25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
Home Blog Page 168

“Jom Taiwan!” usaha Biro Pelancongan Taiwan tarik minat pelancong Muslim dari Malaysia

editormaxinfo@gmail.com

TAIPEI – Terus berusaha mempromosikan Taiwan, Biro Pelancongan Taiwan melancarkan sebuah video promosi pelancongan mesra Muslim, Salam Taiwan 2024, “Jom Taiwan!”

Acara itu telah dilancarkan oleh Ketua Bahagian Antarabangsa Biro Pelancongan, Huang Yi-Cheng bersama Pengarah Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Kuala Lumpur Chou Shi-Pi serta Duta Pelancongan Muslim Taiwan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali.

Lebih 40 orang wakil media dari Malaysia telah dijemput ke Taiwan untuk merasai persekitaran perlancongan mesra Muslim di negara itu.

Dari Januari sehingga April 2024, pelancong Malaysia ke Taiwan melebihi 170,000, meningkat sebanyak  97 peratus berbanding waktu pra-pandemik, menjadikan Malaysia salah satu pasaran pelancongan dari Asia Tenggara yang paling penting di Taiwan.

Sejak 2019, Taiwan telah disenaraikan sebagai antara tiga destinasi utama bukan OIC dalam Indeks Perjalanan Muslim Global (GMTI), Taiwan diiktiraf berjaya menonjolkan persekitaran pelancongan mesra Muslim.

Pada tahun ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan promosi komprehensif yang menyasarkan pasaran pelancongan untuk  Muslim Malaysia.

Biro Pelancongan Taiwan telah menggunakan jenama “Salam Taiwan” sejak 2018 untuk menonjolkan Taiwan sebagai destinasi yang mengalu-alukan kedatangan pelancong Muslim.  Untuk tahun ini, mereka menjemput selebriti Malaysia Nabila Razali sebagai Duta Salam Taiwan sempena pelancaran video baharu mereka bertajuk “Jom Taiwan!” yang diarahkan oleh pengarah Malaysia Ooi Shi Wei dari Golden Horse Academy dan pengarah pempengaruh dari komuniti Muslim, Neollene.

Video itu mempamerkan daya tarikan pelancongan Taiwan melalui empat tema utama iaitu trend bandar, eko-pelancongan, pengembaraan yang mengujakan dan pengalaman budaya.

Nabila Razali juga turut berkongsi pengalamannya semasa dua lawatannya ke Taiwan sebelum ini, di mana beliau melawat  beberapa tempat tarikan pelancong seperti Tanjung Bitou di Pantai Timur Laut, ladang hidrangea di Yangmingshan, Stesen Jingtong di Laluan Pingxi, dan pelbagai taman tema.

Antara pengalaman Nabila ialah merasai masakan Muslim Taiwan, termasuk potongan ayam goreng yang lazat, dan menikmati  Hakka Lei Cha DIY (teh yang  ditumbuk).

Nabila juga telah mencuba berbasikal di sepanjang Tanyashen Greenway di Taichung dan menaiki kereta api Laluan Pingxi semasa perjalanan lawatan yang begitu mempesonakan.  

Nabila sangat kagum dengan keindahan semula jadi dan keramahan layanan masyarakat Taiwan semasa merasai pengalaman menggunakan pengangkutan dan ketika di tempat-tempat yang dilawati.

Acara itu turut dihadiri oleh  rakan kongsi yang bekerjasama dalam video berkenaan, termasuk “Silks Place Yilan,” “The Gaia Hotel,” “FamilyMart,” dan “Hot Star Large Fried Chicken.”

Lebih 300 hotel, inap desa, restoran dan kedai di seluruh Taiwan disahkan Halal.

FamilyMart mempunyai lebih 100 kedai yang menawarkan produk mesra Muslim, memudahkan pengembara Muslim untuk mencari apa yang mereka perlukan.

Jenama ayam goreng bertauliah mesra Muslim pertama Taiwan, “Ayam Goreng Hot Star Large,” mendapat pujian oleh petugas media Muslim pada majlis itu.

Biro Pelancongan Taiwan turut melancarkan risalah perjalanan Muslim baharu dan kempen pengundian “72 jam di Taiwan”,  menjemput rakyat Malaysia mengundi jadual perjalanan ke  Taiwan yang mereka gemari di laman web acara terbabit.

Peserta bakal  berpeluang memenangi pakej pelancongan Taiwan selama empat hari tiga malam untuk dua orang, termasuk tambang penerbangan pergi balik.

Biro Pelancongan Taiwan juga berharap mereka akan dapat menarik lebih ramai pelancong Muslim dari Malaysia untuk menerokai keindahan Taiwan.

Video promosi itu akan disiarkan melalui iklan TV Malaysia, papan iklan elektronik luar, dan platform dalam talian.

Pada September, Biro Pelancongan Taiwan akan mengambil bahagian dalam Pameran Perjalanan MATTA di Kuala Lumpur, di mana Nabila akan beramah mesra bersama peminat disamping mempromosikan pelancongan mesra Muslim di Taiwan.

Macklemore, Nidji bakal gegar After Race Fest @ Petronas Sepang International Circuit November ini

editormaxinfo@gmail.com

Foto Maestro Media

KUALA LUMPUR – Jangan hentikan keterujaan MotoGP™️ dengan hanya menonton pertembungan antara pelumba jika anda boleh menggandakan adrenalin dengan ikut meraikan kemenangan pelumba pilihan menerusi After Race Fest.

Dinamakan After Race Fest, pesta ini signifikan dengan penganjuran MotoGP™️ yang bersifat energatik sempena ulang tahun ke 25 PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).

AFTER RACE FEST bakal diadakan di lokasi terbaik iaitu Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November bermula jam 4 petang sehingga tengah malam.

Tidak hairanlah apabila penganjur iaitu HIFIVE Entertainment dan rakan strategik PETRONAS Sepang International Circuit teleh memilih barisan penghibur antarabangsa dan tempatan yang mempunyai piawaian seiring dengan klimaks menutup MotoGP™️.

Bakal menampilkan kurang daripada 10 penghibur mengikut genre termasuk rap, rock, pop dan disko, penganjur yakin artis pilihan mereka untuk AFTER RACE FEST memenuhi cita rasa penggemar muzik dunia dan tempatan.

Sedar pengunjung MotoGP™️ terdiri daripada pelbagai golongan dan usia yang hadir dari seluruh pelusuk dunia, HIFIVE Entertainment dengan bangga membawa band yang cukup terkenal pada lewat tahun 90-an iaitu Smash Mouth.

Mempunyai banyak hit yang cukup digemari, band dengan enam anggota kumpulan ini dijangka menyampaikan lagu popular mereka termasuk All Star dan Walkin’ On The Sun serta So Insane.

Jika Smash Mouth belum cukup membuat penonton teruja, nantikan persembahan rapper Macklemore yang dengan berani menghasilkan single Hinds Hall sebagai tanda sokongan kepada Palestine.

Smash Mouth dan Macklemore juga akan ditemani rakan penghibur yang tidak kurang hebatnya termasuk Nidji dan Feel Koplo (Indonesia), 6ixth Sense dan DE FAM adalah Phase 1 (fasa 1) yang akan melengkapkan erti pesta dalam AFTER RACE FEST.

Manakala, Phase 2 (fasa 2) akan diumumkan pada bulan September nanti.

Pengarah Urusan HiFive Entertainment Sean Pereira berkata, seperti tidak lengkap jika perlumbaan MotoGP™️ diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung.

“Kami di HIFIVE Entertainment dengan bangga menganjurkan AFTER RACE FEST bukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGP™️  dengan pelbagai aktiviti lain termasuk pertunjukan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sukses,” katanya.

Bermula pada jam 4 petang di Helipad, pengunjung boleh menyaksikan persembahan Feel Koplo & DE FAM dengan Segment Get Started, Segment Healing pula akan dikuasai oleh Nidji dan 6itxh Sense, Segment Tribute bersama Macklemore sebelum Smash Mouth akan menggegarkan Segment Let’s Rock. Segment Grooving & Party akan diumumkan pada bulan September. 

Jangan terlepas temu janji bersama AFTER RACE FEST di Helipad PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November ini kerana ia bukan tentang hiburan semata tapi pengalaman berbeza yang diberikan dalam penganjuran ini.

INFO TIKET AFTER RACE FEST  dan MotoGP™️ Malaysia 2024 

•Early Bird (DURASI 20 – 31 OGOS) – Beli mana-mana tiket MotoGP™️ dengan tambahan (add on) harga konsert RM500 (eksklusif 8% cukai ent).

•Harga Normal add on (MULAI 1 September) – Beli mana-mana tiket MotoGP™️ dengan tambahan (add on) harga konsert RM600 (eksklusif 8% cukai ent).

Dua Surga Dalam Cintaku angkat kisah poligami dan pengorbanan isteri pertama

editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Bagi anda yang meminati filem cinta romantis dengan genre religi, filem dari Indonesia berjudul Dua Surga Dalam Cintaku adalah sebuah naskhah hebat adaptasi daripada novel yang wajib anda tonton.

Bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air tidak lama lagi, filem ini diarahkan oleh sutradara Kiki Nuriswan dan adaptasi daripada novel terlaris di Indonesia dengan judul yang sama karya Allahyarham Atho Al Rahman.

Cerita filem ini disusun oleh penulis terkenal Boni Faisal dan diinterpretasikan dalam babak bertemakan kemelut dalam perkahwinan serta dikemaskan dalam sinematik berdurasi 111 minit.

Filem ini dibintangi oleh Yuki Kato, Aliff Alli, Keira Shabira, Early Ashyla, Iwan Burnani, Ivanka Suwandi, Azza Galedda, Nurul Anissa Hasanah, Cahya Arynahara, Irza Mahatir, Yugo Werner, dan Edy Tambudo.

Filem ini diedarkan oleh AD Interact International Sdn Bhd dan diterbitkan oleh rumah produksi dan penerbit yang cukup berpengalaman.

Filem ini telah pun disunting dan diedit mengikut kesesuaian penonton di Malaysia dan Brunei dan sudahpun menemui penonton di Indonesia pada 21 Mac lalu dengan terbitan dari rumah produksi Cakrawala Pictures.

Mewakili AD Interact International Sdn Bhd, Dato’ Rozzana berkata, filem ini memiliki tajuk yang sangat kuat dan bermakna.

“Dalam Islam, poligami dibenarkan dengan sebab-sebab tertentu. Filem ini mungkin akan memberikan perspektif yang berbeza mengenai isu poligami, dan membuka ruang untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang amalan ini.

“Saya berharap filem ini ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutamanya anak muda yang suka ke pawagam,” katanya.

Disulam dengan latar belakang cerita moden, filem ini telah menjalani penggambaran di Mekah, Madinah dan Taif, Arab Saudi serta Bogor dan kampus Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta.

Menampilkan perpaduan budaya Islam dari Arab dan Indonesia, mencipta sisi cerita yang menarik dan bermakna melalui setiap dialognya.

Rozzana berkata, mereka berharap peminat filem di Malaysia dapat menerima dan menghargai karya ini.

“Kami akan terus memberi komitmen untuk membawa variasi yang berbeza kepada penonton di Malaysia.

“Selain itu, kami juga bercita-cita untuk menerbitkan filem pada masa akan datang,” katanya.

Dibarisi oleh pelakon-pelakon berpengalaman yang sudah banyak menghiasi layar lebar, filem ini menjanjikan pengalaman menonton yang tidak akan dilupakan.

Lagu tema filem ini dinyanyikan oleh El Alice yang turut mencipta lagu ini istimewa buat filem Dua Surga Dalam Cintaku.

Berkongsi pengalaman menjayakan watak sebagai isteri yang berpoligami, Keira berkata, ini adalah kali pertama dia menjayakan watak seperti.

“Secara jujurnya saya sendiri tidak suka poligami dan untuk menghayati watak ini agak sukar namun saya bersyukur banyak dibantu oleh pengarah dan pelakon yang lain.

“Saya menerima watak ini kerana ingin mencabar diri dengan watak isteri poligami di samping teruja apabila penggambaran turut diadakan di Mekah dan Madinah.

“Secara tidak langsung ia memberi peluang untuk saya melakukan ibadah umrah,” katanya.

Sinopsis:

Dua Syurga dalam Cintaku berkisarkan tentang Arham, seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti di Jakarta, yang terperangkap dalam situasi cinta yang rumit dengan dua wanita.

Arham mempunyai seorang sahabat sejak kecil bernama Husna di kampung halamannya di Bogor. Mereka saling mencintai dalam diam dan akhirnya, setelah dewasa, mereka mengakui perasaan mereka dan membuat keputusan untuk berkahwin.

Namun, kehidupan mereka berubah apabila Husna disahkan menghidap kanser otak, dan doktor meramalkan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa yang tinggal.

Arham, dengan penuh kasih sayang, berjanji untuk menemani Husna sehingga ke akhir hayatnya. Tetapi, Husna mempunyai pandangan yang berbeza.

Dia meminta Arham untuk menamatkan pelajarannya terlebih dahulu, walaupun Arham berat hati untuk meninggalkannya.

Dengan sokongan daripada keluarga Husna, Arham akhirnya bersetuju untuk kembali ke Jakarta dan menyelesaikan pengajiannya.

Di tengah-tengah kesibukan menamatkan pelajaran, Arham secara tidak sengaja bertemu dengan seorang wanita muda bernama Zilka, yang sedang melarikan diri daripada beberapa orang yang mengejarnya.

Zilka adalah seorang wanita yang terperangkap dalam dunia gelap, dan dia sedang cuba melarikan diri daripada bekas teman lelakinya, Erwin, yang sentiasa menghantuinya.

Pertemuan dengan Arham memberikan Zilka harapan baru, dan dia berusaha mendekati Arham kerana dia percaya Arham boleh membantunya keluar dari kehidupan lamanya yang kelam.

Arham kini berada dalam dilema besar. Jika dia menerima Zilka dalam hidupnya, rumah tangganya dengan Husna mungkin akan hancur.

Tetapi jika dia tetap setia kepada Husna, dia mungkin akan terus dibayangi oleh Zilka yang tidak mahu melepaskannya.

Dari Penghibur Jalanan, Amir Jahari kini ‘Kembali’

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyanyi, komposer lagu dan penulis lirik, Amir Jahari, kini kembali dengan album terbarunya yang dinanti-nantikan, iaitu “Kembali”.

Hasil perjalanannya selama 13 tahun dalam industri seni muzik Malaysia, album ini meneroka pelbagai genre dengan sentuhan pop-rock-folk dengan pengaruh Nusantara, yang turut mengangkat tema kemanusiaan serta kerohanian.

Album “Kembali” memuatkan sejumlah 15 lagu, iaitu 12 lagu baru serta tiga lagu rakaman semula, iaitu Hasrat yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-27 dengan susunan yang diolah khas untuk malam bersejarah itu.

“Sampai Ke Bulan” pula ditulis oleh Amir Jahari sepenuhnya untuk album 2013 Faizul Sany, serta single pertamanya “Tanpamu” yang diberi nafas baru bersama penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak iaitu Nana Sheme.

Album ini juga mendapat sentuhan magis beberapa orang produser serta pemuzik tanah air termasuk AG Coco (Hujan).

“Kembali akan menjadi satu titik permulaan yang baru untuk Amir dan pasukan untuk melangkah lebih ke hadapan di dalam industri muzik,” katanya.

“Kembali” adalah album yang telah dipendam lama tentang hidup untuk memberi dan kembali kepada asal usul.

Single terbaru, “Kenangan” telah pun dikeluarkan sejak 31 Mei lalu di semua platform penstriman manakala muzik video rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Warner Music Malaysia, Finas jalin kerjasama pacu industri filem Malaysia

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Warner Music (WM) Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan bahawa mereka telah menjalin kerjasama strategik untuk melonjakkan filem tempatan ke pentas global, sekali gus mewujudkan peluang baharu untuk bakat kreatif negara tempatan.

Kedua-dua organisasi itu akan melabur dalam pengeluaran dan mempromosikan eksport filem Malaysia, dengan tumpuan untuk memanfaatkan OST.

Warner Music Malaysia dan Finas akan membangunkan OST yang luar biasa untuk filem terpilih dengan tarikan domestik dan antarabangsa yang kukuh, memastikan muzik itu meningkatkan pengalaman sinematik dengan lancar.

WM Malaysia juga akan memanfaatkan rangkaian global Warner Music Group yang luas untuk memudahkan kerjasama dengan artis antarabangsa, membawa perspektif baharu dan meluaskan jangkauan runut bunyi Malaysia.

WM Malaysia juga akan memaksimumkan pengedaran dan impak OST ini dengan memanfaatkan hubungannya dengan platform digital terkemuka.

Pengarah Urusan Warner Music Malaysia Dinesh Ratnam berkata, mereka sangat teruja dengan peluang ini untuk bekerjasama dengan Finas kerana dapat berkongsi visinya untuk menyokong eksport global bakat kreatif Malaysia.

“Kami telah menyaksikan keupayaan runut bunyi dalam meningkatkan impak dan keterjangkauan sesebuah karya.

“Justeru, kami berharap kerjasama rapat ini dapat menggunakan rangkaian global kami untuk meningkatkan filem tempatan dan meningkatkan potensi eksport mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib berkata, kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting untuk industri filem tanah air, selain menunjukkan komitmen bersama dalam membawa bakat dan karya Malaysia kepada penonton global.

“Kerjasama ini berpotensi untuk mengangkat karya Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, hasil gabungan kepakaran Warner Music Malaysia dalam muzik dan jangkauan globalnya, bersama-sama pemahaman mendalam kami tentang landskap filem tempatan,” katanya.

Kerjasama ini dibina berdasarkan kejayaan kerjasama WM Malaysia dengan artis Malaysia tempatan.

Sebagai contoh, dua daripada tiga artis tempatan yang paling banyak distrim di Spotify tahun lepas telah menandatangani kontrak dengan Warner Music, dengan Masdo menduduki tempat teratas dan Luqman Podolski menduduki tempat #3.

Selain itu, lagu hit Sarah Suhairi “SAH”, yang menampilkan Alfie Zumi, adalah lagu Malaysia dengan carta tertinggi di Indonesia tahun ini, serta menduduki tempat #1 di carta RIM Malaysia.

Dilantik duta Conboo, Hannah Delisha dilabel wajah pelaris produk

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Hannah Delisha, artis serba boleh yang berjaya memukau hati peminat dengan bakat luar biasa dalam dunia hiburan, terus mengukir nama sebagai antara artis paling bersinar di Malaysia.

Dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi dan pelakon, tetapi juga sebagai duta produk, ikon fesyen dan personaliti media sosial, Hannah Delisha berjaya menempatkan diri dalam pelbagai bidang seni dengan penuh gemilang.

Dalam bidang nyanyian, Hannah Delisha mula mencuri perhatian ramai dengan lagu-lagu hitnya yang memaparkan vokal yang mantap dan melodi yang menarik.

Kejayaan dalam dunia muziknya membuka jalan untuk kerjaya dalam bidang lakonan, di mana beliau membintangi pelbagai drama dan filem yang mendapat sambutan hangat.

Selain daripada bakat dalam nyanyian dan lakonan, Hannah Delisha juga mendapat kepercayaan pelbagai jenama dan produk bagi melantiknya menjadi duta.

Pengaruh beliau dalam industri hiburan tempatan menjadikannya pilihan untuk pelbagai jenama dan kempen, menambah lagi kepada kredibilitinya sebagai seorang artis serba boleh.

Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo.

“Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,” katanya.

Hannah berkata, perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.

“Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.

“Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif. Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak,” katanya.

CONBOO adalah untuk semua orang. Sama ada anda seorang selebriti, usahawan, suri rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang bermimpi untuk menjalani kehidupan yang yakin dengan mempromosikan gaya hidup sihat, produk ini direka khas untuk anda.

CONBOO melangkah masuk dengan visi untuk melahirkan generasi individu yang yakin dengan kecantikan dari dalam ke luar.

Ramuan premium semula jadi terdiri daripada madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma dan krimer, kepada stevia.

Dengan jadual yang padat sebagai pelakon, penyanyi, dan model profesional, Beau3 Milk by CONBOO sememangnya bantuan yang besar ke arah gaya hidup sihat keseluruhannya sambil mengekalkan unsur-unsur mencantikkan, menyerlah dan menyerikan tekstur kulitnya yang sedia mengagumkan.

Nabila Razali mohon maaf isu pandu kereta dengan lesen dan insurans tamat tempoh

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.

Susulan itu, Nabila, 31, atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, hari ini.

Sehubungan itu, Nabila yang juga penyanyi lagu Tangis enggan memanjangkan isu itu dan memohon orang ramai tidak mensensasikan perkara berkenaan.

“Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.

“Saya akui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).

“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia.

“Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf,” katanya.

Terdahulu, mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan

itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.

Alami warna warni ‘Colours of Life’ di Hausboom Music Festival 2024

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Sudah menjadi sebuah empayar yang cukup dikenali, Hausboom yang ditubuhkan sejak 2016 telah menjadi pujaan penggemar muzik apabila jenama tersohor ini berjaya ‘menikahkan’ bisnes dengan dunia hiburan khususnya muzik.

Bermula dengan penganjuran gig secara kecil-kecilan pada tahun 2017, jenama Hausboom bakal menggegarkan dunia muzik tempatan dengan penganjuran acara yang lebih gah dan besar iaitu Hausboom Music Festival 2024.

Bakal berlangsung di KL Base pada tanggal 5 & 6 Oktober ini, Azri Zahier Azmi atau dikenali sebagai “John Lemon”, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom menyifatkan sudah tiba masanya beliau melihat jenama Hausboom Music bukan hanya sekadar sebuah konsert tetapi festival yang perlu diraikan dalam piawaian yang sewajarnya. 

Hausboom Music Festival 2024 bakal menghimpunkan 32 artis dari Malaysia dan Indonesia yang kebanyakannya telah dipilih melalui undian di platform media sosial Hausboom sendiri dan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap peminat mereka.

Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah Lagenda seperti kumpulan Wings, Ruffedge, Datuk Zainal Abidin.

Diikuti oleh band serta penyanyi seperti Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor dan digilai ramai.

Selain itu, kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters akan menjadi wakil dari republik tersebut untuk sama-sama memeriahkan festival ini.

Sebelum berlangsungnya Hausboom Music Festival 2024, Hausboom telah menyajikan 3 siri Hausboom Gig 2024 yang bertempat di Sky Ark Event Space dari bulan Mei sehingga Julai 2024. 

Gig ini telah menampilkan 12 “band-band underground” dimana mereka diberikan peluang dan platform untuk melonjakkan bakat serta nama mereka di atas pentas Hausboom GIG 2024.

Kesemua kumpulan yang beraksi di Hausboom GIG 2024 ini telah melalui fasa ”live QR voting” yang diundi penonton-penonton yang hadir dan pemenang bagi undian ini juga akan beraksi di pentas Hausboom Music Festival 2024.  

Selain konsert sebagai acara utama, Hausboom bakal menganjurkan Hausboom Lokal Fest, sebuah acara dimana dimana terdapat 110 peniaga- peniaga lokal yang merangkumi 40 jenama “streetwear” lokal terkenal di Malaysia termasuk  SVG, Hikari, Tntco, The Capcity, Asly, Homebois dan 40 “thrift stores” yang bakal dihimpun pada hari berkenaan.

Inisiatif ini adalah sebahagian adripada usaha kami untuk memartabatkan jenama- jenama lokal, “streetwear” Malaysia dimana kebanyakan daripada mereka pernah berkolaborasi bersama Hausboom selama ini.

Diharapkan penganjuran tahun pertama Hausboom Lokal Fest ini dapat menjadi platform untuk jenama- jenama ini mencerminkan kekayaan budaya Malaysia yang disulami gaya kontemporari ‘urban’ masa kini.” 

Sebagai penarik kepada Hausboom Lokal Fest ini, Hausboom juga bakal memperkenalkan 100,000 Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad Hausboom Lokal Fest pada hari acara.

Label pada botol edisi terhad itu merupakan kolaborasi dengan lima jenama tempatan yang terkenal dalam industri jenama fesyen lokal seperti SVG, Hikari Riders, Asly dan The Capcity.

Bagi label edisi terhad ini, pembeli dapat jugak mengimbas kod qr bagi memenangi hadiah- hadiah yang menarik yang bakal diumumkan dari jenama- jenama berkenaan.

Bagi melengkapkan pengalaman pengunjung di Hausboom Music Festival 2024, mereka bakal disajikan dengan kemeriahan jualan makanan oleh 30 peniaga makanan seperti Kampong Kravers, Muiz Hot Chicken, Grill Haven, Beard Brothers, Roti Wap dan lain-lain peniaga makanan tempatan yang terkenal.

Azri berkata, kepelbagaian penyatuan muzik dan bisnes lokal ini juga antara sebab mereka memiliih tema “Colours of Life” dimana ia bakal memberikan pengalaman luar biasa bukan hanya dari sudut muzik tetapi keseluruhan festival kepada pengunjung.

Seperti tahun yang sebelumnya, Hausboom juga telah mengeluarkan 300,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi Hausboom Music Festival 2024.

Bukan sahaja itu, setiap label edisi terhad itu mempunyai kod QR dimana setiap pembeli yang mengimbas kod terbabit berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul berjumlah RM400,000 yang terdiri daripada hadiah berbentuk wang tunai, tiket- tiket VVIP yang berjumlah RM1,200 untuk sekeping tiket, barangan rasmi Hausboom Music Festival 2024 dan T-shirt rasmi edisi terhad konsert Hausboom Music 2024.

Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi Hausboom Music Festival 2024 ini boleh didapati di kedai rangkaian terkemuka iaitu 7 Eleven Malaysia, stesen minyak di seluruh Malaysia- Petronas, Shell, Petron, BHP dan pasaraya besar seperti Aeon, Aeon Big dan kedai- kedai lain yang turut serta.

Tahun ini, Hotlink sebagai pembekal telekomunikasi terkemuka, juga bekerjasama dengan Hausboom Music Festival untuk menyokong ‘scene’ muzik tempatan dan menawarkan pengalaman unik di lokasi untuk pengunjung festival. 

Dengan rangkaian 5G Hotlink, pengguna boleh menikmati penstriman tanpa gangguan untuk semua senarai ‘playlist’ mereka di mana-mana, bila-bila masa.

Eksklusif untuk festival ini, pengguna Hotlink boleh mengakses fastlane, Fastlane di gerai barangan, dan akses ke Hotlink VIP Lounge.

Ikuti halaman media sosial Hotlink untuk peluang memenangi tiket Kemasukan Umum percuma.

Jualan tiket untuk Hausboom Music Festival 2024 kini telah dibuka.

Tiket boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hbm2024 dan akan layak untuk memasuki kedua-dua Hausboom Music Festival 2024 & Hausboom Lokal Fest 2024.

Manakala tiket untuk Hausboom Lokal Fest 2024 akan tersedia pada 1 September. Kemasukan Umum: RM15

Tiket boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hlf2024 kemudian dan hanya akan layak untuk memasuki Hausboom Lokal Fest 2024.

Hausboom Music Festival 2024 mempunyai polisi had umur. Semua peserta dan pengunjung mesti berumur 16 tahun atau lebih pada hari acara.

Tiada pengecualian akan diberikan. Walau bagaimanapun, Hausboom Lokal Fest terbuka kepada pengunjung dari semua peringkat umur, memastikan bahawa semua orang dapat menikmati perayaan budaya yang meriah ini.

HONOR Magic V3, telefon pintar boleh lipat paling nipis dan ringan bakal diperkenalkan di pentas IFA 2024

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – HONOR akan menjadi tumpuan dunia dengan pengenalan telefon pintar boleh lipat yang paling ringan dan nipis terbaharu, HONOR Magic V3 pada IFA 2024 di Berlin, Jerman pada 5 September depan.

HONOR Magic V3 memecah rekod sendiri

Sebagai model yang menyusuli HONOR Magic V2, HONOR Magic V3 kini lebih nipis, mencatatkan rekod baharu dengan kecanggihan penanda aras industri yang baharu.

Peranti boleh lipat yang canggih ini didatangkan dengan ukuran lipat menakjubkan setebal 9.2mm dan hanya 4.35mm apabila lipatan dibuka.

Sebagai pelengkap kepada rekaan yang canggih ini, HONOR Magic V3 juga ultra ringan dengan hanya seberat 226g, mengatasi beberapa telefon flagship bar dalam pasaran.

Kombinasi rekaan ultra nipis dan ringan memberikan pegangan yang lebih selesa, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan pengguna.

Saksikan penstriman langsung pelancaran global HONOR Magic V3 di IFA 2024 pada 5 September 2024

Jadilah antara yang terawal untuk menyaksikan pelancaran global HONOR Magic V3 di IFA 2024 pada 5 September 2024, jam 8 malam waktu tempatan.

Pelancaran ini akan distrimkan secara langsung di laman rasmi Facebook HONOR Malaysia.