editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Kehadiran banyak restoran makanan Jepun di ibu kota saat ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba resepi istimewa dari negara matahari terbit itu apatah lagi dengan adanya daging wagyu.
Lazimnya mendengar daging wagyu orang beranggapan ia adalah sesuatu yang mahal dan tidak mampu untuk dinikmati oleh orang ramai.
Restoran Aburii Yakiniku yang terletak di TTDI, Kuala Lumpur memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mencuba daging wagyu berkualiti pada harga yang sangat berpatutan.
Diasaskan oleh Lin Chi dan rakan kongsinya, Lin Chi mengakui kualiti daging wagyu yang dihasilkan hampir setanding dengan daging wagyu yang terdapat di restoran mewah Jepun yang lain.

“Daging Wagyu kami adalah dari jenis Wagyu A5 Aburii yang diimport dari Wilayah Miyazaki, kawasan yang terkenal dengan penghasilan daging lembu paling halus di dunia.
“Proses pemilihan yang teliti oleh pasukan kami akan memastikan setiap potongan Wagyu yang dihidangkan di Aburii mencapai kemuncak kualiti dan rasa yang memuaskan,” katanya pada sesi pengenalan bersama media, baru-baru ini.
Lin Chi berkata, setiap hidangan mencerminkan keghairahan mereka terhadap kecemerlangan kuliner dan komitmen untuk menawarkan pengalaman gastronomi yang tidak akan dilupakan kepada tetamu.
“Selain pakar dalam yakiniku Wagyu, restoran kami juga menawarkan makanan laut Jepun yang segar.
“Aburii adalah perintis omakase Wagyu di Malaysia, dengan pengalaman yang dimiliki dan dipimpin oleh Chef Zeniq,” katanya.

Omakase Wagyu dihidangkan di tempat yang punya kelas tersendiri, di mana pelanggan dilayan oleh chef.
Aburii menawarkan Wagyu A5 Miyazaki yang disahkan Halal, diimport dua minggu sekali dan akan memastikan hanya Wagyu A5 Miyazaki BMS11 atau BMS12 yang dihidangkan.
Ramadan sehingga Syawal ini, Aburii mengadakan promosi dan turut menambahkan kelazatan makanan tempatan ke dalam menunya, termasuk rendang daging lembu Wagyu A5 Jepun, yang disukai pelanggan kerana rasanya yang enak dan tekstur yang lembut apabila di mulut.

Konsep Aburii menampilkan pengalaman makanan Jepun yang mewah namun menyenangkan.
Bagi yang ingin merasai kemewahan daging Wagyu di Aburii bolehlah singgah di alamat TTDI, Lorong Datuk Sulaiman 7, Kuala Lumpur.

