29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 7, 2026

Individu tertua dunia, Tomiko Itooka dari Jepun, meninggal dunia pada usia 116 tahun

editormaxinfo@gmail.com

TOKYO – Dunia kehilangan seorang individu luar biasa apabila Tomiko Itooka, wanita Jepun yang dipercayai sebagai individu tertua di dunia, meninggal dunia pada usia 116 tahun.

Menurut laporan stesen televisyen awam Jepun, NHK, beliau meninggal dunia akibat faktor usia pada 29 Disember lalu di sebuah rumah penjagaan warga emas di Wilayah Hyogo, selatan Jepun.

Tomiko Itooka, yang dilahirkan pada 23 Mei 1908 di Osaka, adalah anak sulung daripada tiga beradik. Beliau berpindah ke Ashiya kira-kira 30 tahun yang lalu. Itooka disenaraikan oleh Guinness World Records sebagai individu tertua di dunia.

“Sepanjang hidupnya yang luar biasa, beliau telah memberikan kita banyak teladan mengenai keberanian dan harapan.

“Kami mengucapkan terima kasih dan menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga dan orang tersayang beliau,” ujar Datuk Bandar Ashiya, Ryosuke Takashima, seperti yang dipetik oleh NHK.

Kehilangan Itooka ini turut mencerminkan peningkatan pesat populasi warga emas di Jepun. Sehingga September tahun lalu, Jepun mencatatkan lebih 95,100 individu berusia 100 tahun atau lebih, menandakan tahun ke-54 berturut-turut peningkatan bilangan warga emas di negara ini. -Agensi

ARTIKEL BERKAITAN

Popular