Hiburan Archives - MaxInfo

Kelate ke KL 2026 bawa fenomena muzik Pantai Timur ke Kuala Lumpur
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Gelombang hiburan Pantai Timur bakal menggegarkan ibu negara menerusi penganjuran konsert mega Kelate Ke KL 2026 yang dijadual berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur.

Mengangkat tema “Suaro Kito, Jiwo Kito – 100% Ori Kelate”, acara berskala besar itu dijangka menjadi platform terbesar yang menghimpunkan barisan artis popular dan kebanggaan Kelantan dalam satu persembahan istimewa yang meraikan muzik, budaya serta identiti negeri Cik Siti Wan Kembang.

Konsert yang dinanti-nantikan itu bakal menyaksikan kemunculan beberapa nama besar yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam industri hiburan Pantai Timur termasuk Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali dan Aris Capella.

Kehadiran barisan artis terbabit dijangka menarik ribuan peminat dari seluruh negara, khususnya komuniti anak Kelantan yang menetap di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

Lebih daripada sekadar sebuah persembahan hiburan, Kelate Ke KL 2026 tampil sebagai sebuah acara yang membawa misi memperkukuhkan jati diri, warisan seni dan budaya Kelantan kepada khalayak yang lebih luas.

Penganjuran konsert ini juga dilihat sebagai medium untuk menghubungkan komuniti anak Kelantan di perantauan dengan akar budaya mereka melalui muzik dan persembahan yang dekat dengan jiwa masyarakat Pantai Timur.

Menurut Pengarah Projek Kelate Ke KL 2026, Mas Ayie Mas Omar, konsert terbabit dirancang sebagai sebuah platform yang bukan sahaja meraikan bakat-bakat seni Kelantan, malah menjadi ruang untuk menghimpunkan anak-anak Kelantan dan peminat muzik Pantai Timur dalam satu acara berprestij yang penuh makna.

Beliau berkata, tema “Suaro Kito, Jiwo Kito” dipilih bagi mencerminkan semangat perpaduan, kebanggaan dan identiti masyarakat Kelantan yang sentiasa kuat walau di mana mereka berada.

Selain persembahan artis-artis popular, pihak penganjur turut menjanjikan pelbagai pengumuman menarik menjelang tarikh penganjuran termasuk penampilan khas, segmen kebudayaan serta beberapa kejutan eksklusif yang bakal menambah kemeriahan acara terbabit.

Penganjur juga memaklumkan maklumat berkaitan penjualan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tiket rasmi konsert Kelate Ke KL 2026 akan dijual secara eksklusif menerusi platform Illaso.com.my, manakala tarikh jualan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi penganjur.

Orang ramai disaran mengikuti platform media sosial rasmi Kelate Ke KL 2026 bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai konsert, pengumuman artis tambahan, aktiviti promosi serta maklumat rasmi berkaitan penjualan tiket.

Dengan gabungan artis popular, elemen budaya Kelantan dan semangat kekitaan yang kuat, Kelate Ke KL 2026 dijangka menjadi antara acara hiburan terbesar yang menghimpunkan peminat muzik Pantai Timur di ibu kota tahun ini.

Konsert berkenaan bukan sahaja bakal menghidangkan persembahan berkualiti tinggi, malah menjadi simbol kebanggaan budaya yang menyatukan komuniti Kelantan dari seluruh pelosok negara.

Kelate Ke KL 2026 akan berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh Natriya Enterprise bersama Irama Entertainment.

The post Kelate ke KL 2026 bawa fenomena muzik Pantai Timur ke Kuala Lumpur appeared first on MaxInfo.

‘Dink! I Love You’ angkat fenomena Pickleball, satukan Anna Jobling, Arfie Shah dan Aedy Ashraf
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Populariti sukan pickleball yang semakin mencuri perhatian rakyat Malaysia kini diterjemahkan ke dalam sebuah telefilem romantik berjudul Dink! I Love You yang boleh ditonton secara eksklusif menerusi platform penstriman UTV.

Diarahkan oleh Boy Koci dan diterbitkan oleh Motio Studio, telefilem berkenaan menampilkan gandingan pelakon muda popular Anna Jobling, Arfie Shah dan Aedy Ashraf dalam sebuah kisah yang menggabungkan elemen percintaan, persahabatan serta semangat kesukanan.

Keunikan naskhah ini terletak pada pemilihan pickleball sebagai latar utama penceritaan, selari dengan perkembangan sukan terbabit yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia.

Bagi Arfie Shah, penglibatan dalam telefilem itu menjadi pengalaman yang cukup bermakna apabila minatnya terhadap pickleball akhirnya membawanya kepada peluang melakonkan watak seorang pemain sukan tersebut di layar.

Menurutnya, beliau tidak pernah menyangka aktiviti yang pada mulanya dilakukan sekadar untuk mengisi masa lapang akan membuka ruang kepada pengalaman baharu dalam kerjaya seni.

“Sejujurnya saya memang tak pernah sangka sukan yang saya paling minat, iaitu pickleball, akhirnya membuka pintu kepada saya untuk melakonkan watak sebagai atlet pickleball.

“Pada mulanya saya hanya bermain untuk berseronok dan mengisi masa lapang, tetapi takdir membawa saya ke set penggambaran.

“Bila dikenang semula, semuanya berlaku dengan begitu pantas dan saya sangat bersyukur dengan peluang ini,” katanya.

Dalam telefilem itu, Arfie memegang watak Ghazali, seorang pelajar cemerlang yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang sukan sebelum dipilih menjadi pasangan baharu pemain pickleball berbakat, Diba, lakonan Anna Jobling.

Menurut Arfie, perjalanan watak Ghazali menjadi antara aspek yang paling menarik kerana ia menggambarkan proses pembelajaran, keyakinan diri dan usaha berterusan dalam mencapai kejayaan.

Beliau berkata, mesej yang dibawa menerusi watak berkenaan cukup dekat dengan realiti kehidupan apabila membuktikan kejayaan tidak semestinya bergantung kepada bakat semula jadi semata-mata.

“Dia seorang pelajar yang pintar, tetapi langsung tidak mempunyai pengalaman dalam sukan.

“Cabaran terbesar adalah untuk menunjukkan proses perubahan seorang individu yang pada awalnya serba kekok sehingga akhirnya berani mencabar dirinya sendiri.

“Bagi saya, Ghazali membawa mesej yang sangat dekat dengan kehidupan. Dia membuktikan seseorang tidak perlu mempunyai bakat sejak awal untuk berjaya.

“Dengan disiplin, usaha yang konsisten dan sokongan daripada orang di sekeliling, kita mampu berkembang menjadi versi diri yang lebih baik,” katanya.

Arfie turut menyifatkan peluang bekerjasama dengan Anna Jobling dan Aedy Ashraf sebagai pengalaman berharga yang banyak membantu meningkatkan keyakinannya sepanjang penggambaran.

Katanya, kedua-dua pelakon itu sentiasa memberikan sokongan serta berkongsi pengalaman bagi memastikan setiap babak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sementara itu, Anna Jobling mengakui dirinya tidak mempunyai sebarang pengalaman bermain pickleball sebelum menerima tawaran membintangi telefilem berkenaan.

Namun, demi memastikan wataknya sebagai Diba dapat dipersembahkan secara meyakinkan, beliau mengambil inisiatif mempelajari asas permainan dan menjalani latihan sebelum penggambaran dimulakan.

Menurut Anna, pengalaman itu membuka peluang untuk beliau memahami dengan lebih mendalam mengenai sukan yang kini sedang berkembang pesat di Malaysia.

“Demi menjayakan watak dan memberikan persembahan yang meyakinkan, saya meluangkan masa untuk mempelajari asas permainan serta menjalani latihan sebelum penggambaran bermula.

“Saya melihat peluang ini sebagai satu pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana bukan saja dapat mencuba sesuatu yang baharu, malah memahami semangat kesukanan yang menjadi tunjang cerita ini,” katanya.

Beliau turut berharap penonton dapat merasai kesungguhan seluruh pasukan produksi dalam menjayakan telefilem tersebut selain menikmati mesej positif yang cuba disampaikan menerusi jalan ceritanya.

Dalam pada itu, Presiden UTV, Datuk Adzliana Hasan berkata pihaknya sentiasa mencari pendekatan baharu dalam menghasilkan kandungan yang relevan dengan minat dan perkembangan semasa masyarakat.

Katanya, pemilihan pickleball sebagai tema utama dibuat kerana sukan berkenaan kini berkembang pesat dan semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut beliau, industri kreatif perlu berani meneroka idea baharu agar kandungan yang dihasilkan mampu memberi kelainan kepada penonton.

“Kalau sebelum ini saya pernah menghasilkan drama berunsurkan komedi romantik, percintaan, seram dan thriller, kali ini kami mahu tampil dengan sesuatu yang berbeza.

“Pickleball sedang menjadi fenomena dan dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Kalau badminton atau bola sepak sudah banyak dipaparkan dalam drama, mengapa tidak kita cuba sesuatu yang baharu? Harapan saya, telefilem ini bukan sahaja menghiburkan, malah dapat memperkenalkan lagi sukan pickleball kepada masyarakat,” katanya.

Dink! I Love You mengisahkan perjalanan Diba yang membuat keputusan meninggalkan pasangan regunya, Arman, sebelum memilih Ghazali sebagai rakan sepasukan baharu.

Hubungan yang pada awalnya terjalin atas dasar sukan akhirnya berkembang menjadi kisah cinta yang penuh cabaran dan emosi ketika mereka berusaha memburu kejayaan dalam pertandingan pickleball.

Selain mengetengahkan kisah romantik, telefilem ini turut membawa mesej mengenai pentingnya kepercayaan, semangat berpasukan, disiplin dan persahabatan dalam mencapai impian.

Dengan gabungan tema sukan yang sedang popular, jalan cerita ringan dan penampilan barisan pelakon terkenal, Dink! I Love You dilihat berpotensi menarik perhatian peminat drama tempatan serta memperkenalkan sukan pickleball kepada khalayak yang lebih luas.

Telefilem itu mula ditayangkan sejak 18 Jun lalu dan boleh ditonton secara eksklusif menerusi aplikasi UTV.

The post ‘Dink! I Love You’ angkat fenomena Pickleball, satukan Anna Jobling, Arfie Shah dan Aedy Ashraf appeared first on MaxInfo.

Legasi Sudirman terus hidup, waris terima royalti
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Legasi seni Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad terus diperkasakan apabila EMI Music Malaysia menyerahkan royalti karya-karya Penghibur Rakyat itu kepada ahli keluarganya sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam memastikan hak serta hasil karya beliau terus dinikmati oleh waris yang berhak.

Majlis penyerahan royalti yang berlangsung di Kuala Lumpur itu bukan sahaja melambangkan penghargaan terhadap sumbangan besar Allahyarham kepada industri muzik tanah air, malah mencerminkan usaha berterusan EMI Music Malaysia dalam memelihara dan menguruskan katalog muzik beliau agar kekal relevan serta dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.

Sebagai antara artis rakaman paling berpengaruh dalam sejarah muzik Malaysia, karya-karya Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad sebelum ini diterbitkan di bawah EMI Records yang kini adalah sebahagian daripada Universal Music Group.

Sehubungan itu, EMI Music Malaysia terus memainkan peranan penting dalam menguruskan katalog muzik beliau, termasuk menerusi proses pendigitalan, pemulihan audio, penerbitan semula karya-karya ikonik dan peluang pelesenan bagi memastikan legasi seni Allahyarham terus berkembang dalam era digital.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, penyerahan royalti itu bukan sekadar memenuhi tanggungjawab syarikat kepada waris, malah menjadi simbol penghargaan terhadap jasa dan pengaruh besar Allahyarham dalam membentuk landskap muzik negara.

Menurut beliau, Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad adalah ikon seni yang telah meninggalkan khazanah budaya amat bernilai kepada negara dan terus menjadi inspirasi kepada generasi baharu.

“Sebagai pemegang katalog karya beliau, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan hak royalti terus disalurkan kepada keluarga di samping memelihara serta memperkenalkan semula muzik beliau kepada generasi baharu.

“Kami mahu karya-karya Sudirman terus didengari, dihargai dan kekal relevan merentasi zaman.

“Legasi beliau bukan sekadar milik industri muzik, tetapi juga sebahagian daripada warisan budaya negara,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa EMI Music Malaysia sedang merancang pelbagai inisiatif baharu bagi memperkenalkan muzik Sudirman kepada khalayak yang lebih luas.

Antara usaha yang dirancang termasuk kempen digital, penggubahan semula audio ke format terkini, peluang pelesenan kreatif dalam filem, drama dan kandungan digital serta kerjasama bersama bakat-bakat muda bagi memastikan karya-karya beliau terus mendapat tempat dalam industri hiburan moden.

Sementara itu, wakil keluarga Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad, Haji Razman Azrai Zainuddin atau Atai, menyifatkan penyerahan royalti berkenaan sebagai satu penghargaan bermakna terhadap hasil usaha dan karya yang ditinggalkan Allahyarham sepanjang karier seninya.

Beliau berkata, keluarga amat menghargai komitmen EMI Music Malaysia yang terus menguruskan karya-karya Allahyarham secara profesional serta memastikan hak royalti disalurkan kepada waris.

“Ini membuktikan bahawa legasi beliau masih terus dihargai dan mendapat tempat di hati masyarakat,” katanya.

Menurut Atai, sokongan yang berterusan daripada rakyat Malaysia terhadap Allahyarham turut membawa makna yang besar kepada seluruh keluarga.

“Walaupun sudah sekian lama beliau meninggalkan kita, kasih sayang masyarakat terhadap Allahyarham masih begitu kuat.

“Karya-karya beliau bukan sahaja membawa nostalgia kepada mereka yang membesar dengan lagu-lagunya, malah membuka peluang kepada generasi muda untuk mengenali sejarah, budaya dan identiti Malaysia dengan lebih mendalam,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan legasi Allahyarham kepada generasi muda, majlis berkenaan turut menampilkan program Bintang Uni-verse Pencarian Sudirman 2.0 yang menghimpunkan penyertaan daripada lima institusi pengajian tinggi awam.

Program berkenaan memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk menghayati dan mempersembahkan semula karya-karya Allahyarham dalam pendekatan yang lebih segar serta relevan dengan citarasa semasa.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Datuk Aznil Nawawi yang berkongsi pandangan mengenai pengaruh besar Allahyarham Sudirman terhadap dunia seni tanah air.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai figura yang banyak memberi inspirasi menerusi disiplin kerja, kreativiti dan dedikasi sepanjang bergelar anak seni.

“Walaupun saya tidak mengenali Allahyarham secara peribadi, saya merupakan peminat tegar beliau sejak dahulu.

“Banyak nilai kerja yang saya amalkan hari ini adalah hasil daripada pemerhatian terhadap disiplin, kreativiti dan dedikasi beliau.

“Acara penghargaan legasi seperti ini sangat penting agar bakat dan kerja keras Allahyarham dapat terus menjadi kompas kepada generasi baharu,” katanya.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan khas daripada seorang busker dan pencipta kandungan digital yang terkenal kerana memiliki suara yang menyerupai Allahyarham Sudirman.

Persembahan beberapa lagu ikonik Allahyarham berjaya mengimbau nostalgia serta mendapat sambutan hangat daripada para hadirin.

Dalam perkembangan lain, keluarga Allahyarham turut berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha penerbitan filem yang bakal mengangkat kisah kehidupan dan perjalanan seni Dato’ Sudirman Hj. Arshad.

Projek berkenaan kini berada pada peringkat pembangunan awal dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), khususnya dalam aspek pembangunan skrip.

Majlis penyerahan royalti ini menjadi simbol penghargaan berterusan terhadap sumbangan besar Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad kepada industri hiburan negara.

Pada masa sama, ia membuktikan komitmen semua pihak dalam memastikan karya dan legasi Penghibur Rakyat itu terus hidup, dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang sebagai sebahagian daripada khazanah seni dan budaya Malaysia.

The post Legasi Sudirman terus hidup, waris terima royalti appeared first on MaxInfo.

Aina Abdul kembali dengan ‘Sadis’, sambungan emosi Berjauh-an
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas mencuri perhatian peminat muzik menerusi single Berjauh-an yang dilancarkan pada April lalu, penyanyi, komposer dan pengkarya versatil, Aina Abdul kembali mengukuhkan perjalanan seninya menerusi karya terbaharu berjudul Sadis.

Sadis adalah sebuah lagu yang membawa pendengar menyelami sisi emosi yang lebih mendalam tentang kehilangan, kerinduan dan penyesalan selepas berakhirnya sebuah hubungan.

Lebih daripada sekadar single baharu, Sadis hadir sebagai kesinambungan kepada penceritaan yang dimulakan menerusi Berjauh-an.

Jika lagu terdahulu menggambarkan tentang jarak, keretakan dan perpisahan yang berlaku dalam sesebuah hubungan, Sadis pula membawa pendengar ke fasa seterusnya, iaitu saat seseorang mula merasai kehilangan sebenar selepas insan yang pernah menjadi sebahagian penting dalam hidupnya tidak lagi berada di sisi.

Kedua-dua karya ini mempunyai hubungan yang erat dari sudut penceritaan dan perkembangan emosi, sekali gus membentuk sebuah perjalanan naratif yang saling melengkapi.

Melalui Sadis, Aina menzahirkan realiti kehidupan yang sering dialami ramai individu apabila seseorang hanya menyedari nilai dan kehadiran insan tersayang selepas kehilangannya.

Lagu yang ditulis dan digubah sepenuhnya oleh Aina Abdul itu memperlihatkan kematangan beliau sebagai seorang penulis lagu apabila mengetengahkan lirik yang jujur dan dekat dengan pengalaman manusia.

Tema seperti rindu, ego, penghargaan dan penyesalan diterjemahkan dengan penuh emosi, menjadikan karya tersebut berpotensi menyentuh hati pendengar daripada pelbagai lapisan usia.

Menurut Aina, Sadis adalah sebuah kesinambungan emosi kepada Berjauh-an yang mengangkat perjalanan selepas berlakunya perpisahan.

“Sadis adalah sebuah kesinambungan emosi daripada Berjauh-an. Kalau sebelum ini lagu berkenaan lebih menggambarkan tentang jarak dan perpisahan, Sadis pula membawa pendengar masuk ke fasa selepas kehilangan itu berlaku, saat seseorang mula menyedari nilai dan kehadiran insan yang pernah ada dalam hidupnya.

“Lagu ini sangat dekat dengan emosi yang ramai orang pernah rasa, terutama apabila kita terlalu lambat menghargai seseorang.

“Kadang-kadang apabila dia masih ada, kita tidak sedar betapa pentingnya kehadirannya. Namun apabila sudah hilang, barulah rasa rindu itu hadir dengan begitu mendalam,” katanya.

Dari sudut produksi muzik, Aina sekali lagi memilih untuk bekerjasama dengan pemuzik dan arranger dari Indonesia, Vega Antares, yang sebelum ini turut terlibat dalam pembikinan Berjauh-an.

Sentuhan Vega berjaya menghidupkan nuansa melankolik dan dramatik yang selari dengan mesej serta emosi yang ingin disampaikan menerusi lagu berkenaan.

Aina berkata, kerjasama berterusan bersama Vega Antares banyak membantu dalam merealisasikan visi muzik yang diimpikannya.

“Saya sangat teruja dapat kembali bekerjasama dengan Vega Antares untuk lagu ini. Vega adalah seorang pemuzik dan arranger yang sangat hebat dan saya rasa keserasian kami dalam menghasilkan muzik kali ini sangat kuat.

“Dia benar-benar memahami emosi dan suasana yang saya mahu sampaikan dalam Sadis,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Aina berkata, dia kini sedang giat menyiapkan album kedua yang dijangka dilancarkan pada tahun ini.

Menurutnya, Sadis antara karya penting yang bakal membentuk identiti dan perjalanan emosi dalam album terbabit.

Pelancaran Sadis juga dilihat sebagai kesinambungan kepada momentum yang dibina menerusi Berjauh-an, single utama album baharu Aina yang diperkenalkan pada 24 April 2026.

Lagu berkenaan mendapat perhatian kerana mengangkat kisah hubungan yang diuji oleh jarak dan masa, selain menampilkan pendekatan muzik yang lebih segar menerusi gabungan elemen pop moden dan sentuhan bossanova.

Sebagai sebahagian daripada strategi promosi, teaser korus lagu Sadis mula diperkenalkan kepada peminat menerusi platform TikTok dan Instagram pada 12 Jun 2026 sebelum pelancaran rasmi penuh lagu tersebut di semua platform penstriman digital pada 19 Jun 2026.

Dengan kehadiran Sadis, Aina Abdul sekali lagi membuktikan keupayaannya sebagai seorang pengkarya yang berani meneroka sisi emosi manusia secara telus dan mendalam.

Karya terbaharu ini bukan sahaja memperkukuhkan identitinya dalam industri muzik tempatan, malah menawarkan pengalaman mendengar yang dekat dengan realiti kehidupan, khususnya buat mereka yang pernah berdepan perpisahan, kehilangan dan penyesalan yang sukar dilupakan.

The post Aina Abdul kembali dengan ‘Sadis’, sambungan emosi Berjauh-an appeared first on MaxInfo.

Hisyam Hamid akui Lukman ‘Red Flag’, tegas curang adalah kesalahan terbesar
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Drama bersiri Ikatan Terlarang terus menjadi bualan penonton apabila konflik rumah tangga yang dipaparkan semakin memuncak, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi emosi dalam kalangan peminat.

Antara yang paling mencuri perhatian adalah watak Lukman lakonan Hisyam Hamid yang kini dianggap sebagai antara karakter paling dibenci penonton susulan tindakannya berlaku curang terhadap isterinya, Azura, lakonan Erysha Emira.

Dalam episod terbaharu, penonton menyaksikan bagaimana Lukman tanpa rasa bersalah menjalinkan hubungan terlarang dengan Anabella atau Bella yang dilakonkan Mawar Rashid, individu yang bukan sahaja kakak iparnya tetapi juga sahabat baik kepada isterinya sendiri.

Keberkesanan lakonan Hisyam sebagai suami curang menerima pujian ramai kerana berjaya menghidupkan watak yang penuh manipulasi dan pengkhianatan.

Namun di sebalik watak yang dibawanya, aktor kelahiran Singapura itu menegaskan perbuatan curang adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam sesebuah hubungan.

Menurut Hisyam, seseorang yang sudah berkahwin tidak sepatutnya memberi ruang kepada dirinya untuk jatuh cinta kepada orang lain.

“Tidak ada istilah jatuh cinta lagi. Dalam hal ini apabila sudah ada isteri jangan mengada-ngada nak jatuh cinta dengan orang lain.

“Nombor satu punya kesalahan yang tidak boleh dibuat dan tidak boleh berlaku bila seseorang itu ada isteri, ‘the biggest no-no ever’,” katanya.

Hisyam turut menolak tanggapan bahawa seseorang boleh mengelakkan status curang hanya dengan berterus terang kepada pasangan selepas mula menyukai orang lain.

Tegasnya, kesetiaan adalah asas penting dalam sesebuah hubungan dan pengkhianatan adalah perkara yang sukar diterima atau dimaafkan.

“Saya secara peribadi pun apabila berada dalam sesuatu perhubungan, tidak akan buat perkara itu. Ya, kita mungkin ada buat kesilapan dan kesalahan, tetapi adalah satu yang tidak boleh diterima atau dimaafkan apabila curang,” katanya.

Sementara itu, satu lagi babak yang mencetuskan perhatian ramai adalah adegan Azura menampar Lukman di dalam kereta selepas mula mengesyaki suaminya berlaku curang.

Babak penuh emosi itu mendapat reaksi positif daripada penonton yang mengakui berasa puas melihat Azura akhirnya meluahkan kemarahan terhadap suaminya, meskipun ketika itu identiti wanita yang menjadi orang ketiga masih belum terbongkar sepenuhnya.

Mengulas mengenai penggambaran babak itu, Erysha Emira mendedahkan tangannya mengalami lebam kerana perlu mengulangi adegan tamparan beberapa kali bagi mendapatkan sudut kamera dan syot terbaik.

Menurutnya, dia berusaha memberikan emosi yang realistik dengan meletakkan dirinya dalam situasi Azura yang dikhianati oleh insan paling dipercayai dalam hidupnya.

“Sebenarnya tangan saya lebam selepas melakukan babak tampar banyak kali untuk mendapatkan beberapa syot berlainan.

“Tapi saya cuba lakukan yang terbaik bukan hanya dalam babak itu sahaja, tetapi meletakkan diri sebagai Azura yang telah dikhianati dan dicurangi hampir seluruh hidupnya,” katanya.

Sejak mula ditayangkan, Ikatan Terlarang semakin mendapat perhatian penonton menerusi jalan cerita yang sarat dengan konflik emosi, pengkhianatan dan rahsia keluarga yang mencengkam.

Diterbitkan oleh I Fabulous Art Media & Event Sdn. Bhd. menerusi penerbit Noorazam Shah Senin dan diarahkan oleh Riza Baharudin, drama 28 episod itu turut mendapat sentuhan penulis terkenal Indonesia, Oka Aurora, yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi karya popular seperti Layang-Layang Perkahwinan, Curang Tanpa Niat, Bahagia Yang Tertangguh dan filem Ipar Adalah Maut.

Menampilkan gandingan pertama antara Hisyam Hamid dan Erysha Emira sebagai teraju utama, Ikatan Terlarang mengisahkan kehidupan Azura, seorang usahawan berjaya yang memiliki syarikat kecantikan Azura Beauty dan dilihat memiliki kehidupan sempurna bersama suaminya, Lukman, serta anak perempuan mereka, Adira.

Namun kebahagiaan itu mula runtuh apabila Azura mengetahui dirinya dikhianati oleh suami sendiri bersama sahabat baik yang paling dipercayainya.

Situasi menjadi semakin rumit apabila pelbagai rahsia keluarga mula terbongkar, termasuk skandal yang mengancam perniagaan serta hubungan antara kedua-dua keluarga.

Dalam usaha mempertahankan maruah, keluarga dan masa depan anaknya, Azura berdepan dilema besar sama ada memilih jalan membalas dendam atau memutuskan kitaran kebencian yang telah menghancurkan kehidupannya.

Menurut pihak produksi, kekuatan utama Ikatan Terlarang terletak pada penceritaannya yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini, khususnya mengenai isu kepercayaan, pengkhianatan, tekanan keluarga dan perjuangan seorang wanita untuk bangkit semula selepas diuji dengan pelbagai dugaan.

Selain Hisyam Hamid dan Erysha Emira, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Adrianna Adnan, Raja Azura, Arash Mohamad, Alif Hadi, Mawar Rashid, Didie Astillah, Syazwan Razak, Puteri Rayyqa, Zarina Zainuddin, Yaya Maembong, Jay Iskandar dan Esma Danial.

Ikatan Terlarang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi Slot Megadrama Astro Ria dan platform Sooka.

The post Hisyam Hamid akui Lukman ‘Red Flag’, tegas curang adalah kesalahan terbesar appeared first on MaxInfo.

Konsert Malam Qolbu satukan jiwa sempena Maulidur Rasul
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Sebuah malam penuh penghayatan, selawat dan kecintaan kepada Rasulullah SAW bakal menghimpunkan ribuan pencinta seni Islamik menerusi penganjuran Konsert Malam Qolbu yang dijadual berlangsung pada 24 Ogos 2026 di Idealive Kuala Lumpur.

Dianjurkan bersempena sambutan Maulidur Rasul, program istimewa itu bukan sekadar sebuah konsert hiburan Islamik, sebaliknya menjadi platform dakwah yang menggabungkan elemen muzik, kerohanian dan refleksi diri dalam usaha mendekatkan masyarakat kepada sirah serta perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Penganjuran sulung oleh Duyufurrahman Travel & Tours itu lahir daripada rasa tanggungjawab dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, sekali gus menjadi satu usaha untuk menyemarakkan budaya berselawat serta menghidupkan semula penghayatan terhadap nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Menurut wakil penganjur, Konsert Malam Qolbu adalah satu amanah besar yang dipikul oleh pihak penganjur bagi menyampaikan mesej dakwah melalui pendekatan yang lebih dekat dengan masyarakat moden.

“Kami melihat penganjuran ini sebagai satu amanah yang sangat besar. Tanpa Rasulullah SAW, kita tidak akan mengenal Islam seperti hari ini.

“Maka menjadi satu kebanggaan buat kami apabila diberi peluang untuk menganjurkan sebuah majlis yang mengajak masyarakat berselawat, mengenang sirah Baginda dan menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

“Mungkin usaha ini kecil, tetapi jika ia mendapat keredaan Allah dan menjadi sebab kita memperoleh syafaat Rasulullah SAW, maka itu adalah sesuatu yang amat bernilai buat kami,” katanya.

Beliau turut mengajak masyarakat menjadikan kehadiran ke Konsert Malam Qolbu sebagai satu bentuk pelaburan akhirat yang mampu memberi manfaat berpanjangan kepada jiwa dan kehidupan.

“Dalam kehidupan ini kita sentiasa melabur untuk dunia. Namun sesekali, marilah kita melabur untuk saham akhirat.

“Setiap selawat, setiap doa, setiap ilmu dan peringatan yang diperoleh pada malam tersebut mudah-mudahan menjadi amal yang berpanjangan dan memberi ganjaran yang berlipat ganda,” katanya.

Mengangkat tema Islamik Nusantara Musik, Konsert Malam Qolbu akan menampilkan barisan nama besar dalam industri nasyid dan muzik Islamik serantau termasuk Opick, Mawi, Rabbani, UNIC dan The Rayhan.

Lebih menarik, persembahan yang disusun sepanjang malam tersebut bukan hanya tertumpu kepada nyanyian semata-mata, malah turut diserikan dengan segmen penceritaan berkonsepkan Gimik Pembukaan Sirah & Cahaya, persembahan Interlude Pantomim dan Visual Poetry serta penutupan penuh makna menerusi alunan Selawat Nabi yang bakal menyatukan seluruh hadirin dalam suasana ukhuwah dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Penganjur berharap Konsert Malam Qolbu mampu membuka lembaran baharu dalam landskap hiburan Islamik negara dengan membuktikan bahawa program berteraskan dakwah dan kerohanian masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan usia termasuk generasi muda.

Menurut mereka, kejayaan program Islamik di negara jiran seperti Indonesia yang sering menerima sambutan luar biasa menunjukkan masyarakat masih dahagakan pengisian yang mendidik serta menyentuh hati.

“Anak-anak muda hari ini bukan sahaja mampu menganjurkan acara hiburan, malah mampu menjadi penggerak kepada program yang membawa manfaat kepada ummah,” katanya.

Sebagai penganjuran sulung, Konsert Malam Qolbu diharapkan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak inisiatif yang menghubungkan masyarakat dengan nilai-nilai Islam melalui pendekatan seni yang mendidik, menginsafkan dan memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Konsert tersebut turut mendapat sokongan ZAYAN sebagai radio rasmi, manakala Gempak dan Salam Musik bertindak sebagai rakan media digital. Royal Chulan The Curve pula tampil sebagai penaja hotel rasmi.

Tiket Konsert Malam Qolbu kini boleh didapati menerusi platform Ticketmelon dan Fantopia dengan harga bermula RM250 hingga RM350.

Penganjur turut menyediakan kategori tiket khas pelajar bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan muda menyertai program terbabit.

Konsert Malam Qolbu adalah hasil kolaborasi antara Duyufurrahman Travel & Tours Sdn Bhd dan Aftermusic Project dengan kerjasama strategik Laskar Entertainment.

Penganjuran itu turut diperkuatkan oleh barisan tenaga muda berpengalaman dalam bidang haji dan umrah termasuk Mualim Muda Anas, juara Mualim Muda Musim Pertama, serta Mualim Muda Ashraf yang merupakan finalis program berkenaan.

Gabungan kepakaran dalam bidang dakwah, pelancongan Islamik dan industri kreatif diyakini mampu menjadikan Konsert Malam Qolbu sebagai satu acara istimewa yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi inspirasi serta pengisian rohani kepada masyarakat sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

The post Konsert Malam Qolbu satukan jiwa sempena Maulidur Rasul appeared first on MaxInfo.

Lovebites umum konsert sulung di Malaysia
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas hampir sedekad mencipta fenomena dalam dunia heavy metal antarabangsa, kumpulan metal wanita terkenal dari Jepun, Lovebites, akhirnya bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia menerusi Lovebites: Outstanding Tour Live In Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada 4 Oktober 2026 di Zepp Kuala Lumpur.

Pengumuman rasmi yang dibuat oleh Rockstage Entertainment telah mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat muzik metal tempatan yang sekian lama menantikan kehadiran kumpulan sensasi dari Tokyo itu ke negara ini.

Selama ini, peminat hanya berpeluang mengikuti perkembangan Lovebites menerusi album studio, rakaman persembahan langsung dan siri jelajah antarabangsa mereka yang mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Ditubuhkan pada tahun 2016, Lovebites pantas muncul sebagai antara nama paling berpengaruh dalam arena heavy metal moden menerusi gabungan unik elemen power metal, speed metal dan melodic metal yang dipersembahkan dengan kemahiran teknikal bertaraf dunia.

Kumpulan itu dianggotai oleh Asami selaku vokalis, Midori dan Miyako di posisi gitar, Fami sebagai pemain bass serta Haruna di bahagian dram.

Kehebatan mereka bukan sahaja terletak pada muzik yang bertenaga dan kompleks, malah setiap anggota Lovebites turut dikenali sebagai pemuzik virtuoso yang berjaya mencabar stereotaip industri heavy metal yang lazimnya didominasi oleh lelaki.

Keupayaan mereka menggabungkan teknik permainan yang luar biasa dengan persembahan pentas yang bertenaga menjadikan Lovebites antara kumpulan metal wanita paling berjaya dan dihormati di peringkat global ketika ini.

Reputasi antarabangsa kumpulan itu turut diperkukuhkan menerusi pelbagai pengiktirafan berprestij termasuk kejayaan merangkul anugerah Best New Band di Metal Hammer Golden Gods Awards di United Kingdom.

Selain itu, Lovebites juga pernah menggegarkan pentas beberapa festival metal terbesar dunia seperti Wacken Open Air, Download Festival dan Graspop Metal Meeting, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam kalangan nama besar industri muzik metal global.

Menurut Pengarah Rockstage Entertainment, Talib Othman, usaha membawa Lovebites ke Malaysia telah dirancang sejak sekian lama berikutan permintaan yang tinggi daripada peminat tempatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima pelbagai permintaan daripada komuniti metal Malaysia sejak beberapa tahun lalu yang mahu menyaksikan sendiri persembahan kumpulan berkenaan di negara ini.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami menerima banyak permintaan daripada peminat untuk membawa Lovebites ke Malaysia.

“Mereka bukan sekadar sebuah kumpulan metal wanita, tetapi sebuah fenomena global yang memiliki peminat setia di seluruh dunia,” katanya.

Tambah beliau, konsert berkenaan dijangka menjadi antara acara metal paling istimewa tahun ini kerana ia menandakan penampilan pertama Lovebites di Malaysia.

“Kami percaya konsert ini akan menjadi antara acara metal paling istimewa tahun ini kerana ia menandakan penampilan pertama mereka di Malaysia.

“Sudah tentu kami mahu memberikan pengalaman yang setanding dengan persembahan mereka di Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya lagi.

Dalam memastikan pengalaman terbaik kepada penonton, Talib memaklumkan pihak penganjur sedang merancang produksi berskala penuh yang merangkumi sistem audio, pencahayaan serta elemen visual bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, Lovebites terkenal dengan ketepatan permainan muzik, mutu persembahan yang konsisten serta tenaga luar biasa di atas pentas.

Justeru setiap aspek teknikal akan diberi perhatian bagi memastikan konsert terbabit memenuhi jangkaan peminat.

Beliau turut menyifatkan penganjuran konsert itu sebagai petanda positif bahawa Malaysia semakin mendapat perhatian dalam kalangan penganjur antarabangsa sebagai destinasi penting bagi jelajah artis rock dan metal dunia.

“Komuniti metal di Malaysia sangat besar dan sentiasa memberikan sokongan luar biasa.

“Kehadiran Lovebites membuktikan negara kita semakin diiktiraf sebagai pasaran penting untuk artis-artis antarabangsa dalam genre ini,” katanya.

Sepanjang perjalanan karier mereka, Lovebites telah menghasilkan beberapa album yang menerima pujian pengkritik dan peminat termasuk Awakening From Abyss, Electric Pentagram, Judgement Day dan Lovebites EP II.

Kesemua karya terbabit memainkan peranan penting dalam mengukuhkan status mereka sebagai antara kumpulan metal moden paling berjaya dari Asia.

Berdasarkan senarai lagu yang sering dipersembahkan dalam siri jelajah antarabangsa terkini, peminat di Kuala Lumpur berpeluang menyaksikan persembahan lagu-lagu popular seperti Holy War, When Destinies Align, The Hammer of Wrath, Shadowmaker, Judgement Day dan We The United yang sering menjadi kemuncak persembahan mereka.

Dengan gabungan kemahiran muzik yang luar biasa, persembahan pentas yang penuh tenaga serta reputasi sebagai antara kumpulan metal wanita terbaik dunia, kehadiran Lovebites di Malaysia dijangka mencipta satu lagi detik bersejarah buat komuniti heavy metal tempatan.

Konsert Lovebites: Outstanding Tour Live In Kuala Lumpur pada 4 Oktober depan bukan sahaja menjadi penampilan sulung mereka di Malaysia, malah berpotensi menjadi antara acara muzik metal paling dinantikan dan dikenang oleh peminat tempatan untuk tempoh yang panjang.

Tiket bagi menyaksikan konsert ini kini boleh didapati menerusi platform jualan rasmi MyTicket Empire.

The post Lovebites umum konsert sulung di Malaysia appeared first on MaxInfo.

Chelot catat rekod Malaysia Book of Records dengan babak ‘single take’ terpanjang
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Belum pun ditayangkan secara rasmi di pawagam, filem aksi Chelot arahan pengarah terkenal, Adrian Teh, sudah mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi kategori Babak Aksi ‘Single Take’ Terpanjang Dalam Filem.

Pengiktirafan itu sekali gus meletakkan Chelot sebagai antara filem tempatan paling bercita-cita tinggi dari aspek teknikal dan pengarahan, selain membuktikan kemampuan industri perfileman Malaysia menghasilkan karya aksi yang mampu berdiri setanding dengan produksi antarabangsa.

Nama Adrian Teh sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam genre aksi tempatan. Selepas kejayaan filem-filem pecah panggung seperti PASKAL: The Movie dan MALBATT: Misi Bakara, beliau terus dikenali sebagai pengarah yang gemar mencabar batas kemampuan produksi menerusi pendekatan yang realistik dan berskala besar.

Menerusi Chelot, Adrian sekali lagi tampil dengan sesuatu yang luar biasa apabila menghasilkan satu babak aksi tanpa suntingan yang dirakam menggunakan hanya sebuah kamera dalam satu penggambaran berterusan sejauh 1.9 kilometer.

Babak berkenaan mengambil masa selama lima minit dan 19 saat untuk disempurnakan, sekali gus melayakkannya menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori berkenaan.

Di sebalik kejayaan itu, pelbagai persiapan rapi perlu dilakukan bagi memastikan setiap detik dalam babak terbabit berjalan lancar.

Proses persediaan mengambil masa sehingga 150 hari, manakala raptai intensif selama 60 jam dijalankan sebelum penggambaran sebenar dilaksanakan.

Lebih mengagumkan, seramai 300 kru terbabit dalam menjayakan babak berkenaan dengan penggunaan 50 buah kenderaan prop yang diselaraskan secara teliti bagi memastikan setiap pergerakan berlaku mengikut perancangan.

Chelot diterbitkan menerusi kerjasama ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro Shaw, SunStrong Entertainment dan Marvelous Culture & Film.

Baru-baru ini, poster teaser rasmi filem berkenaan turut diperkenalkan kepada umum dengan menampilkan dua pelakon utama, Beto Kusyairy dan Shukri Yahya.

Menurut Adrian Teh, beliau sengaja mengambil masa untuk kembali ke genre aksi selepas mengarahkan MALBATT: Misi Bakara pada tahun 2022 kerana mahu meneroka pelbagai bentuk penceritaan dan pendekatan kreatif yang berbeza.

“Selepas mengarahkan MALBATT: Misi Bakara pada 2022, saya memilih untuk berundur seketika daripada dunia aksi bagi memberi ruang meneroka genre serta penceritaan berbeza, sama ada sebagai pengarah mahupun penerbit.

“Namun, kepulangan ini bukan sekadar untuk kembali menghasilkan filem aksi, tetapi saya mahu hadir dengan sesuatu yang benar-benar segar dan belum pernah disaksikan dalam sinema Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, proses merancang dan menghasilkan babak aksi tanpa suntingan itu memerlukan penelitian yang sangat tinggi kerana setiap pergerakan kamera, pelakon, kenderaan dan kru perlu berlaku dengan tepat dalam satu rakaman yang berterusan.

Menurutnya, pencapaian berkenaan adalah hasil kerja berpasukan yang membabitkan komitmen luar biasa daripada seluruh tenaga produksi.

“Perancangan dan persediaan untuk babak tanpa suntingan itu mengambil masa berbulan-bulan kerana ia memerlukan pelaksanaan yang sangat teliti pada hari penggambaran.

“Pencapaian ini bukan kejayaan individu, tetapi hasil usaha kolektif seluruh pasukan produksi yang bekerja keras untuk merealisasikannya,” katanya.

Adrian turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas sokongan yang diberikan sepanjang proses penggambaran berlangsung.

Dalam masa sama, beliau mengakui ramai yang masih tertanya-tanya mengenai maksud sebenar di sebalik tajuk filem terbabit.

“Kami yakin ramai yang tertanya-tanya apa itu Chelot. Semua persoalan itu akan terjawab apabila filem ini ditayangkan di pawagam pada Ogos nanti,” katanya.

Dengan rekod yang berjaya dicipta sebelum tayangan rasmi, Chelot kini muncul sebagai antara filem tempatan paling dinantikan tahun ini.

Gabungan aksi berskala besar, teknik penggambaran yang mencabar serta sentuhan Adrian Teh dijangka memberikan pengalaman sinematik yang berbeza kepada penonton.

Filem Chelot dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada Ogos 2026 dan berpotensi menjadi satu lagi karya penting yang mengangkat standard filem aksi Malaysia ke tahap lebih tinggi.

The post Chelot catat rekod Malaysia Book of Records dengan babak ‘single take’ terpanjang appeared first on MaxInfo.

The Keris hidupkan semula Hikayat Hang Tuah di layar perak
editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Industri perfileman tempatan bakal diserikan dengan kemunculan filem The Keris, sebuah karya aksi yang menggabungkan elemen sejarah, warisan Melayu dan drama kontemporari dalam usaha mengangkat semula kisah kepahlawanan yang semakin dilupakan oleh generasi muda.

Diterbitkan oleh Dr. Matheyalagan menerusi Mathe’s Production House Sdn. Bhd., filem berkenaan membawa penonton menyelami dunia yang menghubungkan dua zaman berbeza iaitu era kegemilangan Hang Tuah dan kehidupan moden, sekali gus memberikan nafas baharu kepada legenda Melayu yang menjadi sebahagian daripada identiti bangsa.

Menurut Dr. Matheyalagan, idea menghasilkan The Keris tercetus daripada kebimbangannya melihat semakin ramai golongan muda yang kurang mengenali tokoh-tokoh penting dalam sejarah Melayu termasuk Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya.

Beliau berkata, hikayat Hang Tuah yang suatu ketika dahulu begitu dekat dengan masyarakat kini semakin tenggelam dalam arus perkembangan zaman sehingga ramai generasi baharu tidak lagi mengetahui kisah perjuangan serta nilai yang dibawa oleh tokoh berkenaan.

“Apabila saya melihat ramai anak muda hari ini kurang mengenali Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya, saya merasakan sesuatu perlu dilakukan.

“Dari situlah lahirnya idea untuk menghasilkan The Keris sebagai usaha mengangkat semula sejarah lama, seni persilatan dan semangat perjuangan yang wajar diwarisi generasi akan datang,” katanya.

Filem arahan Viknes Perrabu itu berkisar mengenai usaha sekumpulan individu yang cuba mendapatkan Keris Tempa Melaka, senjata milik Hang Tuah yang dikatakan memiliki keistimewaan tersendiri dan disimpan secara rahsia oleh seorang penjaga warisan.

Konflik bermula apabila seorang anggota mafia antarabangsa berusaha mendapatkan keris terbabit demi memenuhi agenda tertentu yang mampu memberikannya pengaruh dan kuasa.

Pada masa sama, perjalanan mereka menemukan pelbagai cabaran yang menguji keberanian, kesetiaan dan nilai perjuangan yang menjadi tunjang cerita.

Apa yang menjadikan The Keris berbeza daripada filem-filem lain ialah gabungan dua latar masa yang disusun dalam satu naratif, membolehkan penonton menyaksikan bagaimana legenda lama diterjemahkan dalam konteks dunia moden.

Selain mengetengahkan kisah warisan Melayu, filem berkenaan turut menampilkan pelbagai adegan aksi yang menggabungkan seni persilatan tradisional, seni bela diri moden serta aksi lagak ngeri yang mendebarkan.

Walaupun berbangsa India, Dr. Matheyalagan melihat penghasilan filem bertemakan budaya Melayu sebagai satu penghormatan kepada warisan negara yang perlu dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi baharu.

Menurut beliau, pengalaman membesar bersama masyarakat Melayu sejak kecil telah menanam kecintaan mendalam terhadap budaya, adat resam dan nilai yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.

“Saya membesar bersama rakan-rakan Melayu, makan dan tinggal bersama mereka di kampung. Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga dapat menghasilkan sebuah karya yang mengangkat budaya serta semangat pahlawan Melayu yang begitu berharga,” katanya.

Beliau turut berkongsi, projek berkenaan direalisasikan menggunakan dana sendiri tanpa menerima sebarang bantuan pembiayaan luar atau dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Sementara itu, pengarah filem, Viknes Perrabu, menyifatkan The Keris sebagai sebuah projek yang membuka lembaran baharu dalam kerjayanya selepas lebih 15 tahun menghasilkan filem-filem Tamil.

Katanya, beliau tertarik untuk mengarahkan filem berkenaan kerana kekuatan jalan cerita yang menggabungkan elemen sejarah, budaya dan identiti bangsa dalam sebuah naskhah yang mempunyai potensi besar untuk menarik perhatian penonton pelbagai kaum.

“Apabila saya membaca skrip filem ini, saya melihat potensi yang sangat besar.

“Kami menjalankan kajian mendalam mengenai keris, sejarahnya, adat Melayu serta pelbagai istilah budaya bagi memastikan elemen warisan yang dipaparkan mempunyai asas yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata, The Keris menampilkan adaptasi moden terhadap legenda Melayu, khususnya kisah pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat yang menjadi antara cerita paling ikonik dalam sejarah dan kesusasteraan Melayu.

Bagi memastikan ketepatan fakta dan nilai budaya yang diketengahkan, pasukan produksi turut menjalankan penyelidikan menyeluruh sebelum pembangunan skrip akhir dilakukan bersama Datuk Zulkiflie M. Osman.

Mengulas cabaran sepanjang penggambaran, Viknes mengakui bahawa pengalaman mengarahkan filem Melayu buat pertama kali memerlukan penyesuaian terutama dari aspek komunikasi.

“Selama ini saya banyak bekerja dalam industri filem Tamil dan menggunakan bahasa Tamil ketika memberi arahan kepada pasukan produksi.

“Dalam The Keris, komunikasi dalam bahasa Melayu menjadi antara cabaran yang perlu saya atasi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana mendapat kerjasama baik daripada pelakon-pelakon berpengalaman termasuk Datuk Jalaluddin Hassan dan Raja Azrey yang banyak membantu melancarkan proses penggambaran.

The Keris dibintangi oleh Syazlie Syazz, Julia Larica, Firdaus Luthuffi, Zainal Isa, Nik Ramly, Raja Azrey, Dnesh Murugan, Abbey Abimbola dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Menambah keunikan filem itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut membuat kemunculan khas menerusi watak cameo.

Dengan gabungan elemen sejarah, warisan Melayu, seni persilatan dan aksi moden, The Keris dijangka menjadi antara filem tempatan yang menawarkan pengalaman berbeza kepada penonton apabila mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 2 Julai 2026.

Melalui penceritaan yang mengangkat semula semangat Hang Tuah serta nilai perjuangan yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, The Keris bukan sekadar sebuah filem aksi, malah menjadi medium untuk memperkenalkan kembali sejarah dan identiti bangsa kepada generasi masa kini.

The post The Keris hidupkan semula Hikayat Hang Tuah di layar perak appeared first on MaxInfo.

MMRA gesa perlindungan hak cipta diperkukuh, bimbang AI eksploitasi karya muzik
editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Malaysia Music Rights Alliance (MMRA) menggesa kerajaan dan ahli Parlimen Malaysia untuk memperkukuh serta menegakkan undang-undang hak cipta negara bagi memastikan pembangunan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) tidak mengeksploitasi karya muzik dan kandungan kreatif berhak cipta tanpa persetujuan pemegang hak yang sah.

Menurut MMRA, perkembangan pesat teknologi AI menawarkan pelbagai manfaat kepada masyarakat dan industri, namun pada masa yang sama menimbulkan kebimbangan serius terhadap perlindungan harta intelek, khususnya dalam sektor muzik yang membabitkan penulis lagu, penyanyi, pemuzik, penerbit rakaman audio dan video serta pemegang hak cipta.

Sebagai langkah melindungi kepentingan industri muzik negara, MMRA telah menghantar surat terbuka bersama kepada Perdana Menteri, Menteri Digital, Menteri Komunikasi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Pengawal Hak Cipta merangkap Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) serta Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Kecerdasan Buatan Negara (NAIO).

Surat terbabit menggariskan kebimbangan mendesak industri muzik berhubung hala tuju tadbir urus AI di Malaysia dan keperluan mewujudkan perlindungan undang-undang yang lebih kukuh terhadap karya muzik serta rakaman bunyi yang berhak cipta.

MMRA berkata, walaupun AI berpotensi meningkatkan produktiviti dan inovasi dalam pelbagai sektor, penggunaan teknologi itu tanpa kawalan yang sewajarnya boleh membawa kepada penyalahgunaan kandungan berhak cipta.

Antara isu utama yang dibangkitkan ialah penggunaan muzik, rakaman bunyi dan harta intelek lain tanpa kebenaran pemilik hak cipta bagi tujuan melatih model AI.

Dalam masa yang sama, perikatan terbabit menyambut baik perbahasan yang berlangsung di Parlimen baru-baru ini berkaitan isu muzik janaan AI dan menyifatkannya sebagai langkah positif ke arah menangani cabaran baharu yang muncul dalam ekosistem industri kreatif.

MMRA turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan dan ahli Parlimen dengan menawarkan kepakaran industri bagi membantu membentuk dasar yang lebih berkesan.

Menyentuh mengenai cadangan pengecualian Perlombongan Teks dan Data (Text and Data Mining – TDM), MMRA menegaskan pendiriannya untuk menolak sebarang usaha yang membolehkan pembangun AI menggunakan karya berhak cipta tanpa kebenaran atau pampasan kepada pencipta.

Menurut perikatan itu, sebarang cadangan untuk memperkenalkan pengecualian TDM dalam Akta Hak Cipta 1987 atau mana-mana perundangan berkaitan perlu diteliti dengan berhati-hati kerana berpotensi menjejaskan hak pencipta dan pemilik karya.

MMRA turut menegaskan persetujuan jelas daripada pemegang hak cipta mesti menjadi asas kepada sebarang penggunaan kandungan berhak cipta oleh pembangun AI.

Mereka berpandangan tiada karya berhak cipta seharusnya digunakan untuk melatih atau membangunkan sistem AI tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pencipta dan pemilik hak yang sah.

Menurut MMRA, ahli-ahlinya telah membangunkan satu rangka kerja bersama yang berasaskan prinsip bahawa hak cipta lahir daripada kreativiti, pengalaman, kemahiran dan usaha manusia, bukannya daripada sistem yang dijana oleh mesin.

Justeru, kandungan yang dihasilkan sepenuhnya oleh AI tidak seharusnya menikmati perlindungan hak cipta yang sama seperti karya yang dihasilkan oleh manusia.

Selain isu kebenaran penggunaan karya, MMRA turut menyeru supaya tahap ketelusan dan akauntabiliti dalam pembangunan AI dipertingkatkan.

Pembangun AI dicadangkan untuk diwajibkan menyimpan rekod lengkap berkaitan bahan berhak cipta yang digunakan dalam set data latihan bagi membolehkan pemegang hak mengesahkan penggunaan karya mereka serta menguatkuasakan hak yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Perikatan itu juga menyokong pelaksanaan pelabelan mandatori terhadap kandungan yang dihasilkan oleh AI.

Langkah terbabit dianggap penting bagi melindungi pengguna serta memelihara integriti ekosistem industri kreatif negara.

Menurut MMRA, orang ramai berhak mengetahui sama ada sesuatu muzik atau kandungan yang digunakan dihasilkan oleh manusia atau dijana oleh teknologi AI.

Dalam hal ini, MMRA berpandangan bahawa penggunaan piawaian penanda air digital (watermarking) dan pelabelan yang jelas dapat membantu mengelakkan kekeliruan antara karya ciptaan manusia dan kandungan yang dijana mesin.

Langkah itu juga dilihat mampu mengurangkan penyebaran kandungan deepfake serta penggunaan karya AI yang tidak dibenarkan.

MMRA turut memberi amaran tanpa perlindungan yang mencukupi, sistem AI berisiko menggunakan lagu, suara artis, persembahan dan pelbagai karya kreatif lain untuk menghasilkan kandungan yang bersaing secara langsung dengan pencipta asal tanpa pengetahuan, persetujuan atau pampasan yang adil.

Keadaan ini bukan sahaja boleh menjejaskan sumber pendapatan penggiat seni, malah berpotensi mengurangkan nilai dan keaslian seni ciptaan manusia dalam industri kreatif negara.

Menurut MMRA, industri kreatif antara pemacu penting pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sektor terbabit secara konsisten menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana hasil cukai kepada kerajaan.

Berdasarkan kajian impak ekonomi yang dijalankan oleh firma perunding antarabangsa Price Waterhouse Coopers atas penugasan Recording Industry Association of Malaysia (RIM) bagi tempoh 2016 hingga 2020, industri muzik menjana output ekonomi tahunan sebanyak RM19.4 bilion, menyokong lebih 111,000 peluang pekerjaan serta menyumbang kira-kira RM531 juta hasil cukai kepada kerajaan.

Sehubungan itu, MMRA menegaskan perlindungan harta intelek pada masa kini bukan lagi sekadar keperluan perundangan, sebaliknya merupakan satu keperluan ekonomi yang kritikal.

Rangka kerja hak cipta yang kukuh dan berkesan diperlukan bagi memastikan sumbangan sektor muzik kepada ekonomi negara dapat terus dipertahankan serta berkembang tanpa digugat oleh ancaman cetak rompak digital dan eksploitasi kandungan berhak cipta.

MMRA berkata, usaha melindungi hak pencipta hari ini adalah pelaburan penting bagi menjamin masa depan ekonomi kreatif Malaysia yang lebih mampan, berdaya tahan dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

The post MMRA gesa perlindungan hak cipta diperkukuh, bimbang AI eksploitasi karya muzik appeared first on MaxInfo.