25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 15, 2026

Alia Sazana cipta rekod Asia, sumbang emas dalam acara 25m pistol wanita

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penembak berpengalaman negara, Alia Sazana Azahari, bukan sahaja berjaya meraih pingat emas, tetapi juga mencipta rekod Asia baru dalam acara 25 meter (m) pistol wanita di Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 yang berlangsung di Bangkok pada Ahad.

Ketika pusingan final di Lapang Sasar Menembak SAT, Alia mencatatkan 44 hit daripada 50 sasaran, sekali gus memecahkan rekod Asia sebelumnya yang dipegang oleh penembak Korea Selatan, Yang Jiin, yang mencatatkan 41 hit di Kejohanan Menembak Asia 2024 di Jakarta.

Pingat perak menjadi milik penembak Korea Selatan, Lee Siyoon, dengan 32 hit, manakala Teh Xiu Yi dari Singapura meraih pingat gangsa selepas mencatatkan 28 hit.

Kemenangan ini menambah koleksi emas kedua untuk Malaysia dalam kejohanan terbabit selepas Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin berjaya menjuarai acara 10m air pistol wanita dengan mencatatkan 239.3 mata pada Khamis lalu.

Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 yang bermula pada 9 Februari lalu akan berlangsung sehingga 22 Februari ini, memberikan peluang lebih banyak lagi kejayaan untuk negara.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular