editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Jenama fesyen tempatan terkemuka, Amber, melancarkan koleksi Aidilfitri terbaharu bagi tahun 2026 menerusi kempen istimewa bertajuk “AMBER EID’S: TIME FOR LOVE”, sekali gus memperkenalkan koleksi eksklusif sulung jenama itu, Amber LUXE.
Koleksi Raya Amber 2026 ini menampilkan barisan duta jenama Amber yang terdiri daripada Amira Othman, Fattah Amin, Nora Danish dan Hael Husaini, yang masing-masing mencerminkan keanggunan, keperibadian serta kepelbagaian gaya moden selari dengan identiti jenama itu.
Gabungan figura terkenal ini memperkukuh mesej kempen yang meraikan cinta, hubungan dan kebersamaan sempena Aidilfitri.
Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, berkata koleksi Aidilfitri tahun ini diperkenalkan dengan pendekatan yang lebih berteraskan emosi dan nilai bermakna, selari dengan aspirasi jenama untuk mengangkat warisan serta detik kebersamaan yang menjadi inti pati sambutan Syawal.

“Kempen “AMBER EID’S: TIME FOR LOVE” melambangkan kasih sayang, warisan dan kebersamaan, di mana Aidilfitri bukan sekadar tentang penampilan luaran, tetapi tentang momen bermakna bersama insan tersayang.
“Setiap rekaan dihasilkan dengan penuh ketelitian agar bukan sahaja indah digayakan, malah mempunyai nilai sentimental yang boleh dikenang dan diwariskan,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada kempen tahun ini, Amber turut membawa barisan duta dan wajah jenama termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Nora Danish, Hael Husaini serta Scha Alyahya ke Istanbul bagi sesi penggambaran kempen Raya.
Datuk Adzliana berkata, pemilihan Istanbul adalah kerana kota berkenaan sarat dengan nilai budaya Islam dan elemen nostalgia yang selari dengan tema koleksi tahun ini.
Malah, penggambaran ini turut menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk tontonan penonton setia di UTV, khas dari Istanbul.

Bagi koleksi utama “Amber Eid’s: Time for Love”, jenama ini mempersembahkan enam koleksi wanita dan dua koleksi lelaki yang diinspirasikan daripada keindahan seni bina serta warisan kota Istanbul.
Koleksi wanita menampilkan rekaan yang meraikan keanggunan menerusi penggunaan fabrik ringan, siluet yang flowy, ruffle halus serta sulaman teliti, menjadikannya pilihan ideal untuk momen Syawal yang penuh makna.
Setiap rekaan diilhamkan daripada elemen ikonik Istanbul, daripada motif tulip Uthmaniyyah, keagungan Hagia Sophia, kehalusan seni seramik İznik sehinggalah kemewahan istana Uthmaniyyah yang diterjemahkan dalam potongan moden dan sofistikated.
Sementara itu, koleksi lelaki pula direka dengan pendekatan maskulin moden menggunakan fabrik kapas yang selesa dengan potongan regular fit.

Diilhamkan oleh corak sejarah Topkapı, koleksi ini menampilkan siluet santai dengan palet warna earth tone yang sesuai digayakan untuk sambutan Aidilfitri mahupun pemakaian harian, sekali gus mengekalkan keseimbangan antara warisan klasik dan gaya kontemporari.
Sebagai pelengkap kepada koleksi Raya 2026, Amber turut memperkenalkan Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection, iaitu koleksi eksklusif sulung jenama itu yang menampilkan Hael Husaini dan wajah Amber, Scha Alyahya.
Koleksi ini dihasilkan menggunakan fabrik satin mewah dan chiffon sutera ringan, dihiasi dengan lipatan kemas, ruffle romantik serta perincian reben yang halus.
Setiap helaian direka sebagai interpretasi cinta, warisan dan dedikasi, dizahirkan melalui kemasan pembuatan yang teliti serta keanggunan yang berkekalan.
Dengan siluet yang kemas dan rekaan yang terukir indah, Amber LUXE mencerminkan keindahan dalam kesederhanaan, menjadikannya busana istimewa yang sesuai dijadikan warisan untuk detik Aidilfitri yang penuh makna dan bererti.

Kesemua koleksi Amber Raya 2026, termasuk “Amber Eid’s: Time for Love Collection” dan “Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection”, boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web rasmi Amber, dengan beberapa rekaan ditawarkan untuk pra-tempahan.
Pembelian secara fizikal pula boleh dilakukan di butik Amber yang baharu di IOI City Mall, Putrajaya, bermula 9 Februari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Amber atau mengikuti perkembangan terkini menerusi Instagram @amber.officials.


Become our partner now and start turning referrals into revenue!