk meraikan 100 tahun Kewpie Mayonis bersama-sama dengan rakan kongsi kami dalam bidang pendidikan dan kulinari tempatan.

“Di Kewpie, kami percaya kepada kuasa makanan dalam menghubungkan manusia dan budaya.

“Acara ini bukan hanya memperingati sejarah kami, tetapi juga mencetus inspirasi untuk generasi cef dan inovator makanan akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, kerjasama erat antara Kewpie Malaysia dan Universiti SEGi turut memperkukuh aspek pendidikan dalam sambutan ini.

Melalui projek dunia sebenar dan penggunaan kreatif produk Kewpie dalam kurikulum, pelajar mendapat pendedahan secara langsung terhadap industri makanan dan peluang untuk mengasah kreativiti mereka dalam persekitaran sebenar.

Usaha ini mencerminkan sokongan jangka panjang Kewpie terhadap pembangunan bakat muda dan penglibatan komuniti pendidikan.

Menjelang penutupan tahun ke-100 ini, Kewpie Malaysia menegaskan semula janjinya untuk terus menjadi peneraju dalam inovasi makanan, sambil mengekalkan nilai inklusif dan hubungan bermakna bersama pengguna.

Sama ada melalui resipi baharu yang berani, kempen yang melibatkan belia, atau pengalaman budaya di Jepun, jenama ini terus menginspirasi satu titisan mayonis pada satu masa.

“Basstamam”, lagu debut Syed Iqbal bersama Masyhur raih perhatian sebelum pelancaran rasmi

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyanyi baharu yang semakin mendapat perhatian, Syed Iqbal, kini secara rasmi menyertai label muzik berteraskan keislaman, Masyhur di bawah naungan Universal Music Malaysia.

Langkah ini menandakan permulaan baharu dalam kerjayanya sebagai artis rakaman profesional yang beraspirasikan nilai spiritual dan ketenangan jiwa.

Menampilkan single sulung berjudul Basstamam, lagu ini diangkat sebagai karya pembukaan yang mengetengahkan tema kedamaian dan kebahagiaan dalam menempuh cabaran hidup.

Sebelum pelancaran rasminya lagi, Basstamam sudah pun mencuri perhatian ramai di media sosial, khususnya di TikTok dan Instagram, dengan ribuan ciptaan kandungan oleh peminat yang menjadikan lagu ini sebagai latar inspirasi.

Lagu berkenaan adalah hasil ciptaan Amir Hufaz dan Wan Saleh, manakala liriknya ditulis oleh Abdulkarim Al Ali bersama Wan Saleh.

Basstamam membawa mesej menyentuh jiwa ia mengajak pendengar untuk menghargai momen kebersamaan dengan insan tersayang, sama ada keluarga, sahabat mahupun pasangan, sambil melepaskan tekanan kehidupan yang menghimpit.

Bagi Syed Iqbal sendiri, pengalaman merakamkan lagu ini menjadi titik penting dalam perjalanan seninya.

Walaupun sedikit gementar pada awalnya, beliau menyifatkan proses rakaman sebagai sesuatu yang menggembirakan dan tidak mengambil masa lama.

“Mula-mula saya takut kalau ada tekanan sewaktu rakaman, tapi lama-kelamaan saya dapat catch up dan berasa sangat gembira.

“Paling membanggakan, saya hanya perlukan dua jam sahaja untuk siapkan rakaman lagu ini,” katanya dengan penuh semangat.

Susunan muzik yang diatur dengan penuh teliti oleh Wan Saleh dan diterbitkan bersama Amir Hufaz dan Wan Saleh memberi sentuhan yang mendamaikan.

Basstamam disusun dalam gaya yang tenang dan penuh perasaan, menjadikannya sesuai untuk didengar dalam suasana santai atau saat-saat merenung makna kehidupan.

Syed Iqbal berkata, dia berharap lagu ini akan memberi ketenangan kepada jiwa-jiwa yang sedang diuji.

“Saya harap pendengar dapat benar-benar menghayati setiap bait lirik dan menikmati rasa basstamam itu dalam hati.

“Kita semua perlukan ketenangan, dan lagu ini diharap menjadi pengubat kepada jiwa yang sedang mencari damai,” katanya.

Video muzik bagi lagu ini turut dirakam dalam suasana mencabar, termasuk penggambaran di kawasan berbukit dari pagi hingga ke petang.

Namun begitu, Syed Iqbal meluahkan rasa syukur dan teruja atas kerjasama serta semangat yang ditunjukkan oleh pasukan produksi.

“Kami perlu panjat bukit dan shooting dari pagi sampai ke petang. Tapi dengan pasukan yang sangat supportive, saya berasa sangat bersemangat untuk menjayakan MV ini,” katanya.

Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pasukan kreatif di belakang tabir juga menjadi kekuatan dalam penghasilan Basstamam.

“Semua yang terbabit sangat sporting dan mudah dibawa berbincang. Saya benar-benar menghargai komitmen mereka,” katanya lagi.

Menariknya, sebelum pelancaran rasmi, lagu ini telah mencipta fenomena tersendiri di media sosial dengan lebih 20,000 ciptaan di TikTok dan lebih 2,000 di Instagram.

Pengguna media sosial telah mencetuskan trend yang dikenali sebagai ‘Wahai Bulan Purnama’, iaitu trend peralihan visual yang memaparkan transformasi diri ke arah versi yang lebih positif dan berkeyakinan.

Basstamam kini boleh dinikmati di semua platform penstriman digital.

Video muzik rasmi lagu ini juga telah dimuat naik ke saluran YouTube rasmi Masyhur.

Dengan mesej yang menyentuh perasaan serta susunan muzik yang tenang dan penuh makna, Basstamam dijangka terus meraih tempat dalam hati pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat.

Tan Chong perkenal pembantu maya insurans berasaskan AI, MONA dan KYRA kini dilancarkan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Dalam langkah signifikan ke arah transformasi digital, Tan Chong Insure dan GoInsuran memperkenalkan dua pembantu maya insurans berasaskan kecerdasan buatan (AI), dikenali sebagai MONA dan KYRA.

Inisiatif ini dibangunkan dengan kerjasama GoCar Technologies dan Golly CRM, bertujuan mentransformasikan pengalaman pengguna dalam menguruskan perlindungan insurans secara lebih lancar, cepat dan mesra pengguna.

Pembantu maya pintar ini direka untuk beroperasi sepanjang masa, memberikan maklum balas serta-merta melalui perbualan dalam talian yang menyerupai interaksi manusia sebenar.

Keupayaan mereka untuk bertutur dalam tiga bahasa utama Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin juga membolehkan pengguna beralih bahasa secara fleksibel semasa sesi perbualan.

Melalui penggunaan teknologi canggih, MONA dan KYRA berfungsi memudahkan pelanggan dalam pelbagai aspek insurans, termasuk membuat pilihan perlindungan tambahan seperti cermin hadapan dan perlindungan banjir, memperbaharui polisi dengan mudah, serta memberi panduan yang jelas untuk setiap langkah yang perlu diambil.

Selain itu, mereka juga mampu mengurus pertanyaan kompleks dengan merujuk kepada ejen sebenar apabila perlu, di samping mengumpulkan maklumat pelanggan secara automatik dan mematuhi sepenuhnya garis panduan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Ketua Tan Chong Insure, Joshua Yong berkata, pelancaran ini menandakan lebih daripada sekadar usaha automasi.

Ia mencerminkan usaha untuk menyatukan kecekapan digital dengan sentuhan kemanusiaan.

“Inisiatif ini bukan sekadar automasi, tetapi mengenai menyatukan keprihatinan manusia dengan kecekapan teknologi.

“Matlamat utama kami adalah memastikan setiap pelanggan rasa disokong, sama ada mereka berada dalam talian, luar talian, atau di mana-mana sahaja.

“MONA dan KYRA menjadi jambatan antara kemudahan dan keterhubungan dalam masa depan insurans,” katanya.

MONA, singkatan kepada My Online Needs Assistant, diinspirasikan oleh nilai empati dan keprihatinan pasukan Tan Chong.

Ia direka untuk memberikan layanan pelanggan yang mesra dan pantas, membolehkan ejen insurans memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih kompleks.

Sementara itu, KYRA, atau Know Your Right Answer, menumpukan kepada ketepatan dan kejelasan maklumat, memudahkan pelanggan membuat keputusan mengenai insurans kenderaan dengan jawapan yang tepat dan mudah difahami.

Kedua-dua pembantu maya ini kini boleh diakses melalui laman rasmi www.tanchonginsure.com dan www.goinsuran.com, manakala pengguna yang ingin mendapatkan sebut harga serta-merta boleh berbuat demikian melalui pautan getquote.goinsuran.com.

Dalam era baharu industri insurans yang semakin cenderung kepada digitalisasi, MONA dan KYRA muncul sebagai wajah mesra teknologi yang membantu membentuk pengalaman pelanggan yang lebih efisien dan berfokuskan keperluan pengguna.

Pelancaran ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan Tan Chong terhadap inovasi yang memberi nilai sebenar kepada pelanggan.

“Walaupun kami mungkin bukan yang pertama memperkenalkan AI dalam sektor insurans, fokus utama kami adalah pada penyampaian nilai sebenar.

“Dengan MONA dan KYRA, kami bergerak melangkaui automasi biasa, menuju kepada penglibatan pelanggan yang lebih bijak, bermakna dan berkesan,” katanya.

Pelancaran ini mengukuhkan lagi peranan Tan Chong sebagai pelopor dalam landskap insurans digital di Malaysia, dengan pendekatan yang bukan sahaja memudahkan akses, tetapi juga memperkayakan pengalaman pengguna melalui teknologi pintar yang memahami keperluan pelanggan masa kini.

Stitch bawa suasana tropika ke Pavilion Kuala Lumpur sempena cuti sekolah

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Musim cuti sekolah kali ini menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan keceriaan apabila Pavilion Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi sebuah syurga tropika yang diinspirasikan daripada dunia Disney’s Lilo & Stitch.

Bersempena dengan kempen ‘Aloha Summer’ dan sempena tayangan semula versi aksi nyata Lilo & Stitch, pusat beli-belah ikonik ini mengundang pengunjung dari pelbagai lapisan usia untuk menikmati pengalaman interaktif yang menampilkan watak ikonik Stitch, bermula sekarang hingga 15 Jun 2025.

Pop-up istimewa ini menghidupkan kembali kisah pengembaraan makhluk biru yang nakal itu melalui pelbagai pemasangan interaktif, aktiviti menarik, barangan eksklusif serta peluang bergambar yang pasti mencuit hati pengunjung.

Pavilion Kuala Lumpur bukan sahaja menjadi destinasi beli-belah, malah berubah menjadi pentas kenangan yang menggabungkan elemen nostalgia, hiburan, dan kasih sayang keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif (Runcit) Pavilion Kuala Lumpur, Dato’ Joyce Yap berkata, kerjasama dengan Disney kali ini memberi sentuhan istimewa yang menyentuh emosi dan menghidupkan semula kenangan manis bagi ramai pengunjung.

“Kempen ‘Aloha Summer’ ini membawa semangat ceria Stitch ke seluruh pusat beli-belah kami.

“Ia adalah gabungan sempurna antara pengembaraan, kenakalan dan kasih sayang yang menjadikan kisah Stitch begitu istimewa.

“Kami percaya pendekatan ini bukan sahaja menghiburkan, malah menyatukan keluarga dan komuniti dalam suasana yang menyeronokkan,” katanya.

Di Centre Court Pavilion Kuala Lumpur, pengunjung akan disambut dengan dekorasi bertema tropika yang meriah, menampilkan persekitaran seakan-akan pulau tempat tinggal Stitch.

Pelbagai booth pop-up turut menghiasi ruang, antaranya oleh Parkson yang menawarkan barangan Stitch boleh diubah suai, Miniso dengan mesin layan diri bertema Stitch, serta Metapark yang mempamerkan koleksi eksklusif bertemakan Stitch.

Selain itu, peminat LEGO turut berpeluang menyaksikan figura Stitch dalam bentuk blok LEGO yang dipamerkan di Spanish Steps.

Di kawasan Connection pula, Watsons menghadirkan pop-up bertema Lilo & Stitch yang menawarkan produk edisi terhad, hadiah tropika dan kejutan menarik sepanjang pengalaman membeli-belah.

Bagi pemegang kad Maybank, pelbagai keistimewaan turut ditawarkan termasuk peluang untuk mendapatkan pouch berbulu, kotak misteri rantai kunci Stitch, dan beg tote edisi khas.

Joyce berkata, usaha ini mencerminkan komitmen Pavilion Kuala Lumpur dalam menyediakan pengalaman luar biasa kepada pengunjung.

“Kami sentiasa berusaha mencipta detik bermakna yang mampu menjadikan pengalaman membeli-belah sebagai memori indah buat seisi keluarga.

“Apabila keluarga tertawa bersama menyaksikan keletah Stitch atau berkongsi keajaiban suasana tropika ini, mereka sebenarnya sedang membina kenangan yang akan diceritakan dari generasi ke generasi. Inilah keajaiban sebenar yang ingin kami wujudkan,” katanya.

Menambah kemeriahan sambutan, Pavilion Kuala Lumpur turut menganjurkan pelbagai aktiviti hiburan eksklusif sepanjang tempoh ‘Aloha Summer’.

Ini termasuk persembahan ukulele oleh Ferris Music, persembahan tarian Latin Breeze in Hawaii, persembahan K-pop musim panas oleh Q-girls, bengkel kanak-kanak oleh Curiouser London serta sajian pencuci mulut dari Frost N Bites  semuanya direka bagi mencipta suasana yang penuh keriangan dan pembelajaran untuk seisi keluarga.

Sama ada anda adalah peminat lama Stitch atau baru sahaja jatuh cinta dengan keletahnya, Pavilion Kuala Lumpur menjanjikan pengembaraan tropika yang mengasyikkan untuk semua.

Raikan musim cuti ini dengan semangat kekeluargaan, keceriaan dan keseronokan bersama Stitch hanya di Pavilion Kuala Lumpur.