28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 16, 2025

Gintell lancar Kerusi Urut siri Wellness Super Heroes edisi terhad Iron Man

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pengeluar produk penjagaan kesihatan, Gintell melancarkan dua buah kerusi urut siri Wellness Super Heroes yang berupaya memberi kelegaan seluruh badan.

Antara siri terbaharu itu ialah Kerusi Urut Wellness S7 Plus Iron Man dan S9 Maxx Iron Man.

Kerusi Urut Wellness S7 Plus Iron Man dikuasai oleh roda urut lapan dimensi generasi kedua dan ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah badan.

“Sempena ulang tahun Marvel ke-85, Gintell telah melancarkan Kerusi Urut Wellness Edisi Eksklusif Iron Man Black yang  juga tambahan baharu kepada koleksi Kerusi Urut Siri Super Heroes.

“Kerusi urut edisi eksklusif ini menggabungkan Teknologi kecerdasan buatan (AI) terbaharu dengan gaya ikonik Iron Man berwarna hitam dan emas yang diilhamkan oleh wira itu sendiri,” kata Gintell dalam satu kenyataan.

Majlis pelancaran itu dihadiri Pengarah Pengurusan Gintell, Datuk Goh Cheh Yak dan duta rasmi jenama berkenaan, Simon Yam yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil.

Jenama berkenaan turut mengadakan pameran di lokasi pelancaran bermula 30 Oktober hingga 11 November ini.

Menerusi acara itu, ia bukan sahaja mempamerkan kerusi urut malah produk lain termasuk treadmill dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular