32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
Home Blog Page 147

‘Apa Artinya Aku’, kolaborasi epik Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini dan Ziva Magnolya

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Maestro lagu cinta terkenal, Yovie Widianto, kembali dengan sebuah kolaborasi luar biasa bersama tiga penyanyi muda berbakat dari Indonesia; Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya.

Lagu terbaru mereka, yang diberi judul “Apa Artinya Aku”, adalah karya istimewa yang digubah oleh Arsy Widianto dan diterbitkan oleh Yovie Widianto khas untuk trio LTZ.

Lagu ini mengisahkan tentang cinta yang tidak berbalas, di mana seseorang terperangkap dalam perasaan cinta yang mendalam namun hanya dianggap sebagai pilihan kedua oleh orang yang dicintainya.

“Cerita lagu ini sebenarnya agak ringkas, ia tentang cinta tidak berbalas. Seseorang menyimpan perasaan dan menunggu dengan penuh harapan, tetapi akhirnya kecewa kerana hanya menjadi ‘pilihan kedua’. Tema utama lagu ini berkisar tentang kekecewaan dan kesedihan,” kata Arsy Widianto, komposer lagu ini.

Yovie Widianto berkata, pemilihan Lyodra, Tiara, dan Ziva sebagai penyanyi utama dibuat atas kehebatan vokal mereka yang luar biasa.

“Semasa rakaman bersama Arsy Widianto dan pengarah vokal Mas Bowo serta Dennys Nussy, penghayatan Lyodra, Tiara, dan Ziva benar-benar menyentuh perasaan.

“Walaupun terdapat cabaran pada bahagian ‘bridge’ lagu, suara mereka tetap kedengaran indah dan penuh dengan keunikan,” kata Yovie.

“Tidak ada yang meragui kemampuan vokal mereka. Mereka adalah antara penyanyi muda terbaik dalam industri muzik hari ini.

“Saya sangat menghargai karakter vokal mereka dan tahu bagaimana lagu ini harus disampaikan mengikut keunikan masing-masing,” tambahnya.

Lagu ini bukanlah kali pertama mereka bekerjasama. Sebelum ini, Lyodra, Tiara, dan Ziva turut bersama Yovie Widianto dalam single “Menyesal” yang dilancarkan pada 3 Mac 2023, sebagai sebahagian daripada projek album Yovie & His Friends di bawah Universal Music Indonesia.

Single terbabit mencatatkan kejayaan besar dengan lebih 140 juta penstriman di Spotify dan 57 juta tontonan di YouTube.

Selain itu, ketiga-tiga mereka juga telah merakamkan lagu #TerlanjurMencinta pada tahun 2020 dengan tiga versi berbeza: “Mengapa Kita #TerlanjurMencinta” (Lyodra), “Maafkan Aku #TerlanjurMencinta” (Tiara), dan “Tak Sanggup Melupa #TerlanjurMencinta” (Ziva).

Dalam single “Apa Artinya Aku”, Yovie Widianto sekali lagi bekerjasama dengan anaknya, Arsy Widianto, sebagai komposer. Susunan muzik pop balada yang indah, dengan alunan piano, ‘strings section’, dan vokal harmonis, menjadikan lagu ini sebuah karya yang sangat menyentuh hati.

Video muzik untuk lagu ini turut dihasilkan dengan penuh teliti, menampilkan jalan cerita yang mendalam, pemilihan pakaian yang menarik, serta visual sinematik yang memukau.

Video muzik ini diarahkan oleh Jessy Sylviani dan Bobby Adrian V, dengan Michelle Ziudith sebagai pelakon utama, yang berjaya menghidupkan watak wanita yang kecewa kerana tidak dianggap sebagai pilihan utama dalam percintaan.

“Saya berharap lagu ini dapat diterima dengan baik oleh peminat muzik dan memberi kekuatan kepada mereka yang pernah melalui pengalaman serupa seperti yang diceritakan dalam lagu ini,” kata Yovie.

Single “Apa Artinya Aku” kini boleh didapati di semua platform digital, dan video muziknya sudah boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Yovie Widianto.

PNB umum agihan ASB 5.50 Sen, bonus 0.25 Sen – tertinggi dalam lima tahun

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan yang membanggakan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit, bersama dengan bonus 0.25 sen seunit.

Agihan dana utama ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM10.1 bilion yang akan memanfaatkan lebih daripada 11.1 juta pemegang unit di seluruh negara.

Dengan pengumuman ini, PNB mencatatkan agihan dividen yang paling kukuh dalam tempoh lima tahun terakhir, mencerminkan prestasi cemerlang ASB.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, dalam kenyataannya berkata, rekod prestasi yang kukuh ini mencerminkan kekuatan dan daya saing Dana Harga Tetap ASNB, yang sejajar dengan matlamat PNB untuk memperkukuh kedudukan kewangan rakyat Malaysia, merentasi generasi.

“Dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit pada tahun ini jelas menunjukkan peningkatan ketara berbanding 5.25 sen seunit yang diagihkan pada 2023.

“Sejak penubuhannya, jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB kini mencecah RM196.5 bilion,” kata Raja Arshad.

Peningkatan prestasi ASB tahun ini banyak didorong oleh pelaksanaan strategi kepelbagaian aset PNB serta pertumbuhan positif pasaran ekuiti Malaysia.

Keadaan ekonomi negara yang teguh serta pengukuhan nilai Ringgit turut memberi impak positif terhadap prestasi pelaburan ASB.

Berdasarkan data terkini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 berbanding 3.3 peratus pada suku yang sama tahun lalu, dengan sektor-sektor utama seperti perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Peningkatan ini juga disokong oleh pengukuhan Ringgit yang meningkat sebanyak 14.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai tambahan, Bursa Malaysia KLCI mencatatkan kenaikan 10.0 peratus, berikutan pemulihan pasaran selepas prestasi lemah yang berlaku selama sedekad.

Walaupun terdapat ketegangan geopolitik dan cabaran perdagangan global, Raja Arshad menjelaskan bahawa persekitaran makroekonomi Malaysia kekal positif, disokong oleh permintaan domestik yang stabil, kadar faedah yang menggalakkan, serta peningkatan pelaburan asing.

Ini adalah hasil daripada inisiatif kerajaan Malaysia seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang dilihat telah menarik minat pelabur asing.

Dengan pengumuman ini, PNB sekali lagi menegaskan komitmennya dalam memberikan pulangan yang baik kepada pemegang unit, serta terus menjadi peneraju utama dalam industri pengurusan dana di Malaysia.

Komited perkukuh kedudukan, As Safa Travels & Tours tawar pakej umrah 2025 mampu milik

editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Terus memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan umrah dan haji di Malaysia, As Safa Travels & Tours Sdn Bhd melancarkan kempen terbaru mereka untuk tahun 2025.

Menerusi pelancaran itu, ia akan diterajui oleh figura terkenal dalam industri umrah dan haji, Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar merangkap Pengarah Eksekutif As Safa Travels & Tours.

Memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam menguruskan perjalanan Umrah dan Haji, Md Roslan berkata, sejak 4 tahun ditubuhkan, mereka terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada pelanggan.

“Dengan slogan kami “Pergi Selamat, Pulang Selamat” kami berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua jemaah.

“Menerusi konsep perjalanan premium yang ditawarkan, kami sangat mengutamakan kepuasan pelanggan serta keselamatan mereka sepanjang perjalanan.

“Kami tidak sekadar menawarkan perkhidmatan, tetapi bertanggungjawab dalam memastikan ibadah jemaah berjalan lancar dan diterima Allah. Dengan izin-Nya, kami akan berusaha melaksanakan setiap amanah dengan penuh keikhlasan.

“Untuk kempen yang ditawarkan bagi tahun 2025, kami berharap semua orang mampu ke tanah suci untuk melakukan ibadah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar As Safa Travels & Tours, Mohammad Ahyat Md Roslan berkata, As Safa Travels & Tours telah menetapkan mereka sebagai syarikat yang komited dalam menyediakan perkhidmatan Umrah dan Haji bertaraf premium.

“As Safa akan terus komited memastikan setiap jemaah bukan sahaja dapat melaksanakan ibadah mereka dengan sempurna tetapi juga membawa pulang kenangan dan ketenangan hati.

“Kepercayaan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami berharap dapat menjangkau lebih ramai masyarakat, termasuk di kawasan bandar dan luar bandar untuk sama-sama menyertai kami.

“Dengan nilai integriti, pengalaman yang terbukti, dan tumpuan kepada kepuasan pelanggan, syarikat ini akan terus melangkah ke hadapan.

“Kami yakin, As Safa Travels adalah pilihan yang tepat. Menerusi pakej yang dirancang teliti dan sokongan pasukan berpengalaman, syarikat akan terus berdedikasi memastikan setiap jemaah melangkah ke Tanah Suci dengan hati yang tenang,” katanya.

Pakej Umrah Ekonomi 2025

  • Harga: RM 5,990
  • Durasi: 8 Hari 10 Malam
  • Penerbangan: Air Arabia (Setaraf)
  • Penginapan:
    • Hotel Madinah: 200 Meter (Full board)
    • Hotel Mekah: 1 KM (BB)
  • Tarikh: 5-14 Februari & 10-19 April (Syawal)
  • Mutawwif: Ustaz Roslan

Pakej Badal Haji 2025

  • Harga: RM 5,500 (Terhad kepada 50 peserta sahaja)
  • Inklusi:
    • Sijil Badal Haji
    • Air Zamzam
    • Sejadah
    • Minyak Wangi

“Strike: Silat Cult Master”,  gabung silat dan fiksyen moden dalam filem aksi Malaysia

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Dunia seni mempertahankan diri, khususnya silat, kembali diperkasakan dalam industri perfileman Malaysia menerusi filem terbaru, Strike: Silat Cult Master.

Naskhah ini adalah sebuah karya yang menggabungkan aksi silat dengan elemen fiksyen moden, menawarkan kelainan dalam genre filem aksi yang semakin popular.

Penerbit dan pengarah filem ini, Mallory Lee, menjelaskan bahawa Strike: Silat Cult Master tercetus daripada inspirasi permainan video arked pertempuran yang terkenal pada era 90-an.

“Jalan ceritanya cukup ringkas, namun saya lebih fokus kepada babak-babak aksi pertarungan. Saya yakin ia mampu menarik minat penonton filem aksi,” kata Mallory, yang turut berperanan sebagai pengarah filem ini.

Filem ini mengisahkan tentang dunia pertarungan bawah tanah (underground) yang berlatarkan kisah seorang lelaki yang mencari pembunuh ibunya dan bergabung dengan sekumpulan individu untuk menentang sebuah kumpulan yang kejam.

Gabungan elemen seni mempertahankan diri silat yang penuh dengan kehebatan dan sejarah, menjadikan filem ini sesuatu yang unik dan menarik.

Mallory berkata, memilih silat sebagai seni mempertahankan diri yang diangkat dalam filem ini adalah untuk mempromosikan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Silat mempunyai unsur heroik yang kuat dan kaya dengan sejarah. Ini memberikan kelebihan berbanding seni mempertahankan diri lain.

“Seperti filem Hong Kong ia sinonim dengan Kung Fu, saya mahu Silat dikenali di seluruh dunia,” katanya.

Mallory juga berharap Strike: Silat Cult Master akan membuka lembaran baru dalam filem aksi Malaysia.

“Ini bukan sekadar filem seni mempertahankan diri, tetapi usaha untuk memperkenalkan satu trend baru dalam industri perfileman tempatan yang juga mampu memartabatkan silat di pentas antarabangsa,” tambahnya.

Strike: Silat Cult Master akan ditayangkan di pawagam pada 13 Februari 2025, dan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Aiman Ameer, juara Hero Remaja 2023, Azri Safix (finalis Hero Remaja), dan Fify Azmi.

Turut berlakon dalam filem ini adalah Jay Iswazir, Trisha Ooi, dan Ayez Shaukat, yang dikenali sebagai penggusti tempatan.

Dengan gabungan elemen aksi yang mendebarkan dan seni mempertahankan diri yang kaya dengan budaya, Strike: Silat Cult Master diharapkan dapat mencipta fenomena baru di kalangan peminat filem aksi tempatan dan antarabangsa.

SINOPSIS

Strike: Silat Cult Master mengisahkan tentang Izra (Aiman Ameer) sewaktu kecil terpaksa melarikan diri daripada Abil (Jay Iswazir) ketua kumpulan samseng yang turut bertindak membunuh ibunya, Salmah (Trisha Ooi).

Semasa melarikan diri, Izra turut membawa sekali seutas loket misteri pemberian ibunya. Kemudian, dia telah diselamatkan oleh Tok Rahmat yang akhirnya telah menjadi guru silatnya.

Setelah dewasa, dia pergi mencari Abil untuk membalas dendam atas kematian ibunya.

Semasa pencarian berkenaan, dia telah bertemu dengan beberapa individu lain yang turut mahir dalam silat dan mereka bergabung untuk menumpaskan Abil.

Ifa Raziah dan Roslan Shah berdamai selepas 7 tahun bersengketa, lupakan dendam lama

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah bersama pengacara terkenal, Roslan Shah, akhirnya sepakat untuk berdamai dan melupakan persengketaan yang telah lama menghantui hubungan mereka.

Ifa dan Roslan memutuskan untuk menjernihkan hubungan persahabatan mereka di hadapan tetamu pada satu sidang media yang diadakan.

Sidang media itu turut disaksikan oleh rakan media bagi menjelaskan perselisihan yang berlaku di antara mereka, khususnya kepada peminat di Malaysia.

Menurut Ifa, perselisihan faham antara mereka bermula pada awal Januari 2018, yang akhirnya berlarutan hampir tujuh tahun lamanya.

Walaupun kedua-duanya telah berbaik semasa festival di Singapura baru-baru ini, Ifa berkata sidang media ini diadakan untuk memberi penjelasan secara terbuka kepada peminat di Malaysia yang masih tertanya-tanya.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana akhirnya dapat meleraikan ego antara saya dan Roslan. Saya berharap dengan penjelasan ini, peminat kami di Malaysia dan Singapura dapat tersenyum kembali melihat hubungan kami yang semakin erat,” kata Ifa penuh syukur.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu hit ini menambah, dia menganggap Roslan seperti keluarga sendiri setelah lama mereka berganding bahu dalam dunia seni dan perniagaan.

Ifa juga berharap persengketaan ini dijadikan teladan kepada semua yang menghadapi masalah serupa dalam persahabatan.

“Saya harap kisah perselisihan faham kami ini dapat menjadi inspirasi. Jika ada masalah dengan sahabat, jangan biarkan ia berlarutan. Cari jalan untuk berdamai kerana itu lebih positif daripada menyimpan dendam,” jelas Ifa lagi.

Dengan berdamainya Ifa dan Roslan, kisah ini menjadi pengajaran bahawa persahabatan yang terjalin lama itu harus dijaga dan diselesaikan dengan cara yang positif.

Selain itu, Ifa turut berkongsi berita gembira mengenai festival anjurannya, Star Vendors KL Mega Raya Fest 2025, yang akan mencatat sejarah sebagai festival raya terbesar dan terpanjang pernah diadakan.

Festival bertemakan Nostalgia Raya ini dijangka berlangsung di KLBEC KL BASE Exhibition Centre pada 20 hingga 24 Mac 2025, dan akan tercatat dalam Asia Book of Records.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai festival ini, pendaftaran untuk menjadi vendor kini dibuka dengan harga promo Early Bird.

Harga booth indoor bermula dari RM3,999 untuk kategori Intermediate, RM4,499 untuk Corner, dan RM9,999 untuk VIP.

Booth outdoor pula ditawarkan pada harga RM2,699 (Corner) dan RM2,399 (Intermediate). Tawaran Early Bird ini hanya sah sehingga 31 Januari 2025.

Bagi yang berminat, mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi nombor 018-3722977.

Maxis taja biasiswa kepada 16 pelajar cemerlang ikuti kursus STEM

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Maxis terus menyokong pendidikan negara dengan menganugerahkan biasiswa kepada 16 pelajar cemerlang melalui Program Biasiswa Maxis 2024.

Tahun ini, program ini memberi tumpuan kepada pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dengan matlamat menggabungkan bantuan kewangan serta pendedahan industri.

Menurut Maxis, fokus terhadap bidang STEM ini selaras dengan usaha mereka untuk memperkukuh agenda digital negara.

“Kami komited untuk melahirkan bakat-bakat muda yang bersedia untuk ekonomi masa depan, terutamanya dalam bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), awan, data, dan 5G,” kata Maxis dalam satu kenyataan.

Majlis penyampaian biasiswa terbabit disempurnakan oleh Pengerusi Interim Maxis, Datuk Hamidah Naziadin dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng.

Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Transformasi Maxis, Patrick Er, turut menyatakan bahawa memberi pendedahan dan peluang kepada belia Malaysia adalah kunci untuk melahirkan pemimpin masa depan yang berwibawa.

“Ini selaras dengan matlamat kami untuk menghubungkan masyarakat dan perniagaan kepada lebih banyak peluang,” tambah Patrick.

Program Biasiswa Maxis 2024 terbuka kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta di Malaysia serta Singapura.

Tahun ini, Maxis menerima lebih daripada 700 permohonan. Selain menanggung yuran pengajian dan kos sara hidup, program ini juga menyediakan peluang latihan amali serta jaminan penempatan pekerjaan bersama Maxis selepas tamat pengajian.

Sejak 2006, Maxis telah memberikan lebih 346 biasiswa untuk membantu pelajar Malaysia mencapai cita-cita akademik mereka.

Mogok pekerja Starbucks di AS merebak, 50 cawangan ditutup menjelang Krismas

editormaxinfo@gmail.com

ISTANBUL – Mogok yang dilakukan oleh pekerja Starbucks di Amerika Syarikat (AS) semakin meluas, dengan tindakan tersebut kini merebak ke beberapa bandar besar seperti Boston, Dallas, dan Portland.

Mogok ini berlaku berikutan pertikaian buruh yang semakin memuncak, hanya beberapa hari menjelang perayaan Krismas, menurut laporan Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan daripada kesatuan sekerja Starbucks pada Ahad.

Mogok yang telah memasuki hari ketiga daripada lima hari yang dirancang ini menyebabkan hampir 50 cawangan Starbucks di seluruh negara terpaksa ditutup.

Lebih banyak cawangan turut menyertai mogok sebagai tanda solidariti, menurut kenyataan daripada Starbucks Workers United.

Tindakan mogok ini adalah respons terhadap kemunduran dalam rundingan yang bermula sejak Februari lalu.

Kesatuan sekerja mendakwa Starbucks terbabit dalam ‘rundingan yang tidak jujur’ dan gagal mengemukakan cadangan ekonomi yang serius.

Tuntutan utama pekerja termasuk peningkatan gaji, faedah yang lebih baik, dan jaminan pekerjaan yang lebih kukuh, terutamanya memandangkan syarikat terus meraih keuntungan besar sambil mengurangkan waktu kerja pekerja.

Mogok ini bermula pada hari Jumaat lalu di beberapa bandar utama seperti Chicago, Los Angeles, dan Seattle, sebelum merebak ke bandar-bandar lain termasuk Columbus, Denver, dan Pittsburgh.

Dalam pada itu, Starbucks mempertahankan tindakannya dengan mendakwa bahawa wakil kesatuan ‘menamatkan sesi rundingan terlalu awal’.

Namun, kesatuan sekerja itu menegaskan bahawa syarikat berkenaan tidak memberikan sebarang ‘cadangan ekonomi yang serius’.

Dengan musim cuti yang semakin hampir, kedua-dua pihak masih bertelagah, dan kesatuan berjanji akan terus meneruskan mogok ini sehingga tuntutan mereka dipenuhi. -Agensi

PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan: Inisiatif strategik bantu peminjam & pastikan kelestarian pendidikan tinggi

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan kempen LESTARIPendidikan sebagai inisiatif strategik untuk memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.

Kempen ini bertujuan untuk memperkukuh tanggungjawab sosial dan kewangan peminjam, sekaligus menjamin kelestarian dana pendidikan negara.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, berkata kempen ini selaras dengan visi kerajaan dan konsep Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, keadilan sosial, serta kemampanan.

PTPTN berkomitmen untuk memastikan setiap individu, tanpa mengira latar belakang, mendapat peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tanpa dibebani masalah kewangan.

“Melalui LESTARIPendidikan, PTPTN tidak hanya memenuhi tanggungjawab sosialnya, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk modal insan negara.

“Pendidikan tinggi adalah pemangkin pembangunan masyarakat progresif, dan kelestarian dana pendidikan adalah kunci kejayaan ini,” katanya.

Setakat ini, PTPTN mencatatkan tunggakan pinjaman sebanyak RM11.32 bilion yang melibatkan lebih 1.25 juta peminjam culas hingga September lalu.

Kempen LESTARIPendidikan merangkumi beberapa inisiatif penting, antaranya #PTPTNBolehBincang, yang memberi peluang kepada peminjam untuk merundingkan pelan pembayaran yang lebih fleksibel mengikut kemampuan mereka.

Selain itu, PTPTN turut melaksanakan #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan dan menyediakan pelbagai saluran pembayaran balik yang cepat, mudah, dan selamat.

Ini adalah usaha proaktif untuk membantu peminjam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bayaran balik pinjaman.

Datuk Seri Norliza turut menyeru masyarakat, termasuk pihak berkepentingan, untuk bersama-sama menyokong kempen ini dengan memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej positif mengenai tanggungjawab sosial pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Beliau juga menekankan bahawa kegagalan membayar balik pinjaman bukan sahaja memberi kesan kepada dana pendidikan tetapi juga masa depan ribuan pelajar yang memerlukan bantuan.

“Bayaran balik pinjaman adalah tanggungjawab sosial yang memastikan peluang pendidikan terus tersedia untuk generasi akan datang.

“Melalui sokongan masyarakat dan tindakan kolektif, kita dapat memastikan sistem pendidikan tinggi terus kukuh dan inklusif,” katanya.

PTPTN turut mengambil langkah-langkah termasuk menghantar surat peringatan, notis tuntutan rasmi, serta memperkenalkan pelan pembayaran fleksibel untuk membantu peminjam menyelesaikan tunggakan mereka.

Menurutnya, setiap pembayaran balik, adalah pelaburan untuk masa depan pendidikan generasi akan datang.

Melalui bayaran balik ini, PTPTN dapat terus menyokong lebih 450,000 peminjam sedia ada dan 150,000 peminjam baharu setiap tahun, terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah, dengan anggaran lebih RM3 bilion setahun.

Dengan usaha bersama, PTPTN berharap agar LESTARIPendidikan akan menjadi simbol komitmen untuk memastikan pendidikan tinggi kekal sebagai platform pemerkasaan sosial yang berterusan.

Jangan terpedaya akaun TikTok guna suara dan video pakar perubatan untuk jual ubat

KUALA LUMPUR – Polis telah mengesan kewujudan akaun TikTok bernama ‘Malaysia Shopping Mall’ yang didakwa menggunakan suara dan video pakar perubatan terkenal, Prof Datuk Dr Noordin Darus, untuk mempromosikan produk ubat.

Bagaimanapun, penggunaan video dan suara terbabit dilakukan tanpa kebenaran daripada pakar perubatan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata tindakan terbabit dipercayai dilakukan dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut beliau, teknologi ini kini semakin canggih dan telah digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi suara, wajah, serta video individu ternama tanpa kebenaran mereka.

“JSJK ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan di media sosial.

“Kecanggihan teknologi AI kini membolehkan iklan memaparkan suara dan wajah individu terkenal dengan tujuan untuk mengelirukan pembeli,” katanya dalam satu kenyataan.

Ramli turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan promosi produk kesihatan yang mencurigakan dan tidak jelas sumbernya.

“Kami khuatir produk yang dijual tersebut mungkin palsu dan boleh mendatangkan bahaya kepada penggunanya,” tambahnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan dan tidak terpedaya dengan tawaran produk kesihatan yang tidak sahih, terutamanya yang beredar di platform media sosial.