30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026

Selepas Kopi Che Lim, Madam Mariyah pertaruh Jus Che’Tat sasar jualan 1 juta sachet

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas mencipta kejayaan menerusi produk Kopi Che Lim yang mencatat jualan melebihi satu juta sachet, usahawan terkenal Madam Mariyah kini tampil dengan satu lagi produk baharu yang dijangka mampu memberi impak besar dalam pasaran kesihatan wanita menerusi pelancaran Jus Kesihatan Wanita Che’Tat di bawah jenama AURAMARIA.

Produk premium itu diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan AURAMARIA dalam menawarkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita moden yang semakin menitikberatkan penjagaan kesihatan dalaman.

Dengan gaya hidup yang semakin sibuk dan mencabar, ramai wanita kini mencari alternatif yang praktikal bagi membantu mengekalkan tenaga, keseimbangan tubuh serta kesejahteraan diri.

Menurut Madam Mariyah, pembangunan Jus Kesihatan Wanita Che’Tat bukanlah sesuatu yang dilakukan dalam tempoh singkat.

Sebaliknya, produk berkenaan mengambil masa hampir setahun untuk dibangunkan dan melalui pelbagai proses penyelidikan sebelum mencapai formulasi yang diinginkan.

Beliau berkata, lebih 20 sesi penambahbaikan dilakukan bagi memastikan setiap bahan yang digunakan mampu memberikan manfaat terbaik kepada pengguna tanpa mengabaikan aspek rasa dan kualiti produk.

“Matlamat kami bukan sekadar menghasilkan produk kesihatan wanita, tetapi menawarkan formulasi yang benar-benar berkualiti dan mudah diamalkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Jus Kesihatan Wanita Che’Tat mengandungi kira-kira 12 ramuan premium yang terkenal dalam amalan penjagaan kesihatan wanita sejak turun-temurun.

Antara bahan utama yang digunakan termasuk kacip Fatimah, pinang muda, nenas batu, mengkudu, habbatus sauda, kunyit hitam dan halia bara yang digabungkan dalam satu formulasi eksklusif.

Apa yang membezakan produk ini daripada kebanyakan produk berasaskan herba di pasaran ialah rasanya yang lebih mesra pengguna walaupun menggunakan pelbagai bahan tradisional yang sinonim dengan produk jamu.

Selain itu, produk terbabit tidak mengandungi gula tambahan kerana menggunakan kemanisan semula jadi daripada buah-buahan.

Madam Mariyah berkata, produk berkenaan direka khas bagi membantu wanita menjaga kesihatan dalaman, menyokong keseimbangan hormon, mengekalkan tahap tenaga serta membantu menyerlahkan kecantikan dari dalam.

Beliau percaya penjagaan kesihatan dalaman memainkan peranan penting dalam kehidupan wanita, namun sering kali kurang diberi perhatian berbanding aspek penjagaan luaran.

Dalam memastikan identiti produk tampil lebih eksklusif, AURAMARIA turut memberi perhatian terhadap aspek pembungkusan.

Warna pic dan coklat dipilih bagi melambangkan kecantikan dalaman wanita, manakala warna putih menggambarkan kebersihan serta kesegaran tubuh.

Sentuhan warna emas pula menyerlahkan imej premium yang dibawa oleh produk berkenaan.

Setiap kotak Jus Kesihatan Wanita Che’Tat mengandungi tujuh sachet dan disyorkan untuk diambil dua kali seminggu.

Kandungan pati yang digunakan adalah pekat dan berkualiti tinggi, sekali gus membolehkan pengguna menikmati manfaatnya tanpa perlu mengambilnya setiap hari.

Di sebalik kejayaan yang semakin berkembang, Madam Mariyah mengakui perjalanan hidup yang dilaluinya sepanjang tahun lalu penuh dengan cabaran dan ujian.

Namun, beliau melihat setiap pengalaman itu sebagai proses pembelajaran yang membentuk dirinya menjadi individu yang lebih kuat dan matang.

Menurut beliau, anak-anak adalah sumber inspirasi utama yang memberinya kekuatan untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan meskipun berdepan pelbagai dugaan.

Beliau bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang bukan sahaja berjaya dalam akademik, malah turut membantu menguruskan perniagaan keluarga.

Anak sulungnya kini mengikuti pengajian dalam bidang pemasaran dan memainkan peranan penting dalam membantu mengembangkan strategi perniagaan AURAMARIA.

Anak kedua pula sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan, manakala anak ketiga sedang berusaha mencapai impiannya untuk bergelar doktor.

“Saya percaya anak-anak adalah amanah Allah. Mereka adalah kekuatan saya untuk terus bangun setiap kali berdepan ujian. Apa sahaja yang saya lakukan hari ini adalah untuk masa depan mereka,” katanya.

Pada masa sama, Madam Mariyah turut meluahkan rasa syukur terhadap perkembangan positif yang dicapai oleh AURAMARIA.

Jenama itu kini terus berkembang dengan pertambahan pelanggan dan pengedar sah bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa pasaran lain termasuk Singapura, Brunei dan Sarawak.

Kejayaan Kopi Che Lim yang mencatat jualan lebih sejuta sachet sejak diperkenalkan pada tahun 2025 menjadi bukti penerimaan pengguna terhadap produk keluaran AURAMARIA.

Pencapaian itu juga menjadi pemangkin kepada syarikat untuk terus memperkenalkan produk baharu yang mampu memenuhi keperluan pasaran.

Bagi Jus Kesihatan Wanita Che’Tat, Madam Mariyah meletakkan sasaran yang cukup optimis apabila mahu mencapai jualan sebanyak satu juta sachet dalam tempoh enam bulan pertama selepas pelancarannya.

Beliau yakin sasaran berkenaan mampu direalisasikan berdasarkan sambutan awal yang diterima daripada pelanggan serta kekuatan rangkaian pengedar yang semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Dalam memastikan keyakinan pengguna terus terpelihara, Madam Mariyah menegaskan semua produk keluaran AURAMARIA dihasilkan di kilang yang mematuhi piawaian industri dan memiliki pensijilan yang diperlukan termasuk pensijilan halal.

Mengulas mengenai perancangan masa depan, beliau berharap lebih ramai wanita dapat bangkit membina kehidupan yang lebih baik tanpa menjadikan cabaran sebagai penghalang untuk berjaya.

Menurutnya, setiap wanita mempunyai potensi dan kekuatan tersendiri untuk mencipta kejayaan.

Dengan usaha yang berterusan, sokongan keluarga serta keyakinan terhadap diri sendiri, setiap impian mampu direalisasikan.

Beliau turut berharap Jus Kesihatan Wanita Che’Tat dapat memberi manfaat kepada lebih ramai wanita dan menjadi sebahagian daripada amalan penjagaan kesihatan harian.

Dengan perancangan pengembangan pasaran yang sedang dilaksanakan, AURAMARIA optimis untuk terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama tempatan yang semakin mendapat kepercayaan pengguna di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Popular