editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 yang dinanti-nantikan tidak lama lagi akan lebih dihangatkan lagi dengan kemunculan artis undangan utama iaitu Ratu Rock Malaysia, Ella Aminuddin.
Pengarah Urusan Showpro Entertainment, Dato Sivakumaran Nair berkata, pemilihan Ella sebagai artis undangan utama bukanlah satu keputusan yang susah, bahkan keputusan ini adalah satu keinginan besar untuk mereka menggabungkan lagenda Rock Malaysia itu.
“Ella akan bersama lagenda kumpulan muzik Rock Indonesia iaitu Ungu di atas pentas yang sama yang juga kebetulan adalah konsert di Pantai Timur buat julung kalinya untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Sivakumaran berkata, pihaknya ingin mencatat sebuah pengalaman muzik yang bersejarah dan bermakna di Kuantan, Pahang, sebagai satu penghormatan dan penghargaan kepada peminat Ungu dan Ella di Pantai Timur yang ingin menikmati pengalaman konsert istimewa ini di negeri mereka sendiri.
“Menganjurkan konsert ini pada bulan Syawal sememangnya akan mengukir sebuah memori yang amat manis lagi indah untuk artis dan peminat,” katanya.
Terdahulu dalam satu siaran akhbar, pihak Showpro Entertainment dengan berlapang dada menunda Pesta Muzik Kuantan (nama asal) pada tarikh 4 Mei demi menghormati bulan Ramadan.
Malah pihak penganjur turut menukar judul konsert ini kepada Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024.
“Selaku penganjur, Showpro Entertainment bertanggungjawab dan peka dengan semua situasi yang berlaku di dalam negara.
“Kami dengan rendah hati mengambil keputusan menunda Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 yang sepatutnya dijadualkan pada 24 Februari lalu kepada 4 Mei demi menghormati kehadiran bulan Ramadan,” katanya.
Konsert yang bakal berlangsung di di Stadium Darul Makmur Kuantan itu turut disertai oleh Ara Johari, Naim Daniel, Eda Ezrin, Aswad Jalil, Achik Asrain dan Den Manjo.
Harga tiket (SEJAUH MUNGKIN) RM58, (DEMI WAKTU) RM88, (CINTA DALAM HATI) RM98, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118, (GEGAR) RM128, (VIP B, NUMBERED SEATING) RM388, (VIP A, NUMBERED SEATING), RM448, (MIP, NUMBERED SEATING), RM628 telah dijual sejak 30 Disember 2023 di www.ticket2u.com.my.
Untuk sebarang pertanyaan dan urusan MIP, VIP, hubungi jurucakap di talian +60122682700 (Haniah Hassan) dan hotline di talian +60124886225.