31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025

Piala Malaysia: Tiket final dijual mulai 19 Mac, Sri Pahang FC bertemu JDT di Bukit Jalil

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/25 antara Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April ini, akan mula dijual pada 19 Mac, bermula jam 3 petang.

Dalam satu hantaran di Facebook, Sri Pahang FC mengumumkan tiket hanya boleh dibeli secara dalam talian melalui platform tickethotline, dan tiada penjualan tiket fizikal akan dilakukan.

“Harga tiket sudah termasuk caj tambahan. Setiap transaksi dibenarkan untuk membeli maksimum empat keping tiket,” kata kenyataan itu.

Tiket untuk perlawanan akhir ini ditawarkan dalam empat kategori harga, iaitu RM54.59, RM75.19, RM157.59, dan RM209.09.

Perlawanan akhir Piala Malaysia yang sangat dinantikan ini dijadualkan berlangsung pada 12 April di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Untuk rekod, Sri Pahang FC terakhir kali menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2014.

Skuad yang dikendalikan oleh Fandi Ahmad berjaya mara ke final selepas menewaskan Sabah dengan agregat 3-2 dalam saingan separuh akhir.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular