33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 9, 2025

Pavilion Bukit Jalil terus tarik perhatian dengan deretan jenama baharu fesyen, kecantikan dan kulinari

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah terkemuka Pavilion Bukit Jalil terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup utama di selatan Kuala Lumpur dengan kemasukan pelbagai jenama baharu dalam bidang fesyen, kecantikan, makanan dan gaya hidup.

Pelancaran jenama-jenama ini menjanjikan pengalaman membeli-belah dan hiburan yang lebih menarik serta memperkayakan pilihan buat pengunjung dari dalam dan luar negara.

Dengan konsep “Selalu Ada Sesuatu Yang Baharu Untuk Diterokai”, Pavilion Bukit Jalil memperkenalkan deretan nama baharu yang membawa pelbagai gaya, cita rasa dan pengalaman unik daripada label fesyen global, kafe tempatan, jenama kecantikan berasaskan organik, hinggalah konsep kedai gaya hidup moden.

Setiap kemasukan baharu ini menyumbang kepada kepelbagaian runcit yang menjadikan Pavilion Bukit Jalil terus menyerlah sebagai hab gaya hidup dan runcit terkemuka di Malaysia.

Fesyen dan Gaya Hidup: Gaya Baharu Untuk Setiap Personaliti

Antara jenama yang mengetuai segmen fesyen kali ini ialah LILANZ, jenama pakaian lelaki premium dari China yang terkenal dengan rekaan minimalis moden berinspirasikan warisan Timur.

Turut menyertai barisan fesyen ialah Leather Avenue, jenama tempatan yang menawarkan pelbagai koleksi barangan kulit, beg dan bagasi dari jenama antarabangsa serta koleksi eksklusif sendiri.

Tidak ketinggalan, VOIR terus menyerlah dengan rekaan elegan moden yang mudah digayakan untuk semua peringkat usia, manakala Sole Lovers memperkenalkan kasut mesra alam yang dihasilkan daripada bahan kitar semula seiring dengan trend fesyen mampan global.

Melengkapkan barisan ini ialah Crocs, jenama kasut antarabangsa yang terkenal dengan keselesaan dan gaya personalisasi unik melalui pelbagai reka bentuk clog dan hiasan Jibbitz yang ikonik.

Kecantikan dan Kesihatan: Keseimbangan Semula Jadi dan Inovasi Teknologi

Dalam kategori kecantikan dan kesihatan, Pavilion Bukit Jalil menyambut kehadiran Dirran Organic, jenama penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi yang menekankan prinsip vegan dan cruelty-free, menggabungkan kebijaksanaan herba purba dengan sains moden untuk menyerlahkan kulit sihat berseri.

Turut menyertai barisan ini ialah SKG, jenama pengurut pintar nombor satu dunia yang memperkenalkan teknologi kesihatan boleh pakai bagi membantu gaya hidup sihat dan kesejahteraan tubuh badan secara menyeluruh.

Kulinari dan Gaya Hidup Sosial: Menikmati Hidangan dan Minuman Dalam Suasana Baharu

Bagi penggemar makanan, Pavilion Bukit Jalil menawarkan pengalaman kulinari yang semakin meluas dengan kehadiran DELICIEUX COFFEE & FOOD, pemenang ASEAN Food & Travel Award bagi kategori Best Café Experience.

Kafe ini menghidangkan gabungan citarasa Barat dan Asia bersama kopi istimewa serta teh artisanal yang memikat deria.

Turut membuka cawangan baharu ialah Shangogo 山沟沟里的粉, restoran mi dari China yang terkenal dengan hidangan sour soup beef rice noodles, serta Eat Toast, jenama tempatan yang mengetengahkan sandwic kreatif dan pocket toast penuh rasa.

Sementara itu, Happy Potato menggembirakan pengunjung dengan kentang goreng berperisa yang rangup dan halal, sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Bagi pencinta minuman pula, Pavilion Bukit Jalil memperkenalkan tiga konsep unik Que Tang Yu Fang, jenama teh kesihatan dari China yang menggabungkan ramuan herba tradisional dengan teknologi AI untuk menghasilkan campuran peribadi; Ningji, sensasi teh lemon buatan tangan yang sedang melonjak popularitinya di China; serta Cha B, yang menawarkan variasi teh madu semula jadi untuk kesegaran yang lebih sihat dan menyenangkan.

Gaya Hidup dan Dekorasi: Sentuhan Seni, Rehat dan Hiburan Santai

Menambah keanggunan ruang gaya hidup, Pavilion Bukit Jalil kini menampilkan Gold Art yang mempersembahkan dekorasi emas berestetika tinggi dan LAOMIAO, jenama barang kemas mewah dari China yang terkenal dengan rekaan emas dan jed membawa simbol kemakmuran.

Untuk keselesaan kediaman pula, Ichiru memperkenalkan koleksi cadar penyejuk dan peralatan tidur moden bagi meningkatkan kualiti rehat.

Tidak ketinggalan Daruma, destinasi hiburan keluarga yang menampilkan ratusan mesin gachapon berwarna-warni dengan koleksi figura mini comel yang pasti mencuit hati semua peringkat usia.

Pavilion Bukit Jalil Di Mana Gaya Bertemu Pengalaman

Dengan lebih daripada 600 kedai merangkumi fesyen, kecantikan, gaya hidup, hiburan dan kulinari, Pavilion Bukit Jalil kini terus muncul sebagai mercu gaya hidup moden Kuala Lumpur.

Lokasinya yang strategik di koridor selatan ibu negara menjadikannya pilihan utama untuk membeli-belah, bersantai dan menikmati pengalaman baharu setiap kali kunjungan.

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Popular