22.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 19, 2025

Sertai kemeriahan ‘Hello Nu Sentral’ bersama bintang terhebat tempatan Sabtu ini

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pelanggan Astro dijemput hadir untuk memeriahkan ‘Hello Nu Sentral’ yang akan berlangsung Sabtu ini.

Bertempat di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur, program eksklusif kesetiaan pelanggan yang dibawakan oleh Astro Rewards and NU Sentral itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pra-tonton drama-drama terbaik, sesi beramah mesra bersama bintang-bintang tanah air serta persembahan daripada penyanyi tempatan.

Pengunjung berpeluang untuk menikmati pra-tayangan promosi drama-drama terbaharu yang mengujakan terbitan Astro Originals termasuk ‘Framed’, dibintangi Meerqeen dan Mimi Lana, bermula 3 Mei, 9 malam, di Astro Premier (Saluran 410); slot Megadrama ‘Cinta Untuk Sekali’, lakonan Meerqeen dan Erysha Emyra; ‘Bunga Salju’, lakonan Hisham Hamid, Amyra Rosli dan Hariz Hamdan, bermula 20 Mei, 6 petang serta drama-drama terbaik yang bersiaran di Astro seperti karya terbaik Siti Rosmizah, ‘Takdir Itu Milik Aku’ dan ‘Malang Si Puteri’.

‘Hello NU Sentral’ juga bakal menampilkan kehadiran bintang-bintang terhebat tanah air untuk sesi beramah mesra bersama pelanggan termasuk Meerqeen, Mierul Aiman, Fasha Sandha, Malek McCrone, Qasrina Karim, Emma Maembong, Shaheizy Sam, Mimi Lana, Erysha Emyra, Hisham Hamid, Amyra Rosli dan ramai lagi.

Selain itu, pengunjung yang hadir juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini dan ramai lagi yang akan membuat persembahan dengan lagu-lagu yang menjadi runut bunyi bagi drama-drama terbaik di Astro.

Pelanggan Astro boleh membuat tempahan ‘Meet & Greet’ untuk bertemu selebriti kegemaran bermula 9 hingga 24 April, di aplikasi My Astro.

Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘Hello NU Sentral’, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular