25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 7, 2026

Astro kembali dengan ‘From KL to PL’ musim kedua, lebih cabaran dan aksi menghiburkan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Astro, peneraju hiburan di Malaysia, dengan bangga mempersembahkan musim kedua From KL to PL, rancangan travelog sukan yang semakin mendapat perhatian ramai.

Menggandingkan selebriti tempatan dengan cabaran menarik dari Liga Perdana Inggeris, musim terbaru ini pasti akan memberikan pengalaman menghiburkan dan penuh aksi.

From KL to PL musim 2 akan mula bersiaran pada 23 Januari 2025, setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro GO dan sooka.

Musim kedua ini sekali lagi menampilkan hos popular Nabil Ahmad serta bintang futsal dan pemain bola sepak wanita Malaysia, Intan Serah.

Mereka akan membabitkan diri dalam pelbagai cabaran bola sepak yang mendebarkan di England, bersama wartawan sukan Astro Arena, Abang Med, dan pelakon yang sedang meningkat naik, Mierul Aiman, yang baru-baru ini mencuri perhatian menerusi siri Project: High Council.

Perjalanan mereka bermula dengan undangan misteri untuk mencabar mereka menyempurnakan sepakan penalti menentang seorang pemain bola sepak profesional rahsia di England.

Setibanya di London, mereka diberi peluang menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris yang hebat tetapi hanya jika mereka berjaya menakluk cabaran yang diberikan.

Pengarah Kandungan Astro Angnes Rozario berkata, mereka sangat teruja dengan kejayaan musim pertama From KL to PL, yang telah menyumbang kepada peningkatan tontonan dan perbualan mengenai Liga Perdana Inggeris di kalangan peminat Malaysia.

“Dengan membawa musim kedua ini, kami terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Liga Perdana Inggeris, menggabungkan bakat tempatan dengan kelab-kelab terbaik dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Media Liga Perdana Inggeris, Paul Molnar berkata, mereka menyambut baik kerjasama dengan Astro.

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Astro untuk musim kedua From KL to PL.

“Program ini memberi peluang kepada peminat di Malaysia untuk menikmati Liga Perdana Inggeris dengan cara yang lebih segar dan menyeronokkan,” katanya.

Dalam From KL to PL musim kedua, penonton akan dibawa mengelilingi kelab-kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris, mengenali sejarah mereka dan menyaksikan pertemuan eksklusif antara selebriti tempatan dan pemain bola sepak profesional.

Musim 2 From KL to PL turut dikuasakan oleh U Mobile, yang terus menyokong pengembangan program hiburan berkelas dunia ini.

Tonton From KL to PL musim kedua bermula 23 Januari 2025, setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro GO, dan sooka, dengan ulangan setiap Sabtu, jam 9 malam.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular