editormaxinfo@gmail.com
BANGKOK – AUKEY, jenama global yang terkenal dengan penyelesaian pengecasan tanpa wayar premium, mengumumkan peluasan ekosistem MagFusion menerusi pelancaran 15 produk baharu berasaskan piawaian terkini Qi2.2.
Pengumuman itu dibuat bersempena Persidangan Rakan Kongsi Asia Tenggara yang berlangsung di Bangkok.
Koleksi terbaharu ini merangkumi 12 pengecas tanpa wayar dan tiga bank kuasa tanpa wayar, yang direka untuk menyokong pelbagai keperluan dan gaya hidup pengguna moden.
Dengan penambahan ini, portfolio produk Qi2.2 AUKEY kini berjumlah 16 model, termasuk MagFusion 2X yang dilancarkan bulan lalu.

Perkembangan ini secara langsung mengukuhkan lagi kedudukan AUKEY sebagai peneraju dalam segmen pengecasan tanpa wayar berprestasi tinggi.
Sebagai pelopor inovasi dalam teknologi pengecasan, AUKEY terus menampilkan produk yang bukan sahaja dilengkapi teknologi terkini, malah tampil dengan reka bentuk yang moden dan elegan.
Selaras dengan kemunculan piawaian Qi2.2, syarikat ini tampil selangkah di hadapan dengan menawarkan pelbagai penyelesaian pengecasan daripada satu peranti sehinggalah ke empat peranti secara serentak dalam pelbagai bentuk, termasuk pengecas meja, pengecas lipat untuk perjalanan serta bank kuasa tanpa wayar yang mudah alih.
Naib Presiden AUKEY, David Wu berkata, pendekatan berpusatkan pengguna adalah teras dalam pembangunan produknya.

“Kami sentiasa meletakkan keperluan pengguna sebagai keutamaan dalam pembangunan penyelesaian pengecasan tanpa wayar.
“Dengan sokongan padu daripada rakan kongsi kami, AUKEY komited untuk terus memperkenalkan produk inovatif dan berkualiti tinggi ke pasaran global,” katanya.
Antara produk utama yang menjadi tumpuan dalam pelancaran kali ini termasuk:
-MagFusion 1X, pengecas meja dengan sudut laras 35 darjah, ditawarkan dalam tiga pilihan warna moden: putih fros, kelabu gelap dan emas gurun.
-MagFusion 2X, pengecas dwi-telefon Qi2.2 pertama di dunia dengan reka bentuk gabungan “tapak dan pendirian”, sesuai untuk kegunaan profesional yang menyeimbangkan urusan kerja dan peribadi.
-MagFusion 3X Pro, menyokong pengecasan serentak untuk tiga telefon pintar dan dilengkapi teknologi penyejukan aktif Omnia-Frez yang mampu mengurangkan suhu sehingga 20°C.
-MagFusion Titan, sebuah stesen pengecasan 4-dalam-1 yang berprestasi tinggi untuk kegunaan seisi keluarga.

Rangkaian produk turut merangkumi siri pengecas lipat MagFusion L Series dan C Series yang direka khusus untuk pengembara, manakala model MagFusion Z, pemenang anugerah Red Dot dan iF Design, kini ditambah baik dengan sokongan Qi2.2.
AUKEY turut memperkenalkan bank kuasa tanpa wayar berkapasiti tinggi seperti MagFusion Reel 5000 dan MagFusion Reel 10000 yang menampilkan reka bentuk nipis, kabel boleh tarik serta pengecasan pantas 25W.
Promosi Jualan 9.9: Diskaun Sehingga 50 peratus dan Hadiah Eksklusif
Sempena sambutan jualan 9.9, AUKEY menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk pelbagai produk Qi2 di semua platform jualan rasminya.
Menariknya, kempen peraduan hadiah eksklusif turut dijalankan di Shopee dengan hadiah bernilai sehingga RM10,000, termasuk konsol permainan Nintendo Switch 2 sebagai hadiah utama.

Promosi ini boleh dinikmati di:
-Shopee AUKEY Official Store
-Laman Web Rasmi AUKEY Malaysia
-Lazada AUKEY Official Store


https://shorturl.fm/EbDal