editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Mikadation Foundation produk Zoey Rahman di bawah jenama Mikaseries diiktiraf terbaik bagi kategori lightweight liquid foundation menewaskan jenama lain di The Highliter Beauty Awards Kl International Beauty Awards 2024.
Acara yang berlangsung selama 3 hari bermula 22 hingga 24 November itu diadakan di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) Kuala Lumpur.
Zoey berkata, pihaknya turut mencalonkan beberapa produk yang lain untuk kategori yang berbeza mengikut jenis.
“Alhamdulillah tiga produk mikaseries tercalon ke peringkat akhir (top 5) penjurian antaranya MikaGlo Compact Powder, Mikadation Foundation dan Mikalipz Lipbalm (lipcare),” katanya.
Penjurian dilakukan oleh juri-juri yang dilantik dan undian secara online turut dibuka setelah top 5 diumumkan bagi setiap kategori.

Zoey berkata, produk Mikaseries mendapat undian dan pemarkahan tertinggi iaitu Mikadation Foundation dan MikaGlo Compact Powder.
“Sebelum ini bila saya cakap produk saya bagus, ‘formula lightweight’ ini memang terbaik tiada siapa yang akan percaya.
“Walaupun kami telah berjaya menjual berpuluh ribu unit dan mempunyai pengikut serta pembeli setia di watsons dan di online, masih ada orang sekeliling yang memandang sepi terutamanya bagi mereka yang obses dengan jenama luar.
“Alhamdulillah dengan izin Allah SWT saya berjaya membuktikan bahawa apa yang saya usahakan selama ini bukanlah biasa-biasa.
“Selain penjenamaan dan strategi pemasaran, Mikaseries amat menitikberatkan kualiti. Saya mahu berada dalam bidang ini lama.
“Oleh itu, saya perlu persembahkan yang terbaik untuk pembeli dan penyokong produk Mikaseries,” katanya.
Katanya, beliau amat bersyukur kerana Mikaseries tidak pernah ketinggalan menyertai acara tahunan pameran dan jualan kosmetik terbesar serta gah seperti ini.