editormaxinfo@gmail.com
“Lebih baik diam, angkat kaki lambung..” demikian bahasa moden sekarang. Sepotong ayat yang senang difahami dan lebih mudah untuk berlalu pergi. Tidak perlu bertegang urat, terus kepada bab seterusnya yang telah tersurat.
Didalam meniti penambahan usia, kita tidak memerlukan ‘drama’ yang berat. Kita juga tidak memerlukan sosok yang tiada pendirian. Kita FOKUS kepada yang menghargai, yang tahu menilai erti insani.
Jam berdetik, masa semakin singkat. Hari ini kita sihat, esok mungkin kita mangkat. Begitulah putaran hidup yang kita jalani terhadap hakikat yang pasti.
Diantara salah satu nikmat hidup adalah kita dapat melihat orang yang ‘acah-acah’ pandai, tapi sebenarnya belum berapa nak pandai. ‘Acah-acah’ penipu, tetapi belum pandai sangat nak menipu.
Biar tak pandai, tapi jangan memandai-mandai. Kedua-dua sifat ini, menjadikan kau takkan pernah untung, dan aku takkan pernah rugi.
Segala kesulitan mempunyai penyelesaian dan jalan keluar. Terpulang kepada rasional dan kematangan kita sama ada untuk meneguhkan yang sedia kukuh serta mengislah yang sudah punah.
Kerana dunia tanpa sempadan hari ini tidak lagi menjanjikan lena nyenyak dalam fantasi mimpi yang muluk-muluk.

