editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Sekumpulan penduduk dari Persatuan Luo Fu Shan Fo Fa Tin Yin Tan Kepong, memohon perhatian dan campur tangan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkaitan isu pengosongan tokong yang terletak di Taman Bukit Sri Bintang, di sini.
Pengerusi Persatuan, Yong Min Nyee berkata, sejak tahun lalu seorang individu yang mengaku sebagai Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di situ mula mengacau dan memberi amaran kepadanya untuk mengosongkan tokong berkenaan.
“Saya mula menjaga dan merawat tempat ini sejak tahun 2022 dan menjadikannya kawasan bukan sekadar untuk ibadah tetapi tempat beriadah penduduk dan komuniti.
“Kami tidak pernah membuat sebarangan gangguan atau berbuat bising yang menyebabkan penduduk sekitar tidak selesa,” katanya ketika ditemui.

Yong berkata, sikap MPP itu seolah-olah mencabar mereka dengan memberi alasan tidak boleh membina tokong di situ sedangkan majoriti penduduk sekitar adalah beragama Buddha.
“Kami bukan mahu melawan, kami hanya mahu beribadah dengan tenang. Tempat ini bukan untuk saya seorang, tetapi untuk penduduk sekitar juga,” katanya.
Katanya, mereka tidak pernah menerima surat daripada pihak berkuasa sebaliknya menerima surat merah sebagai tanda pengusiran daripada MPP berkenaan.
“Saya tidak faham bagaimana seorang MPP boleh mengeluarkan surat arahan pengusiran yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Oleh itu, saya meminta pertimbangan dan kerjasama dari AP Hannah untuk turun dan membantu menyelesaikan masalah kami.
“Kami sudah pergi ke pejabat Hannah tetapi belum ada maklum balas yang kami terima sehingga kini,” katanya.

Yong berkata, dia dan penduduk tidak menolak sekiranya tokong perlu dipindahkan atas sebab pembangunan, namun mereka berharap satu penyelesaian yang adil dapat dicapai termasuklah pemberian lokasi alternatif sebelum sebarang pengosongan dilakukan.
“Kalau MPP itu mahu kami keluar, sekurang-kurangnya cari dulu tempat lain sebagai ganti, bantu kami pindah. Ini tidak, terus suruh keluar. Tak adil begitu,” katanya dengan nada kesal.



https://shorturl.fm/oTsae
https://shorturl.fm/kIsrZ