editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada gabungan tiga jenama muzik elektronik terkemuka dunia Hardmission, Techmission dan Transmission dalam sebuah festival elektronik mega yang bakal berlangsung sempena hujung minggu PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025.
Acara eksklusif ini akan dianjurkan oleh Hi:Five Entertainment pada 18 dan 19 Oktober 2025, bertempat di lokasi ikonik Helipad, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC).
Menyatukan dua elemen berprestij sukan permotoran bertaraf dunia dan muzik elektronik global, festival ini dijangka menarik lebih 15,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa.
HardTech, yang menggabungkan dua konsep futuristik iaitu Hardmission dan Techmission, akan membuat kemunculan sulung di Malaysia.

Dikenali sebagai kuasa revolusioner dalam dunia muzik elektronik, HardTech membawa pengalaman rave yang penuh tenaga, digabungkan dengan teknologi bunyi canggih serta visual artistik yang imersif.
Ia menjanjikan suasana yang mendebarkan dan melangkaui norma biasa persembahan muzik elektronik.
Sementara itu, Transmission jenama trance paling ikonik dari Eropah bakal mencipta sejarah sebagai festival trance berskala besar pertama seumpamanya di Malaysia.
Dikenali kerana produksi bersinematik, susunan DJ bertaraf dunia dan penggunaan cahaya serta laser yang memukau, kehadiran Transmission ke rantau ini merupakan detik penting bagi komuniti rave dan peminat muzik trance tempatan.
Festival ini bakal menawarkan pengalaman sonik yang lengkap daripada melodi trance yang mengasyikkan hingga hentakan hardstyle yang menggila menjadikannya salah satu acara muzik paling dinanti di Asia Tenggara tahun ini.

Acara dua hari ini akan menampilkan nama-nama besar dalam dunia EDM dan trance, termasuk:
HardTech – 18 Oktober:
- Space 02
- MANDY
- Tweekacore
- Sub Zero Project
- Warface
- Trym
- Sep B2B Suhsi
- Alexis Grace
- Nahksy
- Bass Agent
Transmission – 19 Oktober:
- Driftmoon
- Daxson
- Markus Schulz Rabbit
- Aly & Fila
- Ben Nicky
- Digital Culture
- Digital Rush B2B Gio
- Mister Ariffin
- Chukies & Whackboi
- Boris Fong
Bagi memastikan keselamatan semua pengunjung, pihak penganjur akan mematuhi sepenuhnya garis panduan lima SOP baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi penganjuran acara muzik elektronik.
Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk:
- Stesen Hidrasi (Hydration Points)
- Pasukan perubatan di lokasi
- Kempen kesedaran anti-dadah
- Hospital bersedia siaga
- Unit pengesanan dadah K9
Pakaian yang selesa dan sesuai turut digalakkan, seperti seluar pendek, jogger, tank top dan kasut bertutup.
Aksesori festival, face paint dan barangan LED dialu-alukan, namun pakaian yang terlalu mendedahkan, bercetak lucah atau menyinggung sensitiviti serta topeng muka penuh adalah dilarang atas sebab keselamatan.


https://shorturl.fm/EneZj