27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
Home Blog Page 214

UGREEN lancar pengecas Nexode RG 65W sebagai teman robot yang comel lagi praktikal

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Model kerja jarak jauh yang kian popular menyebabkan ramai rakyat Malaysia memerlukan kuasa bateri yang bertahan lama.

Justeru, permintaan terhadap pengecas mudah alih turut melonjak. Menurut Allied Market Research, pasaran pengecas mudah alih global diunjurkan mencecah USD $17.3 bilion menjelang 2031, dengan Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (CAGR) sebanyak 9.8 peratus dari 2022 hingga 2031.

Sehubungan itu, UGREEN telah melancarkan Nexode RG 65W Charger yang inovatif ‘teman robot’ anda yang selamat dan mempunyai berbilang port.

Nexode RG mempunyai banyak peranan satu karya seni, aksesori harian, dan pengecas mudah alih dengan cip GaNFast™ yang mampu mengecas tiga kali ganda lebih pantas daripada pengecas tradisional yang berasaskan silikon.

Berbeza daripada reka bentuk pengecas konvensional, reka bentuk robotnya yang menarik bertujuan memperkaya gaya hidup para pengguna melangkaui ciri fungsi.

Saiz kecilnya didayakan oleh teknologi Airpyra™ yang membolehkannya mudah dibawa dan menjadi ‘teman’ yang ideal di rumah, tempat kerja atau mana-mana sahaja.

Berbekalkan 2 port USB C dan 1 port USB A, ia serasi dengan semua peranti moden seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan sebagainya.

Malah, ia mampu mengecas iPhone 15 Pro hingga 60 peratus, dan MacBook Air M2 hingga 51 peratus dalam hanya 30 minit.

Pengurus Produk UGREEN, Christy Wang berkata, Nexode RG direka bentuk oleh Canyu Yang, yang bertekad mencabar tradisi dengan menggunakan gaya minimalis yang berfokuskan perniagaan.

“Canyu, yang telah hidup dan bekerja sendirian selama bertahun-tahun, sering mengidamkan lebih ramai teman baik.

“Jadi, dia memberi tumpuan untuk menghasilkan peranti pengecasan yang berfungsi sebagai ‘teman hidup’.

“Dia memutuskan untuk menyatukan estetika seni dengan saiz yang menarik bagi meningkatkan daya tarikan pengecas, serta menerapkan minatnya terhadap muzik ke dalamnya, sekali gus melahirkan konsep robot yang comel dan berserta fon kepala,” katanya.

Peminat produk teknologi dan gaya hidup pasti akan jatuh cinta dengan skrin LED mini yang menawanini.

Ia mempamerkan emoji dengan ekspresi yang berubah-ubah mengikut status pengecasan masa sebenar.

Malah, saiznya yang padat menjadikannya sempurna untuk pengecasan 65W yang pantas pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Selain itu, but-nya boleh ditanggalkan untuk dijadikan kaki sokongan dan aksesori pelindung untuk serampang Nexode RG.

Komitmen UGREEN terhadap keselamatan pengguna tertonjol melalui keprihatinannya tentang soal keselamatan. Ramai pengguna mungkin bimbang tentang keselamatan pengecas mudah alih, seperti suhu terlampau tinggi, pengecasan berlebihan atau kerosakan pada peranti.

Justeru, Nexode RG dibina dengan bahan kalis api dan bertahan lama, manakala sistem pemantau suhu UGREEN yang dikenali sebagai Thermal GuardTM yang memberi keselamatan tambahan pula dapat mencegah isu litar pintas, beban lampau dan lebihan voltan.

Di samping itu, penggunaan teknologi GaN mencerminkan komitmen UGREEN terhadap tanggungjawab sosial, kesejahteraan manusia dan soal alam sekitar.

Berbeza daripada cip silikon, cip GaN bukan sahaja menghasilkan pengecas bersaiz kecil dan ringan, tetapi juga meningkatkan kecekapannya bagi mengurangkan penghasilan sisa haba.

Justeru, ia adalah alternatif yang mampan dan mesra alam dimana setiap cip mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 4 kilogram berbanding cip silikon tradisional.

Menurut UGREEN, Nexode RG mewakili kemajuan, reka bentuk yang bijak dan tanggungjawab alam sekitar.

Ia mewujudkan satu masa depan di mana pengecasan bukan sekadar praktikal tetapi juga menyeronokkan, sekali gus menawarkan pengalaman pengecasan yang premium buat pengguna Malaysia.

Astro angkat tema ‘Masa, Anugerah Terindah’ dalam melatari kempen Ramadan dan Raya 2024

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Astro teruja menyambut keindahan Ramadan 1445 Hijrah dengan menampilkan lebih dari 600 jam tontonan dan pengisian yang bermakna untuk dinikmati oleh seisi keluarga di sepanjang bulan Ramadan ini. 

Bertepatan dengan tema ‘Masa, Anugerah Terindah’, pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan tontonan di setiap peringkat umur, menerusi seleksi program-program hebat di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan, dengan tujuan untuk merapatkan hubungan seisi keluarga agar masa yang diluangkan lebih bermakna dan mampu membina momen-momen indah. 

Selain tawaran kandungan, kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 turut diwarnai dengan kehadiran duta-duta yang dilantik untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat, terdiri daripada barisan pelakon berbakat tempatan termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra. 

Menariknya, kempen Ramadan Astro 2024 turut dilengkapi dengan penganjuran ‘Assalamualaikum’, program pra-pengaktifan kempen Ramadan yang dijalankan di beberapa lokasi dengan tujuan untuk lebih mendekati dan meluangkan masa bersama masyarakat setempat.  

Program ‘Assalamualaikum’ telah berlangsung di Johor Bahru dan Terengganu, manakala lokasi seterusnya pula di Kelantan pada 1 Mac dan di Pahang pada 7 Mac. 

Ketua Saluran Astro Ria, Prima & Warna Norzeha Mohd Salleh berkata, Astro sentiasa berusaha untuk menyajikan kepelbagaian program yang baharu dan menarik di sepanjang tahun bagi menepati citarasa setiap pelanggan Astro.  

“Pada Ramadan tahun ini, Astro tidak terkecuali dalam menghasilkan sesuatu yang istimewa, di mana kami telah menyusun seleksi program serta aktiviti yang sarat dengan pengisian positif dan bermanfaat, agar boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur mengikut pilihan masing-masing. 

“Lebih daripada 90 kandungan baharu yang menarik telahpun tersedia buat pelanggan Astro pada Ramadan ini. Kami menawarkan pelbagai program baharu dengan jumlah keseluruhan berdurasi tayangan melebihi 620 jam, yang mana 80 peratus lebih tinggi dari tahun sebelumnya,” katanya. 

Menyuntik tema kempen, ‘Masa, Anugerah Terindah’, program yang bakal disajikan kepada para penonton juga bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan kepada semua bahawa keindahan masa boleh dicapai apabila pelanggan Astro mengambil peluang untuk menikmati kandungan-kandungan Astro bersama keluarga.  

Selain daripada sajian kandungan, kempen Ramadan tahun ini lebih indah apabila Astro turut menghiasi aktiviti lapangan dengan menganjurkan program ‘Assalamualaikum’ di beberapa negeri termasuk Johor Bahru, Terengganu, Pahang dan Kelantan untuk meluangkan masa dan bertemu masyarakat setempat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian kandungan Ramadan Astro 2024, layari www.astroramadan.com.my atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia.    

Suara hati Alha Alfa menerusi ‘Cinta Agung’ duet bersama Zara Zya

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Usahawan produk kecantikan terkenal tanah air, Datuk Seri Alha Alfa, bersama pelakon, Zara Zya tampil romantis dalam sebuah nukilan istimewa berbentuk lagu berjudul ‘Cinta Agung’ hasil ciptaan penyanyi dan penulis lagu berbakat, Yuka Kharisma, Senna dan Daniesh Sufian.

Lagu ini sudah pun berada dipasaran sejak 28 Disember tahun lalu. Alha mengakui gembira dan teruja atas kelahiran single duet ini.

“Alhamdulillah diatas kelahiran single duet ini bersama Zara Zya, selain dengan single ini, saya juga sedang sibuk dengan pelancaran produk terbaharu jenama Alha Alfa,” katanya.

Single Cinta Agung yang dilancarkan beberapa bulan lalu sudah pun memperoleh lebih 100,000 tontonan di YouTube.

“Syukur diatas sambutan yang amat baik oleh pendengar, rata-rata memberikan komen yang positif kerana mereka sukakan karya daripada kami berdua yang bukannya dari kalangan penyanyi profesional tetapi saya yakin lagu ini mampu memberi ketenangan dan semangat buat halwa telinga orang yang mendengarnya.

“Diantara komen yang saya terima adalah lagu ini memberi pengajaran serta semangat, terutama buat mereka yang berada dalam perhubungan untuk menyayangi serta mencintai seseorang bahawa tiada kesempurnaan dalam percintaan.

Selain single, Alha juga aktif menceburkan diri dalam bidang seni seperti nyanyian dan sekadar ingin mencuba nasib, beliau sememangnya mempunyai bakat seni yang semula jadi, apatah lagi lagu ini mempunyai maksud yang istimewa buat dirinya sendiri.

“Dalam hidup pasti akan ada orang lain yang menyayangi kita dalam diam dan tiada cinta yang sempurna melainkan cinta yang Maha Agung.

“Cinta saya kepada Zara Zya hanyalah sebagai sahabat baik kerana kami mengenali hati budi masing-masing selain menghargai bakat yang dikurniakan oleh Allah.

“Lagu ini akan kami simpan sebagai kenangan untuk masa depan kami berdua, dan mungkin dengan cara ini kami lebih menghargai hubungan persaudaraan ini.

“Saya berharap agar lebih ramai yang mendengar dan menyokong lagu ini, semoga ia memberi impak yang baik pada diri dan sentiasalah bersemangat untuk meneruskan kehidupan cinta kita semua,” katanya.

Lagu ‘Cinta Agung’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala video muzik single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Alha Alfa.

HONOR akan buka pusat perkhidmatan eksklusif pertama di Pavilion Embassy

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – HONOR akan melancarkan pusat perkhidmatan eksklusif yang pertama di Pavilion Embassy, Kuala Lumpur pada 17 Mac ini.

Kemudahan ini menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Pengguna HONOR yang mengunjungi pusat perkhidmatan eksklusif HONOR pada hari pelancaran akan mendapat beberapa tawaran istimewa seperti di bawah:

-Untuk tempoh satu minggu dari 17 Mac, perkhidmatan penggantian pelindung skrin adalah percuma bagi mana-mana peranti HONOR;

-Untuk tempoh tiga hari dari 17 Mac, pembaikan percuma diberikan untuk mana-mana peranti HONOR yang telah tamat jaminan; dan

-Pada 17 Mac, pengguna HONOR akan membawa pulang satu hadiah misteri, sementara stok masih ada.

Bayar Deposit RM66 untuk Dapatkan HONOR Magic6 Pro

Sementara itu, HONOR menawarkan bayaran deposit sebanyak RM66 untuk menempah HONOR Magic6 Pro menerusi tawaran awal Early Bird Special dan tawaran ini sehingga 20 Mac.

Nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,259 terdiri daripada HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Setahun Jaminan Tambahan dan Gantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari. Selain itu, pembeli Early Bird Special layak mendapatkan 5 kali ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh.

Nantikan Pelancaran HONOR Magic6 Pro Pada 20 Mac

Jangan lupa menyaksikan pelancaran rasmi HONOR Magic6 Pro pada 20 Mac ini. Siaran langsung pelancaran boleh disaksikan menerusi laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang. The HONOR Magic6 Pro akan menjadi peneraju dalam dunia telefon pintar, inovasi dan teknologi.

Showcase Amal Artis Legenda 4.0 yang terakhir, Nizam Laksamana terkilan

editormaxinfo@gmail.com

AMPANG – Penyanyi, Nizam Laksamana meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila tiga sahabat baiknya yang telah meninggal dunia iaitu Ibnor Reza, Tiar Jinbara dan Gmie Screen tidak dapat bersama-sama menjayakan Showcase Amal Artis Legenda 4.0 yang bakal diadakan pada Jun depan.

Nizam berkata, pemergian ketiga-tiga rakan industri seninya itu adalah bersama dorongan dan semangat yang ketika hayat mereka dicurahkan sebagai sokongan kepadanya bagi meneruskan showcase berkenaan.

“Mereka semua adalah rakan baik saya. Kami bergelak ketawa dan berkongsi banyak kenangan bersama. Bagaimana saya tidak terkesan dengan ketiadaan mereka.

“Contohnya, arwah Ibnor, saya tahu keadaannya ketika dia sakit dan saya berada dengannya pada saat-saat terakhir hidupnya.

“Begitu juga arwah Tiar yang sempat saya mandikan jenazahnya dan Gmie yang sempat saya bertemunya sebelum arwah meninggal dunia.

“Saya rasa kehilangan yang cukup besar apabila mereka tidak bersama saya dalam showcase kali ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media Showcase Amal Artis Legenda 4.0.

Showcase berkenaan bakal berlangsung pada 1 Jun depan di Grand Ballroom, Hotel Grand Barakah, Ampang dan menampilkan barisan penyanyi popular bertaraf legenda tanah air antaranya Zamani Slam, Zarul Umbrella, Acong Sweetchild, Tam Spider, Shafie Rio, Ameng Spring, Dwen, Ady Wow, Mawi dan Wann.

Sebahagian kutipan jualan meja dan sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada Cancer Survivors Malaysia satu badan NGO yang aktif memberi bantuan kepada pesakit kanser.

Selain itu sebahagian kutipan juga akan disalurkan kepada penggiat seni dan bekas pengamal media yang kini disenaraikan seramai 20 orang.

Berkongsi mengenai kekuatannya untuk meneruskan showcase ini Nizam berkata, semangat dan keikhlasan rakan industri yang masih ada dan yang telah pergi menjadi pendorong kepadanya untuk meneruskan showcase ini sehingga edisi ke-4.

“Mereka sentiasa memberi sokongan untuk saya teruskan showcase ini. Ada yang tidak kisah tentang bayaran asalkan dapat membantu saya menjayakan showcase ini.

“Susah hendak dapat kawan-kawan begini, yang ikhlas dan miliki semangat setia kawan yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam juga telah menetapkan penganjuran showcase itu pada kali ini sebagai penglibatannya yang terakhir sebagai penganjur.

Katanya keputusan itu diambil berikutan komitmen terhadap diri sendiri dan keluarga yang perlu diberikan lebih perhatian selepas ini.

“Umur saya sudah 58 tahun. Hidup mungkin tak lama. Isteri pula masih dalam rawatan untuk pulih daripada kanser yang dihadapinya selain anak saya yang masih bersekolah.

“Oleh itu, saya putuskan edisi ini adalah yang terakhir saya anjurkan bagi membolehkan saya melakukan sesuatu yang lain untuk diri sendiri dan keluarga.

“Namun begitu, saya berharap ada pihak lain akan meneruskan showcase ini dengan nama yang lain. Pakailah konsep yang sama dan buatlah dengan bersungguh-sungguhnya,” katanya.

Selepas dapat izin suami, Mila Jirin tampil dengan lagu terbaharu, Sandera

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas sedekad menanti, penyanyi Mila Jirin akhirnya muncul dengan naskhah baharu, Sandera sebuah lagu yang pastinya membuai emosi sesiapa sahaja yang mendengarkannya buat kali pertama.

Bagi Mila, tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat kembali ke studio merakamkan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amylea Azizan itu.

Jelasnya, peluang yang diberikan kepadanya tidak boleh dilepaskan begitu sahaja apatah lagi dia sendiri sudah lama tidak merakamkan lagu baharu.

“Sebenarnya lebih lapan tahun saya tidak hadir dengan lagu baharu dan apabila ditawarkan semula, saya rasa ini masa yang sesuai untuk kembali kepada industri muzik tanah air.

“Banyak perkara yang saya korbankan dalam tempoh berkenaan tapi rindu saya untuk aktif semula tidak pernah sesekali padam.

“Selama ini saya hanya menyanyi untuk majlis pelanggan di Bizmilla Wedding Centre sahaja. Saya berkorban minat yang satu ini semata-mata mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan bisnes,” katanya.

Selain itu, Mila juga mendedahkan yang dia menuruti permintaan suaminya, Ahmad Ailis yang mahu dia berehat sebentar daripada industri tatkala mereka dikurniakan cahaya mata tujuh tahun yang lalu.

Mila berkata, suami risau sekiranya dia terus aktif dalam bidang seni sedangkan anak mereka, Arif Zikri memerlukan tumpuan sepenuhnya.

Akhirnya, dia merelakan hati menarik diri selangkah kebelakang demi memastikan anak tunggalnya mendapat kasih sayang sepenuhnya selain memberikan tumpuan kepada perniagaan Bizmilla Wedding Centre yang mempunyai 18 Banquet Hall di 7 Cawangan di Selangor, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

“Bukan mudah sebenarnya mahu merakamkan Sandera ini memandangkan saya terpaksa memujuk suami untuk memberikan keizinan.

“Alhamdulillah, akhirnya dia bersetuju dan memberikan kebenaran bersyarat termasuklah tidak mengabaikan keluarga dan perniagaan.

“Memang saya gembira sangat kembali merakamkan lagu dan berharap Sandera ini akan diterima baik oleh pendengar seterusnya mengembalikan nama Mila Jirin kepada industri,” katanya lagi.

Bercerita mengenai rakaman, Mila gembira apabila lagu ini turut dijadikan runut bunyi untuk drama Khunsa yang bakal ditayangkan mulai 11 Mac, setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam menerusi saluran tv Astro Ria. 

Mengganggap peluang yang diberikan cukup besar buat dirinya, penyanyi yang popular dengan lagu Persis Mutiara ini berharap kedua-dua produk ini akan diterima baik oleh peminat.

“Pada asalnya saya hanya membuat rakaman semula lagu Dawai untuk media sosial sahaja. Tak sangka pula video berkenaan tular sehingga menarik minat Amylea.

“Dia hubungi saya dan memberikan tawaran sebuah naskhah baharu untuk Khunsa.

“Bila mendengarkan sahaja tajuk Khunsa, itu sudah memberikan seribu satu persepsi kepada saya.

“Apabila mendengarkan kisah di sebalik Sandera, saya tidak boleh menolak. Ini memang peluang terbaik yang tidak harus dilepaskan dan yang saya tunggu selama ini, saya sangat gembira akhirnya berjumpa lagu yang sangat saya impikan dalam genre balada dan menonjolkan vokal saya,” kata juara Akademi Fantasia musim kelima ini lagi.

Paling menggembirakan apabila Mila sendiri dapat menjadi producer bagi lagu ini menerusi Bizmilla dan bersyukur dapat bekerjasama dengan Sony Music Malaysia dalam mempromosikan Sandera yang mula dilancarkan secara rasmi sejak 12 Mac lalu diseluruh platform digital.

Hala tujunya dalam bidang seni ini juga semakin jelas saat Sandera dilancarkan dan dia berharap dapat melengkapkan repertoire muziknya sebelum melakukan persembahan berskala besar pada masa hadapan.

Mengambil inspirasi daripada kejayaan Aina Abdul menganjurkan ‘persembahan satu malam’ sejak beberapa tahun yang lalu, itu juga adalah antara keinginan yang bakal ditunaikan Mila sedikit masa lagi.

“Apabila merakamkan Sandera, ini menambahkan keyakinan saya untuk melakukan perkara yang sama pada masa hadapan.

“Saya memang mahu melakukan persembahan A Night With Mila Jirin di dewan banquet Bizmilla bersama peminat.

“Buat masa ini itu memang menjadi impian saya tetapi dalam masa yang sama, saya perlu menambah lagu baru bagi mencukupkan repertoire sendiri di samping mengumpulkan peminat generasi baharu untuk mengenali saya dengan lebih dekat,” katanya.

Untuk rekod, Sandera sudah dilancarkan secara rasmi sejak 12 Mac dan lirik video  juga boleh ditonton melalui platform :

(YouTube Sony Music): https://youtube.com/c/SonyMusicMY

(VEVO):https://www.youtube.com/channel/UCubHZ_554asqVfvQspillQw
(Instagram Sony Music): https://www.instagram.com/sonymusic_malaysia/

(Facebook Sony Music): http://fb.me/SonyMusicMyDomestic

Syarifuddin Azman bakal beraksi di ARRC bersama BSH

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Masa depan bekas pelumba Moto3 negara di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP), Syarifuddin Azman terjawab apabila dia disahkan akan beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Pasukan Idemitsu Boon Siew Honda (BSH) Racing Team mengumumkan perkara itu ketika memperkenalkan barisan pelumbanya, yang terdiri dalam pelbagai kelas, musim ini dengan Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok akan beraksi dalam kelas AP 250cc bersama-sama rakan sepasukan, Md Irfan Haykal.

“Walaupun penyertaannya sebelum ini hanya menerusi tiket wildcard, tapi kehadirannya memberi impak besar,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Pasukan itu turut mengumumkan Md Zaqhwan Zaidi sekali lagi diberi kepercayaan beraksi dalam kelas perdana ASB1000 bersama jentera baharu Honda CBR1000RRR 2024.

Pelumba berusia 29 tahun itu yang muncul naib juara musim lalu selepas mempamer aksi konsisten, menunjukkan potensi besar dalam pelbagai saingan di Asia dan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada kejayaan BSH dan Honda Asia.

Md Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar pula akan beraksi dalam kelas SS600cc bersama jentera Honda CBR600RR.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Mitsuharu Funase berkata, pihaknya meletakkan sasaran tinggi pada tahun ini.

“Kami sasarkan untuk muncul juara keseluruhan kelas SS600. Pelumba kami mempunyai pengalaman dan semangat juang tinggi manakala Syarifuddin dalam kelas AP250 menjanjikan aksi konsisten.

“Menerusi persiapan rapi dan sikap dahagakan kemenangan, kami bersedia untuk mengatasi sebarang halangan dan menjadikan 2024 sebagai tahun kejayaan kami,” katanya.

Pusingan pertama ARRC akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bermula Jumaat sehingga Ahad ini.

Kredibiliti, integriti & semangat juang Ziana Zain pikat CSA Academy lantik sebagai duta rasmi

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencatat sejarah dalam dunia hiburan tempatan adalah faktor utama CSA Academy melantik pesohor seni legenda itu sebagai duta rasmi organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang.

CSA Academy juga meminjam liku perjalanan dan jerih Diva Pop ini dalam mencapai gemilang kejayaan yang dibina berbekal reputasi baik lebih dua dekad menjadi pelaku seni sebagai semangat yang diperlukan mereka untuk melakar sejarah dalam operasi yang dijalankan.

“Kami memilih Ziana Zaian kerana kami percaya sebagai rakyat Malaysia meski berbangsa India atau Cina dan tentu sahaja kaum Melayu semua kenal siapa Ziana Zain. Beliau seorang legenda.

“Penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana, kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta rasmi adalah tepat.

“Reputasi, integriti dan kredibiliti serta semangat juang yang ada dalam diri Ziana Zain adalah seiring dengan matlamat kami di CSA Academy untuk menuju kegemilangan serupa,” kata Pengasas & Pengarah Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong.

Selain Ziana, CSA Academy juga memiliki duta rasmi dalam kalangan individu berpengaruh termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan aktor berkaliber, Datuk Jalaluddin Hassan.

Pelantikan pemilik nama sebenar Siti Roziana Zin sebagai duta rasmi CSA Academy berlangsung dengan jayanya di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mac lalu.

Seiring pelantikan Ziana, 55, sebagai duta rasmi CSA Academy, sebuah lagu yang menyerap roh dan perjuangan tanpa erti putus asa, Semangat Wira digubah. Semangat Wira bakal dilancarkan pada Mei depan.

“Semangat Wira menggambarkan keseluruhan perjuangan tanpa lelah dan putus asa yang dinyanyikan Ziana Zain khusus buat seluruh ahli CSA Academy,” kata Dr Jay.

Sementara itu Ziana menyifatkan pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan bukan hanya untuk dirinya tetapi beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan informasi tentang pengurusan kewangan atau beban hutang yang perlu diwar-warkan kepada semua.

“Saya melihat pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan yang besar bukan untuk saya secara peribadi tetapi bagaimana saya mampu mewakili, memikul tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyebarkan informasi bagaimana kita semua mampu hidup bebas hutang melalui pengurusan kewangan yang betul bersama bantuan CSA Academy.

“Sejujurnya saya sendiri suka perkara seperti ini (mewakili CSA Academy) kerana secara tidak langsung dapat bertemu ramai orang, dapat ilmu dan pengalaman baharu terutama bagaimana menguruskan kewangan.

“Maklumlah kadang-kadang kita berbelanja tidak sepadan dengan hutang, jadi CSA Academy membantu dengan memberi ilmu bagaimana menguruskan semuanya dengan bijak.

“Dengan pelantikan saya sebagai duta rasmi CSA Academy selepas Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datuk Jalaluddin Hassan, saya harap lebih ramai lagi yang akan menyertai CSA Academy.

“Tentu sahaja besar juga harapan saya dapat membantu CSA Academy mencapai matlamat untuk membuat masyarakat cakna tentang kewujudan mereka sekaligus memberi khidmat terbaik kepada yang memerlukan.

“Apa yang penting CSA Academy menjamin gaya hidup bebas hutang untuk semua ahli,” kata Ziana.

Terdahulu CSA Academy diumumkan selaku penaja utama Konsert Ziana Zain 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei depan.

Konsert Ziana Zain 2024 adalah anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse.

Bercakap mengenai kolaborasi mereka, Ziana berterima kasih kepada CSA Academy kerana menunaikan impian kembali mengadakan konsert selepas kali terakhir pada 2001 hampir menjadi realisasi.

Ziana sedang giat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk memastikan dapat memberi persembahan terhebat mengalukan peminat untuk mendapatkan tiket sementara ia masih berada di pasaran.

Tiket-tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/ mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web www.ticketu.com.my/zianazain.

Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket.

Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 011-11900518.

Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman.

Zai Sri Gemilang kembali dengan ‘Bufet 25 Malam’, lebih 100 sajian lazat bertemakan ‘Cita Rasa Timur Tengah’ bakal pikat selera

editormaxinfo@gmail.com

SHAH ALAM – Meraikan Ramadan kali ini, syarikat katering terkemuka tanah air Zai Sri Gemilang kembali dengan tradisi pakej berbuka puasa ‘Bufet 25 Malam’ untuk penganjuran tahun yang ketiga bertemakan Citarasa Timur Tengah bermula 14 Mac hingga 7 April ini bertempat di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam.

Selain mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa dengan kemudahan fasiliti termasuk kawasan parkir dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dengan selesa, ‘Bufet 25 Malam’ juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan In-Team yang diundang khas sebagai tarikan utama untuk menghiburkan tetamu pada hujung minggu.

Lebih 100 sajian lazat bakal dihidangkan termasuklah hidangan signature wajib dicuba iaitu Nasi Arab Kambing Sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus selain Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah.

Bukan itu sahaja, Zai Sri Gemilang juga turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.

Pelbagai gerai makanan turut disediakan untuk menyajikan hidangan aneka pilihan jenis pembuka selera seperti ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, murtabak, roti jala, roti john, pencuci mulut seperti kuih muih, puding, aiskrim, buah-buahan, minuman serta banyak lagi.

Berkongsi mengenai penganjuran ‘Bufet 25 Malam’ tahun ini, Pengasas dan Pengarah Urusan Zai Sri Gemilang Datin Zaiton Abdul Rahman berkata, menurut kata orang-orang lama, kalau ingin menambat hati seseorang pikatlah perutnya. Kalau perut sudah terpikat, maka senanglah hatinya. 

“Selama dua dekad berkecimpung dalam bidang katering, sememangnya saya amat berpegang teguh dengan kebenaran kata-kata ini yang diletakkan sebagai asas utama bagi memastikan Zai Sri Gemilang terus kekal sebagai pilihan katering premium khususnya di sekitar Lembah Klang.

“Oleh itu, aspek penyediaaan sajian berkualiti yang lazat dan bersih tidak boleh dikompromi sama sekali.

“Untuk promosi bufet Ramadan tahun ini, kami turut membawakan suasana Timur Tengah ke dalam dewan menerusi dekorasi yang disediakan sekali gus memberikan ‘rasa’ kepada tetamu ketika berbuka puasa bersama kami,” katanya.

Zai Sri Gemilang menawarkan harga tempahan awal atau ‘early bird’ pada harga RM98 sahaja daripada harga asal RM108 (Isnin-Jumaat) dan RM118 (Sabtu-Ahad) untuk orang dewasa.  

Pakej berbuka puasa persendirian dan korporat turut disediakan dengan harga serendah RM90 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas bagi tempahan awal (Isnin hingga Jumaat).

Tawaran pembelian awal terbuka sehingga hari ini, 13 Mac dan bilangan baucar adalah terhad.

Manakala harga untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas serta kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM68 sahaja.

Bagi pakej berbuka puasa persendirian dan korporat pula berharga RM95 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas. 

Untuk sebarang pembelian baucar atau tempahan, layari zaisrigemilang.com atau hubungi talian 019-228 4349/013-287 4349/012-316 1164/012-731 6929.

Ikuti akaun rasmi media sosial Zai Sri Gemilang untuk mengetahui sebarang informasi lanjut dan terkini.