28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 16, 2025

Pesta Vintage, Thrift dan Seni datang ke The Spine @ PJKita

editormaxinfo@gmail.com

PETALING JAYA – Hujung minggu penuh dengan keseronokan, kreativiti, dan barangan unik menerusi penganjuran Pesta Vintage, Thrift dan Seni yang berlangsung 28 dan 29 September 2024 di The Spine @ PJKita, Petaling Jaya.

Acara ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan thrift, pameran seni, acara pecah guni, persembahan rhapsody, dan pameran kereta yang diubahsuai.

Pesta ini turut menampilkan kerjasama daripada beberapa rakan strategik iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta komuniti kereta seperti Nochill, Ngesot Culture, dan Distrix14.

Penaja utama acara pecah guni ialah JBR Bundle, manakala rakan “breakdown” rasmi ialah Bateriku.com.

Acara ini juga disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),  menjadikannya platform terbaik untuk pencinta barangan thrift, seni, dan pengubahsuaian kereta serta motosikal tempatan.

Lebih 50 Vendor turut serta dalam pelbagai pameran dan jualan barangan seperti vintage, pakaian thrift, aksesori, kraftangan, kopi, dan food truck ditawarkan.

Vendor terkenal seperti Whatsgoodcoffee, Ilustrasi Coffee, K.A.F.E.I.N, Bundle Ampay, Deans Bundle, dan Batik DIY turut mengambil bahagian.

Saksikan pameran kereta-kereta modifikasi oleh komuniti Nochill, Ngesot Culture, dan Distrix14, serta pameran motosikal Harley Davidson daripada KL Garage dan Hundredmilesdivision.

Saksikan persembahan daripada pemuzik tempatan seperti Megat Fazly, Heidi Moru, dan Razin akan memeriahkan acara pada malam Sabtu.

Nikmati pelbagai makanan tempatan dan minuman segar daripada vendor pilihan yang pasti memuaskan hati pengunjung.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular