28.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
Home Blog Page 124

Along Cham nekad fail cerai taklik, dakwa isteri langgar perjanjian

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Hasrat pelakon dan pelawak terkenal, Along Cham, untuk memfailkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, di Mahkamah Syariah Putrajaya hari ini tidak dapat direalisasikan.

Ini kerana alamat kediaman mereka berada di bawah mukim Sepang, menyebabkan proses berkenaan perlu dilaksanakan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang, Selangor.

Meskipun demikian, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, tetap dengan tekadnya untuk menfailkan lafaz cerai taklik kerana mendakwa isterinya telah melanggar tiga perjanjian taklik yang mereka persetujui pada tahun lalu.

Antara perjanjian itu adalah dakwaan bahawa Afreena tidak mematuhi dan membelakangkan suami.

“Dia langgar taklik itu beberapa bulan yang lalu, iaitu tahun lepas. Buat masa ini, saya tak boleh cerita lanjut kerana proses ini masih belum selesai,” kata Along.

Along turut mendedahkan dia sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik itu pada 16 Disember tahun lalu.

Namun, segala perancangan tergendala apabila beliau ditahan pihak polis pada 14 Disember atas dakwaan memiliki dadah.

Selain itu, Along juga mengungkapkan dia mendapat berita tentang kehamilan Afreena ketika berada dalam tahanan, namun diberitahu bahawa kandungan terbabit telah gugur.

Pelakon yang terkenal dengan watak dalam Adnan Sempit ini turut meminta orang ramai agar tidak mengaitkan isu perceraian mereka dengan kes penahanan dadah yang membabitkan sebelum ini.

“Isu perceraian ini tiada kena mengena dengan penahanan kes dadah saya sebelum ini.

“Saya juga tidak menafikan wujudnya orang ketiga, dan saya sendiri tidak menyangka perkahwinan yang baru dibina selama sembilan bulan ini sudah mengalami masalah,” katanya.

Along dan Afreena, 32, mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 selepas lapan tahun menduda.

Sebelum ini, Along pernah berkahwin dengan bekas Bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, pada 23 Januari 2010.

Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada 13 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel Muhammad Nizamudin, yang kini berusia 14 tahun.

Sementara itu, semalam, Along turut membuat sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen melepaskan beliau tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.

Along juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain berkaitan pemilikan dan penggunaan dadah.

Hakim membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu perbicaraan.

Hael Husaini curi tumpuan di Milan & Paris Fashion Week 2025

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyanyi, komposer, dan ikon fesyen Malaysia, Hael Husaini baru-baru ini mencuri tumpuan dunia fesyen antarabangsa dengan kemunculannya di Milan & Paris Fashion Week FW25.

Dikenali dengan gaya yang penuh karisma dan percaya diri, Hael membuatkan ramai terpesona dengan penampilannya di pertunjukan fesyen jenama-jenama mewah terkemuka seperti Dolce & Gabbana, Emporio Armani, Zegna, Amiri, dan Kenzo.

Hael memulakan pengembaraan fesyennya di Milan dengan tampil anggun di pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana.

Mengenakan rekaan yang elegan dan berani, Hael dengan penuh keyakinan melangkah di hadapan kamera dan media, mencuri perhatian ramai.

Dalam acara itu, Hael turut beramah mesra dengan selebriti terkenal Korea seperti Jung Hae-in, Nam Yoon-su, dan Noh Sang-hyun, menjadikan momen berkenaan viral di kalangan peminat fesyen dunia.

Tidak sekadar tampil bergaya, Hael turut mendapat peluang berharga untuk bertemu dengan pereka fesyen legenda, Giorgio Armani, di pertunjukan Emporio Armani.

Hael yang teruja dengan pengalaman itu berkata, bertemu dengan Giorgio Armani adalah satu pengalaman yang tidak ternilai.

“Beliau adalah seorang maestro dalam dunia fesyen yang memberi impak besar. Saya rasa sangat bertuah dapat belajar daripadanya,” katanya.

Seterusnya, Hael melangkah ke pertunjukan fesyen Zegna yang glamor, di mana beliau berkesempatan bertemu dengan pelakon terkenal Hollywood, Mads Mikkelsen.

Dengan penampilan yang memukau dan gaya yang unik, Hael semakin dikenali sebagai figura yang semakin menyerlah dalam dunia fesyen antarabangsa.

Kejayaan Hael di Milan berterusan apabila beliau melangkah ke Paris untuk menghadiri pertunjukan fesyen jenama mewah Amiri.

Di acara ini, Hael dilihat bersama personaliti terkenal seperti Ed Westwick dari Gossip Girl, Sunwoo dari kumpulan The Boyz, dan pelakon Thailand Bible Sumetikkul.

Tidak berhenti di situ, Hael terus mencuri perhatian di pertunjukan fesyen Kenzo, di mana beliau duduk sebaris dengan ikon fesyen Filipina, Heart Evangelista, dan rapper antarabangsa, NLE Choppa.

Lebih dari sekadar penyanyi berbakat, Hael kini semakin diiktiraf sebagai ikon fesyen yang menginspirasi ramai.

Kehadirannya di Milan & Paris Fashion Week FW25 bukan sahaja menarik perhatian media fesyen, tetapi juga memberi inspirasi kepada golongan muda untuk berani mengejar impian mereka.

“Ini bukan sekadar tentang penampilan, tetapi juga peluang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai bakat yang boleh bersaing di peringkat global, dalam muzik atau fesyen,” katanya.

Di samping kerjayanya dalam dunia fesyen, Hael kini sedang giat membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), dengan perancangan persembahan sudah mencapai 70 peratus siap.

“Saya ingin memberikan persembahan yang penuh emosi dan makna.

“Ini adalah peluang untuk saya berkongsi cerita melalui muzik dan memberikan yang terbaik kepada peminat,” kata Hael dengan penuh dedikasi.

Dengan pesona dan penampilannya yang memikat, Hael Husaini membuktikan bahawa kejayaan besar memerlukan usaha keras, ketekunan, dan keberanian untuk maju ke hadapan.

Kehadirannya di Milan & Paris Fashion Week FW25 bukan hanya membanggakan negara, tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengejar impian mereka dengan penuh keyakinan.

Crescent Petroleum targets NIOC assets and frozen funds amid escalating legal battle

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – In a bold escalation of its efforts to secure compensation from the National Iranian Oil Company (NIOC), UAE-based Crescent Petroleum has extended its legal reach to target NIOC’s frozen funds held by the Malaysian offshore investment institution, First Islamic Investment Bank (FIIB) in Labuan.

This marks a dramatic turning point in a decades-long dispute over a breached gas supply contract, now dominated by assertive global asset recovery efforts.

The roots of this conflict trace back to a 2001 Gas Supply and Purchase Contract (GSPC), under which NIOC committed to supplying natural gas to Crescent Petroleum for a 25-year period starting in 2005.

However, NIOC suspended the agreement, citing allegations of corruption and unfavorable pricing terms. In response, Crescent Petroleum initiated arbitration proceedings in 2009.

In 2014, an international tribunal upheld the validity of the contract and ruled that NIOC had breached its obligations by failing to deliver the agreed gas. Subsequent rulings have consistently favored Crescent Petroleum, awarding damages estimated in the billions of dollars.

Faced with NIOC’s refusal to honor arbitration awards, Crescent Petroleum has embarked on an aggressive global campaign to recover assets. This includes obtaining court orders to seize properties, liquidate holdings, and now pursue frozen funds tied to NIOC.

The latest development sees Crescent Petroleum targeting approximately $2 billion frozen in FIIB’s accounts in Malaysia.

These funds, linked to NIOC and its subsidiary Naftiran Intertrade Company (NICO), have remained inaccessible due to international sanctions. Crescent Petroleum is now seeking court approval to tap into this financial reserve as part of its broader enforcement strategy.

This move builds on the company’s recent legal victories in other jurisdictions. In the United States, courts authorized the confiscation of $2.75 billion in NIOC assets in 2023, while in the United Kingdom, a building linked to NIOC was auctioned for £100 million in 2024.

The case highlights the mounting challenges faced by state-owned enterprises like NIOC in navigating the intertwined landscapes of international arbitration and sanctions.

Iran’s government has condemned Crescent Petroleum’s asset recovery efforts as politically motivated, while NIOC continues to contest these rulings in multiple courts.

By turning its focus to frozen funds in Malaysia, Crescent Petroleum signals its unwavering determination to exhaust every available avenue in recovering damages.

A successful outcome could set a significant precedent for asset recovery in cases involving arbitration disputes and sanctioned entities.

With billions of dollars at stake, tensions continue to rise on all sides. Crescent Petroleum’s aggressive pursuit underscores the complexities of enforcing international arbitration rulings against state-affiliated entities, while the case fuels further strains in diplomatic and economic relations with Iran.

As this high-stakes legal battle unfolds, further developments are anticipated in the coming months, with Crescent Petroleum showing no signs of relenting in its mission to recover its dues.

20dB Hearing dan PMG Healthcare perkukuh kerjasama, tingkatkan akses penjagaan pendengaran berkualiti di Malaysia

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Kerjasama strategik antara 20dB Hearing Sdn Bhd dan PMG Healthcare bakal memperluaskan akses serta penyelesaian berkualiti dalam penjagaan kesihatan pendengaran di Malaysia.

Gabungan rangkaian penjagaan kesihatan meluas PMG dengan kepakaran khusus 20dB Hearing ini dijangka memberi pendekatan penjagaan lebih holistik dan berkesan kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 20dB, Mok Yong Yaw, berkata kerjasama ini adalah langkah penting dalam memenuhi keperluan penjagaan pendengaran yang semakin mendesak di Malaysia.

“Kesihatan pendengaran sering diabaikan, tetapi ia adalah asas penting untuk kualiti hidup yang lebih baik.

“Dengan kerjasama bersama PMG, kami bertekad memastikan penjagaan pendengaran menjadi keutamaan kepada setiap rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif PMG Healthcare, Dr Chieng King Chong, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu inisiatif penting untuk memperluaskan akses kepada penyelesaian pendengaran terkini, termasuk alat bantuan pendengaran dan implan koklea.

Menurutnya, usaha bersama ini bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan kesihatan pendengaran individu, tetapi juga untuk memberi impak positif jangka panjang kepada masyarakat secara keseluruhannya.

“Dengan kerjasama ini, 20dB Hearing dan PMG Healthcare akan menetapkan standard baharu dalam penjagaan kesihatan pendengaran di Malaysia, memastikan setiap individu berpeluang untuk mendengar dengan lebih baik dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya.

Langkah ini bukan sahaja memberikan akses lebih luas kepada teknologi terkini dalam penjagaan pendengaran, tetapi juga mengintegrasikan penjagaan tersebut dalam ekosistem kesihatan yang lebih meluas, memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

UTeM cipta peralatan rehabilitasi inovatif bantu pemulihan pesakit komuniti B40

editormaxinfo@gmail.com

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mencipta peralatan rehabilitasi canggih yang bertujuan untuk membantu memulihkan pesakit, khususnya mereka yang memerlukan rawatan fisioterapi dalam komuniti di negeri ini.

Menurut Ketua Projek, Prof Madya Dr Mariam Md Ghazaly, inisiatif itu dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan fisioterapi kepada golongan B40 di kawasan setempat.

Kerjasama antara UTeM dan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam telah membuahkan hasil yang membanggakan.

“Dengan kepakaran kejuruteraan yang ada di UTeM, kami berjaya membangunkan beberapa peralatan rehabilitasi berteknologi tinggi, termasuk dua alat inovatif untuk pemulihan kaki yang bertujuan mempercepatkan proses pemulihan pesakit angin ahmar, kemalangan atau selepas pembedahan,” kata Dr Mariam dalam satu kenyataan.

Antara peralatan yang dibangunkan adalah Wearable Assistive Lower Limb Exoskeleton (WALLEs) dan Assistive Lower Limb Chair (ALLC), yang direka untuk membantu pesakit pulih dengan lebih pantas.

Selain itu, sarung tangan automatik pemulihan tangan turut dipamerkan dalam demonstrasi.

Program ini memberi manfaat kepada 40 orang pesakit di kawasan terbabit, yang kini dapat menikmati kemudahan peralatan fisioterapi ini, memberikan mereka harapan baru untuk proses pemulihan yang lebih berkesan.

Projek ini dibiayai melalui Geran Program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti @UniMADANI) Fasa 2, 2024, yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan melalui Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata, pembangunan produk inovasi dan penyelidikan ini bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada komuniti tempatan, malah berpotensi untuk dikembangkan di peringkat antarabangsa.

“Usaha penyelidikan yang memberi impak terus kepada komuniti seperti ini merupakan satu inisiatif berterusan yang dijayakan oleh UTeM.

Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan sokongan pemulihan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara UTeM dan masyarakat setempat, memastikan kepakaran kami dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk Melaka,” katanya.

Dengan pencapaian ini, UTeM terus membuktikan komitmennya dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui inovasi dan teknologi dalam bidang kesihatan.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas kes dadah kanabis

editormaxinfo@gmail.com

SEPANG – Pelawak dan pelakon, Along Cham meluahkan rasa syukur dengan sujud di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan untuk melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis.

Walaupun dibebaskan dalam kes terbabit, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, menghadapi dua pertuduhan lain di Mahkamah Majistret hari ini, iaitu memiliki dan memasukkan dadah ke dalam tubuhnya. Dia dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya, dalam sesi pendengaran di Mahkamah Sesyen, memaklumkan berdasarkan laporan kimia terhadap tertuduh, pihak pendakwaan memohon untuk meminda pertuduhan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kepada Seksyen 39A(1) ADB 1952, dan membawa kes ini ke Mahkamah Majistret.

Hakim Ahmad Fuad Othman yang mendengar perkara berkenaan memutuskan untuk melepas Along tanpa dibebaskan.

“Pertuduhan kamu di bawah Seksyen 39A(2) ini DNAA… kamu akan dituduh di Mahkamah Majistret kerana pertuduhan ini telah diturunkan,” kata hakim.

Di Mahkamah Majistret, Along mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu memiliki dadah jenis kanabis dan memasukkan dadah ke dalam tubuhnya.

Mengikut pertuduhan pertama, Along didakwa memiliki bahan berbahaya jenis kanabis seberat 49.61 gram di sebuah rumah di Cyberjaya pada 14 Disember tahun lalu, jam 3.10 petang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Along didakwa memasukkan dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam tubuhnya pada malam yang sama, jam 10 malam, di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak lebih daripada dua tahun, serta pengawasan selama dua hingga tiga tahun.

Sebelum ini, pada 20 Disember tahun lalu, Along turut didakwa memiliki bahan disyaki dadah jenis kanabis seberat 58.23 gram di sebuah rumah di Cyber 9, Cyberjaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang boleh dihukum dengan hukuman penjara seumur hidup atau sekurang-kurangnya lima tahun penjara, serta sebat maksimum 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan terbabit yang tidak boleh dijamin.

Single Tondu, permulaan langkah baru dalam karier muzik kumpulan Pelawak Zero

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Lebih sedekad mengukir nama dalam dunia seni tanah air, Kumpulan Zero yang dianggotai oleh trio adik-beradik, Sharif Kadir Doli Sharif (Sharif), Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful), dan Sharif Kunal Doli Sharif (Atu), kini mencatatkan sejarah baru dalam perjalanan seni mereka dengan pelancaran single pertama yang berjudul Tondu.

Meskipun dikenali ramai sebagai pelawak, pelakon dan pengacara, Zero kini ingin memperlihatkan sisi lain mereka sebagai artis serba boleh.

Menurut Atu, judul Tondu yang berasal daripada bahasa Kadazan Dusun bermaksud ‘perempuan’, membabitkan kolaborasi hebat antara komposer Zai Hamzah bersama Hemo, sementara lirik ditulis oleh Achoi Floor 88 dan Ayie Elham Floor 88.

“Lagu ini adalah hasil kerja keras kami bersama penerbit Zai Hamzah, Oja, dan Hemo.

“Sebagai sebuah kumpulan, kami mahu tampil dengan konsep muzik yang mudah diterima oleh masyarakat, yakni sebuah lagu rakyat yang menceritakan kisah seorang lelaki yang ditinggalkan kekasihnya dan harus mengatasi kekecewaan untuk terus melangkah ke hadapan,” kata Atu.

Meskipun lebih dikenali sebagai pelawak, Zero tidak menafikan bakat menyanyi yang dimiliki oleh dua abangnya.

Mereka pernah muncul sebagai juara dalam program Famili Duo 2023, yang menambahkan lagi keyakinan mereka untuk menghasilkan lagu sendiri.

“Lagu ini bukanlah untuk tujuan persaingan atau pertandingan. Kami mahu mencari peluang dan rezeki untuk terus menyokong pengurusan jenazah yang kami tubuhkan, selain komitmen kepada keluarga,” kata Atu lagi.

Zero turut menyerahkan sepenuhnya kepada Nova Music, yang bertanggungjawab dalam promosi dan pengedaran lagu ini.

Mereka percaya pengalaman dan profesionalisme pihak pengurusan akan membawa lagu Tondu ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ini adalah lagu yang kami buat dengan penuh dedikasi. Sebelumnya, kami hanya menyanyi secara santai, tetapi kali ini, kami memberi yang terbaik,” kata Atu penuh teruja.

Penerbit Tondu, Zai Hamzah, turut berkongsi rasa bangganya dengan hasil kolaborasi ini.

Menurutnya, lagu ini bukan sahaja unik kerana membabitkan elemen muzik yang berasal dari Sabah, tetapi juga dipengaruhi oleh genre muzik Indonesia, yang mana konsep ‘acara’ digabungkan dengan sentuhan lokal.

“Lagu ini mudah diterima di semua golongan, terutama mereka yang menyukai muzik berunsur ceria.

“Sebagai orang Sabah, saya rasa Zero sangat berbakat dan memiliki karakter nyanyian tersendiri. Ini yang membuatkan mereka sangat istimewa dalam menghasilkan lagu ini,” kata Zai.

Dalam pada itu, Ayie Elham turut menceritakan perubahan yang berlaku dalam perancangan awal lagu ini, di mana ia pada asalnya dirancang untuk dinyanyikan oleh dirinya bersama Achoi.

Namun, mereka memutuskan untuk memberi peluang kepada Zero, kerana mereka percaya kumpulan ini adalah pilihan yang tepat.

Single Tondu kini boleh didengari di semua platform penstriman muzik sejak 24 Januari 2025, dan muzik video rasmi juga boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ pada jam 3 petang pada hari yang sama.

Dengan harapan agar lagu ini diterima baik oleh peminat, Zero optimis bahawa ini adalah langkah pertama yang akan membuka lebih banyak peluang dalam karier seni mereka, sekaligus menyemarakkan tahun 2025 dengan penuh impian.

Peranan AIM dalam membasmi kemiskinan diangkat pada WEF 2025, berkat sumbangan Anwar Ibrahim

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang pertama kali dilancarkan pada 17 September 1987, ketika beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan.

Keberkesanan AIM kini menarik perhatian global, termasuk dari Prof. Muhammad Yunus, penerima Hadiah Nobel Keamanan yang memperkenalkan konsep mikro-kredit di Bangladesh dan dijadikan model untuk AIM di Malaysia.

Pengiktirafan terhadap peranan penting AIM sebagai platform pemberdayaan ekonomi golongan miskin di Malaysia turut disampaikan dalam sesi plenari di Sidang Kemuncak Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.

Prof. Yunus, dalam perbincangannya yang bertajuk ‘ASEAN: Even Stronger Together’, secara terbuka mengangkat sumbangan Anwar dalam penubuhan AIM sebagai contoh kejayaan inovatif dalam usaha membasmi kemiskinan di negara-negara membangun.

Kejayaan AIM ini tidak hanya mencerminkan komitmen Malaysia dalam merancang dan melaksanakan inisiatif memanfaatkan potensi komuniti miskin, malah memberi impak positif dalam membasmi kemiskinan.

Ini turut membuktikan betapa Anwar berusaha gigih untuk mengangkat martabat kumpulan rentan miskin di Malaysia hingga menjadi inspirasi kepada negara-negara lain.

AIM ditubuhkan dengan tujuan utama memberikan akses pembiayaan mikro kepada golongan miskin, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Program ini bertujuan memperbaiki taraf hidup dengan memberi pinjaman tanpa cagaran untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan kecil serta sokongan teknikal dan latihan kemahiran.

Melalui inisiatif ini, ramai penerima manfaat berjaya keluar dari garis kemiskinan dalam tempoh dua tahun.

Anwar, yang juga pernah berjuang dalam isu kemiskinan ketika menjadi pemimpin mahasiswa, memimpin usaha untuk menubuhkan AIM setelah mengarahkan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengkaji kesesuaian konsep Bank Grameen di Malaysia pada tahun 1987.

Beliau juga pernah mendorong penubuhan Pasar Tani pada 1985 bagi membantu petani miskin, sekali gus mengurangkan penindasan orang tengah.

Di sebalik segala kejayaan ini, Anwar tidak hanya memberi tumpuan kepada permasalahan kemiskinan tetapi juga berpegang teguh pada prinsip ‘ihsan’ perasaan empati yang mendalam terhadap penderitaan orang lain, dan usaha untuk mencari jalan mengubatinya.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali, turut mengakui kejayaan besar Perdana Menteri dalam memulihkan pendapatan negara dan hubungan antarabangsa Malaysia.

Beliau menyatakan, Anwar telah berjaya meningkatkan imej Malaysia serta menghasilkan hubungan lebih erat dengan negara-negara lain, yang seterusnya meningkatkan perdagangan dan pelaburan asing.

Pengiktirafan yang diterima AIM di pentas antarabangsa adalah bukti betapa pentingnya usaha yang digerakkan oleh Anwar dalam membantu masyarakat miskin melalui model mikro-kredit ini, yang kini bukan sahaja memberi impak di Malaysia, malah menjadi rujukan kepada negara-negara lain seperti Bangladesh.

Kejayaan ini turut memberi peluang kepada ribuan wanita untuk keluar dari kemiskinan, mengusahakan perniagaan kecil, dan memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang lebih baik.

Dengan kejayaan ini, AIM kini semakin berkembang, berterusan dalam memberi manfaat kepada rakyat, dan terus diharapkan untuk memainkan peranan penting dalam memerangi kemiskinan di Malaysia, selaras dengan visi Anwar untuk membangun negara dengan lebih inklusif dan mampan.

Fenomena kerang terdampar di Pantai Terengganu bukan petanda bencana, selamat dimakan – penyelidik UMT

editormaxinfo@gmail.com

KUALA TERENGGANU – Fenomena kerang terdampar di pesisir pantai Terengganu yang tular baru-baru ini bukanlah petanda bencana alam, sebaliknya adalah kejadian semula jadi yang selamat untuk dimakan.

Pensyarah di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Roslizawati Ab Lah berkata, fenomena ini sering berlaku setiap kali musim monsun timur laut tiba, di mana angin kencang dan ombak besar, bersama struktur geografi pantai yang tertentu, menjadi faktor utama kerang-kerang ini terdampar di pesisir pantai.

“Walaupun fenomena kerang terdampar ini mungkin kelihatan luar biasa, ia sebenarnya adalah kejadian semula jadi yang kerap berlaku. Ia tidak perlu dirisaukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Roslizawati berkata, pergerakan angin yang kuat dan ombak besar membawa kerang-kerang ini ke pantai.

Biasanya, kerang terbabit masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan dengan selamat.

Namun, beliau mengingatkan penggemar makanan laut yang ingin mengutip kerang itu perlu berhati-hati kerana kerang yang terdampar mungkin terdedah kepada pencemaran atau bakteria.

Oleh itu, penting untuk membersihkan kerang dengan sempurna sebelum dimasak.

“Fenomena ini juga menyoroti pentingnya ekosistem lautan dan pesisir pantai dalam mengekalkan keseimbangan alam,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat, turut mengesahkan hasil analisis makmal mengklasifikasikan kerang terbabit sebagai Kelas B dan C di bawah piawaian Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP), yang memerlukan kerang-kerang ini dimasak sepenuhnya sebelum dimakan.

Ruzaidi menasihatkan orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip dimasak dengan sempurna bagi mengelakkan risiko pencemaran bakteria.

Beliau juga mengingatkan agar kerang mentah dielakkan, terutama bagi individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai aktiviti orang ramai yang menggunakan pelbagai cara, termasuk pukat ikan dan baldi, untuk mengutip kerang-kerang yang melimpah setelah terdampar di Pantai Sura, Dungun.