28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 22, 2025

HONOR 400 Lite akan datang ke Malaysia 25 April ini

editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – HONOR secara rasminya mengumumkan ketibaan HONOR 400 Lite di Malaysia pada 25 April 2025, sekaligus menandakan kemunculan sulung siri HONOR 400 di negara ini.

Meneruskan kejayaan model terdahulunya, HONOR 400 Lite membawakan peningkatan ketara dalam fotografi, jangka hayat bateri, kualiti paparan, dan ciri-ciri AI.

Diangkat sebagai ‘pembunuh’ iPhone mampu milik, telefon pintar ini menampilkan fungsi Butang AI, iaitu ciri yang menyerupai butang kamera pada iPhone 16, namun ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah.

Dengan inovasi ini, HONOR berhasrat untuk membawakan telefon pintar berkualiti premium kepada pengguna dengan harga yang berpatutan.

Butang AI pada HONOR 400 Lite jauh lebih daripada sekadar alat untuk mengambil foto atau video, malah adalah nadi pelbagai keupayaan yang direka untuk memperkasakan tugas harian pengguna.

Dengan hanya satu sentuhan, pengguna boleh mendapatkan maklumat pantas, bantuan kerja yang lancar, dan terjemahan masa sebenar yang dijana oleh Google Lens dan Google Gemini.

Berikut adalah huraian mengenai bagaimana AI Button ini berfungsi sebagai pintu masuk kepada kehidupan yang lebih pintar dan efisien.

Satu Butang, Kawalan Penuh Kamera
Butang AI pada HONOR 400 Lite memperkenalkan fungsi Kawalan Kamera yang merevolusikan cara pengguna merakam saat-saat menarik.

Ciri ini membolehkan pengambilan foto, rakaman video, dan pelarasan fokus dengan kemudahan yang tiada tandingan tanpa pengguna perlu menyelaras kawalan pada skrin.

Dengan hanya satu seretan, pengguna boleh zum masuk dan keluar dengan lancar, manakala ketikan pantas memastikan kamera fokus tepat kepada subjek.

Pandangan Lebih Pintar dengan Google Lens
HONOR 400 Lite bukan sekadar pintar, tetapi amat membantu. Daripada hasil integrasi Butang AI dengan Google Lens, kamera peranti ini kini menjadi pembantu ilmu pengetahuan yang berkuasa.

Menerusi mod Search, pengguna dapat mengambil pelbagai jenis gambar seperti kucing, tumbuhan, sehinggalah ke bangunan bersejarah, dan terus mempelajari mengenainya dengan lebih lanjut secara pantas.

Sewaktu keluar membeli-belah, pengguna boleh gunakan Google Lens untuk mengambil foto beg tangan yang menarik atau kasut yang bergaya.

Telefon pintar akan segera memaparkan barangan yang serupa, termasuk harga dan pautan ke kedai atas talian, membolehkan pengguna membandingkan atau membeli terus di situ.

Pelajar boleh memanfaatkan mod Homework mengambil gambar soalan matematik, kimia, atau biologi dan memperoleh penyelesaian beserta langkah kerja dalam masa sebenar.

Selain itu, Butang AI juga amat praktikal untuk menterjemah bahasa asing. Hanya gunakan mod Translate untuk mengimbas menu, papan tanda, atau dokumen untuk mendapatkan terjemahan segera dalam bahasa pilihan.

Ia umpama memiliki seorang guru, pembantu membeli-belah, dan teman melancong, semuanya di dalam saku pengguna.

Google Gemini Sentiasa Sedia
Kefungsian pintar tidak terhenti pada Butang AI sahaja. Tekanan lama pada Butang Kuasa akan mengaktifkan Google Gemini – pembantu AI peribadi yang direka untuk menggalakkan produktiviti dan kreativiti.

Sama ada sedang mendraf emel, merancang percutian, atau mencari ilham untuk sesebuah projek, Google Gemini bersedia membantu pengguna melalui teks, suara, mahupun kamera.

Dalam pada itu, ciri ini juga boleh mengakses ke beberapa aplikasi Google seperti Maps, YouTube, penerbangan, dan hotel dengan mudah.

Pengguna juga boleh bercakap dengan Gemini Live untuk mendapatkan maklum balas masa sebenar, sama ada untuk meringkaskan topik yang kompleks atau mempersiapkan saat-saat yang penting.

Lebih Banyak Ciri Yang Dikuasakan AI
HONOR 400 Lite dilengkapi dengan ciri-ciri pintar yang mempertingkatkan pengalaman penggunaan harian pengguna.

Daripada AI Eraser dan AI Outpainting untuk penyuntingan kreatif, kepada Face-to-Face Translate, Magic Portal, dan Circle to Search Google, peranti ini menghadirkan pengalaman AI premium terus kepada pengguna, semuanya dalam bentuk yang ringkas dan penuh gaya.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular