32.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
Home Blog Page 203

Lebih RM400,000 dan telefon pintar terkini HONOR menanti pemenang Anugerah HONOR Magic Moments 2024

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Anugerah HONOR Magic Moments mengadakan pertandingan fotografi mudah alih global tahunan ke empat dan kini menerima penyertaan untuk 2024.

Pertandingan ini dibuka mulai sekarang sehingga 6 Ogos depan. Peminat fotografi Malaysia dijemput untuk menyertai pertandingan berkenaan yang menampilkan enam kategori iaitu On the Way, We, Protection, The Moment, The Story dan Video. Terdapat 59 hadiah hebat tersedia untuk peserta.

Kesemua kategori ini menggalakkan jurugambar menggunakan telefon pintar HONOR mereka untuk memanfaatkan teknologi dengan merakam kisah dan emosi manusia mengikut tema berbeza.

Kategori Protection mengalu-alukan peserta untuk mendokumentasikan usaha manusia ke arah masa depan yang mampan.

Pemenang Photographer of The Year akan menerima hadiah wang tunai RM10,000, manakala dua pemenang Anugerah Master of Photography akan memenangi RM5,000 setiap seorang.

Sementara tiga lagi pemenang Anugerah Prestigious Photographer akan membawa pulang HONOR Magic6 Pro.

Selain itu, seramai 10 pemenang Anugerah The HONORable Photographer bakal menerima telefon pintar Siri HONOR Number yang terkini.

Di samping itu, peserta juga berpeluang memenangi hadiah melebihi AS$100,000 (RM476,750), termasuk AS$15,000 (RM71,513) untuk Photographer of the Year. Senarai pemenang akan diumumkan pada September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co., Ltd., George Zhao berkata, Anugerah HONOR Magic Moments telah ditubuhkan pada 2021 sebagai platform global untuk pertukaran fotografi mudah alih dan memberi inspirasi kepada pengguna mempamerkan kreativiti mereka, serta menyediakan platform sama kepada jurugambar profesional dan pengguna telefon pintar.

“Sejak edisi pertama tiga tahun lalu, Anugerah HONOR Magic Moments telah menerima lebih sejuta penyertaan daripada 51 negara dan wilayah dengan jumlah 320,000 peserta di seluruh dunia. Ini sekaligus memperluaskan kemungkinan untuk fotografi mudah alih,” katanya.

Alatan yang dipertingkatkan dengan AI untuk Kejayaan Fotografi

Sebagai peneraju global dalam teknologi kamera telefon pintar, HONOR terus meningkatkan pengalaman fotografi mudah alih dengan melabur dalam pemerkasaan AI dan teknologi optik yang memacu kemajuan.

HONOR Magic6 Pro yang terbaharu menjadi pengubah keadaan untuk sportografi telefon pintar dengan Sistem Kamera Falcon HONOR generasi terkini yang dikuasakan oleh AI.

Ini bagi membolehkan penangkapan pantas merentas keseluruhan rangkaian fokus dan dalam pelbagai senario.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR membawa fotografi telefon pintar ke peringkat seterusnya dengan sensor HDR LOFIC termaju dan Sistem Autofokus Matrix LiDAR yang disesuaikan daripada teknologi pemanduan autonomi.

Sistem ini menyediakan pengalaman fotografi yang boleh menandingi kamera gred profesional.

Penyertaan Anugerah HONOR Magic Moments 2024 boleh dihantar di laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my/magic-moments-awards/ sebagai alternatif, peserta boleh menyiarkan foto mereka di media sosial dengan sertakan tanda pagar #MagicMomentsofMalaysia di kapsyen.

Astro Originals persembah ‘Framed’ gandingan Meerqeen dan Mimi Lana bermula 3 Mei ini

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Astro kembali mencabar norma naratif industri hiburan dengan mempersembahkan ‘Framed’, sebuah siri premium Astro Originals, terbitan Astro Shaw bersama rakan produksi Independent Pictures Sdn Bhd.

Drama rantaian terbaharu ini mempaparkan misteri konspirasi jenayah yang membabitkan takdir dan beberapa kejadian di luar kawalan, bakal bersiaran pada 3 Mei jam 9 malam menerusi Astro Premier (Saluran 410) dan episod awal disediakan pada setiap minggu bermula 12 tengah malam melalui platform On Demand, Astro GO dan sooka.

Siri drama premium penuh debaran ‘Framed’, diarahkan oleh Sein Qudsi, pengarah, penerbit dan penulis berpengalaman, manakala cerita asal dan skrip pula dihasilkan oleh Kyle Ezra Groonting.

Drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat berpengaruh tempatan masa kini termasuk gandingan hebat Meerqeen (Edi) dan Mimi Lana (Lia), serta Sangeetha (Rita), Ram RAAGA (Navin), Riz Amin (Gibran), Zamarul Hisyam (Mansur), Khir Rahman (Hassan), Nam Ron (Aziz) dan Ka Hoe (Ka Hong). 

Pengarah ‘Framed’ Sein Qudsi, berkata, Framed adalah sebuah naskhah berbeza dengan karya-karya yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

“Saya memegang niat untuk bersikap jujur dalam perlaksanaan dan lakukan sebaik mungkin keatas semua tuntutan yang ada pada siri premium ini.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, meskipun berdepan dengan cabaran dalam mengekalkan kualiti dan konsisten perlaksanaan penggambaran sepanjang tempoh yang diberikan.

“Saya harap penonton dapat menerima Framed dan teruja mengikuti jalan cerita yang dipersembahkan, seperti mana saya dan semua yang terbabit teruja sepanjang menjayakan drama siri premium ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad merangkap Penerbit Eksekutif ‘Framed’ berkata, mereka memahami penonton mahukan naskhah segar dan berkualiti.

“Kali ini kami mengambil inisiatif untuk ketengahkan kisah buat pertama kali yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang memaparkan isu sosial yang amat dekat dengan masyarakat dengan memfokuskan konspirasi alam sekitar.

“Framed membawa jalan cerita yang merungkai petunjuk daripada sebuah kamera polaroid dan akan meninggalkan pelbagai persoalan kepada penonton.

“Selain itu, penonton dapat melihat gandingan mantap pertama kali oleh pelakon-pelakon berbakat tanah air dalam satu skrin.

“Kami harap penonton dapat menerima Framed dan sekali gus mengangkat naskhah tempatan setanding karya luar negara,” katanya.

‘Framed’, siri drama dengan naratif penceritaan menarik ini bakal menyusuri perjalanan Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama, di mana kamera terbabit mampu mencetak momen-momen tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan.

Berbekalkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka penyiasatan untuk mengetahui kisah kehilangan ibunya.

Ketika penyiasatan ini, Lia bertemu Edi, seorang aktivis alam sekitar, mereka juga mendapat petunjuk tentang konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu, dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.

Selain merungkai isu jenayah kehilangan ahli keluarga, siri premium ‘Framed’ turut menyingkap penyiasatan konspirasi persekitaran dengan memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepentingan serta tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap individu dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

‘Framed’ turut memperkenalkan Nadira Zaini selaku pelantun runut bunyi yang bertajuk ‘Udara’, dihasilkan oleh Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K.

Pelanggan Astro juga boleh merasai Framed Experiental Journey yang bakal disediakan di Astro Experience Strore, IOI City Mall, dalam masa terdekat. 

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin, bantu berhenti merokok

editormaxinfo@gmail.com

AMPANG – Jenama rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina.

Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang dilancarkan pada majlis IllumiRaya, tahun ini.

Pengarah Operasi Kardinal Industries (M) Sdn. Bhd. Erwin Teow berkata, Lumina adalah teknologi baharu yang menawarkan solusi buat perokok tegar berhenti merokok dan pengguna produk alternatif rokok.

“Lumina adalah salah satu produk alternatif yang dapat membantu mengawal jumlah nikotin yang diambil setiap hari dan seterusnya pengguna dapat mencapai matlamat untuk berhenti merokok.

“Berapa lama masa diambil untuk berhenti merokok adalah tergantung pada individu itu sendiri kerana setiap perokok mempunyai cara dan gaya yang berbeza dalam merokok.

“Dari pandangan saya sebagai salah seorang yang sudah berhenti merokok, tiga bulan mencukupi bagi seseorang berhenti merokok dan ia memerlukan komitmen yang tinggi.

“Dengan penggunaan rokok elektronik ini pengguna boleh mengawal jumlah nikotin yang mereka ambil, manakala rokok tidak boleh,” katanya pada majlis pelancaran Rumah Terbuka IllumiRaya: A Kardinal Open House Pakar #KwitSmoking Kardinal, baru-baru ini.

Rumah Terbuka IllumiRaya turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa dari artis-artis jemputan antaranya Amy Search, Lunadira, Midnight Fusic, Gard Wuzgut, Kicau-Bilau dan Jemput Dengar.

Erwin berkata, visi Kardinal adalah untuk membantu lebih ramai perokok berhenti merokok dan penggunaan vape adalah salah satu peringkat untuk sampai ke matlamat berkenaan.

“Kami berusaha membantu menurunkan penggunaan nikotin harian dan diharap pengguna dapat menggunakan produk kami sehingga kosong gram nikotin,” katanya.

Kardinal mula beroperasi pada 2017 dan Lumina adalah produk kesembilan yang dikeluarkan oleh mereka.

Lumina mempunyai keistimewaan tersendiri di mana ia menggunakan teknologi terbaharu iaitu seramik yang akan memberikan rasa konsisten dalam setiap sedutan.

“Kardinal kini sedang berkembang ke seluruh dunia dengan tumpuan kini terhadap pasaran tempatan. Kami berusaha untuk menyelesaikan sebarang kebimbangan masyarakat dalam industri tembakau.

“Diharap Lumina menjadi salah satu pilihan dan solusi untuk mereka yang sedang berusaha untuk berhenti merokok,” katanya.

Lumina boleh didapati pada harga RM75 manakala pod KSpod Lumina (2.5ml) pada harga RM14 dengan lebih 30 pilihan perisa unik.

MQA, CSCSE perkukuh pendidikan tinggi Malaysia-China menerusi MoU

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Chinese Service Center For Scholarly Exchange (CSCSE) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan untuk memperkuat kerjasama dalam bidang jaminan kualiti dan penilaian dalam sektor pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA; Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, berkata MoU itu menandakan pencapaian penting dalam memupuk kerjasama antara Malaysia dan China dalam bidang pendidikan.

Katanya, Kerjasama itu menekankan komitmen bersama kedua-dua entiti untuk mengekalkan standard kecemerlangan dan mempromosikan pengiktirafan bersama kelayakan dan program yang diiktiraf.

Menerusi MoU ini, katanya, MQA dan CSCSE akan terbabit dalam pelbagai usaha Kerjasama termasuk memudahkan pertukaran maklumat dan kepakaran mengenai kerangka kelayakan negara serta proses akreditasi, mempromosikan kerjasama antarabangsa untuk pengiktirafan kelayakan dan kemahiran yang diperolehi melalui pendidikan tinggi.

“Antara intipati lain kerjasama itu ialah membangunkan mekanisme yang telus untuk penilaian dan pengiktirafan kelayakan yang diperoleh melalui kerjasama pendidikan antarabangsa.

“Memperkukuhkan pertukaran akademik dan perkongsian antara institusi pendidikan di Malaysia dan China dan berkongsi penemuan penyelidikan dan amalan terbaik dalam bidang jaminan kualiti dan penilaian,” katanya.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zaini Ujang; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT; Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Mohd Zahari Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS), Novie Tajuddin.

Pada majlis menandatangani MoU itu, MQA diwakili oleh Mohammad Shatar, manakala CSCSE diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Wang Daquan sambil disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan China, Huai Jinpeng.

Mohammad Shatar berkata, jalinan itu mencerminkan komitmen mereka untuk memajukan standard jaminan kualiti dalam pendidikan dan memupuk kerjasama antarabangsa.

Beliau berkata, MoU antara MQA dan CSCSE menandakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan pendidikan antara Malaysia dan China selain menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa dalam memastikan kualiti pendidikan dalam dunia global.

“Kerjasama bersama CSCSE ini juga bertujuan untuk mempromosikan pengiktirafan bersama kelayakan dan meningkatkan mobiliti pelajar dan profesional antara Malaysia dan China.

“Kolaborasi dengan CSESE diharap dapat memudahkan pemahaman dan pengiktirafan kelayakan melintasi sempadan selain mencipta peluang baru untuk kerjasama akademik dan memperkayakan pengalaman pendidikan pelajar dan cendekiawan dari Malaysia dan China,” katanya.

Kes kemalangan, kematian harian meningkat

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Kes kemalangan harian menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,914 kes di seluruh negara pada Sabtu.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 45 kes berbanding 1,869 kes dilaporkan pada Jumaat.

“Jumlah kematian turut mencatatkan peningkatan sebanyak 11 kes apabila merekodkan 22 kematian pada semalam (Sabtu) berbanding 11 kematian, pada Jumaat,” katanya.

Sebelum itu, JSPT Bukit Aman menyiarkan maklumat statistik jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian secara harian, hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai kesesakan dan keselamatan jalan raya.

Penyiaran data statistik itu kepada umum adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai betapa seriusnya kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada setiap hari.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, tindakan itu dilaksanakan dengan pelaporan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Rampasan Bugatti Veyron berkaitan kes 1MDB: SPRM siasat sejak 2020

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan maklumat berhubung rampasan empat kereta mewah jenis Bugatti Veyron yang dikaitkan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Munich, Jerman.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menghantar permohonan untuk mendapatkan maklumat itu daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

“Pada 26 Oktober 2022, SPRM pernah menghantar permohonan sama bagi mendapatkan maklumat mengenai pembelian kereta mewah di negara itu yang menggunakan dana bon 1MDB.

“Dalam perkembangan terbaharu ini, SPRM telah menghantar permohonan untuk maklumat terkini daripada pihak Jerman,” katanya dalam satu kenyataan.

Azam juga mengesahkan, pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung isu berkenaan sejak 2020.

“Ia bermula apabila SPRM mengemukakan Permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) ke Switzerland untuk mendapatkan maklumat mengenai aset beku berkaitan kes 1MDB pada November 2020.

“Ini diikuti dengan mesyuarat bersama Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkaitan 50 kereta mewah yang terbabit dalam siasatan 1MDB pada tahun 2021,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan kes terbabit.

Terdahulu, media Jerman, Bild melaporkan pihak berkuasa merampas empat kereta mewah model Bugatti Veyron di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan siasatan kes 1MDB.

Menurut laporan itu, kesemua kenderaan edisi khas itu dirampas dari sebuah kemudahan penyimpanan persendirian di Munich.

Kenderaan mewah itu dikatakan siri eksklusif yang mana hanya 18 kereta dibina dalam siri berkenaan dan biasanya tidak dijual di lelongan awam.

Empat kenderaan itu ialah Rembrandt edisi Veyron, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini dengan setiap kereta berharga lebih AS$3 juta (kira-kira RM14.3 juta).

Bild melaporkan, kereta berkenaan dikesan dan dirampas oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah 7, yang pakar dalam jenayah kolar putih.

Muat naik hantaran isu kasino Forest City, Chegu Bard ditahan polis

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan polis malam tadi.

Penahanan itu dipercayai berkaitan satu hantaran oleh beliau di media sosial mengenai projek kasino di Forest City.

Menurut peguamnya, Rafique Rashid  berkata, Chegu Bard ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tapah, Perak kira-kira jam 7 malam tadi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

“Chegu Bard kini ditahan di IPD Dang Wangi. Tangkapan terkait dengan posting dalam Facebook beliau berkaitan kasino Forest City yang dilaporkan oleh Bloomberg.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pada jam 8.45 pagi, permohonan reman akan didengar di IPD Dang Wangi,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Chegu Bard didakwa menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hub kewangan yang akan dibina di Forest City, Johor, menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau didakwa turut berterima kasih kepada agensi berita Business Times Singapore dan Bloomberg kerana melaporkan berita berkenaan kepada umum.

Sebelum ini, Anwar, Berjaya dan Genting Malaysia menafikan laporan Bloomberg, selain menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media terbabit berhubung laporan itu.

Bloomberg melaporkan, Anwar menemui pengasas Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino bagi Forest City minggu lalu.

Pengecas Nexode RG 65W UGREEN jana kehidupan insan istimewa bergelar ibu

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Dunia bakal menyambut Hari Ibu pada 12 Mei. Apakah hadiah terbaik untuk ratu hati kita ini? Satu lagi cawan yang tertera “World’s Best Mum”? Kabinet dapur ibu mungkin sudah berlambak dengan cawan sedemikian.

Sejambak bunga segar? Ia akan layu dan dibuang kemudian. Jadi, apa kata kita menghadiahkan sesuatu yang praktikal, comel dan mudah dibawa untuk ibu moden hari ini? Jika anda berasa itu idea yang bagus, cubalah pertimbangkan Pengecas Nexode RG 65W UGREEN.

Nexode RG ialah pengecas robot yang bukan hanya mengecas dengan pantas tetapi juga teman kehidupan harian yang comel.

Ia tersedia dalam warna hitam yang anggun atau ungu terang, yang menonjolkan personaliti unik anda semasa pengecasan.

Selain itu, Nexode RG merupakan pengecas berasaskan Gallium Nitride (GaN) yang boleh menukar tenaga kepada elektrik tiga kali lebih cekap daripada pengecas tradisional. Lebih-lebih lagi, ia tersedia dalam saiz poket yang mudah dibawa.

Setiap ibu mempunyai keperluan yang berbeza. Namun, pelbagai ciri Nexode RG yang menarik akan dapat memenuhi sebarang keperluan itu.

Bagi ibu yang sentiasa berlumba dengan masa, kehabisan bateri dan komunikasi terputus adalah antara perkara paling menjengkelkan.

Namun, masalah ini dapat diatasi dengan Nexode RG yang mempunyai 2 port USB-C dan 1 port USB-A serta keupayaan pengecasan 65W yang pantas.

Sama ada mengecas telefon pintar, tablet, komputer riba atau peranti lain, pengecas ini menawarkan versatiliti dan keserasian yang tiada bandingan, lantas menjadi teman terbaik dalam kehidupan harian mana-mana ibu.

Bukan itu sahaja, Nexode RG juga mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Saiznya yang kecil membolehkannya dimasukkan secara mudah ke dalam beg tangan atau poket, menjadikannya pengecas paling ideal untuk ibu.

Kasut comel robot pengecas itu juga boleh ditanggalkan dan digunakan untuk melindungi dua pin RG serta sebarang item dalam beg.

Nexode RG sesuai untuk semua ibu, tidak kira mereka yang celik teknologi ataupun tidak. Ini kerana Nexode RG dilengkapi dengan skrin emoji yang dapat menunjukkan status pengecasan secara tepat.

Ia membolehkan ibu memantau status pengecasan peranti mereka, sekali gus memberi pengalaman bebas tekanan yang pasti disukai oleh semua ibu di luar sana.

Selain itu, pengecas RG 65W juga sesuai untuk ibu-ibu yang mengutamakan soal keselamatan kerana ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang unik.

Selain dibina dengan bahan kalis api dan bertahan lama, sistem pemantauan suhu proprietari UGREEN, Thermal Guard™ dapat mengurangkan risiko suhu terlampau panas atau kerosakan pada peranti, sekali gus memberi ketenangan fikiran sewaktu pengecasan.

Kesimpulannya, Nexode RG mempunyai ciri-ciri hadiah Hari Ibu yang paling sempurna, dengan menyatukan ciri praktikal dengan daya tarikan yang menarik.

Tidak kira untuk ibu yang celik teknologi ataupun tidak, ibu yang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan, atau ibu yang selalu berada di rumah, pengecas serba boleh ini mampu membawa kegembiraan dan kemudahan yang tiada bandingan.

Jadi, sempena Hari Ibu ini, tunjukkanlah penghargaan kepada ratu hati anda dengan Pengecas Nexode RG 65W UGREEN hadiah yang meraikan insan istimewa ini dan segala pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka.

‘The Hardest Singing Show’ cabar vokal dan kreativiti penyanyi hebat tempatan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, ‘The Hardest Singing Show’, sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.

Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Program ‘The Hardest Singing Show’ berteraskan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’, dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.

Peserta juga dikehendaki memberikan satu ‘Wow Moment’ dalam ‘showmanship’ bergantung pada idea dan kreativiti mereka. 

Konsep tambahan ini menjadi faktor penting dalam pemarkahan akhir mereka serta kedudukan dalam pertandingan sehingga ke minggu akhir. 

Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, mereka amat teruja untuk memperkenalkan program realiti terbaharu Astro, ‘The Hardest Singing Show’ kepada penonton.

“Konsep ini buat pertama kalinya mempertaruhkan kehebatan dan keunikan ‘showmanship’ dalam persembahan sebagai elemen utama, selain kemantapan vokal yang bakal menjadi tarikan penonton untuk menyaksikan program ini.

“Penonton juga bakal menyaksikan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka melakukan persembahan yang luar biasa mengikut kreativiti dan pada masa yang sama, peserta perlu mengawal kestabilan vokal dan yanyian.

“Sebagai salah satu program ‘signature’ terbesar kami pada tahun ini, kami ingin memastikan ia kekal berdaya saing dan relevan di dalam industri nyanyian yang kian berubah.

“Oleh itu, pembaharuan format ini ditambah untuk memberi keunikan kepada rancangan-rancangan nyanyian kami yang sering mendapat sokongan padu daripada penonton dan peminat.

“Kami yakin ‘The Hardest Singing Show’ bakal memberi pengalaman baharu kepada semua termasuk barisan peserta ternama yang akan bersaing dalam rancangan ini serta barisan juri dan hos yang juga mempunyai peranan hebat dalam dunia hiburan.

“Jutaan terima kasih turut diucapkan kepada pihak penaja, Alha Alfa Cosmetics yang sudi menaja rancangan terbaharu kami pada kali ini.

“Kami berharap penganjuran ‘The Hardest Singing Show’ bersama Alha Alfa Cosmetics dapat menambat hati penonton daripada setiap pelosok dunia dengan keistimewaannya tersendiri serta menyerlahkan bakat-bakat tempatan yang ada di negara kita,” katanya. 

Barisan peserta yang bakal bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini adalah 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana. 

Manakala pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose yang akan menggemudi rancangan ini.

Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah  professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Datuk Seri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak. 

Penerbitan ‘The Hardest Singing Show’ diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama, serta turut dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak selaku rakan digital dan ERA sebagai rakan radio rasmi.