editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Istana Sakura Hall secara rasmi membuka tirai operasinya menerusi Majlis Grand Opening Red Carpet yang berlangsung dengan penuh gemilang di Plaza SG Mas, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Ini sekali gus memperkenalkan sebuah lagi destinasi acara eksklusif yang menawarkan pengalaman majlis bertaraf premium di ibu negara.
Majlis pembukaan berlangsung dalam suasana meriah dan penuh prestij dengan kehadiran pelbagai tetamu kehormat, rakan strategik industri, usahawan, pempengaruh media sosial, penggiat seni, selebriti tempatan yang hadir bagi memeriahkan dan membuat liputan rasmi acara berkenaan.
Menambahkan lagi kemeriahan malam istimewa itu ialah kemunculan khas penyanyi popular tanah air, Amelina, yang berjaya mencuri perhatian tetamu menerusi persembahan bertenaga dan penuh karisma.
Persembahan beliau menjadi antara tarikan utama yang menyerlahkan suasana glamor dan eksklusif sepanjang majlis berlangsung.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah beberapa pasangan bakal pengantin yang mengambil peluang untuk melihat sendiri keindahan serta kemudahan yang ditawarkan oleh Istana Sakura Hall.
Mereka berpeluang meninjau dengan lebih dekat konsep dewan yang direka khas untuk memenuhi keperluan majlis perkahwinan moden, resepsi eksklusif dan pelbagai acara berprofil tinggi.
Pengasas Istana Wedding Hall, Irni Rosleh berkata, Istana Sakura Hall diwujudkan dengan konsep mewah, moden dan elegan bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan yang mengimpikan majlis yang sempurna dan berkelas.
Menurut beliau, selain Istana Sakura Hall, pihaknya turut mengendalikan sebuah lagi dewan iaitu Istana Safwa Hall yang terletak di lokasi sama yang turut memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan berdasarkan kapasiti tetamu serta tema majlis yang diinginkan.


“Kami mempunyai dua dewan utama di Plaza SG Mas iaitu Istana Sakura Hall dan Istana Safwa Hall.
“Pelanggan boleh membuat pilihan mengikut jumlah tetamu dan konsep majlis yang bersesuaian.
“Kami turut menawarkan perkhidmatan lengkap atau ‘all-in-one’ yang merangkumi penyediaan dewan, katering, andaman, dekorasi sehingga penyediaan cenderamata kepada tetamu.
“Ini memudahkan pelanggan kerana mereka tidak perlu mencari vendor lain. Semua keperluan majlis disediakan di bawah satu bumbung dan pelanggan juga boleh menyesuaikan pakej mengikut bajet masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, Istana Sakura Hall direka dengan pelbagai kemudahan moden dan ciri eksklusif yang mampu memberikan pengalaman majlis yang lebih selesa dan berprestij.

Dewan menampilkan dekorasi glamor yang digabungkan dengan pelamin LED moden serta hiasan kristal mewah yang menyerlahkan suasana elegan dan mewah.
Ruang dewan yang luas dengan siling tinggi turut memberikan keselesaan kepada tetamu, manakala sistem pencahayaan profesional membantu meningkatkan lagi seri dan keindahan setiap acara yang dianjurkan.
Selain menawarkan suasana yang eksklusif, Istana Sakura Hall turut menyediakan pelbagai kemudahan sokongan termasuk kawasan parkir yang mencukupi, surau, tandas yang mudah diakses serta perkhidmatan katering berkualiti tinggi bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.

Bagi memudahkan pelanggan merancang majlis tanpa perlu berurusan dengan pelbagai penyedia perkhidmatan, Istana Sakura Hall menawarkan pakej lengkap “all-in-one” bermula daripada RM29,900.
Pakej merangkumi penggunaan dewan eksklusif, pelamin premium, katering dan hidangan untuk tetamu, busana pengantin serta khidmat solekan profesional.
Pelanggan turut menikmati pelbagai kemudahan tambahan termasuk sistem audio dan PA, khidmat pengacara majlis (emcee), jurugambar profesional, susun atur khas untuk tetamu kenamaan (VIP), krew layanan tetamu serta khidmat penyelaras acara yang akan memastikan setiap majlis berlangsung dengan lancar dari awal sehingga tamat acara.

Dengan gabungan lokasi strategik di Kuala Lumpur, kemudahan moden, konsep dewan yang elegan serta pakej komprehensif yang ditawarkan, Istana Sakura Hall dilihat berpotensi menjadi antara destinasi pilihan utama bagi pasangan pengantin dan penganjur acara yang menginginkan sebuah majlis yang eksklusif, mewah dan bertaraf premium.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej dan tempahan boleh menghubungi pihak pengurusan Istana Sakura Hall menerusi talian 013-340 0040 atau 012-242 5551.

