27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026

Che Ta selesaikan RM550,000 pinjaman MARA, tindakan penghakiman ditangguhkan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Tindakan penghakiman terhadap pelakon Rozita Che Wan, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, telah ditangguhkan selepas beliau berjaya membuat bayaran sebahagian daripada pinjaman tertunggak kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dalam satu kenyataan berkata, sebanyak RM550,000 daripada jumlah hutang yang tertunggak telah berjaya dibayar sehingga Jumaat lalu.

Walau bagaimanapun, baki hutang yang masih ada perlu dilangsaikan sepenuhnya sebelum akhir Mac 2024.

“Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, MARA tidak akan berkompromi dalam usaha untuk mendapatkan semula setiap sen wang rakyat yang telah diamanahkan kepada kami.

“Bayaran yang diterima ini akan digunakan semula untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Sebelum ini, pada 10 Disember, kediaman usahawan terkenal itu diserbu oleh pegawai MARA bersama peguam dan wakil mahkamah, berikutan dakwaan kegagalan untuk melunaskan pinjaman hampir RM1 juta yang dibuat pada tahun 2017.

Menurut sumber, Che Ta telah membuat pembayaran awal sebanyak RM50,000 terhadap pinjaman terbabit dan baru-baru ini juga dilaporkan telah membuat bayaran di pejabat MARA, namun jumlah yang dibayar pada sesi itu belum disahkan.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular