28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
Home Blog Page 212

Sekali lagi dinobatkan sebagai peneraju pasaran, Canon teruskan legasi kecemerlangannya

editormaxinfo@gmail.com

SHAH ALAM – Canon Marketing Malaysia (Canon), dengan bangga mengumumkan penguasaannya yang berterusan dalam pasaran pencetak dengan mempertahankan kedudukan teratas dalam segmen pencetak Inkjet selama 28 tahun berturut-turut sejak tahun 1996.

Selain itu, Canon juga kekal sebagai peneraju dalam segmen pencetak Laser selama 8 tahun berturut-turut sejak tahun 2016, seperti yang dilaporkan oleh firma penyelidikan pasaran IDC dalam laporan “Worldwide Quarterly Hardcopy Peripheral Tracker terbitannya untuk 2023. 

Kejayaan Canon mengekalkan penguasaannya dalam segmen pencetak Inkjet dan Laser selama 28 dan 8 tahun berturut-turut, menunjukkan tekad usaha jenama itu untuk terus melangkaui jangkaan pasaran.

Canon terkenal sebagai penyedia penyelesaian menyeluruh yang memenuhi pelbagai keperluan pasaran B2B dan B2C, dari pengguna rumah, profesional, serta perniagaan kecil sehingga perusahaan besar.

Berpandukan slogan ‘Imaging Possibilities & Beyond’, Canon turut berjaya mengekalkan kedudukannya bukan sahaja memahami keperluan pasaran kini, tetapi juga memenuhi keperluan pengguna masa hadapan.

Selain itu, Canon turut menawarkan pelbagai rangkaian pencetak foto bagi memenuhi keperluan pengguna rumah serta profesional. 

Pencapaian cemerlang ini menunjukkan komitmen penuh Canon terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pengguna, terutamanya dalam segmen pencetak Inkjet yang dipacu oleh kejayaan pencetak siri E, yang mencatatkan pertumbuhan luar biasa dengan memecah rekod jualan pada tahun 2023.

Selain itu, rangkaian luas pencetak “MegaTank Mega Value” Canon, yang direka khusus bagi memenuhi keperluan perniagaan yang sentiasa berubah, juga mampu menawarkan ciri-ciri canggih dan penyelesaian kos efektif.

Slogan “MegaTank Mega Value” mempamerkan nilai luar biasa yang dibawa oleh pencetak Inkjet Canon kepada pasaran, serta mengukuhkan kedudukan Canon sebagai pilihan utama perniagaan di seluruh dunia.  

Selain mendapat pengiktirafan tinggi, segmen pencetak Laser Canon turut mencatatkan pertumbuhan.

Pencetak warna pelbagai fungsinya turut mencatat rekod jualan  yang mengagumkan. Kejayaan ini dikaitkan dengan prestasi luar biasa dan kebolehpercayaan pencetak Laser Canon, seperti yang ditunjukkan melalui slogan “A Class of Excellence”.

Komitmen Canon untuk menyampaikan keunggulan kualiti dan inovasi dalam teknologi pencetakan laser telah berjaya menawan hati pelanggan, serta mengukuhkan kedudukan jenama berkenaan sebagai peneraju industri. 

Ketua Bahagian, Peranti Sistem Peribadi Canon Marketing Malaysia Sandy Lee berkata, pencapaian ini adalah satu kejayaan yang amat bermakna.

“Walaupun kami berbesar hati dengan pengiktirafan yang berterusan, kami memahami kepentingan untuk menyesuaikan produk kami dengan landskap industri pencetakan yang sentiasa berubah.

“Canon sentiasa cekal dalam usaha dinamiknya bagi memenuhi keperluan semua demografi yang semakin berkembang untuk memastikan kesinambungan legasi kecemerlangan ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia, pelanggan baharu, rakan kongsi, dan pekerja kami yang sentiasa memberikan sokongan serta memainkan peranan penting dalam meneruskan legasi kecemerlangan Canon,” katanya.

Melihat kepada perancangannya untuk masa depan, Canon mengulangi komitmennya untuk mengatasi sempadan inovasi dan menawarkan produk yang melangkaui jangkaan pelanggan.

Legasi Canon dalam menerajui pasaran pencetak menjadi bukti atas tekad usahanya untuk mencapai kecemerlangan. 

Lebih 1,000 warga Kepala Batas banjiri program Ybae Suria Masuk Kampung

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Lokasi pertama ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ mendapat sambutan meriah daripada warga kepala batas, Pulau Pinang pada Sabtu lalu dan turut diserikan dengan kehadiran barisan penyampai Suria, Datuk Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, selaku ADUN Bertam dan isteri, Datin Seri Ismalina Ismail.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata, beliau sangat gembira dengan sambutan luar biasa yang diterima daripada pendengar setia Suria FM di utara terhadap program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ yang berlangsung pada Sabtu lalu.

“Syukur program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ di lokasi pertama ini mendapat sambutan baik. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya sesi merewang seawal 9 pagi bersama penduduk di Masjid Al-Jamiul Badawi.

“Juga agihan 800 bekas bubur kanji kepada pengunjung bazar Ramadan Kepala Batas diikuti aktiviti  berbuka puasa dengan hidangan di dalam talam bersama lebih 1000 orang jemaah, dan solat terawih bersama-sama.

“Majlis turut disempurnakan dengan sesi serahan sumbangan wang tunai sebanyak RM 11,500 kepada pihak Masjid Al-Jamiul Badawi termasuk pemberian duit raya kepada semua jemaah yang hadir.

“Buat pendengar Suria FM di Selatan, nantikan kedatangan penyampai, Datuk Fizz Fairuz, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin di lokasi kedua program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ yang bakal diadakan sabtu ini, 23 Mac di Masjid Sungai Abong, Muar Johor,” katanya.

Jangan lupa temui Ajak dan Suria Wheels di Kembara Berkat Ramadan Aeon Mall bertempat di Aeon Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti agihan bubur lambuk, merewang dan banyak lagi menanti anda disana.

Maritim Malaysia aktifkan semula OP Pagar Laut sempena Ramadan dan Syawal

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan semula OP Khas Pagar Laut di seluruh perairan negara khususnya di kawasan titik panas (hotspot) sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana (M) Datuk Hamid Mohd Amin berkata, operasi khas ini dijalankan dalam empat fasa bermula Fasa I iaitu persediaan (pengumpulan maklumat dan siap siaga aset) pada 12 hingga 17 Mac.

“Diikuti Fasa II iaitu penguatkuasaan sebelum perayaan (18 Mac hingga 1 April). Seterusnya  Fasa III merangkumi penguatkuasaan semasa perayaan (2 hingga 16 April) dan diikuti Fasa IV iaitu penguatkuasaan selepas perayaan (17 hingga 30 April).

“Operasi ini bakal membabitkan sebanyak 45 pelbagai aset milik agensi dan lebih 800 pegawai serta anggota di seluruh negara.

“OP Pagar dilaksanakan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan seperti pergerakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), pencerobohan nelayan asing, penyeludupan masuk barangan kontraban seperti mercun serta penyeludupan barang-barang kawalan ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, pihaknya berkata, sepanjang operasi berkenaan, Maritim Malaysia akan memperketatkan kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di perairan sempadan negara-negara jiran.

“Selain rondaan dan operasi yang dijalankan, Maritim Malaysia turut bersiap sedia mengerahkan aset milik Agensi bagi melaksanakan tugas Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) sekiranya berlaku apa-apa insiden kemalangan kapal atau bot penumpang yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran nanti,” katanya lagi.

Untuk rekod, tahun lalu Maritim Malaysia telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan membabitkan cubaan menyeludup masuk rokok, pencerobohan bot nelayan asing, kemasukan PATI serta kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM13 juta.

Kate Middleton sudah pulih, bakal kembali bertugas

editormaxinfo@gmail.com

LONDON – Puteri Wales, Kate Middleton, yang ‘hilang’ sejak menjalani pembedahan Januari lalu dijangka membuat penampilan di khalayak ramai dengan memberi ucapan mengenai kesihatannya apabila kembali bertugas nanti.

Memetik laporan The Sunday Times dari sumber diraja, puteri mungkin memaklumkan mengenai pemulihannya.

“Kate dan suaminya Putera William, yang juga pewaris takhta Britain paling terbuka apabila berinteraksi dengan orang ramai.

“Jika pasangan itu akan melakukannya, itulah cara dia akan melakukannya.

“Pasangan itu inginkan ketelusan tetapi hanya akan memberitahu perkara sebenar apabila mereka bersedia”, lapor akhbar Britain yang memetik sumber.

Pasangan diraja itu enggan tergesa-gesa dan ia adalah pilihan Kate Middleton, kata sumber kepada The Sunday Times.

Keberadaan Kate Middleton kini tidak diketahui umum.

Ibu kepada tiga anak itu dilaporkan tidak muncul di khalayak ramai selama lebih sebulan dan gambar terbaru yang dikeluarkan oleh Istana Kensington untuk menepis khabar angin mengenai kesihatannya didapati sudah disunting.

Berikutan itu, timbul banyak spekulasi mengenai tahap kesihatannya dan juga teori konspirasi mengenai hubungan pasangan itu.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan keluarga diraja mengenai keberadaan Kate Middleton. -Agensi

‘Early bird special’ HONOR Magic6 Pro habis terjual hari ini

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – HONOR Magic6 Pro telah mencetuskan bualan hangat dalam kalangan media antarabangsa dan peminat gajet sejak pelancaran global di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024.

Selepas mengumumkan pelancaran HONOR Magic6 Pro di Malaysia pada 20 Mac ini, HONOR telah menawarkan Early Bird Special untuk pembeli mendapatkan peranti flagship ini dengan bayaran deposit RM66.

Promosi Early Bird Special telah bermula pada 11 Mac lalu dan HONOR Magic6 Pro telah menerima sambutan hangat sehingga kehabisan stok pada hari ini.

Namun jangan risau, HONOR Magic6 Pro masih tersedia pada tempoh prapesanan yang akan bermula selepas pengumuman harga peranti ini pada 20 Mac.

HONOR telah memastikan stok HONOR Magic6 Pro mencukupi bagi tempoh prapesanan ini. Hadiah percuma eksklusif turut menanti pembeli yang membuat prapesanan.

Untuk maklumat terkini mengenai prapesanan HONOR Magic6 Pro, ikuti halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari https://bit.ly/HONORMagic6ProPR 

HONOR Magic6 Pro – Discover the Magic

HONOR Magic6 Pro menjadi tumpuan di MWC 2024 dan digelar sebagai ‘telefon Magis’ oleh media antarabangsa. Peranti ini mengetengahkan empat teknologi ‘Magis’ yang tercanggih iaitu Kamera Magis, Skrin Magis, Bateri Magis dan Pengalaman Magis. HONOR Magic6 Pro merangkumi inovasi dan kecemerlangan dalam dunia telefon pintar.

Kamera Magis

HONOR Magic6 Pro menampilkan Kamera Tele-falcon HONOR 180MP dengan zum digital 100X untuk mengambil gambar jarak jauh. Ia mempunyai HONOR AI Motion Sensing Capture yang cekap menangkap objek bergerak pantas, seterusnya memilih momen terbaik dan menghasilkan imej beresolusi tinggi dan jelas.

Peranti ini juga dilengkapi Kamera Utama 50MP dan kamera Ultra Lebar 50MP. HONOR Magic6 Pro telefon pilihan terbaik untuk sportografi, ia pasti meningkatkan kemahiran fotografi ke tahap seterusnya.

Skrin Magis

Baru-baru ini HONOR Malaysia telah memuatnaik beberapa video di halaman Facebook rasmi memaparkan ketahanan luar biasa skrin peranti yang dibuat dengan Pelindung NanoCrystal HONOR.

Salah satu video menunjukkan skrin HONOR Magic6 Pro masih kukuh dan tidak tercalar selepas beberapa bilah pisau keluli dijatuhkan ke atasnya. Manakala skrin telefon pintar pesaing pecah kesan daripada impak mata pisau keluli.

Ini kerana Pelindung NanoCrystal HONOR sepuluh kali ganda lebih kuat berbanding kaca biasa. Pelindung ini menjaminkan skrin HONOR Magic6 Pro tidak mudah rosak walaupun terjatuh. Ia juga menerima pensijilan Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability oleh SGS dalam pelbagai senario.

Bateri Magis

HONOR Magic6 Pro dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon 5600mAh Generasi Kedua yang canggih dan mampu bertahan sepanjang dengan sekali cas. Ia disokong oleh pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 80W dan wayarlas 66W yang mampu mencapai kuasa penuh dalam tempoh hampir 40 minit.

Walaupun dalam suhu -20 °C, bateri masih berfungsi dengan baik serta boleh merakam video selama 11 minit dengan hanya tinggal 10 peratus hayat bateri.

Pengalaman Magis

HONOR magic6 Pro beroperasi dengan MagicOS 8.0, UI terbaharu HONOR untuk Android 14. UI baharu ini didatangi AI yang boleh memahami bahasa, imej dan gerak isyarat untuk keperluan pengguna.

Bersama MagicOS 8.0, HONOR turut memperkenalkan ciri Magic Portal yang membolehkan pengguna menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dan peranti dengan mudah.

Sementara ciri Magic Capsule membolehkan pengguna mengakses maklumat tambahan dengan pantas daripada banner pemberitahuan tanpa perlu membuka beberapa aplikasi.

Saksikan strim langsung pelancaran HONOR Magic6 Pro pada Rabu ini, jam 3 petang di Facebook HONOR Malaysia.

Kekal pendirian boikot KK Super Mart, Pemuda UMNO buat 13 laporan polis

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Kekal pendirian memboikot KK Super Mart, Pemuda UMNO meminta orang ramai memeriksa adakah pengurusan kedai serbaneka itu sudah menaikkan kenyataan permohonan maaf seperti yang dituntut mereka dua hari lalu.

Hari kedua selepas kempen boikot dilancarkan, pergerakan itu turut mendesak pengurusan KK Super Mart memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stokin tertera kalimah ‘Allah’.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya juga meminta orang ramai berkongsi maklumat jika ada kedai serbaneka KK Super Mart yang sudah melaksanakan permintaan menggantung kain rentang permohonan maaf itu.

“Hari ini adalah hari kedua sejak dari desakan kita untuk KK Mart meminta maaf di setiap cawangan mereka di dalam Malaysia.

“Saya mohon anda semua cuba ‘check’ KK Super Mart di kawasan anda ada tak menaikkan kenyataan mohon maaf di kedai mereka? Cuba kongsi di sini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial miliknya.

Kelmarin, Dr Muhammad Akmal memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stokin tertera kalimah ‘Allah’.

Pemuda UMNO juga memberi amaran akan memulakan boikot lebih kuat terhadap KK Super Mart sekiranya pengurusan kedai serbaneka itu gagal mematuhi tuntutan pergerakan itu.

Dalam hantaran yang sama, Dr Muhammad Akmal turut membidas tindakan individu yang cuba menjadi ‘hero’ mempertahankan isu itu dengan meminta jangan memperbesarkannya.

“Sangat memalukan sebab tunduk pada taukeh besar!!!,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memaklumkan sehingga semalam sekurang-kurangnya 13 laporan dibuat di seluruh negara berhubung kes kalimah Allah pada stokin yang dijual di rangkaian kedai KK Super Mart.

“Kalau sebelum ini polis tidak boleh melakukan siasatan kerana tiada laporan polis, sehingga semalam sekurang-kurangnya 13 laporan telah dibuat di setiap negeri.

“Seluruh rakyat Malaysia menunggu apakah hasil siasatan dari laporan ini. Kami minta agar ia disiasat di bawah seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan diberikan hukuman yang sekeras-kerasnya agar ia menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin bermain dengan isu 3R ini,” katanya.

Rai koleksi Aidilfitri di Festival Ramadan Putrajaya 2024, MINAZ perkenal koleksi ‘Lebaran Kita-Sempurna’

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Meraikan koleksi Aidilfitri 2024, pengeluar koleksi pakaian wanita dan keluarga dengan pelbagai fesyen terkini, MINAZ buat julung kalinya mengadakan pertunjukan fesyen di Festival Ramadan Putrajaya 2024. 

MINAZ yang terkenal dengan rekaan santai tetapi mewah, sekali lagi memberikan sentuhan ajaib dalam memperkenalkan koleksi ‘Lebaran Kita-Sempurna’.

Koleksi didatangkan menerusi barisan produk baharunya iaitu ‘ABAYA SERIES’ dengan perincian mewah yang diinspirasikan dari budaya timur tengah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hajjah Hafiza Datuk Abdul Hamid berkata, istimewa pada tahun ini, pecahan koleksi raya terbahagi kepada dua iaitu Arab dan Klasik.

Katanya, setiap helai pakaian di dalam koleksi ini direka dengan teliti oleh Pengarah Fesyen MINAZ, Pija MINAZ & Tim dengan menggabungkan unsur-unsur tradisional dan moden untuk mencipta gaya yang unik tetapi tetap bersahaja dan sesuai dipakai bukan sahaja dihari raya.

“Tema Lebaran kali ini kami mempersembahkan gabungan unik antara seni floral batik dan blossom dalam edisi ‘printed’ yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden yang segar.

“Kami berharap koleksi ini tidak hanya memikat hati pelanggan tetap MINAZ, tetapi juga dapat menarik minat pelanggan baru yang mencari pakaian raya yang eksklusif dan istimewa.

“MINAZ juga memberikan penekanan kepada potongan yang longgar dan corak yang melambangkan keanggunan serta kemewahan, sesuai dengan identiti jenama MINAZ yang dikenali dengan rekaan yang elegan.

“Dengan penggunaan material berkualiti tinggi dan rekaan yang teliti, kami sangat berbesar hati memperkenalkan koleksi terbaru kami, ‘Abaya Series’ yang dihasilkan dengan perician mewah, penuh dedikasi dan cinta kepada fesyen inspirasi dari timur tengah.

“Kami yakin koleksi ini akan menjadi pilihan utama pencinta fesyen yang menghargai nilai tradisi dan keindahan rekaan moden. Kami percaya, tahun ini ‘Lebaran KITA’ lebih sempurna dengan memakai koleksi memukau daripada MINAZ,”katanya.

Kongsi Hafiza lagi, sempena pertunjukan fesyen di Putrajaya kali ini, MINAZ juga menampilkan ‘MINAZ Friends iaitu kumpulan pempengaruh media sosial bagi memperagakan koleksi Raya MINAZ ‘Lebaran Kita’.

Bercakap mengenai kerjasama dengan penganjur iaitu Perbadanan Putrajaya serta Ingenious Creative Lab Sdn Bhd, MINAZ tidak menolak bahawa ia adalah satu usahasama dan sinergi yang baik.

“Warga Putrajaya begitu dekat di hati MINAZ. Apabila diberi peluang sebegini untuk berkerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dan Ingenious Creative Lab, kami lihat ia sebagai satu peluang keemasan buat kami untuk menyantuni pelanggan dan peminat jenama ini di kawasan Putrajaya dan berdekatan,” katanya.

Berkongsi mengenai harapan MINAZ setelah 14 tahun teguh membina empayar jenama dalam pasaran, Hafiza mengakui, pihaknya sentiasa menanam rasa komited untuk memastikan jenama ini terus kekal relevan dalam industri tekstil dan pakaian.

“Pastinya kami berharap untuk terus kekal relevan dan terus menyuntik keyakinan buat wanita dalam berpakaian sempurna disamping menyajikan pelanggan yang dikasihi dengan rekaan baju yang sopan dan terkini,” katanya.

Saran kerajaan apung harga beras putih tempatan bagi atasi masalah kurang bekalan -BRO

editormaxinfo@gmail.com

SUBANG JAYA – Kerajaan dicadangkan supaya mengapungkan harga beras putih tempatan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan di pasaran.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, isu kekurangan beras putih tempatan bukan satu perkara yang baru dan masalah ini sudah hampir setahun tidak dapat diatasi.

“Harga RM26 untuk 10 kilogram (kg) ini tidak patut kerana harga padi di pasaran adalah RM1,750 per tan.

“Apabila ditukarkan kepada beras, harganya akan menjadi RM35 untuk 10 kilogram.

“Bagaimana beras hendak dijual pada harga RM26 jika bekalan tiada, lebih baik tidak dikawal.

“Cadangan peruncit, apungkan sahaja harga beras putih tempatan, barang akan cukup dalam pasaran.

“Saya faham akan ada B40 yang kata bagaimana pula dengan mereka. Sebenarnya sekarang ini B40 pun tidak dapat beras dengan harga RM26,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Shopping Raya Yayasan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) bersama anak-anak asnaf dan tahfiz, semalam.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran ketika ini adalah kes terpencil kerana hanya membabitkan beberapa kawasan dan bukan seluruh negara.

Katanya, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau isu berkenaan.

Mengulas perkara itu, Ameer Ali berkata kerajaan mempunyai maklumat mengenai jumlah B40 yang ada di negara ini sekali gus mampu melaksanakan cadangan itu.

Beliau dalam masa sama mencadangkan supaya setiap keluarga diberikan RM20 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk menampung perbezaan harga beras sekiranya diapungkan.

“Satu keluarga makan nasi 20kg sahaja sebulan. Contohnya, apabila harga beras dinaikkan daripada RM26 kepada RM36, perbezaan untuk setiap keluarga adalah RM10. Sebulan perbezaan harga dia adalah RM20.

“Kalau kerajaan nak bantu sejuta isi rumah, perbelanjaan daripada kerajaan baru RM20 juta manakala untuk setahun RM240 juta.

“Tidak banyak peruntukkan yang dikeluarkan kerajaan daripada kita tidak ada barang berkenaan,” katanya.

Ameer Ali berkata, pihaknya yakin sekiranya kaedah berkenaan digunakan, masalah ketirisan beras putih tempatan dapat diatasi.

Watsons lancar kempen ‘Dimensi Raya Paling Unik’, lebih RM5,888,888 untuk dimenangi

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Watsons Malaysia tahun ini meraikan Hari Raya Aidilfitri yang paling unik dengan melancarkan kempen bertajuk ‘Dimensi Raya Paling Unik’.

Tempoh kempen bermula dari 14 Mac hingga 22 April 2024, menawarkan promosi menarik di kedai dan dalam talian serta filem jenama berjudul Watsons Dimensi Raya Paling Unik.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Wilayah Watsons International Caryn Loh berkata, kempen Hari Raya Watsons tahun ini menekankan komitmen mereka untuk menyatukan rakyat Malaysia semasa musim perayaan.

“Filem kami yang diinspirasikan oleh dimensi pelbagai dunia, menceritakan perjalanan Ayda ketika dia meneroka pelbagai alam dimensi demi mencari makna sebenar ikatan kekeluargaan.

“Pada awalnya, Ayda ingin mengalami dinamik keluarga yang berbeza dalam perayaan Raya, tetapi akhirnya dia sedar bahawa kebahagiaan sebenar semestinya bersama keluarga sedia ada, dan ini membawanya bersatu semula dengan keluarganya yang tersayang.

“Kami berharap cerita yang menyentuh hati ini akan membangkitkan rasa penghargaan dan menginspirasi rakyat Malaysia untuk menghargai dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang tersayang ketika menyambut perayaan yang istimewa ini,” katanya.

Filem menarik berdimensi pelbagai ini diterajui oleh Ayda Jebat, duta Watsons Malaysia, dan menampilkan personaliti terkenal Malaysia termasuk Sabri Yunus, Angeline Tan, Nadhir Nasar, Catriona Ross, Nazruddin Rahman, Ropie, dan COEX.

Dalam filem kempen ini, terdapat lagu duet oleh Ayda Jebat dan COEX.

Ayda berkata, proses mencipta filem ini sangat menyeronokkan, dan yang paling penting, jalan cerita memberikan mesej yang jelas dan langsung yang ingin disampaikan oleh Watsons.

“Melalui filem ini, saya berharap agar semua orang diingatkan tentang kepentingan menerima keunikan rakan-rakan dan keluarga mereka serta menerima setiap individu sebagaimana adanya,” katanya.

Saksikan filem ini di laman Facebook, Youtube dan Instagram Watsons.

Selain itu, Watsons Malaysia dengan rendah hati telah menyumbangkan kepada kesejahteraan individu dari pelbagai latar belakang dalam komuniti di Malaysia.

Caryn berkata, baru-baru ini mereka berkesempatan untuk melawat dan mendermakan produk kesihatan, kecantikan, dan keperluan asas bernilai lebih daripada RM160,000 kepada 17 organisasi kebajikan di seluruh Malaysia.

“Selain itu, kami juga menyokong Persatuan Orang Pekak Malaysia dengan mendermakan 10 alat bantu pendengaran bernilai RM24,000, dengan harapan dapat meningkatkan kualiti kehidupan harian mereka.

“Kami berharap usaha kecil kami dapat memberi impak besar kepada mereka yang memerlukan dan membawa senyuman semasa sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Seiring dengan kempen ini, Watsons Malaysia menawarkan promosi 60 peratus untuk barangan kedua di kedai dan dalam talian kepada semua pelanggan dan ahli Watsons.

Semua pelanggan Watsons berpeluang untuk mendapatkan kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit, dan produk kesihatan kegemaran mereka dengan harga yang tidak dapat ditandingi.

“Watsons Malaysia membawa pelbagai promosi menarik untuk semua ahli Watsons. Kami memberikan lebih banyak sebab untuk anda merayakan Aidilfitri bersama kami kerana kami menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM5,888,888 termasuk Tesla Model Y, 3 unit motorsikal Vespa, baucar tunai Watsons, dan banyak lagi apabila anda berbelanja RM80 dengan kad VISA,” kata Pengurus Besar, Pemasaran & Pertumbuhan Pelanggan Watsons Malaysia Danny Hoh.

Danny berkata, sepanjang tempoh kempen ini, ahli Watsons juga boleh menantikan hadiah seperti sampul Raya, beg jinjing edisi terhad, bekas makanan  seramik, dan banyak lagi dengan pembelian bermula dari RM80 ke atas di kedai fizikal dan dalam talian.

“Bagi ahli Elit Watsons, dapatkan set hadiah Naturals by Watsons eksklusif percuma dengan pembelian RM280 semasa membeli dalam talian.

“Selain itu, beli Unik Plushie edisi terhad pada harga RM30.88 (atau dengan 1 eStamp pada harga RM23.90 di kedai dalam talian) dan hasil jualan akan disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra,” katanya.

Selain daripada promosi dan tawaran menarik ini, #KakiWatsons juga boleh menantikan Resipi Raya Sihat yang dihasilkan oleh pencipta kandungan makanan @hichizarai, tip dan rahsia kecantikan dan kesihatan di edisi Glow TV Raya, Dimensi Raya E-Bazaar yang berlangsung antara 18 Mac dan 28 Mac, dan Jualan Dalam Talian Watsons 4.4 yang istimewa yang berlangsung dari 29 Mac hingga 7 April.

Nantikan penapis AR “Dimensi Raya Paling Unik” daripada Watsons dan paket pelekat kucing Unik untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan anda dalam suasana perayaan ini.

Bermula dengan mencipta kenangan unik bersama orang tersayang anda dalam Hari Raya ini dan lawati www.watsons.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih Watsons di Apple Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery.