30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
Home Blog Page 205

Sertai kemeriahan ‘Hello Nu Sentral’ bersama bintang terhebat tempatan Sabtu ini

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pelanggan Astro dijemput hadir untuk memeriahkan ‘Hello Nu Sentral’ yang akan berlangsung Sabtu ini.

Bertempat di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur, program eksklusif kesetiaan pelanggan yang dibawakan oleh Astro Rewards and NU Sentral itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pra-tonton drama-drama terbaik, sesi beramah mesra bersama bintang-bintang tanah air serta persembahan daripada penyanyi tempatan.

Pengunjung berpeluang untuk menikmati pra-tayangan promosi drama-drama terbaharu yang mengujakan terbitan Astro Originals termasuk ‘Framed’, dibintangi Meerqeen dan Mimi Lana, bermula 3 Mei, 9 malam, di Astro Premier (Saluran 410); slot Megadrama ‘Cinta Untuk Sekali’, lakonan Meerqeen dan Erysha Emyra; ‘Bunga Salju’, lakonan Hisham Hamid, Amyra Rosli dan Hariz Hamdan, bermula 20 Mei, 6 petang serta drama-drama terbaik yang bersiaran di Astro seperti karya terbaik Siti Rosmizah, ‘Takdir Itu Milik Aku’ dan ‘Malang Si Puteri’.

‘Hello NU Sentral’ juga bakal menampilkan kehadiran bintang-bintang terhebat tanah air untuk sesi beramah mesra bersama pelanggan termasuk Meerqeen, Mierul Aiman, Fasha Sandha, Malek McCrone, Qasrina Karim, Emma Maembong, Shaheizy Sam, Mimi Lana, Erysha Emyra, Hisham Hamid, Amyra Rosli dan ramai lagi.

Selain itu, pengunjung yang hadir juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini dan ramai lagi yang akan membuat persembahan dengan lagu-lagu yang menjadi runut bunyi bagi drama-drama terbaik di Astro.

Pelanggan Astro boleh membuat tempahan ‘Meet & Greet’ untuk bertemu selebriti kegemaran bermula 9 hingga 24 April, di aplikasi My Astro.

Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘Hello NU Sentral’, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.

Hargai penggiat industri muzik, RIM teruskan program Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Meraikan penggiat industri muzik tempatan, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bersama-sama Public Performance Malaysia (PPM) memberikan ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024’ (SRIM) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Majlis bermakna ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang menghadapi cabaran kewangan dan kesihatan dalam perjalanan profesional mereka dalam industri muzik tempatan.

Pengerusi RIM dan PPM Rosmin Hashim berkata, pihaknya melahirkan rasa terima kasih di atas sokongan yang diterima terhadap program amal ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik’ yang dilancarkan pada 31 Mei 2023.

Program amal ini, pengembangan daripada inisiatif bantuan Dana Kecemasan RIM dan disokong oleh Public Performance Malaysia (PPM), Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) tertua di Malaysia menyediakan peruntukkan tahunan sebanyak RM100,000 untuk membantu penggiat industri muzik yang menghadapi masalah kewangan dan kesihatan.

“Program amal ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik’ ini bertujuan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dengan inisiatif Negara Madani bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat termasuk penggiat industri muzik.

“Setakat ini, seramai 48 penggiat industri muzik tempatan telah mendapat manfaat daripada program amal SRIM dan Dana Kecemasan RIM”, katanya.

Rosmin berkata, program amal SRIM boleh memanfaatkan semua penggiat industri muzik daripada penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, pegawai perhubungan awam syarikat rakaman sehinggalah wartawan hiburan yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam pembangunan industri muzik tempatan.

“Dengan penganjuran SRIM 2024, kami meneruskan usaha kami untuk menyediakan bantuan yang amat diperlukan oleh penggiat industri muzik tempatan yang layak bagi meringankan beban mereka.

“Kami juga amat berbesar hati kerana Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali dapat merasmikan majlis, menunjukkan komitmen kerajaan menyokong inisiatif yang bertujuan meringankan kesusahan yang dihadapi rakyat termasuk penggiat industri muzik tempatan,” katanya.

Antara acara kemuncak majlis adalah pengiktirafan 21 penerima yang layak terdiri daripada pencipta lagu, penghibur, kakitangan syarikat rakaman dan wartawan hiburan yang mengalami kesusahan.

Penggiat industri muzik tempatan yang layak telah diiktiraf atas perkhidmatan mereka yang lama dan sumbangan besar mereka kepada industri muzik tempatan.

Pengiktirafan istimewa turut diberikan kepada dua artis tempatan yang cemerlang, Ernie Zakri dan Dolla yang telah mencapai kemajuan besar di pasaran antarabangsa.

Baru-baru ini, Ernie Zakri mengungguli carta radio Gen 98.7 FM di Indonesia dengan lagu duetnya “Masing Masing” bersama penyanyi Indonesia, Govinda manakala Dolla baru-baru ini mewakili Malaysia dalam program realiti popular, ‘Show It All’ di China.

Pencapaian terbaharu mereka menjadi bukti lanjut keupayaan bakat-bakat Malaysia untuk menembusi pasaran serantau dan global.

Dalam ucapannya, Rosmin turut menekankan kepentingan memanjangkan tempoh perlindungan hak cipta kepada 70 tahun atau lebih bagi membolehkan pemegang hak memperoleh royalti untuk tempoh yang lebih lama dan selaras dengan piawaian antarabangsa baharu.

Rosmin turut memuji tindakan penguatkuasaan anti cetak rompak kementerian KPDN yang telah membantu industri muzik tempatan mencapai hasil pendapatan tertinggi dalam sejarah pada 2023.

Susulan perasmian majlis oleh Menteri KPDN, tetamu dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis semasa dan malar segar seperti Amir Masdi, Ernie Zakri, Dolla, Syamel, Dina dan Xpose, Datuk Aishah dan Jay Jay.

Bincang pembangunan bola sepak negara, TMJ jemput Figo ke Johor Bahru

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.

JDT dalam satu kenyataan di laman sosial mereka berkata, perjumpaan itu bagi membincangkan beberapa perkara mengenai pembangunan bola sepak dengan Figo yang kini adalah penasihat bola sepak dan duta badan induk bola sepak Eropah, UEFA.

“DYAM Pemangku Sultan Johor dan Figo turut membincangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan dan pembangunan bola sepak.

“Baginda juga menjemput Figo ke Johor Bahru untuk berbincang dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada bola sepak di Johor dan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Pada waktu ini, JDT sedang mengharungi siri jejalah pramusim di Sepanyol dan menentang beberapa pasukan di negara itu.

Doakan dirinya dan anak mampus, Thalia kecewa sikap buruk pembantu rumah

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri mengakui terkejut dan kecewa dengan sikap pembantu rumahnya yang selama ini dianggap baik.

Malah wanita itu melayan pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri, tidak disangka rupa-rupanya hanya bertopengkan agama.

Menerusi pendedahan yang dimuat naik di laman sosial miliknya, Thalia berkata dia terkejut apabila mendapat tahu perkara sebenar tentang pembantu rumah yang dipanggil Bibik Elly tidak berlaku jujur.

Difahamkan Bibik Elly melayan anak bongsunya dengan teruk sehingga membiarkan kanak-kanak itu busuk berbau hancing dan bermain dengan air tandas.

“Saya tidak pernah mengesyaki apa-apa sebab dia sangat baik di depan saya malah tidak pernah tinggal solat Dhuha.

“Semuanya terbongkar apabila mesejnya bersama teman lelakinya dikirimkan oleh individu berkenaan.

“Apabila saya bertanya mengenai perkara itu, dia menafikan tetapi bukti jelas apabila kami menerima mesej yang dia kirimkan kepada kekasihnya dan memaki hamum kami termasuk mendoakan saya dan anak saya mampus,” katanya dalam pendedahan berkenaan.

Thalia berkongsi pendedahan itu dalam satu siaran langsung di akaun TikTok Thalia.Baiduri minggu lalu dan mendapat respon warganet yang mahu mengetahui kisah sebenar yang berlaku.

Beberapa sedutan mengenai pendedahan berkenaan turut dikongsikan di akaun yang sama.

Thalia yang juga pernah berlakon berkata, selepas perkara berkenaan terbongkar segala kebenaran mengenai bibik Elly sampai ke pengetahuannya dan suami melalui dua lagi pembantu rumah.

“Saya memang hairan sebelum ini bila anak saya berbau busuk setiap kali saya balik kerja, malah badannya juga penuh dengan luka.

“Apabila saya bertanya kepadanya, dia siap bersumpah dengan nama Allah dia jaga anak saya dengan baik.

“Rupa-rupanya anak saya sudah beberapa kali jatuh dan dibiarkan sendirian tanpa dibersihkan, bibik lain tidak berani dengan dia kerana dia sudah lebih setahun berkhidmat dengan saya.

“Saya memang tidak pernah syak sebab bila dia sebut Allah saya fikir takkan dia tergamak main nama Allah,” katanya.

Thalia berkata, pembantu rumah berkenaan juga didapati leka bermain cinta dengan lelaki senegara dengannya yang kononnya bekerja sebagai juruterbang.

Katanya, pembantu rumah berusia lewat 40-an itu terbuai dan asyik dilamun cinta dengan lelaki berkenaan sehingga sanggup mengabaikan tugas hariannya.

“Saya difahamkan dia bercinta dengan pilot dan yang kelakarnya habis duit pada lelaki itu. Saya tidak masuk campur cuma bila sampai tugas terabai dan anak saya jadi mangsa memang saya tidak boleh terima.

“Malah bila kita panggil untuk bersemuka pun dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan serta tiada langsung ucapan maaf yang keluar dari mulut,” katanya.

Lantaran itu, suami Thalia Datuk Shahriza Amir meminta bibik berkenaan keluar dari rumah dan menamatkan perkhidmatannya serta merta.

“Saya hilang kata-kata dengan sikap bibik berkenaan, tak apalah tiada rezeki dia bekerja dengan saya.

“Apa yang penting kita sudah pulangkan dia pada agen dan keselamatan anak kami terjamin,” katanya yang serik dengan kejadian itu sehingga ragu-ragu untuk memilih pembantu rumah.

Bekas anggota Dolla, Syasya selamat bernikah

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Berikutan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan Dolla, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, perancangan mendirikan rumah tangga juga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada Dolla.

“Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya Dolla dari awal sehingga kini.

“Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada Dolla mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan yang dibuat empunya diri dan disifatkan terlalu peribadi.

“Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini.

“Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla,” katanya.

Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita itu menamatkan segala spekulasi yang beredar.

“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudahkan. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

“Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla,” katanya.

Terdahulu, kumpulan itu menerusi hantaran di akaun rasmi mereka mengumumkan mengenai pengunduran Syasya pada 8 April lalu.

Dalam perkembangan lain, Dolla berjaya mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia dalam sebuah pertandingan nyanyian membabitkan pelbagai kumpulan vokal di China menerusi program Show It All.

Menariknya, aksi lincah Dolla ketika membuat persembahan menjadi tular selain meraih pelbagai pujian dan kata-kata semangat oleh peminat serta warganet.

Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu

editormaxinfo@gmail.com

SHAH ALAM – Dakwaan kononnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meluluskan tanah kepada syarikat sendiri adalah taktik terdesak menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, pihaknya sudah meneliti hantaran di laman Facebook berkaitan laporan polis oleh Badrulhisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berhubung dakwaan itu.

“Dakwaan beliau kononnya disokong dengan dokumen di mana kerajaan negeri Selangor memberikan 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd.

“Pejabat Menteri Besar Selangor terbuka dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi usaha membersihkan nama Menteri Besar Selangor berkaitan dakwaan mengkal ini.

“Saya sepenuhnya meyakini bahawa dakwaan ini adalah sejenis episod tuduhan ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan episod yang diputar belit sewaktu Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15 yang menyaksikan penuduh kini menghadapi tindakan saman daripada Menteri Besar sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Saifuddin berkata taktik ini tidak lain adalah cubaan terdesak pihak tertentu menjelang PRK DUN Kuala Kubu Bharu yang sangat mudah dibaca jalan cerita dan skripnya.

Katanya, pihaknya mengenalpasti beberapa fakta salah dan tersasar melalui hantaran beliau terdahulu.

“Kami dengan segala hormatnya mengalu-alukan beliau untuk menyertai kelompok individu yang akan disaman sebagaimana yang sedang dihadapi oleh seorang kenamaan di negeri utara tanah air pada masa ini berikutan kedangkalan fakta dalam melancar serangan politik murahan,” katanya.

Keputusan Titah Adendum mesti diputus dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan – PM

editormaxinfo@gmail.com

SHAH ALAM – Sebarang keputusan berhubung Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak mahu mencampuri urusan berkenaan, biarpun ditohmah dan dilempar dengan pelbagai kritikan kononnya tidak berbuat apa-apa.

“Saya sebutkan, ini menyinggung peranan Lembaga Pengampunan dan wewenang Agong. Itu jawapan bagi saya mengikut perbincangan dengan Peguam Negara dan maklumat dari Sultan dan Agong, itu sebaiknya.

“Kita tak cuba meringankan apa-apa keputusan yang dibuat hakim. Tapi cara kita lakukan itu yang tidak disenangi sesetengah pihak dałam parti sekutu atau sebaliknya, dalam kalangan yang lain di luar.

“Itu bukan kita persoalkan. Tapi pendirian kita tuntas, bahawa keputusan mesti dibuat dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan muktamad (oleh) Agong (mesti juga) dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan sejak merdeka hingga kini, kerajaan tidak pernah membuat sebarang keputusan yang boleh menyinggung Agong atau Raja-Raja Melayu.

“Jangan kerana mahu teruskan satu agenda yang disenangi oleh kamu, sehingga merobohkan kerajaan yang ada. Jadi harus ada kebijaksanaan dalam menangani permasalahan ini.

“Tanya saya, ya.. dalam Kabinet, dalam kerajaan, rakan-rakan Jemaah Menteri pun ramai di sini, kita tidak ada masalah itu. Tapi yang di luar, ada suara yang tidak semestinya mewakili suara pimpinan.

“Jadi saya harus akui, walaupun ada hal yang mesti dirundingkan di luar Jemaah Menteri, tetapi setakat ini, belum ada keretakan kecil sekali pun sama ada Pakatan Harapan (PH), UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta Sabah dan Sarawak,” katanya.

Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri terbabit menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, Timbalan Perdana itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, pada 30 Januari lalu. -Berita Harian

KPT laksana moratorium pelawaan IPT swaakreditasi

editormaxinfo@gmail.com

SEPANG – Bagi memastikan kelestarian kualiti pendidikan tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melaksanakan moratorium pelawaan sebagai institusi pendidikan tinggi (IPT) berstatus swaakreditasi dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman berkata, perkara itu wajar dilakukan supaya Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dapat melihat semula kriteria penilaian sebagai IPT berstatus swaakreditasi.

Katanya, moratorium itu hanya membabitkan permohonan baharu dan bukan yang sedang diproses oleh MQA.

“Selain itu, pengauditan dan penambahbaikan berterusan lebih berstruktur kepada semua IPT swaakreditasi sedia ada turut akan diadakan.

“Pelaksanaan ini wajar dilakukan mengambil faktor penilaian yang telah dibentangkan dan keperluan kita memelihara status IPT berprestij di negara ini,” katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus MQA bersama IPT Berstatus Swaakreditasi, di Universiti Multimedia (MMU), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MQA; Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran; Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif MMU, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud; Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA menjalankan tugas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti), Mohamad Dzafir Mustafa dan Pengarah Kanan (Akreditasi), Mohd Khairul Nizam Ibrahim dan wakil 19 IPT swaakreditasi.

Dr. Azlinda berkata, beliau turut menyarankan setiap IPT Swaakreditasi untuk memperkukuh pusat jaminan kualiti mereka dengan kakitangan yang mahir dilengkapi dengan latihan yang diiktiraf oleh MQA.

Sebagai contoh, penyertaan program ‘Certified Quality Assurance Officer’ (CQA) perlu menjadi kriteria utama untuk kakitangan yang ditempatkan di pusat jaminan kualiti universiti.

“Program CQA anjuran MQA akan mengiktiraf pegawai dan ahli akademik sebagai pegawai penilai jaminan kualiti dalaman di universiti secara langsung menjadikan mereka sebagai cermin MQA untuk IPT swaakreditasi,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Shatar berkata, setiap IPT di Malaysia yang berstatus swaakreditasi adalah sebuah universiti yang berprestij.

Katanya, status ‘berprestij’ itu perlu dinilaikan dan diertikan sebagai sebuah universiti yang menjadi rujukan, panduan dan penandaarasan oleh universiti, kolej universiti, kolej dan PPT lain di negara ini.

“Reputasi ini adalah signifikan untuk dikekalkan dan dipelihara oleh semua IPT swaakreditasi,” katanya.

Tonton jalin kerjasama dengan Animax + GEM, bawa Anime Fest Plus 2024 ke dunia nyata

editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Platform penstriman utama, Tonton mengumumkan kerjasama dengan Animax + GEM untuk menerajui Anime Fest Plus 2024, yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

Kerjasama ini menjanjikan pengalaman anime ke tahap yang lebih tinggi, menawarkan peserta sambutan yang mendebarkan tentang medium kegemaran mereka.

Anime Fest Plus 2024 anjuran Comic Fiesta yang disertai oleh Tonton dan Animax + GEM menampilkan pelbagai aktiviti untuk peminat anime yang tentunya tidak membosankan seperti sesi tayangan, pengalaman interaktif bersama peminat bagi setiap lapisan umur dan banyak lagi.

Dengan koleksi kandungan hiburan Jepun dan anime yang pelbagai di Tonton dan Animax + GEM , pengunjung dapat menerokai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan mengenai budaya animasi di Jepun. 

Sorotan Tonton x Animax + GEM di Anime Fest Plus 2024 termasuklah:

Cabutan Bertuah Eksklusif: Pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah eksklusif dan memenangi hadiah menarik, termasuk barangan edisi terhad, memorabilia bertandatangan dari cosplayer, dan pengalaman VIP bersama cosplayer .

Where’s OO-Kun: Uji kemahiran pemerhatian anda dalam cabaran ‘Where’s OO-Kun’, dimana peserta boleh memenangi patung eksklusif OO-kun dengan mencari OO-kun, maskot Animax yang menawan hati di reruai disediakan. 

Sesi Beramah Mesra Secara Eksklusif: Beramah mesra dengan personaliti anime kegemaran anda dalam sesi eksklusif yang dihoskan oleh Tonton dan Animax. Temui cosplayer tempatan terkemuka seperti Miisa dan bawa pulang kenangan yang tidak akan dilupakan.

Sesi Bergambar Bersama Maskot: Bergambar dengan OO-Kun, Chu Chu dan maskot anime ikonik yang lain di photobooth yang tersedia. Nikmati keajaiban Anime Fest Plus 2024 dengan kenangan bergambar yang akan anda hargai.

Sertai Tonton dan Animax + GEM di Anime Fest Plus 2024 untuk anime, cosplay dan persahabatan hujung minggu yang penuh aksi.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, layari Comic Fiesta dan ikuti Tonton dan Animax di media sosial.