editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Dunia sukan tempatan bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Asia Championship 2025 bersedia membuka tirainya pada 18 Oktober ini, menawarkan kelainan yang bukan sekadar pertarungan fizikal, tetapi juga menyatukan semangat kesukanan dengan elemen digital yang semakin mendominasi gaya hidup masa kini.
Edisi kali ini tampil lebih segar dan menyeluruh, apabila kejohanan berkenaan bakal menampilkan bukan sahaja peninju, tetapi turut diserikan dengan kehadiran artis, influencer dan atlet dari pelbagai latar, menjadikan Asia Championship sebuah platform rentas dunia nyata dan maya.
Penganjuran ini bukan sahaja berfungsi sebagai pentas pertarungan, malah sebagai medium yang memperkukuh hubungan antara sukan dan pembabitan komuniti digital secara aktif.
Penganjur Asia Championship, Dato’ Abd Rahman Soltan berkata, kejohanan ini diadakan bukan semata-mata untuk menjadi medan persaingan sengit, tetapi lebih daripada itu sebagai sebuah budaya baharu yang merapatkan jurang antara penonton dan atlet melalui platform media sosial.

“Asia Championship bukan sekadar satu pertembungan peninju, tetapi satu pentas moden yang menyatukan semangat kesukanan dengan dunia digital.
“Kami mahu wujudkan satu budaya baharu di mana sukan bukan sahaja disaksikan, tetapi turut dikongsi, diikuti dan diraikan dalam alam media sosial,” katanya.
Menjelang kejohanan, setiap peserta akan mengikuti sesi latihan khusus sebagai persediaan bukan sahaja dari segi fizikal, malah mental.
Abd Rahman berkata, pihaknya menekankan aspek disiplin dan tanggungjawab sebagai ikon sukan moden turut diberi perhatian dalam program pembangunan atlet yang dianjurkan pihaknya.
“Semua peserta harus bersedia. Kami akan latih mereka bukan hanya untuk bertarung, tetapi juga membawa nilai-nilai disiplin, fokus dan tanggungjawab.
“Ini penting kerana mereka mewakili generasi baharu atlet yang bukan sahaja beraksi di gelanggang, tetapi juga memberi inspirasi kepada komuniti dalam dan luar talian,” tambahnya.

Untuk edisi tahun ini, seramai 16 anak muda tempatan telah disahkan menyertai Asia Championship 2025 dalam dua kategori utama.
Bagaimanapun, pihak penganjur masih membuka ruang kepada lebih ramai penyertaan, termasuk dalam perancangan untuk menambah kategori baharu.
“Permohonan masih dibuka. Ini bukan semata-mata untuk cari siapa paling kuat, tetapi untuk membangunkan semangat sukan dan disiplin dalam kalangan anak muda kita,” katanya.
Dengan pendekatan inovatif yang menggabungkan elemen sukan tempur, pengaruh digital, penghasilan kandungan interaktif serta keterlibatan masyarakat, Asia Championship 2025 dijangka menjadi satu medan transformasi dalam arena sukan tempatan bukan sekadar acara tinju, tetapi sebagai simbol gaya hidup aktif dan dinamik yang bersesuaian dengan era digital masa kini.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin menyertai kejohanan ini, boleh menghubungi pihak urusetia di talian +60 11-3336 1885 (Bakhtiar) atau +60 11-3794 3779 (Rey).


https://shorturl.fm/NSAKv