27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 10, 2025

Pesawat KLM terpaksa mendarat cemas di Norway, semua penumpang selamat

editormaxinfo@gmail.com

THE HAGUE – Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Torp Sandefjord, Norway, pada malam Sabtu lalu selepas kejadian yang menegangkan.

Namun, syarikat penerbangan Belanda mengesahkan semua 176 penumpang dan enam kru pesawat terbabit selamat.

Menurut jurucakap KLM, kejadian bermula apabila penumpang mendengar “dentuman kuat” sejurus selepas pesawat berlepas dari Oslo.

Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang mengambil keputusan untuk mengalihkan pesawat ke Lapangan Terbang Torp Sandefjord, kira-kira 150 kilometer di selatan ibu kota Norway.

Pesawat berjaya mendarat dengan selamat, tetapi tergelincir sedikit dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput berhampiran.

Pihak polis Norway mengesahkan semua penumpang dan kru berjaya dipindahkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Syarikat penerbangan itu juga memaklumkan bahawa penumpang telah diberikan kemudahan sementara di lapangan terbang tempatan. Punca kejadian masih dalam siasatan lanjut. -Agensi

ARTIKEL BERKAITAN

Popular