29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 7, 2026

Pengasas KK Supermart mengadap Agong dan memohon maaf

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bagi memohon maaf berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Kee Kan selama 15 minit di Istana Negara, hari ini.

Pada sesi mengadap itu, baginda bertitah semua pihak termasuk KK Mart perlu lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelak perkara sedemikian berulang.

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah baginda.

Terdahulu, rangkaian kedai serbaneka berkenaan mencetuskan kontroversi apabila didapati menjual stoking dengan tertera kalimah Allah di salah satu premis miliknya yang terletak di Bandar Sunway sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Berikutan itu, wujud gerakan memboikot KK Mart kerana dikatakan tidak menjaga sensitiviti umat Islam lebih-lebih lagi penggunaan kalimah Allah.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular