28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
Home Blog Page 159

Lagu ‘Sejarah’ taruhan terbaharu Siti Nurhaliza

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza muncul dengan single terbaharu berjudul `Sejarah’ ciptaan maestro muzik dari Indonesia, Erwin Gutawa.

Lagu Sejarah mempunyai signifikan tersendiri dalam karier Siti Nurhaliza yang bakal mencecah usia 30 tahun berkecimpung di dalam industri muzik.

Sejarah adalah gandingan Erwin Gutawa bersama anak perempuannya, Gita Gutawa selaku penulis lirik.

Erwin berkata, lagu Sejarah diciptakan khusus buat Siti Nurhaliza dengan membayangkan keindahan nyanyian serta personaliti yang ada pada penyanyi terbabit.

Erwin meminta Gita menulis lirik berkisarkan seseorang yang kaya dengan pengalaman hidup dan memaknakan kesyukuran di dalam setiap bait kata yang diungkapkan.

Lebih istimewa, Erwin menggunakan khidmat Czech Symphony Orchestra untuk mengiringi susunan muzik yang digarap indah khusus untuk Siti Nurhaliza.

Lagu Sejarah adalah buah tangan istimewa Siti Nurhaliza sebelum menutup tirai 2024 setelah sibuk mengadakan beberapa siri konsert sepanjang tahun ini.

Bagi Siti, Sejarah adalah sebuah lagu yang sangat istimewa apabila beliau kembali dapat berganding bahu dengan Erwin Gutawa dalam sebuah lagu.

Beliau sendiri meminta Erwin menghasilkan sebuah lagu khusus yang menceritakan tentang perjalanan seni beliau.

“Saya sangat berterima kasih kepada Erwin Gutawa yang sudi menghasilkan sebuah lagu yang sangat menyentuh emosi saya apabila menyanyikannya.

“Lagu ini seperti saya berada dalam semua fasa perjalanan seni dan satu persatu memori terbayang sewaktu menyampaikannya,’’ kata Siti.

Siti juga berterima kasih kepada Aubrey Suwito yang telah membantu proses rakaman vokal lagu ini di Kuala Lumpur.

Besar harapan Siti agar single terbaharu ini akan mendapat tempat di hati peminat.

Single terbitan SN Legacy Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd ini kini boleh distrim dan dilanggan di seluruh pelantar digital.

‘Content creator’ perlu lengkapkan diri dengan ilmu – UstazLah

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pempengaruh mahupun sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang kandungan atau ‘content creator’ dinasihatkan agar melengkapkan diri dengan ilmu.

Ustaz Abdullah Abdol Razak berkata, bukan sahaja pempengaruh tetapi masyarakat amnya disarankan agar tidak berhenti menuntut ilmu.

“Tuntutlah ilmu dan persiapkan diri dengan pendidikan setinggi yang mampu agar kita boleh memberi input yang baik kepada orang ramai.

“Dengan ilmu, kita boleh mendidik dan menjadikan masyarakat kita golongan yang hebat,” katanya.

Beliau yang turut terkenal dengan UstazLah berkata, jumlah pengikut yang ramai di laman sosial sangat membantu dalam membina jenama dan menjana sumber pendapatan.

“Menjadi pempengaruh dengan 15,000 tontonan setiap kali bersiaran dan mempunyai pengikut hampir satu juta orang, ini adalah satu platform terbaik bagi saya menyampaikan ilmu dan dakwah.

“Peluang yang ada saya gunakan sebaiknya dalam memberi nilai-nilai positif untuk pengikut saya,” katanya.

Namun begitu, beliau sedar kerjaya sebagai ‘content creator’ bermusim dan atas sebab itu dia membina platform bisnes bagi memastikan kedudukannya terus stabil.

Dalam masa yang sama dia mengukuhkan jenama sebagai pempengaruh berilmu dengan menggenggam  Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Komtemporari Islam, UniSZA, Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.

“Saya sedar kerjaya sebagai pempengaruh ini bermusim dan atas sebab itu, saya memberi tumpuan mengasaskan beberapa syarikat untuk menghadapi waktu yang tidak menentu.

“Saya sedar keadaan ini mungkin hanya bertahan tiga hingga ke lima tahun. Ssebab itu saya menjalankan kerjasama dengan beberapa syarikat korporat untuk terus relevan.

Jadi pempengaruh wajib ada ilmu

Membetulkan stereotaip bahawa menjadi ‘content creator’ juga perlu ada ilmu, UstazLah mengakui perkara itu yang membuatkan dia sangat bersemangat untuk menamatkan PhD.

“Saya melihat hari ini rata-rata menyatakan tidak perlu belajar tinggi, cukup dengan menjadi ‘influencer’ boleh jadi kaya.

“Ramai generasi muda yang sudah tidak berminat untuk menyambung pengajian, bagi mereka duit adalah segala-galanya. View yang tinggi adalah ‘kehidupan’ mereka.

“Saya mahu memberikan kesan bahawa pendidikan adalah satu perkara yang sangat utama, ia teras kehidupan. Mak ayah juga menetapkan keutamaan dalam pendidikan sejak kecil bermula dengan tadika.

“Nabi Muhammad SAW juga mengajar bahawa dalam al-Quran, perkara pertama yang diajar ialah Iqra.

“Mungkin ada yang tidak berpeluang menyambung PhD, di mana sahaja mereka berada, mereka perlu belajar dan menuntut ilmu,” katanya lagi.

Mengulas mengenai kejayaannya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam tempoh tiga tahun setengah, UstazLah berkata, sebagai pempengaruh, dia harus memberikan impak positif terhadap pengikut.

Malah ilmu agama yang disampaikan perlulah tepat dan mengikut landasan al-Quran dan sunnah, bukannya disampaikan secara semberono.

“Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD dalam tempoh tiga tahun setengah di UniSZA dalam Fakulti Komtemporari Islam dalam bidang Pengajian Islam.

“Pempengaruh juga adalah salah satu daripada kerjaya dan rezeki dari Allah SWT. Namun yang paling penting ialah ilmu dan sebab itu saya sangat menitikberatkan tentang pendidikan.

“Memang tidak dinafikan ramai yang beranggapan apabila sudah menjadi pempengaruh, tidak perlu lagi belajar tinggi.

“Ramai anak muda yang berlumba-lumba nak menjadi pempengaruh sehingga meninggalkan sistem pendidikan yang ada di negara kita.

“Bagi saya, ia tidak betul dan merugikan kerana kita memang boleh membina sesuatu, namun untuk mengekalkannya, kita perlu berilmu.

“Setiap hari kita akan bertemu dengan sesuatu yang baru dan apabila kita belajar, baru kita sedar bahawa terlalu luas sebenarnya ilmu yang perlu kita ambil tahu dan kuasai.

“Itu akan menjadikan kita lebih rendah diri dan sentiasa mahu mengubah diri sendiri menjadi lebih baik.

“Kita belajar bukan untuk bertanding siapa yang hebat sebaliknya untuk kebaikan diri sendiri. Bagaimana keadaan kita lima tahun lalu, semalam, lima tahun akan datang?.

“Semuanya berubah kerana ilmu. Ia bertanding dengan diri sendiri untuk menjadi versi yang lebih baik.

“Ada dua cara untuk kita timba ilmu iaitu menerusi pengalaman dan pendidikan. Kedua-duanya sangat penting. Apabila digabungkan kedua-duanya, ia menjadikan seseorang itu sangat berhati-hati dalam bertutur dan mengambil keputusan atau apa sahaja yang dilakukan,” katanya lagi.

Terdahulu, UstazLah baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Komtemporari Islam, UniSZA dengan keputusan lulus dengan pembetulan kecil dan dicadangkan untuk Anugerah Tesis Terbaik.

“Sebelum ini saya menamatkan pengajian sarjana muda di Jordan dan pengajian Sarjana di UKM. Saya memilih UniSZA kerana universiti yang dikenali dengan pengajian Islam yang sangat bagus.

“Pentingnya mempunyai tauliah dan taraf pendidikan yang tinggi apabila ingin menyebarkan manfaat kepada orang ramai.

“Walaupun tidak diwajibkan namun ia memberi satu nilai yang tinggi dalam diri seseorang. Apa sahaja yang keluar daripada mulut harus dijaga dan ianya bersandarkan al-Quran dan sunnah.

“Saya juga harus menjaga jenama universiti kerana memegang status Doktor Falsafah UniSZA,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam turut menyarankan pempengaruh mahupun pencipta kandungan melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi kerana kerjaya itu dianggap ikon masyarakat yang menjadi ikutan pada masa kini.

“Dr.Abdullah adalah seorang graduan PHD kami yang cukup bersemangat dalam menuntut ilmu.

“Beliau melanjutkan pengajian di UniSZA secara research dalam mod hibrid dimana waktu itu sedang berlaku pandemik.

“Mod pengajian pada waktu itu hanya secara talian dan hanya sesekali sahaja bertemu dengan pensyarah.

“Namun beliau berjaya membuktikan mampu menamatkan pengajian dengan baik walaupun dengan cabaran pada waktu itu, dan ini adalah satu hal yang perlu dicontohi oleh sesiapa pun tidak kira dimana-mana institusi pendidikan sekalipun,” katanya.

Tomok nasihat penyanyi jangan mudah percayakan penganjur

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok, menasihatkan setiap penyanyi yang ingin mengadakan konsert harus tahu tentang latar belakang pihak penganjur.

Tomok, 40, berkata, perkara itu bagi mengelakkan wujudnya insiden penipuan dan penganiayaan yang biasanya menyasarkan penyanyi baharu yang baru memasuki industri seni.

“Saya tidak nafikan perkara ini memang biasa berlaku, ada dalam kalangan pihak penganjur suka menyakinkan penyanyi baru untuk mengadakan konsert.

“Saya rasa tidak ramai artis baru yang bersedia membuat konsert, namun penganjur seakan memberikan harapan dengan menjanjikan bulan bintang kepada artis.

“Tetapi apabila ada perkara yang berlaku ia akan terpalit kepada artis itu sendiri.

“Sebagai artis kita kena ambil tahu juga latar belakang dan pengalaman pihak penganjur,” katanya.

Tomok berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Tomok dan Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang di The Majapahit, Kuala Lumpur, semalam.

Tomok berkata, dia juga pernah berhadapan dengan situasi sama sepanjang 25 tahun bergelar anak seni.

“Kalau ikutkan memang banyak kes seperti ini berlaku, manusia yang suka mengambil kesempatan ini wujud dari dulu sampai sekarang.

“Kaki kencing ini memang ada, ada yang ajak kita buat persembahan dan akan bayar kemudian tetapi hilang begitu sahaja.

“Sebagai orang yang berpengalaman, kita kena bijak menguruskan konsert sendiri seperti minta deposit, kontrak dan hal itu memainkan peranan penting.

“Jangan biar orang-orang seperti ini mengawal segala hal berkaitan konsert. Kasihan pada artis-artis kita.

“Busuk nanti nama artis juga bukan penganjur. Proses perbincangan itu penting, jangan asal boleh sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tomok teruja untuk mengadakan konsert pertama gandingannya bersama Siti Nordiana selepas lebih dua dekad berada dalam industri seni.

Konsert Tomok dan Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang dijadualkan berlangsung pada 1 Februari 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Suria FM berjaya catat lebih 3.3 juta pendengar seminggu

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Suria FM mencatat prestasi cemerlang apabila berjaya menarik lebih 3.3 juta pendengar seminggu berdasarkan keputusan terkini kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2024.

Angka ini menunjukkan peningkatan signifikan sebanyak 292,000 pendengar atau 10 peratus berbanding kajian sebelumnya.

Segmen Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin setiap Ahad hingga Jumaat, bermula jam 8 malam hingga 1 pagi mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan tertinggi di kalangan segmen utama di Suria FM iaitu sebanyak 341,000 pendengar (33 peratus), diikuti segmen Gaya Suria dan Muzik Top Suria kelolaan Cik Piah setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 10 pagi hingga 3 petang sebanyak 303,000 pendengar (23 peratus).

Manakala, segmen Morning Morning Suria kendalian Ajak, Dato Fizz Fairuz dan Suraya setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi mencatatkan peningkatan sebanyak 170,000 pendengar (12 peratus) dan segmen Suria Petang yang dihoskan oleh Sharifah Shahirah, Chiwan, dan Kai Hassan setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 3 petang hingga 7 malam meningkat sebanyak 152,000 pendengar (9 peratus).

Suria Cinta turut mencatatkan peningkatan pendengar eksklusif antara stesen radio berbahasa melayu yang ketara sebanyak 184,000 pendengar (32 peratus), diikuti oleh segmen Suria Petang, dengan peningkatan sebanyak 175,000 pendengar (29 peratus), segmen Gaya Suria dan Muzik Top Suria sebanyak 143,000 (25 peratus) juga segmen Morning Morning Suria mencatatkan peningkatan sebanyak 92,000 pendengar (15 peratus).

Selain itu, Suria Cinta kekal uggul kerana turut meraih jumlah masa mendengar mingguan tertinggi (Weekly Time Spent Listening) selama 3 jam 11 minit dalam kalangan segmen utama di Suria.

Suria FM juga menunjukkan peningkatan yang luar biasa pada segmen hujung minggu yang berjaya meraih peningkatan jumlah pendengar sebanyak 231,000 (11 peratus) berbanding Wave 1, 2024, sekaligus memperkukuhkan lagi posisi Suria FM sebagai salah satu radio pilihan utama pendengar di Malaysia.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata, pihaknya meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak dan pendengar setia atas sokongan yang diberikan terhadap Suria FM.

“Kami amat gembira dengan keputusan kaji selidik bagi Wave 2, 2024 yang menunjukkan Suria FM terus menjadi pilihan utama pendengar radio di Malaysia.

“Pencapaian ini adalah hasil komitmen padu dan kerja keras team Suria yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk para pendengar.

“Kami komited untuk terus memperkukuhkan jenama Suria agar kekal relevan dan menjadi pilihan pendengar di Malaysia sekaligus terus berusaha menghasilkan kandungan yang menarik dan dekat di hati pendengar,” katanya.

Sumber data daripada GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2024 (Individu berusia 10 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia).

One Love Music Festival persembah muzik 12 jam tanpa henti

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – One Love Music Festival bakal berlangsung pada 21 Disember depan di Dewan A, MAEPS Serdang, Selangor.

Dianjurkan oleh Tuff KL, One Love Music Festival menjanjikan festival muzik 12 jam tanpa henti yang bersejarah, menampilkan persembahan daripada 12 artis ikonik, termasuk artis dari Malaysia dan Indonesia.

Antara persembahan utama adalah daripada kumpulan popular seperti Kugiran Masdo, Hujan, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, dan pencetus irama Ska di Malaysia, kumpulan Gerhana Ska Cinta.

Festival ini juga akan menampilkan persembahan daripada Feby Putri, Nadin Amizah, Nabila Taqiyyah, dan Salma Salsabil.

Dengan lebih 4,000 tiket telah dijual, keterujaan sekitar festival itu semakin meluas.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL, Muhammad Zul Aqil berkata, penubuhan Tuff KL adalah dengan misi untuk menyatukan orang ramai melalui muzik dan komuniti, dan One Love Music Festival adalah cerminan kuat visi berkenaan.

“Sejak awal penubuhan kami pada 2021, kami telah berkembang daripada menjual merchandise pertama kepada penganjuran acara yang bukan sahaja menghibur tetapi juga memberi impak.

“One Love Music Festival bukan sekadar konsert; ia adalah gerakan yang bertujuan untuk memanfaatkan kuasa muzik demi menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang.

“Dalam era di mana hubungan sosial kadangkala terasa rapuh, festival ini berfungsi sebagai peringatan tentang kegembiraan dan perpaduan yang dapat dibawa oleh muzik secara langsung,” katanya.

Sementara itu, penaja utama MOVETIX oleh AirAsia MOVE turut berkongsi kegembiraan mereka berhubung kerjasama dengan Tuff KL untuk One Love Music Festival ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX oleh AirAsia MOVE, Hassan Choudhury berkata, acara seperti One Love Music Festival pasti akan menyatukan peminat dan artis, terutamanya dengan barisan bakat tempatan dan antarabangsa yang luar biasa.

“Sebagai sebahagian daripada platform ejen pelancongan dalam talian (OTA), kami berharap untuk membolehkan pencinta muzik dan peminat artis hebat ini menikmati pengalaman perjalanan yang lancar kerana mereka dapat menempah tiket acara, penerbangan, hotel, perjalanan mereka ke tempat itu. dan banyak lagi dengan nilai terbaik melalui aplikasi AirAsia MOVE.

“Kami tidak sabar-sabar untuk menjadikan One Love Music Festival pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua orang bersama Tuff KL,” katanya.

Dengan kerjasama seperti AirAsia MOVE dan sokongan lebih 20 universiti awam dan swasta, Tuff KL mengaplikasikan strategi penjenamaan unik dengan membabitkan pelajar sebagai promoter, berkolaborasi dengan jenama tempatan dalam komuniti, dan bekerjasama dengan lebih daripada 50 influencer yang akan memanfaatkan platform mereka untuk menghebahkan pendedahan mengenai acara ini.

Pendekatan lazim ini bukan sahaja menginspirasikan golongan muda, tetapi juga mengukuhkan hubungan tempatan, serta mempromosikan rasa kebanggaan terhadap seni dan budaya Malaysia.

Dengan festival yang semakin hampir, keterujaan semakin memuncak untuk acara muzik terbesar di Malaysia tahun ini.

Tuff KL, dengan kerjasama Dzili Empire dan rakan strategik lain, berhasrat untuk mencipta pengalaman festival yang tiada tandingannya, meraikan kuasa muzik untuk menyatukan orang dari semua lapisan masyarakat.

Terdapat pelbagai pilihan tiket ditawarkan, termasuk Early Bird (Berdiri) pada RM55, General Admission RM150, Rockzone pada RM169, dan pakej Meet & Greet eksklusif pada harga RM450 (terhad kepada 50 peminat).

Tiket dibuka untuk jualan di www.ticketmelon.com/olmfest.

Jenazah Tun Daim selamat dikebumikan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Jenazah Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 86, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, kira-kira jam 6.06 petang  tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya akibat strok dan diletakkan di unit rawatan rapi sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital berkenaan kira-kira jam 11.02 pagi untuk disempurnakan di kediamannya di Bukit Tunku.

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Asar.

Upacara pengebumian Allahyarham turut dihadiri menteri Kabinet, pemimpin tertinggi negara, pegawai kerajaan dan juga pimpinan politik.

Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali.

Kali pertama adalah dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.

Daim memainkan peranan besar dalam membantu Malaysia mencapai pembangunan pesat dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang fokus kepada pengindustrian dan eksport.

Di bawah kepimpinannya sebagai Menteri Kewangan, Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan beberapa pembaharuan dalam sektor kewangan serta pelaburan infrastruktur.

Beliau juga terkenal dengan pendekatan pragmatik dalam pengurusan kewangan negara dan dikenali sebagai seorang tokoh yang berdedikasi dalam menggalakkan pembangunan ekonomi.

Di luar politik, Daim terbabit dalam pelbagai perniagaan dan pelaburan serta dianggap sebagai salah satu individu yang berpengaruh dalam dunia korporat di Malaysia.

Beliau juga diketahui bersikap lantang dalam menyuarakan pendapatnya tentang isu-isu nasional, terutamanya dalam bidang ekonomi.

Walaupun telah bersara daripada politik aktif, Daim masih memainkan peranan penting dalam memberi pandangan terhadap polisi-polisi ekonomi negara. -Sinar Harian

Kongsi mengenai perubahan iklim di Azerbaijan, dua pesawah wakili Malaysia ke Konvensyen PBB

editormaxinfo@gmail.com

GURUN – Dua pesawah dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pendang Selatan, Kedah, bakal menerima pengalaman berharga apabila diberi peluang mengikuti Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Baku, Azerbaijan bermula 17 hingga 20 November ini.

Ia hasil inisiatif dan kerjasama syarikat bioteknologi tempatan, Free The Seed Sdn. Bhd. yang berstatus MOSTI BioNexus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, P. Ramaness berkata, langkah untuk menaja sepenuhnya kehadiran dua pesawah itu ke konvensyen berkenaan adalah satu bentuk penghargaan kepada golongan pesawah, yang dianggap memainkan peranan amat penting untuk memelihara kelestarian alam.

Dua pesawah itu ialah Abdullah Mohamad, 58, dan Keria Saad, 60, bakal berpeluang melihat sendiri inovasi serta usaha dijalankan di seluruh dunia yang akan dipamerkan pada konvensyen berkenaan.

“Konvensyen itu sememangnya menjadi tumpuan dunia dengan penglibatan lebih 150 negara membabitkan pelbagai pihak antaranya ketua-ketua kerajaan, pemimpin industri, aktivis alam sekitar serta masyarakat pribumi.

“Acara itu akan mendapat liputan daripada media seluruh dunia dan dianggarkan pengunjungnya mencecah antara 80 ribu hingga 100 ribu orang.

“Tahun lalu di Dubai, kehadiran pengunjung ke konvensyen berkenaan dihadiri seramai 85 ribu orang,” katanya pada sidang media kilang syarikat terbabit, hari ini.

Ramaness berkata, sebelum ini penganjur ada menghubunginya untuk menawarkan tiga slot bagi berkongsi pengetahuan serta pengalamannya dalam konvensyen berkenaan, berkaitan isu iklim, kitaran ekonomi serta subjek berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Di situ, pelbagai pameran akan diadakan dengan kalangan pengunjung turut berpeluang mengikuti syarahan daripada pakar-pakar dari seluruh dunia.

“Ini adalah peluang buat kedua-dua pesawah mendapatkan idea serta ilmu baharu bagi dikongsikan bersama rakan-rakan lain apabila pulang ke tanah air nanti,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini sudah lebih lima kali diberi peluang untuk berbuat demikian dan sentiasa mengimpikan untuk membawa golongan petani negara ini ke konvensyen berkenaan, kerana menganggap mereka sebagai ‘barisan hadapan’ yang memainkan peranan besar dalam menjaga kelestarian alam.

“Penyertaan mereka amat penting kerana bidang agrikultur antara penyumbang terbesar kepada pemanasan global berikutan pengurusan sisa secara tidak teratur yang sering tidak diberi penekanan termasuk melalui pembakaran terbuka.

“Mengenangkan perkara itu, saya telah memohon kepada penganjur untuk membenarkan sekurang-kurangnya dua pesawah Malaysia ke sana.

“Permintaan itu kemudiannya diluluskan dan kami tidak berfikir panjang untuk menaja sepenuhnya perbelanjaan Abdullah serta Keria ke sana,” katanya.  

Sementara itu Abdullah yang juga Pengerusi PPK Pendang Selatan berkata, peluang itu hadir tanpa diduga dan dirinya amat teruja untuk menyertai konvensyen terbabit.

Katanya, dia tidak sabar untuk mendalami ilmu baharu di konvensyen itu nanti setelah beberapa tahun PPK Pendang Selatan menjalin kerjasama dengan Free The Seed dalam membekalkan jerami bagi menghasilkan produk biodegrasi yang diproses untuk dijadikan pembungkus makanan.

“Ketika ini kami menjalin kerjasama yang membawa manfaat besar kepada bidang pertanian dan alam sekitar.

“Jika dulu jerami padi dibakar secara terbuka selepas musim menuai, kini kami menjualnya kepada Free The Seed sejak 2018.

“Langkah itu tidak hanya menambah pendapatan petani malah turut membawa kesan positif terhadap alam sekitar. Setelah agak lama terbabit dalam usaha ini, kami teruja untuk mengetahui insiatif-inisiatif lain yang dilakukan di negara-negara lain bagi tujuan sama.

“Perkara itu mungkin dapat dikongsi serta dipraktikkan bersama rakan-rakan pesawah lain di sini nanti,” katanya.

Saluran radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM kekal relevan pilihan nombor 1 rakyat Malaysia

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu.

Sebanyak 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2 peratus termasuklah stesen radio terkenal ERA FM, HITZ dan MY FM.

Menurut data terkini daripada Gfk – agensi penilaian yang diiktiraf secara rasmi bagi pengukuran pendengar radio di Semenanjung Malaysia, memaklumkan Astro Radio terus relevan dan mendapat sambutan tinggi dalam kalangan pendengar tempatan.

Berdasarkan kajian dan data GfK bagi gelombang ke-2 (2024), saluran-saluran Astro Radio telah berjaya mencatatkan 14.9 juta pendengar setiap minggu bersamaan dengan 72 peratus daripadanya adalah pendengar radio di Semenanjung Malaysia.

Ini sekaligus menyaksikan kepercayaan dan sokongan kuat rakyat Malaysia terhadap sajian kandungan berkualiti dan hiburan di bawah naungan Astro Radio.

Dua daripada empat jenama Bahasa Melayu Astro Radio menduduki tangga teratas dalam carta stesen paling popular di Malaysia.

ERA FM sekali lagi berada di kedudukan pertama dengan merekodkan 4.8 juta pendengar, diikuti SINAR FM dengan 4.4 juta pendengar.

Stesen THR GEGAR pula berjaya meraih 1.8 juta pendengar, manakala ZAYAN merekodkan peningkatan pendengar sebanyak 75 peratus kepada 657,000 pendengar.

Bagi Radio Bahasa Inggeris, HITZ menerajui carta dengan 2.2 juta pendengar, sementara MIX berada di kedudukan kedua dengan 829,000 pendengar.

LITE FM juga mendapat sambutan baik, berada di tempat ketiga dengan 637,000 pendengar.

Dalam kategori Radio Bahasa Cina pula, MY FM kekal menjadi pilihan utama pendengar dengan jumlah pendengar sebanyak 2.4 juta.

Manakala MELODY menerima pencapaian terbaik dengan merekodkan peningkatkan jumlah pendengar sebanyak 3 peratus iaitu 1.24 juta.

Serta GOXUAN catat jumlah pendengar sebanyak 285,000.

Untuk Stesen Radio Bahasa Tamil, RAAGA mendominasi saban tahun dalam menjadi station Bahasa Tamil pilihan utama dengan jumlah pendengar sebanyak 1.48 juta pendengar.

Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran berkata, GfK ialah agensi data bertaraf antarabangsa yang diyakini dan berperanan penting dalam memastikan statistik pendengar Astro Radio diaudit secara profesional.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian semua stesen Radio di Astro yang sangat komited dalam menyajikan kandungan menarik dan relevan. Selain dari kualiti kandungan radio yang terjamin.

“Kami akan terus memastikan kandungan disediakan memberi bermanfaat dan menarik kepada pendengar setia.

“Kami sentiasa optimis bahawa penyampai radio kami akan terus berinovasi dan berkarya dengan lebih kreatif sesuai dengan kehendak pendengar masa kini,” katanya.

HONOR X9c 5G pecah rekod jualan pra-tempahan dalam seminggu

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Telefon pintar terbaharu, HONOR X9c 5G yang dinanti-nantikan ramai mencapai jualan pra-tempahan cemerlang dalam tempoh seminggu selepas pelancaran rasmi dan stok kini semakin terhad.

Jualan pra-tempahan peranti yang dikenali dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh ini telah mencecah lebih dua kali ganda berbanding model sebelumnya iaitu HONOR X9b 5G.

Pada tahun lalu, HONOR X9b 5G telah mencatatkan jualan pra-tempahan sebanyak RM10 juta di Malaysia dalam tempoh seminggu.

Bagi tahun ini, HONOR X9c 5G berjaya memecahkan rekod terbabit, sekaligus mengukuhkan lagi reputasinya sebagai telefon pintar pilihan teratas dalam kalangan pengguna yang mahukan peranti kelas pertengahan yang tahan lasak, bernilai, dan berprestasi.

Momentum jualan awal ini mendorong HONOR menghampiri matlamatnya dalam meletakkan HONOR X9c 5G sebagai telefon pintar kelas pertengahan yang terlaris di Malaysia.

Jualan Pertama HONOR X9c 5G Bermula Pada 15 November

HONOR X9c 5G akan mula dijual di kedai seluruh negara mulai 15 November 2024.

Berikutan stok untuk pra-tempahan semakin berkurangan, orang ramai diminta rebut peluang menempah HONOR X9c 5G idaman mereka sekarang untuk menikmati faedah pra-tempahan istimewa bernilai RM1,486.

Pakej hadiah premium ini didatangkan dengan Jaminan Tiga Tahap Yang Pertama Dalam Industri, terdiri daripada Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari, dan Jaminan Bateri 36 Bulan.

Selain itu, pembeli pra-tempahan akan menerima jam tangan pintar HONOR Choice Haylou Watch dan rebat segera RM99 setelah pembayaran penuh dilakukan.

Pra-tempahan boleh dilakukan melalui HONOR Stores di seluruh negara, laman sesawang HONOR, Lazada, Shopee, Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Pra-tempahan HONOR X9c 5G dengan Maxis

Selain itu, HONOR X9c 5G juga tersedia untuk pra-tempahan dengan Maxis sehingga 14 November 2024. Lebih istimewa, HONOR X9c 5G boleh didapati secara PERCUMA menerusi pelan Maxis Postpaid 139 dengan kontrak 24 bulan! Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, layari laman web rasmi Maxis.

HONOR X9c 5G akan tersedia dalam dua konfigurasi bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai iaitu storan 12GB+256GB berharga RM1,499 dan RM1,699 bagi storan 12GB+512GB. Peranti ini didatangkan dalam tiga pilihan warna yang elegan iaitu Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black.

Apa Yang Menjadikan HONOR X9c 5G Amat Popular?

HONOR X9c 5G menarik tumpuan ramai dengan penambahan peningkatan yang mengagumkan dari segi ketahanan lasak dan ciri-cirinya yang canggih. Dengan memperkenalkan Teknologi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0, peranti ini boleh bertahan daripada jatuhan sehingga setinggi 2 meter, menunjukkan peningkatan sebanyak 90 peratus dalam serapan hentakan dan penambahbaikan sebanyak 67 peratus dalam keanjalan, memastikan perlindungan yang lebih baik untuk komponen-kompenen penting telefon ini.

Selain itu, kaca waja dua lapisan super dan perisai rintangan inovatifnya menawarkan perlindungan daripada calar atau goresan. Keutuhan ini diperkasakan lagi dengan sistem perlindungan air dan debu 360°, dan penarafan IP65M, membolehkan peranti ini menahan apabila terdedah kepada air semasa bergerak, selain boleh bertahan dalam rendaman air sehingga sedalam 25cm selama 5 minit.

Sifat-sifat ini menyumbang kepada peningkatan HONOR X9c 5G sebanyak 166 peratus dalam keunggulan keseluruhan berbanding model sebelumnya, selain mendapat pengiktirafan Pensijilan Kebolehpercayaan Komprehensif SGS yang pertama dalam industri.

Kuasa Bateri Lebih Lama

Dilengkapi dengan Bateri Karbon Silikon 6,600mAh, HONOR X9c 5G memiliki jangka hayat bateri yang lebih lama, dengan pengiktirafan Label Bateri Emas 2025 daripada DXOMARK. Pengecasan peranti lebih pantas dengan HONOR SuperCharge 66W yang melengkapi pengurusan bateri yang dikuasakan oleh AI untuk kecekapan dan keselamatan.

Ciri-ciri Baharu Magic AI

Dikuasakan oleh MagicOS 8.0, HONOR X9c 5G merupakan model pertama dalam siri X yang menampilkan perisian AI seperti Magic Portal, AI Eraser, dan Magic Capsule untuk fungsi multitugas dan kemudahan pengguna secara lancar. Ciri AI Blur Private Info memastikan kerahsiaan pengguna, manakala Parallel Space membolehkan keseimbangan kehidupan kerja dalam satu peranti.

Visual dan Audio Dipertingkatkan

HONOR X9c 5G menawarkan pengalaman visual yang mengagumkan dengan  Paparan Keselesaan Mata OLED 6.78 inci, yang menyokong 1.07 bilion warna dan resolusi 1.5K. Kadar segar semulanya pada 120Hz memastikan kelancaran menatal dan respons interaksi, manakala kecerahan HDR puncak 4000nits yang pertama dalam industri juga memastikan visual dialami secara lebih jelas dan nyata.

Teknologi keselesaan mata seperti Pemalapan PWM Bebas Risiko 3840Hz, Paparan Malam Sirkadia, dan Pemalapan Dinamik yang menghebatkan lagi pengalaman pengguna.

Seterusnya, telefon ini menawarkan sistem dwi-pembesar suara yang menguatkan lagi bunyi sehingga ke 300 peratus berbanding model sebelum ini.

Dari segi fotografi, HONOR X9c 5G dilengkapi dengan Kamera Pengesan Ultra 108MP, dengan pengesan 1/1.67 inci dan Penstabilan Imej Optik (OIS), memastikan imej berkualiti tinggi dengan kekaburan yang minimum, walaupun semasa dalam pergerakan.