24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 9, 2026
Home Blog Page 242

Suria FM kekal jadi pilihan hati pendengar

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2023, Suria FM kekal catat jumlah masa mendengar tertinggi antara 4 stesen radio komersial berbahasa melayu* iaitu selama 6 jam 37 minit sekaligus mencatat sebanyak 3.2 juta jumlah pendengar mingguan.

Suria Cinta kelolaan DJ Lin masih mengungguli ‘takhta’ catat jumlah masa mendengar mingguan tertinggi (Weekly Time Spent Listening) di antara stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 3 jam 5 minit sepanjang Ahad hingga Jumaat dari jam 8 malam hingga 1 pagi.

Lebih menarik, segmen dihoskan oleh Cik Piah, Gaya Suria (10 pagi – 1 petang) dan Muzik Top Suria (1 petang – 3 petang), juga segmen Suria Petang kelolaan Sharifah Shahirah dan Tyzo (3 petang – 7 malam) bersiaran sepanjang Isnin hingga Jumaat kesemuanya turut berjaya meraih jumlah masa mendengar mingguan tertinggi di kalangan 4 stesen radio berbahasa melayu* sebanyak 2 jam 4 minit (Gaya Suria), 1 jam 46 minit (Muzik Top Suria) dan 2 jam 22 minit (Suria Petang).

Manakala segmen seperti Morning Morning Suria gabungan Ajak, Shuib dan Suraya sepanjang Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi merekodkan jumlah masa mendengar kedua tertinggi di kalangan 4 stesen radio berbahasa Melayu* sebanyak 2 jam 22 minit.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, pihaknya meluahkan rasa syukur diatas keputusan kaji selidik yang dikeluarkan baru-baru ini kerana Suria berjaya mengekalkan jumlah masa mendengar tertinggi di kalangan 4 stesen radio komersial berbahasa melayu yang lain.

“Suria FM baru sahaja menyambut ulang tahun ke-16 pada 24 November (Jumaat) lalu dan keputusan bagi Wave 2, 2023 kali ini adalah hadiah bermakna buat seluruh warga Suria FM.

“Terima kasih kepada semua pendengar yang masih menyokong dan memilih Suria sebagai radio pilihan di hati mereka dan menjadikan kami kekal relevan di industri radio sehingga kini,” katanya.

Suria FM juga membuktikan kedudukannya sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan ramai apabila platform digital Suria iaitu media sosial Suria Malaysia dan YouTube Suria TV berjaya meraih hampir tiga juta pengikut.

Berita baik buat peniaga lokal, jom iklankan produk anda di Suria menerusi kempen Suria Support Lokal.

Untuk info pengiklanan, hubungi 012-319 1053 atau nak lagi senang, layari sahaja laman web suria.my atau email ke suriasales@smrg.my. Jom bersama Suria, kita sama-sama support lokal.

Miss CosmoWorld International World 2023 milik ratu dari Amerika Syarikat

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Hasil latihan intensif dan aktiviti yang berbulan-bulan dilakukan telah mencapai kemuncak dengan acara Miss CosmoWorld International World 2023 Final menyaksikan peserta dari Amerika Syarikat (AS) menjadi juara.

Berlangsung di St. Regis Kuala Lumpur, baru-baru ini, acara itu menyaksikan ratu cantik dari 25 negara bersaing di pentas akhir.

Shelby Ann Howell, berusia 23 tahun, berasal dari AS, dinobatkan sebagai pemenang Miss CosmoWorld 2023 dan meraih gelaran Anugerah Miss Photogenic.

Anugerah naib juara pertama diberikan kepada Elda Louise Aznar dari Filipina, berusia 28 tahun, yang juga memenangi lima gelaran susidiari dan gelaran Busana Kebangsaan Terbaik, manakala naib juara kedua diberikan kepada Maryna Karpeka, berusia 26 tahun, dari Ukraine.

Walaupun tidak terpilih ke dalam senarai lima teratas, peserta dari Malaysia, Tay Cheah tidak pulang dengan tangan kosong dan memenangi gelaran subsidiari Miss Talent.

Acara penuh meriah itu disaksikan oleh Penasihat Kehormat Miss CosmoWorld, Tengku Hishamuddin Dato Dr. Hishammudin Zaizi Y.A.M Tengku Azman Shah Alhaj dan Dato’ Sri Chong Chin Fung.

Peringkat akhir global ini menawarkan hadiah utama terbesar dalam sejarah pertandingan ratu cantik, bernilai RM1.93 juta termasuk faedah dan keistimewaan yang ditaja, serta hadiah tunai yang sangat diidamkan sebanyak USD 100,000 (kira-kira RM 470,000) oleh GetBats.

Howell berkata, pengalaman dalam menyertai pertandingan telah memperkasakan dirinya dan ini adalah impiannya sejak kecil lagi.

“Selepas kemenangan ini, saya akan tumpukan usaha dan masa saya untuk menganjurkan acara seperti ini, menguatkan lagi pengaruh media sosial saya, dan saya juga akan terus menyumbang kepada pertubuhan amal, sebagai cara saya berbakti kepada masyarakat.

“Saya juga akan berbincang dengan Carrie untuk membawa pertandingan ini ke Amerika Syarikat kerana saya percaya ramai wanita ingin menyertai Miss CosmoWorld untuk memperkasakan diri mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Miss CosmoWorld, Carrie Lee berkata, visi mereka adalah untuk memperkasakan wanita, meraikan kekuatan, kecerdasan, dan ketahanan mereka.

“Kami percaya kecantikan sejati terletak dalam keyakinan, watak, dan kekuatan untuk melakukan perubahan.

“Hari ini, kami memulakan perjalanan yang tidak hanya akan mengiktiraf seorang ratu tetapi menginspirasi dan mengangkat wanita dari segala penjuru dunia. Kami komited untuk menanam bakat, kecerdasan, dan sifat kepimpinan ratu cantik yang terbabit,” katanya.

Edisi ketujuh Miss CosmoWorld International World 2023 Final ini dianjurkan selepas ratu cantik dari negara seperti Kanada, Korea Selatan, Kazakhstan, Australia, Afrika Selatan, Rwanda, Amerika Syarikat (AS), dan lain-lain melalui program yang padat dengan aktiviti yang disediakan khas untuk merangsang semangat persaingan di kalangan peserta.

Setiap peserta dibawa ke Melaka untuk aktiviti akhir sebagai sebahagian daripada aktiviti tiga hari yang merangkumi persembahan bakat, memetik buah dan bunga, dan beberapa aktiviti lain lagi.

Enam bakat terbaik kemudian dipilih untuk beraksi di peringkat akhir. Seiring dengan persiapan untuk gaya hidup lebih sihat, lawatan itu juga membabitkan sesi pengukuhan pasukan yang dikendalikan oleh EbakzSports, melatih ratu cantik untuk menguatkan bukan sahaja minda mereka tetapi juga semangat dan keazaman mereka.

Lawatan ini bukan sahaja memberi manfaat peserta tetapi juga untuk mempamerkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang sempurna.

Tapak warisan, kawasan makanan tempatan dan mercu tanda bersejarah adalah sebahagian daripada lawatan semasa mereka berada di Melaka.

Miss CosmoWorld 2023 dianjurkan oleh CL Skin Beauty Sdn. Bhd, dengan Getbats sebagai penaja hadiah wang tunai, First Pavilion Global Berhad (FPG Berhad), dan propBUDDIES.com sebagai penaja utama.

MeLife menjadi rakan kongsi sebagai Penaja Platinum Grand Final Malaysia dan Hyatt Place Kuala Lumpur berperanan sebagai Penaja Penginapan.

Gelaran khas termasuk Miss Healthy (dipersembahkan oleh Gintell); Miss Glamorous (dipersembahkan oleh Prife International); Miss Photogenic (dipersembahkan oleh MeLife); Miss Personality (dipersembahkan oleh FPG Berhad); Miss Talent (dipersembahkan oleh Dato’ Jimmy Poh); Miss Congeniality (dipersembahkan oleh Hyatt Place Kuala Lumpur); Miss Courage (dipersembahkan oleh CL Skin Beauty Sdn. Bhd); Best Creativity (dipersembahkan oleh Prop Buddies), dan Miss Popularity (dipersembahkan oleh Koleksi Carrie).

Anak tempatan pertama, Maleeq Dragster cipta sejarah jadi juara RCS Championship Series Japan

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pelumba cilik, Maleeq Dragster mencipta sejarah apabila menjadi anak Malaysia pertama yang berjaya membawa pulang trofi kejuaraan RCS Championship Series Japan musim ke-12, baru-baru ini.

Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri, 4, berjaya menewaskan pelumba-pelumba dari negara lain antaranya China, Jepun, Thailand dan beberapa lagi di kejohanan yang berlangsung di Tokyo Summerland, Jepun.

Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Sri Wan Mohd Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejayaan Maleeq adalah satu kebanggaan negara dan hasil latihan serta keringat kanak-kanak itu tanpa henti.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah. Kejayaan Maleeq mencipta sejarah pelumba pertama malaysia menjuarai RCS di Jepun sesuatu yang sukar untuk luahkan. Kami semua menangis kegembiraan.

“Kejayaan ini membawa kegembiraan dan kepuasaan seorang ayah melihat kejayaan anaknya berlumba dan seterusnya mengharumkan nama negara.

“Maleeq membuktikan dia tidak putus asa dan berusaha menjadi yang terbaik di Jepun,” katanya.

Lebih membanggakan, Maleeq yang juga naib juara bagi RCS Championship Series Japan musim ke-11 itu turut berjaya merangkul Anugerah Top 6 dalam kejohanan sama bagi kategori kanak-kanak berusia empat tahun.

Kedudukan tempat kedua bagi kejohanan itu diraih pelumba dari China, Kang Minghao manakala wakil tuan rumah, Towa merangkul tempat ketiga.

Dalam pada itu, Wan Mohd Muzri berkata, Maleeq menjalani latihan intensif di M8 Training Centre empat kali semingu dan sentiasa memastikan stamina kekal di paras terbaik dengan pelbagai aktiviti di rumah.

“Sebagai ibu bapa, kami yang merancang latihan dan strategi terbaik untuk persiapan anak-anak. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan.

“Untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Jepun, kami berlatih bersama team M8 Japan dan Lino Keiki.

“Membawa nama Malaysia dan nama pasukan M8 Malaysia ke peringkat lebih tinggi satu tanggungjawab yang besar.

“Untuk berada sebagai pelumba Malaysia pertama menjuarai RCS di Jepan menjadi satu harapan dan semangat yang kuat perlu ada dalam diri,” katanya lagi.

Untuk info, 2022 juga adalah tahun gemilang Maleeq apabila menjadi juara untuk sederetan pertandingan apabila meraih kejuaraan hattrick di Pushbike Grand Prix 2022, KPBY Championship 2022, Garuda Championship 2022, Race with Loversary (IBCC) 2022 dan Independent Race (IBCC) 2202.

Maleeq juga turut menakluk gelanggang di Thailand apabila bergelar juara di Racing Central Bangna, Bangkok, Thailand.

Kanak-kanak itu terus bertaring garang di Vietnam dan kemudian diangkat sebagai juara di Centrebike Bike Cup tahun lalu.

Maleeq juga berjaya mengekalkan kejuaraan di Rockfish Championship Thailand tahun ini dan M8 International Pushbike Series 2023.

Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023 uji kemampuan OPV1

editormaxinfo@gmail.com

PULAU PINANG – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut berada di dalam kelompok 15 buah Kapal Maritim (KM) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sempena Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kini sedang melakukan fasa sea trial terhadap OPV1 dan ia kini belayar memasuki kawasan Pulau Pinang bersama-sama kapal lain.

Katanya lagi, penyertaan kapal berkenaan dalam eksesais yang dilaksanakan oleh Agensi ini adalah bertepatan dengan matlamat bagi menguji kemampuan sepenuhnya OPV1 sebelum ia diserahkan secara rasmi kepada Maritim Malaysia.

Tambahnya, kapal yang berada dalam fasa sea trial itu bakal diuji selama empat hari bermula 28 November hingga 1 Disember ini dengan menempuh jarak sepanjang 630 batu nautika perairan Selat Melaka bermula dari Pelabuhan Klang dan akan tiba di Pulau Langkawi.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja di atas KM Pekan bagi memantau kesiagaan semua kapal dan anggota-anggota penguat kuasa yang terbabit dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.

Turut bersama pada sesi lawatan kerja berkenaan Pengarah Ekesais, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah dan Pegawai Pemerintah KM Pekan, Kepten Maritim Mohd Yusri Hussin.

OPV1 bernombor 8305 ini berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.

Ia juga dilengkapi dengan UAV, Meriam 30mm Smash Aselsan, berkelajuan 21 knot dengan menggunakan fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter, bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) serta bilik tahanan.

Terdahulu pada sesi lawatan berkenaan, Datuk Hamid menyatakan harapan beliau agar kesemua kapal yang mengikuti eksesais pada kali ini mencapai tahap yang dihasratkan.

 Selain itu, ia dapat meningkatkan kompetensi hampir 500 orang pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang menyertai eksesais ini di samping mereka bersedia dengan keadaan operasi sebenar di masa akan datang.

Bajet Kedah 2024: Sanusi melukut di tepian kuasa Persekutuan

editormaxinfo@gmail.com

ALOR SETAR -BAJET Kedah 2024 yang baru dibentangkan dilihat tiada peningkatan signifikan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Selain tidak ada peningkatan ketara, bajet itu juga wujud penurunan kerana Kerajaan Negeri gagal mewujudkan ruang baharu untuk menjana pendapatan negeri.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, hampir semua projek di bawah Bajet Kedah 2024 memerlukan sokongan kuasa Kerajaan Pusat.

“Secara mudahnya, saya boleh katakan, untuk melaksanakan projek-projek Bajet Kedah 2024 umpama melukut di tepi gantang dan Menteri Besar Sanusi pula terpaksa melukut di tepian kuasa kerajaan Pusat.

“Tidak ada apa-apa elemen kelainan sama sekali di dalam Bajet Kedah 2024. Sebanyak 75 peratus daripada elemen untuk menjadikan “Kedah Hebat” perlu ada komitmen dan bantuan daripada Kerajaan Pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pembentangan Bajet Kedah 2024 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor, pada persidangan DUN di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu.

Bajet Kedah 2024 berjumlah RM1.24 bilion berbanding RM1.35 bilion pada 2022 dan RM1.059 bilion pada 2023.

“Saya nak tanya Sanusi, tak malu ke yang selama ini beliau mencaci dan mencela Perdana Menteri tetapi sekarang nak minta jasa baik Perdana Menteri untuk melaksanakan projek di Kedah?.

Katanya, kerajaan Negeri menerusi pembentangan bajet sering mencanangkan projek-projek seperti “Kedah Rubber City”, “Special Border Economic Zone”dan “Kedah Science and Technology Park”.

Namun hakikatnya kepimpinan kerajaan Negeri gagal menunaikan tanggungjawab menyantuni dan memenuhi keperluan pelabur sehingga menyebabkan pelabur menarik diri.

“Tidak perlu hiasi pembentangan bajet dengan persediaan kerajaan Negeri bagi membina lebih banyak Loji Rawatan Air (LRA) dan sebagainya tetapi apa sudah jadi dengan LRA Bukit Selambau dan beberapa LRA yang sedang dalam pembinaan? Adakah ianya diuruskan dengan baik?.

Shaiful Hazizy juga mempersoalkan di mana syarikat yang mengendalikan projek Lapangan Terbang Kulim (KXP) beroperasi.

“Kerajaan Negeri bakal terima RM2.5 bilion untuk tujuan pengambil alihan tanah dalam tempoh 90 hari, tetapi di mana syarikat itu beroperasi? Adakah beroperasi di atas lot kedai nasi ayam di Pandan Mewah, Selangor?.

Apa yang paling membimbangkan projek berimpak tinggi ini kekal di letakkan sebagai projek yang bakal menjadi “katalis” pembangunan baru negeri Kedah dalam keadaan tiada persefahaman dengan kerajaan Persekutuan”, katanya.

Beliau turut mempersoalkan berkaitan perancangan Tahun Melawat Kedah 2025.

“Tahun 2025 mahu dilancarkan tetapi sehingga sekarang tiada maklumat permulaan dan pengakhiran, ataupun baru nak bincang?.

“Saya sangsi kesungguhan kerajaan Negeri mahu menjayakan program ini tetapi bergaduh dengan Menteri Pelancongan, pada pandangan saya kalau MOTAC tak dibabitkan alamatnya program ini bakal masuk longkanglah,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan Pusat menggantung sebarang inisiatif berkaitan Unsur Nadir Bumi (REE) di negeri Kedah.

“Kita sedia maklum berkaitan skandal REE Kedah yang membabitkan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar dan bekas CEO MBI, saya kurang yakin akan kredibiliti dan keupayaan kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sanusi bagi mengendalikan sumber yang sangat berpotensi ini,” katanya lagi.

Dua kali gagal perkahwinan, Nash akui memilih cari calon isteri

editormaxinfo@gmail.com

AMPANG – Pengalaman gagal dua kali dalam perkahwinan membuatkan penyanyi Datuk Nash lebih memilih dalam mencari calon isteri.

Nash berkata, tiada keserasian menyebabkan dia terpaksa menamatkan hubungan dengan seseorang yang sempat dikenalinya baru-baru ini.

Namun begitu, penyanyi berusia 64 tahun itu tidak pernah menutup pintu hatinya sepanjang 14 tahun bergelar duda.

“Saya tidak mahu tergesa-gesa untuk kembali mendirikan rumah tangga kecuali selepas bertemu seseorang yang memahami diri dan kerjaya saya.

“Pada usia ini saya mahu cari peneman untuk melalui usia emas bersama-sama dan biarlah wanita itu nanti faham karier saya sebagai penyanyi serta menghormati antara satu sama lain.

“Sepanjang tempoh ini juga saya tidak pernah menutup pintu hati malah sejujurnya saya pernah rapat dengan seorang kenalan lama tapi akhirnya saya sedar kami tiada keserasian.

“Sikap cemburu yang ditunjukkan olehnya ketika saya muncul dalam sebuah program televisyen menyebabkan saya tawar hati untuk meneruskan hubungan kami,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Umrah I’tikaf Ramadan 2024 Bersama Datuk Nash anjuran AsShams Travel & Tours Sdn. Bhd di sebuah hotel di Ampang.

Pemilik nama sebenar Nashrudin Elias itu mengakui timbul rasa kecewa apabila terpaksa melepaskan wanita berkenaan, namun percaya segala yang berlaku adalah atas ketentuan Allah.

Nash turut mengakui, kesibukan mengendalikan kerjaya nyanyian dan mengikuti program jemaah tabligh membuatkan hidupnya tidak pernah berasa sunyi.

“Rasa sedih dan kecewa, tetapi kita harus jujur dengan diri sendiri supaya tidak timbul penyesalan di hari kemudian atau menyalahkan satu sama lain.

“Mungkin tiada jodoh antara kami. Lagipun hidup saya sudah cukup meriah dengan lapan cucu dan rumah tidak pernah sunyi kerana sentiasa meriah dengan aktiviti bersama anak cucu selain saya masih aktif terima tawaran persembahan.

“Kadangkala saya ikut jemaah tabligh ke luar daerah, tengok pada keadaan dan itu semua membuatkan waktu saya banyak terisi,” katanya.

Untuk rekod, Nash pernah berkahwin dengan Hayati Mohd Yusof pada 1996, mereka dikurniakan empat anak termasuk seorang anak angkat dan selepas berpisah, Nash mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati.

Sementara itu, berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta Umrah I’tikaf Ramadan, vokalis Lefthanded itu berkata, dia bakal menunaikan ibadah selama 40 hari di Tanah Suci sekali gus meraikan 1 Syawal di sana.

“Dua tahun lalu saya pernah menjalani ibadah puasa dan berhari raya di Mekah. Apabila diberi rezeki merasai nikmat beribadah di Tanah Suci sekali lagi, tentu saja saya sangat bersyukur dan teruja,” katanya.

AZ Pemurah kekal sorok identiti, bimbang wujud riak dan takbur

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Biarpun sudah beberapa kali menerima asakan untuk mendedahkan identitinya, pempengaruh, AZ Pemurah lebih senang menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni mereka yang memerlukan.

AZ Pemurah berkata, dia lebih senang dengan menyembunyi identiti kerana takut jika perasaan riak dan takbur mula menguasai diri sendiri kerana suka dengan perhatian ketika melakukan kebajikan.

“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.

“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Allah tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” katanya.

Pempengaruh yang juga usahawan itu ditemui ketika program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit, baru-baru ini.

Dalam pada itu, AZ Pemurah berkata, mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.

“Kadang-kadang bila saya pergi ke program-program kebajikan, saya tak pakai pelitup muka. Ia terjadi spontan  tetapi mereka tak ambil video atau gambar pun, mereka hormat cara saya.

“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,” katanya.

Mengulas mengenai pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, AZ Pemurah berkata, jarang sekali.

“Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar pun.

“Sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali.

“Insya-Allah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” katanya yang memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok. 

Kenangan

Ada kenangan-kenangan yang layak untuk kita simpan dan kenang, terutama bersama keluarga. Ada pula kenangan yang membuatkan kita mengenang tentang masa lalu. Terselit jenaka seraya membuatkan kita tersenyum. Ada yang hadir dan pergi. Dan ada kenangan yang layaknya kita lupakan kerana ianya bukan sesuatu yang manis untuk disemat. Hanya pedoman.

Salah satu subjek dalam ‘kenangan’ adalah ego, permasalahan diri. Ego adalah suatu sifat yang selalu menang didalam pertelingkahan khususnya perhubungan. Dan segalanya lebih jelas apabila hati mulai menjauh. Dimana kerana keegoan, banyak masa dibiarkan terbuang begitu saja. Dan acapkali kesedaran yang datang terlalu lewat. Pernah terjadi, dua nisan menjadi saksi.

Seperti jauhari juga yang mengenal manikam, begitulah perumpamaannya. Kita sedar maklum akan kesan dan akibat, tetapi tetap jua kalah dengan nafsu dan perasaan. Kita selalu meletak kedua-duanya dihadapan. Kewarasan akal ditolak tepi. Rela membakar diri.

Tidak mengapa sesekali terkenang, kerana kita dianugerahkan kekuatan memori. Salah satu nikmat yang ALLAH beri. Tetaplah terus berjalan dalam menempuhi hidup. Kita bukan siapa-siapa untuk mempersoal dugaan yang mendatang.

Demi hati yang selalu berbolak balik, kita akui bahawa kebenaran itu jalan yang lurus, hanya menunggu masa mengambil tempat dan haknya. Walau kadang kala penuh berliku, penuh benci. Kenangan itu mengikut acuan manusia. Kita yang mencipta. Sang PENCIPTA yang merealisasi.

Coretan ini hanya mengingatkan diri. Yang jauh semakin dekat, yang dekat menuju sesat. Kita punya pilihan. Bila ada ilmu, kita akan faham. Yang sudah, sudah lah. Kita hadam dan teruskan belajar. Mungkin tidak susah, mungkin juga tidak mudah. Selalu bangkit, walau kita biasa rebah.

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

editormaxinfo@gmail.com

AMPANG – Menyedari mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu.

Namun begitu, ia membuatkan kumpulan yang dianggotai oleh enam anak muda ini kurang selesa apabila ada yang melemparkan persepsi negatif dan mengganggap mereka menumpang populariti Rabbani.

Mewakili teman-teman, Mohd Izwan Izzudin berkata, mereka sudah lali dengan situasi itu apatah lagi dikaitkan hanya sekadar menumpang nama Rabbani.

Baginya, sebagai anak-anak Rabbani perkara itu memang tidak dapat dielakkan apatah lagi sejak kecil masing-masing sudah terbiasa mendengar lagu-lagu yang dibawakan oleh Rabbani.

“Kami akur apabila dikatakan bakal pengganti Rabbani, meniru muzik kumpulan ini atau apa sahaja. Kerana kami memang tidak dapat lari disebabkan masing-masing memang membesar dengan lagu dan kehidupan Rabbani itu sendiri.

“Kami dilahirkan oleh Rabbani sendiri, kami semua adalah anak-anak anggota Rabbani,” katanya.

Apabila tampil dengan single pertama berjudul Bintang, kumpulan ini akur untuk mendengar apa juga kritikan yang diberikan.

“Kami memang tidak dapat lari daripada konsep Rabbani itu sendiri namun sebagai pendatang baru kami cuba membawakan konsep lagu sesuai dengan muzik sekarang.

“Namun begitu elemen nasyid masih diterapkan disamping kami mengetengahkan sedikit konsep k-pop,” katanya.

Anak kepada Azadan Abdul Aziz itu berkata, muzik video Bintang yang dilancarkan sebulan lalu itu mendapat sentuhan kreatif dan terbitan bersama Daqmie serta Wan Saleh.

 “Kami cuba tampilkan kelainan dengan mencampurkan muzik nasyid dan k-pop dan lagu itu juga diiringi tarian.

“Kami bersedia sekiranya lagu dan muzik video ini mendapat kritikan.

“Kami cuba lari sedikit dengan mengkomersilkan muzik nasyid yang dibawa dan ia sudah kami praktikkan sejak zaman sekolah lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis graduasi Kem Mutawwif Integrasi Haramain (KMIH) yang diadakan di sebuah hotel di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Selain Mohd Izwan Aeydan turut dianggotai oleh anak keempat Allahyarham Asri Ibrahim, Muhammad Ilham Fikri selaku vokalis utama; Muhammad Farhan Islah dam Mohammad Fardeen Imran (anak Rithauddin), Muhammad Arif Haikal (anak Rahmat), dan Muhammad Alif Ihsan (anak Nazrul).

Untuk rekod, Aeydan yang tampil dengan genre world music dan lagu-lagu kerohanian berharmoni pada asalnya digelar Rabbani Junior.

Pemergian Asri pada 2009 mencetuskan idea untuk mencari pelapis Rabbani.

Selepas tamat pengajian, mereka kembali aktif dan merancang untuk dikenali sebagai Aeydan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Izwan berkata, Aeydan bakal muncul dalam Konsert Simfoni Kesyukuran 2.0 di Zepp Kuala Lumpur pada 2 Disember ini.

Katanya, konsert anjuran Rabbani Empire Resources dengan kerjasama Intermedia Production itu adalah persembahan ketiga Aedan di depan khalayak setakat ini.

“Kami akan mengadakan persembahan pada konsert itu yang juga sebagai tanda solidariti bersama Palestin.

“Selain Aeydan, turut menjayakan konsert itu adalah Mawi, Zizi Kirana, Rabbani dan Adib Nahar,” katanya.