30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026

Tujuh tahun usahakan Mikaseries, Zoey teruja jenamanya bakal di bawa ke luar negara

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Hampir 7 tahun melalui pelbagai fasa jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan, pelakon, pengacara dan usahawan Zoey Rahman masih meletakkan dirinya dalam proses belajar dan memahami selok belok perniagaan.

Zoey atau nama sebenar Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, memiliki Diploma dalam bidang Hiasan Dalaman membuatnya berhasrat untuk menyambung pengajian di dalam bidang ekonomi dan perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Ini bagi menambah ilmu dan dan meluaskan pengetahuan dalam mengurus tadbir dan mengembangkan perniagaan.

“Bagi saya ilmu itu adalah perkara asas yang paling penting jika seseorang mahu menceburi sesuatu bidang dan ingin berjaya.

“Sebelum ini saya sering mengikuti kursus latihan jangka pendek dan ianya masih belum mencukupi kerana semakin digali semakin banyak yang perlu kita tahu dan belajar,” katanya.

Zoey berkata, dia terfikir untuk melanjutkan pengajian di UKM kerana pernah dicadang dan ditawarkan secara tidak langsung oleh Pegawai tinggi UKM ketika mengendalikan majlis MOU antara Usanita dan UKM tahun lalu.

Zoey yang mula berjinak dalam dunia perniagaan dan menubuhkan syarikat miliknya Mikaseries Sdn Bhd sejak 7 tahun yang lalu, rasa terpanggil untuk memulakan perniagaan kerana terfikir sebagai anak seni dia perlu menyediakan ‘backup plan’ untuk jangka masa panjang.

“Jadi anak seni kena bijak mengatur masa depan. Kerana industri hiburan di negara kita bukanlah seperti Hollywood. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah.

“Oleh itu kena selalu bijak mengendalikan pendapatan yang ada dan jangan sesekali boros dan rasa duit yang kita dapat tu banyak dan takkan habis.

“Saya selalu dinasihatkan dari awal agar kembangkan pendapatan yang ada dan jangan sesekali terfikir untuk mewah berbelanja.

“Atas kesedaran itu saya mulakan perniagaan sewaktu saya sedang rancak menerima tawaran berlakon dan pengacaraan,” katanya.

Zoey berkata, dia sedikit pun tidak pernah terasa atau malu dengan kata-kata segelinitir pihak yang tertawa sinis apabila dia mula mengeluarkan skin care dan kosmetik di bawah jenama sendiri iaitu Mikaseries 7 tahun lalu.

“Saya tak kisah apa yang orang cakap, sebab masa depan saya dicorakkan oleh diri sendiri. Alhamdulillah berkat kesabaran dan bantuan team, kami berjaya mengembangkan perniagaan dan melepasi piawaian untuk meletekakan jenama produk Mikaseries ke lebih 110 rangkaian Watsons Malaysia dan mensasarkan untuk masuk ke lebih 150 rangkaian Watsons seluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak penghujung tahun  ini.

“Selain Watsons kami juga ada menerima tawaran dari beberapa jenama rangkaian lain tapi terpaksa diketepikan buat masa ini kerana Mikaseries telah menjalinkan kontrak secara Eksklusif untuk Watsons Malaysia,” katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Mikaseries, baru-baru ini.

Selain itu Zoey Rahman turut merasa terharu apabila jenama Kosmetik dan set penjagaan skin care Mikaseries sedang diintai dan dalam proses di bawa memasuki ke pasaran luar negara iaitu Bangladesh.

Namun segalanya masih dalam peringkat awal untuk dikongsikan secara terperinci.

“Sebenarnya saya juga rasa macam tak percaya apabila ada wakil dari pihak sana menyatakan hasrat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mikaseries.

“Selepas melihat profile syarikat dan tahu Mikaseries telah berada dalam pasaran Watsons Malaysia, minat mereka bertambah dan mereka minta untuk membeli beberapa produk Mikaseries untuk dicuba pakai di sana.

“Alhamdulilah setakat ini maklum balas yang mereka berikan sangat positif dan kami dalam proses perbincangan untuk keperingkat selanjutnya,” katanya.

Sempena majlis berbuka puasa yang diadakan, Mikaseries turut mengambil kesempatan untuk melancarkan rangkaian produk Skin care terbaru yang juga telah di jual di Watsons seluruh Malaysia sejak tahun lalu.

Kini, selain Skin Care Mikaseries, Zoey Rahman juga turut melancarkan secara rasmi satu lagi jenama terbaru dalam rangkaian perniagaannya iaitu Sambal Nengar yang bermaksud sangat sedap atau sangat pedas.

“Untuk permulaan ini kami menghasilkan 3 jenis sambal iaitu Sambal Bilis Petai Nengar Premium, Daging Dendeng Nengar Batang Pinang dan Sambal Belacan Nengar Exclusive.

“Sejak hampir sebulan Nengar mula diperkenalkan secara tidak rasmi, Daging Dendeng Nengar telah terjual lebih 10,000 botol termasuk jualan online di shopee dan tiktok dan diikuti dua sambal yang lain.

“Memang sedikit terkejut dan bersyukur kerana kami masih diperingkat warm up dan jenama sambal kami ini juga masih sangat baru di pasaran.

“Tapi Alhamdulillah ianya mendapat sambutan luar biasa  bukan Sahaja di Malaysia malah di Singapura dan juga Brunei.

“Maklum balas yang diberikan oleh pembeli yang telah merasa sambal Nengar sangat positif dan hampir 99 peratus pembeli menyatakan Daging Dendeng Nengar sangat lembut, daging berketul ketul tidak hancur, rasa seperti masakan mak di kampung cukup pedas dan cukup rasa.

“Ramai juga yang dah beli berkali-kali Sambal Bilis Petai dan Sambal Belacan kerana selain sedap kata mereka ianya sangat memudahkan proses menyediakan hidangan berbuka dan sahur mereka,” katanya lagi.

Bersempena Ramadan dan menjelang Syawal, selain Skin Care Mikaseries dan Sambal Nengar, Zoey Rahman juga telah melancarkan koleksi Baju Melayu dan Sampin Instant INDRA EXCLUSIVE  berkolabrasi dengan rakan niaganya iaitu Fateema Exclusive.  

Koleksi Baju Melayu dan Sampin Instant Exclusive telah dilancarkan barubaru ini bersama Shopee dalam kempen SHOPEE  RAI LOCAL – RAYA STAIL KITA di Rumah tangsi Kuala Lumpur pada 5 Mac yang lalu.

“Istimewa dan kelainan untuk tahun ini ialah, kami bukan Sahaja menjual Baju Melayu Ready To wear, malah kami juga turut menjual secara borong kepada pemborong dan penjual baju melayu seluruh Malaysia.

“Pembeli juga boleh custom baju mereka mengikut warna, jenis baju sama ada cekak musang atau leher teluk belanga dan saiz yang mereka kehendaki.

“Untuk Ready To Wear mereka boleh beli secara online di Shopee dan Tiktok selain boleh juga datang  terus ke HQ Mikaseries di Permaisuri Cheras untuk beli terus atau ‘custom to wear’,” katanya.

Bercakap tentang kerjaya seni, Zoey menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang mengatakan bahawa dia telah memilih untuk bersara dalam dunia seni kerana sibuk dengan perniagaan.

“Saya masih lagi menerima tawaran berlakon, pengacaraan dan lain-lain seperti biasa. Tidak timbul dan tidak terfikir pun untuk bersara kerana saya sangat cintai dunia dan kerjaya lakonan dan pengacaraan sehingga sekarang.

“Kerana hasil pendapatan kerja senilah yang membawa saya bertapak kebidang perniagaan yang saya ceburi sekarang.

“Kepada penerbit yang nak panggil saya berlakon hubungi saja saya atau pengurus saya. Tiada istilah ‘demand’ atau sudah berubah walaupun saya bergelar CEO, kerana jika waktu berlakon saya hanyalah pelakon biasa sama seperti sebelum ini.” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular