31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 11, 2025

Anwar luncur maskot beruang matahari sempena Kempen Visit Malaysia 2026

editormaxinfo@gmail.com

SEPANG – Beruang matahari telah dipilih sebagai maskot rasmi untuk Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Watak beruang jantan “Wira” dan beruang betina “Manja” diperkenalkan untuk memeriahkan kempen berkenaan sepanjang tahun depan.

Watak-watak ini direka dalam bentuk animasi yang comel dan menarik, bertujuan untuk menarik perhatian pelancong dari pelbagai peringkat usia ke Malaysia.

Majlis pelancaran VM2026 ini turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta tetamu kehormat lain.

Beruang matahari dipilih sebagai maskot kerana ia adalah spesies beruang terkecil di dunia, dan juga merupakan spesies asli yang hidup di kawasan tropika Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Maskot ini mencerminkan kekayaan biodiversiti negara yang unik dan menarik.

Pada majlis yang berlangsung di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Anwar juga melancarkan logo VM2026 yang menggambarkan kekayaan budaya, keindahan alam semula jadi, dan daya tarikan Malaysia kepada pelancong global.

Dalam ucapan beliau, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan bahawa tiada negeri akan terpinggir dalam kempen ini dan setiap negeri akan diberi tumpuan untuk memastikan VM2026 berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular