32.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
Home Blog Page 204

Misi mencari calon isteri bakal menyerikan hujung minggu penonton dalam ‘Restu’

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Suasana Syawal masih lagi terasa dan untuk meneruskan lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini, platform penstriman terkemuka Asia, iQIYI (disebut ai-chi-yi) mempersembahkan sebuah drama bersiri terbaharu keluarannya berjudul ‘Restu’ yang sudahpun ditayangkan bermula semalam 26 April pada jam 9 malam.

Drama bersiri 10 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Remy Ishak, Wana Ali, Siti Elizad, Elizabeth Tan, Puteri Rafasya dan ramai lagi.

Drama ini hasil terbitan bersama syarikat produksi, Infinitus Production dan diarahkan oleh pengarah terkenal tanah air, Heykal Hanafiah.

Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, Jony Deng berkata, selepas kejayaan Rampas Cintaku 2 yang dilakonkan oleh Fasha Sandha dan Erra Fazira, mereka melancarkan drama bersiri terbaharu berjudul Restu untuk memenuhi permintaan penonton yang semakin meningkat.

“Ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahukan semua platform penstriman di Malaysia menghasilkan sejumlah kandungan asli yang berkualiti tinggi serta membawa pesanan dan teladan yang baik.

“Selain itu, kami sedang bekerja keras mengendalikan beberapa projek Original iQIYI yang kini sedang dalam pelbagai peringkat seperti pembangunan skrip, penggambaran dan pasca-produksi dan ini bakal memeriahkan lagi industri hiburan di Malaysia,” katanya.

Selepas kejayaan luar biasa drama bersiri ‘Rampas Cintaku 1 & 2’ dengan jumlah melebihi 100 juta tontonan digital di seluruh dunia, iQIYI kini terus menyajikan drama bersiri Restu yang juga antara 12 drama bakal mewarnai tahun 2024.

Sementara itu, Jony berkata, projek drama Original iQIYI ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

“Sepanjang dua tahun ini, kami melakukan pelbagai perbincangan dari aspek jalan cerita, watak, genre dan strategi pemasaran yang terbaik bagi drama ini agar ia menepati citarasa masyarakat tempatan.

“Kami juga sangat teliti dalam pemilihan pelakon kerana ia membabitkan pelbagai pihak.

“Kami tidak hanya fokus pada aspek populariti sahaja, namun lebih kepada bakat versatile yang dimiliki oleh setiap pelakon demi mencapai objektif iQIYI dalam menghasilkan produk-produk berkualiti buat penonton semua,” katanya.

Tayangan perdana episod pertama drama Restu pada 26 April, bersamaan minggu kedua Hari Raya dimana ianya boleh ditonton secara percuma di aplikasi iQIYI atau laman web www.iQ.com/local.

Untuk episod baru seterusnya pula, penonton boleh membuat langganan akses VIP dan terus menonton apabila ianya tersedia, namun episod baru tersebut boleh ditonton secara percuma 48 jam kemudian.

iQIYI meletakkan harapan agar drama ini dapat diterima ramai sekaligus mendapat ‘Restu’ dari penonton.

“Semoga drama bersiri ini mempamerkan kemahiran kreatif tenaga produksi dan juga bakat anak seni tempatan ke peringkat dunia.

“Kami mensasarkan Restu menjadi jambatan penghubung antara penonton di serata dunia dalam merasai sendiri keunikan budaya dan kepelbagaian naratif yang terdapat di Malaysia, serta memberi nikmat hiburan buat penonton disamping mencipta lebih peluang baharu dalam mempelbagaikan lagi kandungan digital tempatan,” kata Jony lagi.

Drama Restu mengisahkan tentang watak utamanya iaitu Razak (lakonan Remy Ishak), seorang ayah tunggal yang berdepan cabaran dan dilema hidup dalam membesarkan anak perempuannya, Amy (lakonan Puteri Rafasya) setelah kematian isterinya, Julia.

Hal ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mencari pengganti hidup tetapi, anaknya meletakkan tiga syarat yang perlu dipenuhi.

Siapakah calon bakal isteri Razak yang mendapat ‘restu’ dari Amy? Apakah pula syarat-syarat yang diletakkan oleh puteri hati Razak? Semuanya bakal terungkai dalam Restu.

Jangan lupa temujanji anda bersama drama Restu bermula 26 April, pada jam 9 malam (setiap Jumaat & Sabtu) yang menjanjikan sebuah pengalaman menarik dengan aspek kekeluargaan, percintaan dan pengorbanan.

HONOR Pad 9 hadir dalam 5G kini di kedai seluruh negara

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – HONOR Pad 9 serba baharu hadir dalam versi Wi-Fi dan 5G. Model Wi-Fi boleh dibeli pada harga RM1,499.

Manakala versi 5G pada RM1,799 menawarkan sambungan selular melalui kad SIM untuk kemudahan perhubungan.

HONOR Pad 9 boleh didapati di seluruh negara melalui pelbagai platform, termasuk laman web rasmi HONOR, HONOR Store, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

HONOR Pad 9 5G Kini Tersedia di Maxis dan CelcomDigi

Bagi pengguna Maxis, dapatkan HONOR Pad 9 5G pada harga RM47 sebulan dengan pelan Maxis Postpaid 79. Manakala CelcomDigi menawarkan RM1 sebulan dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260. Untuk kedua-dua syarikat telco ini, papan kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth disertakan di dalam pakej.

HONOR Pad 9 5G – Sempurna untuk Keseimbangan Kerja dan Berhibur 

Dengan hanya RM1,799, HONOR Pad 9 versi 5G padat dengan ciri-ciri untuk kesesuaian di semua keadaan dan menawarkan pengalaman seperti komputer riba kepada pengguna.

Tablet ini dilengkapi dengan Papan Kekunci Bluetooth Pintar dan pensil Pintar HONOR CHOICE secara percuma, dua aksesori yang paling diperlukan untuk diguna bersama tablet, yang biasanya dijual secara berasingan. Ini menjadikan HONOR Pad 9 sangat berbaloi dengan harga.

Memberi ketepatan dan kelancaran dengan tahap sensitiviti tekanan 4096 dan teknologi anti-salah, pensil pintar HONOR CHOICE adalah aksesori berguna untuk menulis nota penting semasa kelas mahupun mesyuarat. Kepada pelukis, tablet ini juga sangat bagus untuk melukis menggunakan aplikasi melukis.

Untuk masa penggunaan tablet yang panjang, HONOR menitikberatkan keselesaan mata pengguna dengan Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia. Paparan diperakui oleh TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan untuk pengalaman skrin yang lebih baik.

HONOR Pad 9 5G menampilkan Paparan Keselesaan Mata 12.1-inci 2.5K, kadar penyegaran 120Hz dan nisbah skrin-ke-badan 88 peratus sesuai untuk pengalaman sinematik. Rekaan lapan pembesar suara yang memberikan pengalaman audio 360° yang dipertingkatkan oleh penalaan bunyi HONOR Histen dan Bidirectional Vocal Enhancement adalah bonus terbaik, menawarkan pengalaman sinematik apabila menonton drama, filem atau bermain game. 

Mengenai produktiviti, Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 memacu prestasi cekap menjalankan multi aplikasi dengan jayanya dan memindahkan fail dengan lancar.

Ditambah dengan storan 256GB, pengguna tidak perlu risau tentang mempunyai storan yang mencukupi untuk menyimpan multimedia, tugasan dan dokumen.

Kepada yang menggunakan HONOR Pad 9 5G sebagai peranti kerja utama, bateri besar tablet 8300mAh menjadi penyelamat buat pengguna, membolehkan penggunaan sepanjang hari dengan pengecasan minimum diperlukan.

Selain HONOR Pad 9 5G, HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Band juga tersedia untuk pembelian di seluruh negara.

HONOR MagicBook X 16 – Produktiviti dengan Gaya

Tersedia dalam warna Space Grey, HONOR MagicBook X 16 tampil elegan dari semua sudut. Sesuai untuk kegunaan harian, ia menampilkan Skrin Paparan Penuh HONOR 16-inci dengan nisbah bidang 16:10, resolusi tinggi 1920 x 1200 sebagai komputer riba yang ideal untuk bekerja pada bila-bila masa.

Dikuasakan oleh Pemproses Intel® Core™ i5-12450H Generasi Ke-12 yang menampilkan empat teras prestasi dengan mudah menaikkan peranti kepada 4.4GHz, pengguna boleh menguruskan kerja dengan mudah, mendengar YouTube Music di latar belakang sambil menyemak imbas internet pada masa yang sama tanpa sebarang gangguan.

Dengan HONOR Connect, pengguna boleh menyambungkan telefon pintar HONOR ke HONOR MagicBook X 16. Pindah imej atau kongsi sebarang dokumen dengan seret dan lepas. Bukan itu sahaja, kekal berhubung dengan menjawab panggilan, membalas teks WhatsApp pada skrin besar juga.

HONOR MagicBook X 16 termasuk RAM 8GB dan 512GB, berharga RM 2,999. Ia datang dengan hadiah percuma bernilai RM468 yang terdiri daripada Beg Galas HONOR, langganan Microsoft 365 percuma selama 1 tahun dan jaminan 3 tahun.

HONOR Band 9 – Teman Kecergasan

Membawakan reka bentuk moden, Jam Tangan HONOR Band 9 mempunyai berat hanya 16.3g dan tebal 9.49mm, sebagai pelengkap kecergasan yang ideal dan bergaya di pergelangan tangan si pemakai. Tali jam boleh disuaipadan  mengikut citarasa masing-masing, dengan paparan AMOLED 1.57 inci dan kadar penyegaran sehingga 60Hz untuk paparan teks dan ikon yang lebih baik.

Ciri Fitness Age termaju, merekod aktiviti kecergasan disamping memantau kualiti tidur dan tahap stres pengguna, memastikan mereka mendapat maklumat dan bermotivasi untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Baterinya boleh bertahan sehingga 14 hari dalam sekali cas. Jam Tangan HONOR Band 9 berharga RM199 dan terdapat dalam pilihan warna Purple, Black dan Blue.

Meneraju ke fasa baharu: Aonic lancar dua produk teknologi dron baharu

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selaku pemain terkemuka dalam industri dron dan pengedar nasional bagi DJI Enterprise di Malaysia, Aonic telah memperkenalkan usaha terbaharunya sebagai pengedar tunggal penyelesaian untuk DJI Delivery.

Bagi menandakan perkembangan ketara dalam sektor logistik autonomi, Aonic muncul ke hadapan dan memperkenalkan dua penyelesaian dron inovatif iaitu DJI Dock 2, sebahagian daripada barisan produk Operasi Dron Jarak Jauh DJI Enterprise dan DJI FlyCart 30, iaitu dron pertama DJI Delivery. 

Aonic komited untuk membina ekosistem penyelesaian yang teguh dan berdaya tahan bagi mendorong perniagaan tradisional ke hadapan.

Hal ini dapat dibuktikan melalui enam vertikal perniagaan Aonic iaitu Pertanian, Perindustrian, Perkhidmatan, Peruncitan, Akademi dan Gaya Hidup.

Aonic mampu menyediakan penyelesaian projek turnkey, hujung ke hujung yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan dan pengguna.

Sebagai pemain utama dalam industri dron yang berkembang pesat, Aonic membina pasukan pakar dalaman yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D), operasi, penyelenggaraan, perkhidmatan selepas jualan dan pembangunan perisian.

Berikutnya, hal ini mampu memberi ruang penyelesaian yang konsisten dan terkini kepada pelanggannya sambil menyediakan sokongan teknikal dan penyelenggaraan atas permintaan.

Pada tahun 2022, Aonic telah dilantik secara rasmi sebagai Pusat Perkhidmatan Perusahaan DJI yang pertama di Malaysia.

Kini, dengan pengenalan DJI Delivery, Aonic bersedia untuk mentakrifkan semula cara perniagaan melalui pendekatan operasi logistik dan penghantaran.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aonic Cheong Jin Xi berkata, dedikasi mereka untuk menyampaikan penyelesaian hujung ke hujung dan bantuan merentasi pelbagai industri telah membawa kepada pemilihan Aonic sebagai pengedar eksklusif DJI Delivery.

“Melalui pendekatan bahagian khusus untuk DJI Delivery, Aonic terus menekankan komitmennya untuk menyediakan sokongan dan penyelesaian yang menyeluruh kepada perniagaan di luar sana yang ingin memiliki perkhidmatan penghantaran yang inovatif dalam melangkah ke masa hadapan,” katanya.

Aonic melancarkan dua penyelesaian dron terbaharu – DJI Dock 2 dan DJI FlyCart 30 di mana kedua-duanya berfungsi secara berbeza dan berasingan.

Untuk DJI Dock 2, ia menetapkan piawai baharu untuk operasi dron automatik melalui penugasan pilihan Matrice 3D atau 3TD.

Tambahan pula, model DJI Dock 2 adalah 75 peratus lebih kecil dan 68 peratus lebih ringan daripada pendahulunya, yang membawa kepada pemasangan yang fleksibel dan pengurangan kos di samping integrasi pelbagai sensor untuk pemantauan cuaca secara langsung.

Sebagai bonus, DJI Dock 2 juga boleh mengecas pesawat daripada 20 peratus hingga 90 peratus dalam masa 32 minit sahaja bagi mencapai tahap kelajuan dan kecekapan pengecasan yang baharu.

Sementara itu, Pengurus Jualan Asia Tenggara DJI Enterprise Holly Huo berkata, di DJI Enterprise, pihaknya komited untuk memajukan teknologi dron ke skala yang lebih tinggi dalam menyampaikan kemudahalihan, kecekapan dan perkhidmatan setempat yang tiada tandingan.

“Hal ini juga mampu melangkah terus untuk memenuhi keperluan industri yang berkembang dan berkhidmat untuk membina dunia yang lebih baik dengan terus mempromosikan kemajuan manusia,” katanya.

Melihat kepada kedua-dua pilihan pesawat, model Matrice 3D secara khususnya dilengkapi dengan kamera tele dan kamera sudut lebar dengan pengatup mekanikal bagi memenuhi keperluan untuk tugas pemetaan ketepatan tinggi 1:500.

Sementara itu, dron DJI Matrice 3TD pula dilengkapi dengan tiga buah kamera iaitu kamera sudut lebar, kamera tele, serta kamera inframerah.

Ketiga-tiga kamera ini membolehkan penggambaran imej cahaya serta imej terma yang bersesuaian untuk operasi keselamatan dan pemeriksaan.

Seterusnya, DJI FlyCart 30 merupakan pengangkut berat jarak jauh yang bertujuan untuk mengatasi had logistik tradisional di mana ia telah direka dengan mengambil kira keupayaan penghantaran.

Bagi penggunaan dwi bateri, ia boleh merentasi sejauh 16 km dengan muatan berat maksimum 30 kilogram, manakala penggunaan satu bateri pula boleh membawa muatan berat maksimum 40 kilogram.

Kedua-dua ini menjanjikan kebolehpercayaan dan keselamatan sepanjang jalan bermula daripada pelepasan sehingga pendaratan yang kukuh melalui dua mod iaitu mod Kargo dan mod Winch.

Mod Kargo dan mod Winch bertujuan untuk mengambil kira jenis penghantaran barangan yang berbeza. Misalnya, Mod Kargo adalah lebih selaras dan stabil dilengkapi dengan kotak Polipropilena (EPP) yang menyokong pemuatan dan pemunggahan yang mudah.

Di samping itu, dron ini juga memiliki berat dan pusat graviti yang stabil bagi memastikan pemuatan kargo seimbang untuk penerbangan yang selamat.

Sebaliknya, mod Winch disesuaikan untuk pendekatan yang lebih fleksibel dan tepat melalui penggunaan kabel yang boleh ditarik dan dikawal, sama ada secara manual atau automatik.

Bagi penggunaan mod ini, sebarang jenis kargo boleh dilepaskan secara automatik semasa mendarat (touchdown) bagi memastikan penghantaran yang selamat dan tepat.

Secara keseluruhannya, DJI FlyCart 30 ialah penyelesaian pengangkutan udara yang selamat, jimat dan cekap dengan kelajuan penerbangan maksimum 20 m/s melalui penggunaan kipas gentian karbon dan keupayaan untuk menyokong penghantaran video DJI O3 sejauh 20 km.

Untuk butiran lanjut tentang produk di atas, layari laman web di https://www.aonic.com/my/dji/dock-2/ (DJI Dock 2) dan https://www.aonic.com/my/dji/flycart-30/ (DJI FlyCart 30).

Maklumat Ketersediaan dan Pembelian

Pakej Standard DJI FlyCart 30 terdiri daripada Pesawat FlyCart 30, Bateri Penerbangan Pintar DB2000, Stesen Bateri Pintar DJI C8000, DJI RC Plus (Penghantaran), Sistem Winch DJI FlyCart 30 dan Pengecas Bateri Pintar 4 Saluran 2600W – PART01 – Kabel AC (Versi Amerika).

Untuk DJI Dock 2, pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih antara himpunan dron DJI Matrice 3D atau DJI Matrice 3TD, termasuk Bateri Penerbangan Pintar Siri 3D DJI Matrice, Kit Pengecasan 3D DJI Matrice dan Siri Propeller 3D DJI Matrice.

Nadeera hadiahkan single terbaharu buat peminat berjudul Udara

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Perjalanan seninya bermula ketika menjadi juara program realiti popular dan dari situ, bintang bernama Nadeera mula bersinar.

Setelah muncul dengan beberapa single dan terbaharu menerusi single ‘Balik Raya’ bersama Wani Kayrie dan Indah Ruhaila di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, kini Nadeera tampil kembali menerusi lagu terbaharunya berjudul ‘Udara’ hasil ciptaan komposer yang semakin meningkat naik, Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K juga diterbitkan oleh label terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment.

“Saya sangat teruja apabila dipilih oleh Rocketfuel Entertainment sebagai pembawa suara runut bunyi bagi drama bersiri berjudul ‘Framed’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi bermula 3 Mei ini. Tambahan pula, lagu ini mempunyai auranya yang tersendiri,” katanya.

“Jalan cerita bagi single ‘Udara’ ini pula mengisahkan tentang seseorang yang mencari jawapan ke atas kehilangan insan yang disayangi dan secara tidak langsung terbabit dalam sebuah konspirasi yang merujuk kepada jalan cerita di sebalik drama bersiri ‘Framed’.

“Saya berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu Udara ini dengan sebaiknya, dan semoga lagu dan bait liriknya mendapat tempat di hati peminat di Malaysia khususnya,” katanya.

Lagu ‘Udara’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. 

Manakala lirik video ini sudah boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network sejak 22 April.

HONOR X7b, telefon pintar 5G dengan storan terbesar dalam kelasnya kini di kedai seluruh negara pada harga RM899

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – HONOR X7b 5G yang dinanti-nantikan kini boleh dibeli di kedai seluruh negara. Hadir dengan RAM 16GB dan storan 256GB, telefon pintar 5G ini mempunyai storan terbesar dalam kelasnya.

HONOR X7b 5G didapati dalam dua warna menarik iaitu Crystal Silver dan Emerald Green pada harga RM899.

Telefon pintar ini boleh didapati di pelbagai platform termasuk laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Kepada mereka yang ingin memiliki HONOR X7b 5G menerusi syarikat telekomunikasi boleh melanggan Pelan Yes Infinite+ Basic Postpaid untuk RM58 sebulan dan dapatkan telefon pintar ini secara percuma.

Selain itu, HONOR X7b 5G boleh dibeli pada harga RM139 sahaja dengan langganan Pelan U Mobile U Postpaid 98.

Pelajar atau pengguna yang mencari telefon pintar berprestasi baik, storan besar dan bateri tahan lama pada harga bajet, HONOR X7b adalah telefon pintar yang sangat ideal.

Dengan 5G untuk kelajuan internet, masa responsif cepat dan sambungan lebih baik untuk kecekapan penggunaan yang menyeluruh.

Golongan yang gemar mengambil gambar, mendengar muzik sepanjang masa dan menonton video dalam talian, HONOR X7b 5G mempunyai storan 256GB yang boleh menyimpan sehingga 56,000 gambar, 22,000 lagu atau 900 video HD. Pengguna tidak lagi perlu bimbang tentang kehabisan storan.

Selain itu, ciri HONOR RAM Turbo menjadikan 8GB RAM bertindak seperti 16GB, sekaligus melancarkan penggunaan pelbagai aplikasi tanpa sangkut.

Manakala bateri kapasiti besar 6,000mAh membolehkan penggunaan sehingga tiga hari dengan sekali cas. Pengguna sudah tidak perlu sentiasa membawa pengecas apabila keluar rumah dan bimbang bateri cepat habis.

Ciri lain yang mengagumkan adalah Kamera Utama 108MP dengan sensor 1/1.67 inci yang besar untuk merakam gambar menakjubkan walaupun dalam keadaan cahaya malap.

Telefon ini juga mempunyai Mod Potret dengan zum 2x serta keupayaan merakam multi video secara serentak.

Tambahan pula, HONOR X7b meningkatkan pengalaman hiburan dengan keupayaan audio yang termaju. Pembesar suara dwi stereo menghasilkan volum 200 peratus lebih tinggi menerusi teknologi audio HONOR yang inovatif.

MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melancarkan sistem akreditasi untuk membolehkan permohonan akreditasi dibuat sepenuhnya secara atas talian iaitu menerusi Electronic MQA Accreditation System atau singkatannya, e-MAS.

Melalui e-MAS ini, MQA akan menggabung dan mengintegrasikan kesemua modul-modul pengurusan berkaitan jaminan kualiti dan akreditasi untuk mewujudkan satu platform bersepadu yang memberi nilai tambah dan kemudahan kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di negara ini.

Ketua Pengawai Eksekutif MQA, Datuk Prof Mohammad Shatar Sabran berkata, selaras dengan hasrat KPT untuk memperkasa inisiatif pendigitalan, MQA bermula tahun 2022 telah membangunkan sistem ‘e-MAS’ yang mana tujuan utamanya adalah untuk mewujudkan satu platform akreditasi pendidikan tinggi yang bersepadu (integrated platform).

“Dengan adanya e-MAS ini, pihak bekepentingan terutama Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) akan menikmati kemudahan seperti proses permohonan akreditasi akan dilaksanakan secara 100 peratus dalam talian (online), semakan status permohonan boleh diakses hanya di hujung jari tanpa mengira masa (capaian terbuka untuk akses 24 jam), kemasukan data hanya satu kali sahaja, pengenalan sistem pengurusan rekod digital yang sistematik.

“Sistem ini juga turut membantu proses prapendaftaran program dapat dikurangkan, tiada lagi dokumen berbentuk salinan keras (hard copy) yang perlu dihantar ke MQA, setiap maklumat dan laporan boleh dijana secara automatik.

“Sistem ini telah melepasi fasa pengujian dan pelancaran akan dimulakan dengan perintisan 10 institusi pendidikan tinggi (IPT) rakan sistem e-MAS bermula 22 April 2024,” katanya ketika berucap pada majlis tautan kasih MQA, baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mustapha Sakmud berkata, selaku badan tunggal yang mengawal selia jaminan kualiti pendidikan tinggi negara, KPT sentiasa menggalakkan MQA untuk mempelopori organisasi jaminan kualiti terutama di Asia Tenggara dan Asia Tengah.

“Melalui Amanat Tahun Baru Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah menggariskan lima fokus Utama KPT dan salah satunya ialah pemantapan ekosistem pemboleh daya.

“Melalui inisiatif ini, KPT menyasarkan untuk memperhebat ekosistem pendigitalan dalam semua proses dan prosedur untuk meningkatkan aksesibiliti dan kebolehcapaian maklumat kepada umum,” katanya.

Dalam majlis yang sama, MQA turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Badan Akreditasi Nasional Perguruan Tinggi (BAN-PT) Indonesia.

MoU antara dua badan jaminan kualiti itu bakal memudah cara elemen pengiktirafan bersama (mutual recognition) sekali gus memberi impak positif kepada pelajar Indonesia yang melanjutkan pengajian di Malaysia dan begitu juga pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Indonesia.

BAN-PT diketuai Pengarah Dewan Eksekutifnya, Ari Purbayanto.

Dalam pada itu, Shatar Sabran berkata, peranan Indonesia ini sangat luar biasa dan sekali gus melonjak imej pendidikan tinggi di negara ini.

“Insya-Allah saya dengan Pak Ari sentiasa akan bekerjasama antara satu sama lain kerana kami tahu pegangan tangan yang kuat diantara MQA dan BAN-PT ini mampu melonjakkan bukan sekadar pendidikan tinggi Malaysia tetapi juga di dua buah negara ini,” katanya.

OP KHAS PAGAR LAUT Fasa 3 catat 55 kes tangkapan

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – OP KHAS PAGAR LAUT 1/2024 fasa tiga yang berakhir 16 April lalu telah mencatatkan kejayaan sebanyak 55 tangkapan membabitkan 69 kes pelbagai kesalahan.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, antara yang ditahan dalam fasa ini adalah membabitkan 37 kes dibawah Akta Perikanan 1985, tiga kes Akta Kawalan Bekalan 1961, sembilan kes Akta Imigresen 1959/63, tiga kes Akta Kastam 1967, tujuh kes Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, 8 kes Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002, serta satu kes masing-masing dibawah Kanun Keseksaan, Akta Kawalan Padi Beras.

“Berdasarkan jumlah terbabit, keseluruhan tangkapan yang telah berjaya dibuat sempena OP KHAS PAGAR LAUT 1/2024 ini adalah sebanyak 121 kes dengan anggaran nilai rampasan adalah hampir RM9 juta.

“Operasi berkenaan diteruskan bagi fasa empat iaitu dari 17 April sehingga 30 April dengan mengukuhkan kawalan keselamatan di laut terutamanya di setiap titik panas (hot spots) seluruh negara selepas sambutan Aidilfitri dengan menumpukan kepada semua aktiviti jenayah rentas sempadan terutama kes membabitkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan kontraband serta penyeludupan barang-barang kawalan di sempadan perairan seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan ‘mengendurkan’ kesiapsiagaan operasi pada musim perayaan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara supaya keselamatan dan kesejahteraan perairan negara terus terpelihara.

Orang ramai dinasihatkan tidak muat naik, sebar rakaman nahas helikopter TLDM -MCMC

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia, hari ini.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, orang ramai yang sudah memuat naik video terbabit dinasihatkan untuk memadamkannya.

“Penghantaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri mengancam, menyakitkan hati atau mengganggu orang lain, adalah satu perbuatan yang dilarang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Justeru, MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden berkenaan bagi mengelakkan apa-apa kesalahan dilakukan di bawah AKM 1998,” katanya.

MCMC berkata, pengguna internet perlu lebih sensitif dan menghormati keluarga mangsa yang ketika ini bersedih atas tragedi yang menimpa ahli keluarga mereka.

MCMC juga menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarga mangsa insiden dua helikopter terbabit.

Nahas membabitkan dua helikopter TLDM bertembung ketika raptai lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada jam 9.03 pagi tadi.

Insiden itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.

PM akan umum bantuan khas kepada waris mangsa anggota TLDM yang terkorban

editormaxinfo@gmail.com

LUMUT – Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris mangsa 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata sokongan daripada aspek kebajikan itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat.

“Sudah pasti ada mangsa yang mencarum dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), ada juga yang sudah ada pencen dan sebahagiannya ada insuran.

“Di samping itu, Perdana Menteri akan umumkan apa juga bantuan dan sokongan daripada kerajaan kepada keluarga mangsa,” katanya pada sidang media di pekan Lumut, hari ini.

Terdahulu, beliau membuat tinjauan ke lokasi nahas dan menziarahi waris mangsa di Hospital Angkatan Tentera (HAT) di Pangkalan TLDM.

Fadillah berkata, semua waris sudah berada di HAT, manakala keluarga mangsa yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah akan dibawa terus ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi proses pengecaman mayat serta bedah siasat.

“Apabila berlaku tragedi, bukan saja waris, kita sendiri akan dapat merasai kesedihan yang mereka rasai. Apatah lagi majoriti mereka mempunyai keluarga dan anak yang masih kecil.

“Bayangkan anak yang berusia tiga tahun tidak tahu apa-apa, kehilangan sama ada ibu atau bapa.

“Oleh itu, saya minta semua pihak menghormati waris mangsa dengan tidak memaparkan apa-apa sebarang gambar, kenyataan dan video yang boleh menyentuh sensitiviti mangsa berhubung kait dengan kejadian ini,” katanya.

TLDM sebelum ini dilaporkan akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Mereka yang terkorban dari Pesawat HOM (M503-3) dikenal pasti sebagai Komander Muhammad Firdaus Ramli; Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy; Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar (Penumpang) dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Dari Pesawat Fennec (M502-6) dikenal pasti Komander Muhamad Amir Mohamad; Leftenan T Sivasutan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.