editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Enam syarikat Malaysia yang didakwa ada kaitan dengan sektor pembuatan Rusia disekat oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
Enam syarikat yang disenaraikan itu adalah Zeolite Mansford Sdn Bhd, Centrina United Sdn Bhd, Gyntec Carbon Sdn Bhd, Moralability Industry Sdn Bhd dan Melix Global Sdn Bhd.
“Semua sasaran ditetapkan menurut Perintah Eksekutif (EO) 14024 yang membenarkan sekatan berkenaan dengan aktiviti asing berbahaya tertentu kerajaan Rusia.
“Kami akan terus menggunakan semua kaedah untuk menyekat sokongan terhadap pangkalan industri ketenteraan Rusia dan menyekat keupayaan Kremlin untuk mengeksploitasi sistem kewangan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, pentadbiran Joe Biden menambah 40 syarikat dan institusi penyelidikan ke dalam senarai sekatan perdagangan atas dakwaan sokongan mereka terhadap tentera Rusia.
Dalam pada itu, jabatan negara itu memaklumkan, tindakan dilakukan bertujuan untuk menyekat pengeluar, pengeksport dan pengimport barangan yang dianggap kritikal bagi menyokong asas industri kepada ketenteraan Rusia.
“Barangan itu termasuk mikroelektronik dan barang terkawal khususnya sistem kawalan berangka komputer seperti yang dikenal pasti oleh Biro Industri dan Keselamatan, Jabatan Perdagangan AS,” katanya.
Tambah jabatan negara itu, didakwa menjadi entiti yang melakukan penganiayaan Rusia terhadap perang haramnya terhadap Ukraine.
“Zeolite menghantar AS$2.1 juta (RM9.2 juta) item Senarai Keutamaan Tinggi Biasa atau CHPL (Tahap 3) termasuk galas bebola kepada syarikat yang berpangkalan di Rusia pada Mac.
“Centrina, antara Januari tahun lalu dan Februari tahun ini menghantar kira-kira AS$2.7 juta (RM11.8 juta) barangan CHPL (Tahap 3) termasuk galas bebola kepada syarikat yang berpangkalan di Rusia,” katanya.
Gynten pula dikatakan telah menghantar barang CHPL Tahap 3 bernilai kira-kira AS$2 juta iaitu RM8.8 juta kepada syarikat yang berpangkalan di Rusia antara Februari tahun lepas dan April ini.
Bagi Moralability, syarikat terbabit telah menghantar barang yang sama bernilai sebanyak AS$1.3 juta iaitu sebanyak RM5.7 juta kepada syarikat berpangkalan di Rusia antara November tahun lalu dan April baru-baru ini.
“Melix Global dikatakan telah mengeksport lebih AS$190,000 (RM830,000) barangan CHPL seperti galas bebola ke Baltpromservis yang ditetapkan AS pada April.
“Sementara Maxtrum telah menghantar barang CHPL (Tahap 3) bernilai AS$2.1 juta (RM9.2 juta) termasuk galas bebola kepada syarikat yang berpangkalan di Rusia,” katanya.

