editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan hasil semakan lima premis iaitu Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
JAKIM dalam satu kenyataan berkata, semakan dibuat oleh pihaknya berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM selepas menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
“Untuk makluman, pertanyaan itu telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.
“Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.
“Jabatan ini sudah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September lalu jam 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan,” katanya.
Kenyataan itu berkata, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk, pengguna boleh melakukan semakan di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php
“Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama,” kata kenyataan itu lagi.