27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 15, 2026

Astro angkat tema ‘Masa, Anugerah Terindah’ dalam melatari kempen Ramadan dan Raya 2024

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Astro teruja menyambut keindahan Ramadan 1445 Hijrah dengan menampilkan lebih dari 600 jam tontonan dan pengisian yang bermakna untuk dinikmati oleh seisi keluarga di sepanjang bulan Ramadan ini. 

Bertepatan dengan tema ‘Masa, Anugerah Terindah’, pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan tontonan di setiap peringkat umur, menerusi seleksi program-program hebat di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan, dengan tujuan untuk merapatkan hubungan seisi keluarga agar masa yang diluangkan lebih bermakna dan mampu membina momen-momen indah. 

Selain tawaran kandungan, kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 turut diwarnai dengan kehadiran duta-duta yang dilantik untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat, terdiri daripada barisan pelakon berbakat tempatan termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra. 

Menariknya, kempen Ramadan Astro 2024 turut dilengkapi dengan penganjuran ‘Assalamualaikum’, program pra-pengaktifan kempen Ramadan yang dijalankan di beberapa lokasi dengan tujuan untuk lebih mendekati dan meluangkan masa bersama masyarakat setempat.  

Program ‘Assalamualaikum’ telah berlangsung di Johor Bahru dan Terengganu, manakala lokasi seterusnya pula di Kelantan pada 1 Mac dan di Pahang pada 7 Mac. 

Ketua Saluran Astro Ria, Prima & Warna Norzeha Mohd Salleh berkata, Astro sentiasa berusaha untuk menyajikan kepelbagaian program yang baharu dan menarik di sepanjang tahun bagi menepati citarasa setiap pelanggan Astro.  

“Pada Ramadan tahun ini, Astro tidak terkecuali dalam menghasilkan sesuatu yang istimewa, di mana kami telah menyusun seleksi program serta aktiviti yang sarat dengan pengisian positif dan bermanfaat, agar boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur mengikut pilihan masing-masing. 

“Lebih daripada 90 kandungan baharu yang menarik telahpun tersedia buat pelanggan Astro pada Ramadan ini. Kami menawarkan pelbagai program baharu dengan jumlah keseluruhan berdurasi tayangan melebihi 620 jam, yang mana 80 peratus lebih tinggi dari tahun sebelumnya,” katanya. 

Menyuntik tema kempen, ‘Masa, Anugerah Terindah’, program yang bakal disajikan kepada para penonton juga bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan kepada semua bahawa keindahan masa boleh dicapai apabila pelanggan Astro mengambil peluang untuk menikmati kandungan-kandungan Astro bersama keluarga.  

Selain daripada sajian kandungan, kempen Ramadan tahun ini lebih indah apabila Astro turut menghiasi aktiviti lapangan dengan menganjurkan program ‘Assalamualaikum’ di beberapa negeri termasuk Johor Bahru, Terengganu, Pahang dan Kelantan untuk meluangkan masa dan bertemu masyarakat setempat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian kandungan Ramadan Astro 2024, layari www.astroramadan.com.my atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia.    

ARTIKEL BERKAITAN

Popular