28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025

OP KHAS PAGAR LAUT Fasa 3 catat 55 kes tangkapan

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – OP KHAS PAGAR LAUT 1/2024 fasa tiga yang berakhir 16 April lalu telah mencatatkan kejayaan sebanyak 55 tangkapan membabitkan 69 kes pelbagai kesalahan.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, antara yang ditahan dalam fasa ini adalah membabitkan 37 kes dibawah Akta Perikanan 1985, tiga kes Akta Kawalan Bekalan 1961, sembilan kes Akta Imigresen 1959/63, tiga kes Akta Kastam 1967, tujuh kes Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, 8 kes Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002, serta satu kes masing-masing dibawah Kanun Keseksaan, Akta Kawalan Padi Beras.

“Berdasarkan jumlah terbabit, keseluruhan tangkapan yang telah berjaya dibuat sempena OP KHAS PAGAR LAUT 1/2024 ini adalah sebanyak 121 kes dengan anggaran nilai rampasan adalah hampir RM9 juta.

“Operasi berkenaan diteruskan bagi fasa empat iaitu dari 17 April sehingga 30 April dengan mengukuhkan kawalan keselamatan di laut terutamanya di setiap titik panas (hot spots) seluruh negara selepas sambutan Aidilfitri dengan menumpukan kepada semua aktiviti jenayah rentas sempadan terutama kes membabitkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan kontraband serta penyeludupan barang-barang kawalan di sempadan perairan seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan ‘mengendurkan’ kesiapsiagaan operasi pada musim perayaan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara supaya keselamatan dan kesejahteraan perairan negara terus terpelihara.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular