25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
Home Blog Page 167

Teater Dang Anum (The Untold Story) 2024 ketengah fakta sejarah

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) mengambil langkah berani ketengahkan fakta sejarah yang tidak pernah diketahui melalui pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) tahun ini.

Pengarah, Amirul Haswendy Ashari, berkata selama ini masyarakat beranggapan kisah legenda rakyat, Dang Anum dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang adalah berkaitan kekejaman Sultan Mahmud, sultan terakhir dari susur galur kesultanan Melaka yang menduduki takhta sebagai sultan di Kerajaan Johor Lama.

“Mengikut kisah legenda rakyat, Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman belah perut Dang Anum yang sedang sarat mengandung kerana bersalah mengambil seulas nangka kerana mengidam.

“Namun pada penggambaran dokumentasi khas di Kota Tinggi selepas pementasan Teater Dang Anum tahun 2023 lalu, kami mendapati kisah Dang Anum dibelah perut kerana seulas nangka adalah rekaan semata-mata,” katanya.

Menurut Amirul, antara fakta menarik yang ditemui adalah Sultan Mahmud, Dang Anum dan Laksamana Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) menjadi mangsa fitnah kerana kuasa dan dendam.

Sisi ini didedahkan Persatuan Sejarah Malaysia di Kota Tinggi, Johor melalui sesi temuramah eksklusif yang kini boleh ditonton di Youtube rasmi The Redholah.

“Selama berpuluh tahun, kita dimomokkan dengan kekejaman Sultan Mahmud dan penderhakaan Laksamana Bentan melalui filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1961) dan Dang Anom (1962), selain pelbagai rendisi pementasan dua kisah itu di pentas teater,” katanya.

Dalam pada itu, Amirul turut mendedahkan berdepan cabaran mendapatkan penajaan untuk Dang Anum (The Untold Story) kerana dana diterima dari Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) yang diterima agak terhad.

Apatah lagi, Dang Anum (The Untold Story) bakal dipentaskan di Melaka Bandaraya Bersejarah dan Johor Bahru pada Oktober dan November ini dengan harapan menarik lebih ramai peminat dan penonton dari luar Lembah Klang.

Pada masa sama, The Redholah akan menjalani penggambaran dokumentasi khas siri kedua untuk menyingkap kisah lanjut Laksamana Bentan dan Dang Anum yang dipercayai mempunyai pewaris keturunan di sekitar Kepulangan Riau dan Batam, Indonesia.

“Sejujurnya memang agak terkilan dengan jumlah dana diterima apatah lagi The Redholah baru menjengah tahun ke-dua penubuhan dan masih memerlukan sokongan dari semua pihak untuk melestarikan seni budaya tempatan.

“Tapi apakan daya, kami terpaksa menerima keputusan itu dengan berat hati, namun berharap usaha kami ini tidak disia-siakan pihak-pihak berkaitan,” katanya.

Teater Dang Anum (The Untold Story) adalah projek pementasan teater melalui GSSK di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 September depan bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.

Teater kali ini kembali menampilkan Along Eyzendy, Adam Shahz, Ain Sufia, AG Hafiz Hotfm, Affan Mohd, Md Husin, Karl Dannish dan ramai lagi, selain penampilan sulung Zalif Sidek di pentas teater.

Jualan tiket untuk menonton teater ini dijual pada harga bermula RM25 hingga RM65.

Untuk perkembangan lanjut mengenai aktiviti persatuan, ikuti laman sosial Instagram, Facebook dan Tiktok The Redholah atau hubungi talian 014 368 5233 atau emel ke theredholah@gmail.com.

Keluar dari ‘pertapaan’, Dafi tampil dengan Hellooo!

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Selepas lama menanti waktu yang tepat untuk keluar daripada ‘pertapaan’, penyanyi Dafi memilih bulan Ogos sebagai permulaan untuknya kembali aktif dalam bidang seni.

Mempertaruhkan single terbaru berjudul Hellooo!, pemilik nama penuh Gadaffi Ismail Sabri ini memilih frasa sapaan sebagai mukadimah untuk menyapa satu sama lain.

Hellooo! mempunyai signifikasi terhadap karya garapan komposer Shazee Ishak dan lirik pula dihasilkan oleh Altimet.

Malah, lagu ini sudah beberapa tahun berada dalam simpanan.

“Sudah lama sebenarnya saya tidak tampil dengan single baru, sehinggakan ada yang lupa saya sebenarnya penyanyi. Ini kerana saya lebih memberikan fokus kepada bidang lakonan.

“Memandangkan karya ini sudah lama berada dalam simpanan dan sudah dirakamkan, ini adalah masa  terbaik untuk dilancarkan khas untuk halwa telinga semua pihak.

“Beberapa tahun tertangguh, tidak dinafikan ada rasa ralat dalam diri kerana semuanya sudah disiapkan cuma ada hal teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan ia disimpan dahulu,” katanya.

Jejaka berusia 36 tahun ini turut menjelaskan hala tuju muziknya kini sudah berubah apabila mempamerkan sisi kematangan terutama dalam menyebarkan aura positif.

“Semakin dewasa dalam bermuzik, saya ingin menyajikan kelainan sewaktu menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat muda, persahabatan dan juga aura positif.

“Saya dikenali menerusi lagu Bila Terasa Rindu, namun saya ingin bereksperimentasi dengan muzik sejajar dengan peningkatan usia, sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya.

“Single ini begitu istimewa kerana dihasilkan oleh dua figura yang juga idola saya dalam industri. Karya yang mereka hasilkan sering mencetuskan magis, jadi pertama kali mendengar Hellooo!, saya sudah jatuh cinta,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai single terbaharunya itu, Dafi menyifatkan Hellooo! menjadi simbolik kepada kekuatan dirinya yang tidak pernah berputus asa dalam hidup.

Pernah mencipta nama menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kelima, anak kedua daripada empat bersaudara itu tidak melihat percubaannya dalam bidang seni sebagai pematah semangat sebaliknya meneruskan langkah untuk berjuang.

“Sebagai anak seni, keadaan sebegitu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan kerjaya yang saya cintai ini.

“Hellooo! adalah suara hati saya. Selepas lebih sedekad bergiat aktif dalam bidang ini, saya lebih matang dan berpendirian.

“Mungkin kehadiran saya sebagai penyanyi tidak mendapat pengiktirafan sebanyak yang diinginkan namun saya masih bersemangat dan tidak berputus asa dalam bidang seni.

“Ini kerana saya mempunyai minat mendalam dalam bidang seni dan saya tidak akan mudah berputus asa begitu saja,” katanya.

Selain menghadiahkan peminat dengan buah tangan terbaru, Dafi juga berharap dapat menarik peminat dari kalangan generasi muda untuk mengenali dirinya.

Dafi yang kini bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana label mengakui lebih bebas berkarya dan bereksperimentasi meneroka arena nyanyian.

Hellooo! kini boleh didengari di semua platform penstriman seperti Apple Music, Spotify, Joox, Youtube Music, Tik Tok, Amazon Music, Tidal dan Deezer.

HONOR bakal perkenal dua lagi peranti flagship baharu di IFA 2024

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – HONOR hari ini mengumumkan dua peranti tambahan flagship yang akan dilancarkan pada IFA 2024 di Berlin, Jerman, pada 5 September ini.

Dua peranti baharu itu adalah tablet HONOR MagicPad2 dan komputer riba HONOR MagicBook Art 14, bersama telefon boleh lipat paling nipis dan ringan, HONOR Magic V3.    

Tiga peranti inovatif ini yang memperluaskan sempadan rekaan canggih dan prestasi mengagumkan, memiliki persamaan iatu lebih nipis, lebih ringan, dan lebih kukuh berbanding peranti terdahulu.

HONOR MagicPad2

HONOR MagicPad 2 adalah bukti kepada komitmen HONOR dalam mereka pengalaman penggunaan tablet yang istimewa.

Dengan profil ultra-nipis 5.8mm dan berat hanya 555g, tablet ini sangat ringan dan mudah dibawa berbanding jenama lain yang seumpamanya.

Selain itu, bingkai bezel ultra-sempit 4.9mm meningkatkan lagi pengalaman tontonan yang imersif, membolehkan pengguna menikmati konten kegemaran mereka tanpa gangguan.

HONOR MagicBook Art 14

HONOR MagicBook Art 14 menetapkan standard yang baharu bagi rekaan komputer riba dengan menampilkan badan senipis 1cm dan seberat hanya 1kg. Kombinasi hebat reka bentuk yang canggih dan kemudahalihan membolehkan HONOR MagicBook Art 14 memecahkan rekod sebagai komputer riba HONOR yang paling nipis dan ringan.

Saksikan penstriman secara langsung pelancaran global HONOR di IFA 2024 pada 5 September

Jangan lupa tandakan tarikh 5 September, jam 8 malam untuk menyaksikan pelancaran global HONOR Magic V3, HONOR MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14 di IFA 2024.

Pelancaran ini akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

‘Hamba Cinta’ serlah sisi lain muzik Syamel

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Mahu meneroka genre baharu dan mencari kelainan, Syamel gembira apabila melancarkan single Hamba Cinta.

Lagu berentak pop jazz itu dilihat sedikit lari daripada kebiasaan bagaikan memberi semangat baharu kepadanya.

Melihatkan sambutan hangat yang diberikan oleh peminat sejak dilancarkan Jumaat lalu, Syamel bersyukur kerana karya baharunya itu diterima baik dan menganggap itu petanda dia berada di landasan yang betul apabila memilih sisi berbeza untuk naskhah kali ini.

Syamel hanya mahu memberikan kelainan dan membuktikan bahawasanya muzik adalah sesuatu yang luas dan sesiapa sahaja boleh meneroka potensi baharu untuk mencari kepuasan dalam berkarya.

“Sebagai penyanyi saya mahukan kelainan dalam repertoire sendiri terutama bila mengadakan persembahan. Semua pendengar mahu gembira menikmati muzik dan saya sendiri tidak mahu memberikan lagu berentak perlahan atau balada semata-mata.

“Bila bercerita mengenai muzik, kepelbagaian itu sangat penting. Muzik perlu dinikmati dengan seribu satu rasa. Harapnya mereka akan gembira menikmati Hamba Cinta pada masa akan datang,” katanya.

Intipati naskhah ini diambil daripada kisah hati yang menimpa sebuah perhubungan. Kasih sayang dan pengorbanan yang dibina akhirnya sia-sia dek pengkhianatan yang akhirnya membunuh sebuah kepercayaan seperti yang terjadi kepada kebanyakan pasangan.

Pada akhirnya, kasih sayang yang dibina bagai tiada harga dan mereka tidak lagi mahu menjadi hamba kepada sebuah perhubungan sebegitu.

Terdapat banyak perubahan yang dilakukan oleh Syamel bersama Yusuff Khan, Adam Armi dan Adly Kiddy yang bertindak selaku pencipta lagu ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ini merupakan lagu paling banyak melalui perubahan susunan muzik sebelum masuk ke studio rakaman.

Meskipun ini adalah kerjasama pertama antara mereka, ia dilakukan demi memastikan hasil akhir memberikan kepuasan buat semua yang terbabit di belakang tabir seterusnya diterjemah ke dalam sebuah muzik video (MV).

Kali ini, Syamel berani mengambil cabaran menggunakan pasukan baharu dalam penerbitan MV berkenaan.

Beberapa kod rahsia dan mesej tersembunyi turut disuntik bagi memastikan apa yang ingin diterjemah sampai kepada pendengar.

Secara harfiahnya, Hamba Cinta adalah permulaan kepada sebuah transisi besar yang akan berlaku kepada perjalanan seninya memandangkan dia bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia sudah merancangkan mahu menerbitkan sebuah album penuh bagi melengkapkan katarsis seninya.

Processed with VSCO with we preset

Lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album berkenaan terdiri daripada pelbagai genre seperti pop rock, RNB, pop jazz selain lagu balada yang sudah sebati dengan dirinya sejak memulakan karier seni.

Sebagai pengkarya, perubahan yang dilakukan juga seiring dengan kematangan dirinya yang mahu meneroka sisi lain sebelum mengeluarkan album penuh yang dijadualkan terlaksana pada tahun hadapan.

“Selain sibuk mempromosikan Hamba Cinta, saya juga sedang sibuk mengumpul dan menerbitkan material baharu untuk album terbabit. Semua itu perlukan masa dan saya tak mahu tergesa-gesa menerbitkan tanpa sebarang persediaan.

“Saya gembira kerana pihak syarikat rakaman memberikan kebebasan untuk berkarya dan banyak kelainan akan diberikan demi memastikan peminat puas dengan naskhah baharu yang akan diterbitkan nanti,” katanya yang sudah merakamkan dua buah lagu sebelum ini bersama Warner Music Malaysia.

Meskipun mahu berubah angin, Syamel tidak akan sesekali meninggalkan lagu balada yang sudah sebati dengan dirinya.

Dia faham kehendak sebahagian besar peminat masih tertumpu kepada genre berkenaan dan gembira memenuhi kemahuan mereka.

Berani memberikan kelainan, Hamba Cinta sebenarnya turut buat versi dangdut sebagai memenuhi kehendak semasa.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, versi berkenaan juga sedikit sebanyak menyerlahkan lagi sisi lain Syamel.

“Idea untuk menghasilkan lagu versi dangdut ini terhasil apabila melihatkan trend di TikTok.

“Saya mahu peminat mendengar dan melayan lagu ini sambil menari dan sebagainya. Bila melihatkan banyak versi begini mendapat sambutan, saya ambil cabaran ‘terjun’ sama.

“Harapnya peminat enjoy dan menikmati versi dangdut itu nanti,” katanya yang sedang merancang untuk mengadakan konsert solo sebagai simbolik kepada ucapan terima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seninya.

Lagu ini sudah pun dilancarkan secara rasmi sejak 16 Ogos yang lalu di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer dan juga  YouTube Music.

Video muzik lagu ini juga boleh ditonton melalui YouTube Warner Music Malaysia.

HONOR Magic V3 berdiri teguh atas puncak rumah kad permainan tertinggi di dunia

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – HONOR Magic V3 telah berjaya berdiri teguh di atas susunan rumah kad permainan semasa cabaran Guinness World Record, sekaligus menjadi penanda aras yang mendefinisikan ultra-ringan.

Sebagai telefon boleh lipat terkini HONOR yang paling nipis, ringan dan tahan lasak dengan hanya seberat 226g, pencapaian ini menjadikan HONOR Magic V3 mengatasi model sebelumnya.

Cabaran ini dilakukan dengan kolaborasi bersama Bryan Berg, pemegang rekod Guinness World Record untuk menyusun kad permainan.

Berg telah berjaya membina rumah kad permainan setinggi 54 tingkat semasa penstriman langsung di platform YouTube dan X (dahulunya Twitter) HONOR Global.

Berg menghabiskan masa selama lapan jam untuk membina rumah kad permainan tertinggi tanpa menggunakan gam, dan setelah siap, HONOR Magic V3 diletakkan di puncak struktur terbabit.

Struktur yang mudah jatuh ini kekal teguh tanpa pergerakan, memperlihatkan rekaan ringan dan kejuruteraan inovatif telefon boleh lipat itu.

Ujian Ketahanan Sebenar HONOR Magic V3 – ‘Dibasuh’ dalam mesin basuh

Bentuk HONOR Magic V3 yang ultra nipis dengan hanya setebal 9.2mm apabila dilipat dan 4.35mm semasa lipatan dibuka, menandakan keanggunan yang tiada seumpamanya. Untuk menguji ketahanannya, HONOR telah ‘membasuh’ peranti ini di dalam mesin basuh selama 15 minit.

Hasil daripada ujian ini mendapati HONOR Magic V3 bukan sekadar tahan calar bahkan menunjukkan keupayaan kalis air yang menakjubkan, sekaligus mengesahkan kualiti binaannya.

Ujian berkenaan boleh dilihat di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia. Bagaimanakah HONOR Magic V3 menjadi amat ringan dan tahan lasak? Berikutlah sebabnya.

Jenama telefon pintar pertama yang menggunakan bahan Super Fiber

Panel belakang HONOR Magic V3 diperbuat daripada fiber unik yang adalah bahan-bahan aeroangkasa dengan ketahanan 5800MPa yang tiada tandingan.

Bahan ini lebih kukuh berbanding Kevlar dan fiber karbon agar peranti ini kekal ringan serta tahan lasak dalam masa yang sama.

Sebagai jenama telefon pintar pertama yang menggunakan fiber termaju ini, HONOR telah mereka bentuk telefon yang boleh menahan impak sebanyak 40 kali berbanding Samsung S24 Ultra, selain 40 peratus lebih nipis, membolehkan HONOR Magic V3 mampu bertahan walaupun dalam keadaan mencabarkan.

HONOR Super Steel Hinge, bahan engsel paling kukuh dan ternipis

Teras kepada ketahanan HONOR Magic V3 ini ialah HONOR Super Steel Hinge yang menerajui industri dan diperbuat daripada generasi kedua keluli super HONOR Super Steel. Bahan ini memiliki ketegangan sekuat 2100MPa, mengatasi engsel keluli Samsung Z Fold6 yang sekuat 1600MPa.

Dengan mengurangkan ketebalan badan engsel kepada saiz terbaik industri pada 2.84mm, HONOR telah mengoptimumkan ruang dalaman untuk memperkukuhkan struktur bagi menambah baik ketahanan keseluruhan peranti ini.

Engsel ini berupaya menahan sehingga 500,000 lipatan dan juga telah menerima pensijilan SGS Durability Certification yang mengukuhkan lagi kelasakan dan ketahanan peranti ini.

HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, 10 kali ganda anti-jatuh dan anti-calar

Paparan luaran 6.43 inci HONOR Magic V3 diperkuatkan dengan perlindungan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, menawarkan 10 kali ketahanan jatuhan dan calar berbanding kaca biasa.

Dengan kepadatan kristal 50 peratus lebih tinggi berbanding bahan biasa, paparan ini direka agar dapat bertahan daripada jatuhan tidak sengaja dan kegunaan harian. Telefon boleh lipat ini kekal tanpa cela walaupun dalam keadaan yang paling getir.

IPX8 Kalis Air, tertinggi untuk telefon boleh lipat

HONOR Magic V3 juga menetapkan penanda aras baru untuk kalis air pada telefon boleh lipat, dengan penarafan IPX8 yang tertinggi bagi peranti boleh lipat.

Telefon ini masih berfungsi walaupun berada di kedalaman 2.5 meter air, menjadikannya selamat untuk digunakan semasa hujan renyai, terkena tumpahan air atau terjatuh ke dalam air seperti yang dibuktikan dalam cabaran mesin basuh.

Tahap kalis air ini memastikan agar HONOR Magic V3 boleh berfungsi sepenuhnya dan dilindungi. Jangka hayat peranti ini menjadi lebih panjang dan memberi pengalaman pengguna yang lebih memuaskan.

Rai ulang tahun pertama, Brïk perkenal 21 warna & ‘keluarga baru’ menerusi Chroma, Posh Tote

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Diasaskan oleh dua pasang adik beradik iaitu Amirrul dan Nashrul serta Brina dan Kira, dengan bangganya akan meraikan ulang tahun pertama bisnes, jenama dan empayar mereka yang sudah membuat banyak penggemar fesyen jatuh hati iaitu Brïk.

Produk beg dengan pelbagai reka bentuk yang diilhamkan Brïk mempunyai signatur tersendiri iaitu warna warni ‘menjerit’ Chroma yang sentiasa memikat dan elegan kini akan menjadi lebih meriah apabila empat beradik ini siap memperkenalkan serta menambah kemeriahan ‘keluarga’ ini.

Bersempena dengan ulang tahun pertama, Brïk teruja dan berbangga memperkenalkan 21 produk beg baru kepelbagaian warna dan reka bentuk yang dilahirkan khas buat semua pencinta mereka dan penggemar fesyen khususnya beg.

“Ogos adalah bulan yang sangat istimewa, signifikan dan tidak akan pernah dilupakan oleh kami apabila sebuah mimpi yang kami cantum akhirnya menjadi realiti dan semakin berkembang.

“Brïk kami ilhamkan bersama dan mengenang atau melihat semula ke belakang atau tempoh satu tahun usianya, memang tidak semua manis tapi kami berbangga kerana tidak pernah mengalah.

“Atas rasa terima masih kerana apreasiasi yang luar biasa ditunjukkan oleh penggemar kami, Brïk menjemput anda semua meraikan ulang tahun pertama kami di Rooftop, Level 4 Avenue K Shopping Mall.

“Paling istimewa pada majlis dua hari yang berlangsung pada 17 dan 18 Ogos itu, kami turut melancarkan 21 produk beg baru kepelbagaian warna dan reka bentuk dari kami yang akan membuat anda tidak pulang dengan poket kosong,” kata Nashrul.

Brïk berharap dengan 21 keluaran terbaru ini akan menjadi pelengkap gaya yang paling berbaloi kerana boleh digunakan dalam pelbagai majlis melalui ‘sistem’ suai padan.

“Bukan hanya memperkenalkan 21 warna baru, atas permintaan cukup menggalakkan Brïk juga mengembalikan warna-warna asal beg sebelum ini,” kata Brina.

Satu tahun juga mengajar Brïk agar terus bergerak positif dan inovatif. Maka ucapkan selamat datang kepada ‘keluarga baru Brïk.

‘Mereka’ termasuklah Chroma Bag yang mendapat sentuhan ‘manis’ material dari denim. Denim Chroma Bag akan kelihatan sangat klasik namun anggun sesuai untuk semua majlis.

Tidak cukup dengan keluaran Denim Chroma Bag, penggemar beg tote sila siapkan poket anda.

Penggemar satin dan beg jenis tote jangan lepaskan peluang ini. Diperbuat daripada fabrik satin berkualiti tinggi, semua golongan boleh menggayakan Posh Tote tanpa kekangan.

Sama ada mahu menggunakan Posh Tote untuk bersiar-siar atau dikendong ke pejabat dengan isian laptop 13 inci, buku mahukan iPads dengan sangat bergaya serta para ibu yang mengikuti perkembangan fesyen terkini lalu memastikan barang-barang keperluan bayi dan anak-anak terisi kemas, Posh Tote edisi satin ini akan membuat anda sentiasa yakin diri dan praktikal untuk para ibu yang selalu sibuk dengan jadual yang padat.

Terakhir sekali, satu lagi produk Brïk yang amat sukar ditolak; Petite Chroma (Crossbody Bag) yang juga koleksi terbaru, inspirasi dari ‘best selling chroma’ Brïk yang merupakan versi mini. Ia boleh dipakai secara crossbody atau dompet kecil.

Sambutan ulang tahun pertama ini tidak akan lengkap tanpa kehadiran tetamu-tetamu istimewa Brïk iaitu pempengaruh tempatan serta dari Indonesia.

Mereka termasuklah Baim Wong, Paola Serena, Tyna Dwi Jayanti, Hellua Schuldt Hadi, Catherine Sumitri, Cindy Karmoko dari Indonesia yang turut bergabung menjadikan majlis ini istimewa bersama barisan pempengaruh tempatan iaitu Leona, Yaya Zahir, Pinn Yang, Johanis Sani dan Azfarheri.

“Kehadiran mereka dalam ulang tahun pertama Brïk bukan sekadar jemputan kerana status pempengaruh tetapi lebih kepada rakan-rakan yang banyak menyokong perjuangan bisnes yang kami tekuni selama satu tahun ini.

“Sama seperti kami sangat menghargai penggemar atau penyokong Brïk begitu juga kami berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang pernah atau bakal terjalin dengan semua pempengaruh yang sudi meluangkan masa bersama kami pada hari bermakna ini,” kata Amirrul.

Sementara itu pelbagai aktiviti menarik dan interaktif juga disediakan pada hari bersejarah itu.

Tetamu bebas untuk menggubah sendiri bunga-bungaan dari prettybunga atau mengabadikan momen berulang tahun bersama Brïk dari photobooth atau bilik foto dan dibawa pulang sebagai kenangan.

‘Terlalu Cinta’ versi Yovie Widianto dan Lyodra

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Maestro lagu-lagu romantis tanah air, Yovie Widianto, kembali membuat inovasi baru dengan merilis semula lagu “Terlalu Cinta” dengan menggandingkan salah satu bakat terbaik masa kini, Lyodra.

Buat pengetahuan, lagu “Terlalu Cinta” adalah ciptaan Yovie Widianto yang pernah dirilis pada tahun 2006 dan sempat menjadi hit ketika dinyanyikan oleh Dato Sri Rossa.

Kali ini, Yovie Widianto memilih Lyodra untuk menyanyikan semula. Lagu ini dirilis di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.

“Karakter suara Lyodra sangat sesuai untuk menyanyikan lagu ini. Sejak projek ini dimulakan, nama Lyodra sudah terlintas dalam fikiran, dan hasilnya sangat memuaskan,” kata Yovie mengenai projek itu.

“Saat diajak untuk menyanyikan lagu ini, saya terus menerimanya. Walaupun ini adalah tugas berat kerana lagu ini sangat hebat ketika dinyanyikan oleh kak Rossa. Tambahan pula, ini adalah lagu hit, jadi awalnya memang ada tekanan, tetapi setelah menyanyikannya, semuanya terasa menyenangkan dan memuaskan,” kata Lyodra pula.

Seperti yang kita tahu, single “Terlalu Cinta” adalah sebuah lagu cinta dengan irama pop balada yang sangat indah.

Lagu ini menceritakan tentang pengalaman pahit seseorang yang terperangkap dalam cinta yang tak berbalas.

Melalui liriknya, lagu ini menyampaikan perasaan putus asa dan kesedihan kerana tidak dapat memiliki orang yang dicintai.

Untuk susunan muziknya, Yovie Widianto tidak terlalu banyak menggubah lagu berkenaan agar tidak menjauh dari corak asalnya.

Namun, sentuhannya dibuat lebih megah dengan penguatan di bahagian strings untuk mengiringi instrumen piano yang menjadi senjata utamanya.

Lyodra sendiri membuat lagu ini menjadi lebih segar dengan ciri khas vokalnya. Kekuatan vokal Lyodra menjadi menu utama dari seluruh susunan lagu yang disajikan dalam single “Terlalu Cinta” versi terbaru ini.

Bercerita mengenai video muziknya, Prialangga sebagai pengarah membuat konsep yang sederhana namun penuh makna, dengan video muzik yang bercerita seperti sebuah mini movie.

Di mana ia menyertakan konflik dalam ceritanya yang membuatnya jadi lebih menarik.

Tone visual yang ditunjukan juga sangat indah untuk dilihat dan dinikmati. Selain Lyodra, video muzik ini juga dibintangi oleh Davina Karamoy yang dikenal sebagai pelakon dalam filem Ipar Adalah Maut, dan Arbani Yasiz pelakon Ancika: Dia yang Bersamaku 1995.

Apa yang membuatkan video muzik ini jadi menarik adalah kehadiran Dato Sri Rossa di bahagian-bahagian terakhir.

Hal ini seolah-olah menjadi penguatan diatas sokongan Dato Sri Rossa terhadap Lyodra untuk menyanyikan semula lagu “Terlalu Cinta” ini.

“Saya berharap lagu ini bukan hanya menjadi sebuah nostalgia saja, tetapi juga dapat dinikmati oleh mereka penggemar muzik di era sekarang,” kata Yovie Widianto mengenai single ini.

“Harapannya agar dapat didengar oleh ramai orang, dan menjadi sesuatu yang segar untuk didengarkan di masa kini serta dapat menjadi soundtrack bagi mereka yang berkaitan dengan liriknya,” kata Lyodra.

Sertai Tonton di AniManGaki 2024, konvensyen animasi Jepun, komik dan permainan Jepun terbesar

editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Rasai pengembaraan epik dalam dunia anime, manga, dan permainan video di AniManGaki 2024.

Tonton, platform penstriman terkemuka Malaysia, dengan bangganya mengumumkan peranannya sebagai penaja konvensyen terbesar yang sangat dinantikan oleh peminat-peminatnya tahun ini, yang akan berlangsung dari hari ini, 23 hingga 25 Ogos 2024 di Mines International Exhibition & Convention Centre.

Selaku penaja, Tonton turut bersama-sama memeriahkan aktiviti di konvensyen dengan menawarkan pelbagai hiburan dan aktiviti menarik serta tawaran eksklusif. 

Menambah keterujaan dalam acara utama, pengunjung yang melanggan pelan Tonton selama sekurang-kurangnya tiga bulan akan berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang hebat. 

Istimewanya, dengan jalinan kerjasama dengan Samsung, pengunjung berpeluang membawa pulang hadiah utama berupa TV Samsung Crystal UHD 65 inci.

Ini adalah peluang untuk pelanggan Tonton meningkatkan sistem hiburan di rumah dengan teknologi terkini, terima kasih kepada kerjasama kami dengan Samsung.

Jangan lepaskan peluang ini untuk melawat booth Tonton, dan anda mungkin menjadi pemenang bertuah hadiah utama.

Di booth Tonton, pengunjung berpeluang mencuba dalam permainan interaktif yang pasti akan memberikan pengalaman yang baru.

Selain dari itu, pelanggan baru Tonton yang bertuah juga bakal membawa pulang cenderamata istimewa sebagai tanda penghargaan kami kerana menyertai keluarga Tonton.

AniManGaki 2024 menjanjikan hujung minggu yang penuh dengan pengalaman berwarna-warni, daripada meneroka Artist Alley dan kagum dengan Cosplay Alley, hingga bertemu YouTuber maya kegemaran anda di Vtuber Showcase.

Pemain video boleh bersaing dalam kejohanan yang mendebarkan, dan peminat muzik akan menikmati persembahan daripada tetamu istimewa seperti JKT48, KLP48, Luna Haruna, dan Hakken.

Bukan sekadar persembahan, pengunjung juga berpeluang berinteraksi dengan idola dan artis kegemaran mereka. 

Dengan tambahan tarikan seperti pertandingan cosplay, pertandingan seni, permainan karnival, dan Makan Corner yang lazat, setiap orang pasti akan terhibur dan berseronok. 

Sertai Tonton di AniManGaki 2024, salah satu konvensyen terbesar Malaysia untuk anime, manga, dan permainan video, yang berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre dari 23 hingga 25 Ogos 2024.

Sebagai destinasi utama untuk peminat anime dan pemain video, AniManGaki menjanjikan pengalaman hujung minggu yang memukau.

Jangan lepaskan peluang untuk menyelami dunia anime, manga, dan permainan yang meriah dan lawati booth Tonton untuk pelbagai aktiviti menarik dan tawaran eksklusif.

Terokai keseronokan dan hiburan yang menanti anda dan manfaatkan acara yang mengujakan ini.

One Juicy simpan hasrat jadi bintang pop terkenal di Malaysia

editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Lebih 10 tahun membabitkan diri dalam bidang seni suara, penyanyi One Juicy tidak pernah kenal erti putus asa dalam usaha menaikkan namanya.

Bagi penama penuh Mohammad Rizwan Mohammad Yassin, 33, itu berkata, meskipun masih kurang dikenali dia bersyukur rezeki dalam nyanyian tetap ada.

“Saya sedar bukan mudah untuk mencipta nama apatah lagi dengan kehadiran ramai penyanyi sekarang ini.

“Namun itu bukan alasan sebaliknya saya bersyukur kerana masih diberikan peluang mengadakan persembahan di mana-mana termasuklah di luar negara.

“Saya tahu bukan mudah untuk mengekalkan jenama apatah lagi impian bergelar bintang pop terkenal Malaysia ia satu cabaran yang hebat buat diri saya yang perlu mengambil masa.

“Bagi saya cepat atau lambat Insya-Allah saya yakin dapat mencapai sasaran itu,” katanya.

Baharu sahaja melancarkan single pertama berjudul Kibar, One Juicy berkata, lagu itu jika didengar bagaikan lagu patriotik tetapi sebenarnya ia adalah kisah perjalanan One sendiri sejak awal terbabit dalam bidang seni.

“‘Kibar’ adalah sebuah lagu dengan tema kebangkitan dan kecekalan yang berkaitan dengan kisah perjalanan saya sejak awal bergelar anak seni.

“Bagi sesetengah mereka yang mendengar lagu ini mungkin merasakan ia adalah lagu patriotik atau lagu kemerdekaan.

“Saya tidak tidak ada masalah jika ada yang beranggapan begitu asalkan mereka terhibur dan suka mendengar lagu ini dan berharap ia menjadi inspirasi kepada sesiapa pun yang mendengarnya.

“Saya amat teruja dengan pelancaran lagu ini. Daripada seorang penari b-boy kepada seorang penyanyi, lagu ini melambangkan kecekalan dan semangat saya untuk terus maju walau apapun cabaran yang datang,” katanya pada majlis pelancaran lagu berkenaan, semalam.

Lagu Kibar adalah hasil usaha kolaboratif, yang dicipta dan ditulis oleh John Jeeves, Shazriq Azeman, Omar K, dan One Juicy sendiri, di bawah produksi Super Red Records.

“Kibar” kini boleh untuk distrim dan dimuat turun di semua platform muzik digital utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music, di pautan https://bfan.link/kibar dan video muzik “Kibar” boleh ditonton di pautan https://youtu.be/sYBDC930Pu0.