31.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 10, 2026

Risiko tanggung sendiri jika sertai perhimpunan di Putrajaya – Presiden UMNO

editormaxinfo@gmail.com

BANGI – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan kepada ahli parti agar tidak terbabit dalam perhimpunan yang dijadualkan akan berlangsung esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Beliau mengingatkan bahawa sesiapa yang memilih untuk menyertai perhimpunan terbabit perlu bersedia menanggung segala risiko yang mungkin timbul.

“Kita serahkan kepada individu yang ingin hadir ke perhimpunan itu untuk menanggung risiko mereka sendiri,” kata Zahid kepada media selepas merasmikan Kuali Cafe@Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Beliau turut berharap tiada penganjur daripada mana-mana bahagian atau cawangan UMNO yang terbabit secara rasmi dalam acara itu.

Pada 3 Januari lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengumumkan pembatalan perhimpunan yang bertujuan menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sebelum ini dirancang di Putrajaya.

Pembatalan itu dibuat selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi banduan perlu dikemukakan oleh banduan itu sendiri kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terbabit dalam perhimpunan itu kerana ia tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tanah dan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Perhimpunan berkenaan diadakan berikutan tarikh pendengaran rayuan Datuk Seri Najib di Mahkamah Rayuan esok, yang akan membincangkan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mengemukakan keterangan tambahan mengenai Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai tahanan rumah beliau.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular