27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026

Susulan isu status halal, KK Super Mart gantung urus niaga pembekal sandwic ‘ham & cheese’

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) telah menggantung semua urus niaga dengan syarikat pengeluar sandwic ‘ham & cheese’ setelah dakwaan penemuan produk yang diragui status halalnya di dua premis kedai serbaneka mereka di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KK Super Mart memaklumkan bahawa semua produk terbabit telah dihentikan dari kemasukan ke premis-premis lain sementara siasatan oleh pihak berkuasa sedang dijalankan.

Selain itu, hanya 16 buah KK Concept Store yang menerima produk terbabit, dan perniagaan dengan syarikat pengeluar berkenaan telah dibekukan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas kilang pengeluar sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya.

“Demi menjaga kepercayaan pelanggan, kami akan memberikan kerjasama penuh dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang mencemarkan keyakinan pelanggan kami,” menurut kenyataan itu.

KK Super Mart turut mengesahkan mereka telah membuat laporan polis dan mengarahkan peguam untuk menghantar Surat Tuntutan (LOD) bertarikh 10 Januari 2025 kepada syarikat pengeluar produk terbabit.

Syarikat itu juga menjelaskan pengeluar sandwic berkenaan telah mengemukakan sijil halal untuk bahan-bahan seperti ‘chicken ham’ dan kepingan keju yang digunakan.

Namun, kesalahan terletak pada penggunaan logo halal Malaysia yang tidak sah pada bungkusan produk terbabit.

Tindakan ini muncul susulan laporan yang menyatakan bahawa Universiti Malaya telah mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam dalam kampus universiti berkenaan setelah produk sandwic yang diragui status halalnya ditemui.

Jakim mengesahkan bahawa produk sandwic ‘ham & cheese’ itu tidak memiliki sijil halal Malaysia dan tindakan undang-undang sedang diambil oleh KPDN.

KK Super Mart menegaskan bahawa pihaknya sangat serius dalam menangani isu ini dan telah mengambil langkah-langkah untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku lagi.

Pihaknya juga mengingatkan pengguna untuk sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi ‘Verify Halal’.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular