editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Tahun Baru Cina kali ini, Pavilion Bukit Jalil mengajak anda untuk merasai keriangan bersama Mickey Mouse dan Rakan-Rakannya dalam satu perayaan yang luar biasa.
Nikmati sambutan bertemakan Disney yang menggabungkan pesona Disney yang abadi dengan tradisi perayaan, mencipta kenangan indah untuk keluarga dan pengunjung dari semua peringkat usia.
Dari 3 Januari hingga 16 Februari 2025, Pavilion Bukit Jalil akan dihiasi dengan pop-up bertema Disney yang mengangkat suasana Tahun Baru Cina.
Di tengah-tengah perayaan ini, pengunjung dapat melihat sebuah pagoda yang megah, dihiasi dengan motif-motif Tahun Baru Cina yang halus, melambangkan kemakmuran, keharmonian, dan pembaharuan.
Selain itu, pelbagai lokasi menarik untuk bergambar juga terdapat di sekitar pusat membeli-belah ini, termasuk patung Mickey Mouse yang cantik sempurna untuk merakam momen berharga dan menghiasi saluran media sosial anda.
Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik dan mesra keluarga yang direka khas untuk menjadikan Tahun Baru Cina kali ini lebih bermakna.
Hiasi tahun 2025 dengan membuat permohonan di Dinding Harapan Tahun Baru dan kongsi harapan anda untuk musim kemakmuran dan impian.
Selain itu, cabar keluarga dan rakan-rakan anda dengan permainan Snakes and Ladders gergasi yang interaktif dan menyeronokkan untuk semua peringkat usia.
Tidak ketinggalan, anda juga berpeluang bertemu dengan Rakan Disney yang disayangi yang memakai pakaian tradisional yang diinspirasikan oleh budaya Cina melalui penampilan khas pada waktu berikut:
Penampilan Disney Friends:
17 Januari 2025: 12.30 PM, 2 PM, 4.30 PM dan 6 PM
18 Januari 2025: 11 AM, 12.30 PM, 2 PM, 4.30 PM dan 6 PM
19 Januari 2025: 11 AM, 12.30 PM, 2 PM, 4.30 PM dan 6 PM
Penampilan khas ini memberi peluang kepada keluarga untuk mencipta kenangan indah bersama.
Bagi mereka yang ingin membawa pulang cerita Disney kegemaran, Pavilion Bukit Jalil turut menawarkan koleksi barangan bertema Disney yang terhad, sempurna untuk memeriahkan perayaan anda.

Pengunjung juga akan diberi hadiah bertema Disney sebagai ganjaran pembelian:
Belanja RM250 (atau RM150 untuk Ahli Kad UOB) dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah untuk menerima sampul merah bertema Disney, dengan dua reka bentuk yang mengandungi tiga keping setiap satu.
Belanja RM500 (atau RM400 untuk Ahli Kad UOB) dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah untuk menerima sampul merah serta beg kanvas eksklusif yang bergaya.
Eksklusif untuk Ahli Kad UOB, perbelanjaan minimum RM1,000 dalam satu resit membolehkan anda memperoleh beg mini bagasi koleksi, sementara stok masih ada. Penebusan Beg Mini Luggage bermula pada 18 Januari 2025.
Sambut Tahun Baru Cina kali ini dengan kegembiraan Disney di Pavilion Bukit Jalil dan jadikan musim perayaan anda lebih ceria dan bermakna.