editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Dalam semangat keberkatan Ramadan, Astro Shaw dan Mirinda mengambil kesempatan untuk menyebarkan kasih sayang dengan mengadakan majlis berbuka puasa yang amat bermakna bersama 40 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor.
Majlis ini yang berlangsung penuh keceriaan dan kemesraan disempurnakan oleh Amy Gan, Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, bersama Norsalvina Alwee, yang turut menyampaikan sumbangan duit raya dan hamper kepada anak-anak yatim.
Bekerjasama dengan 7UP, Wonda Coffee, dan Goodday Charge, majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon terkenal dari filem Keluang Man seperti Nas Muammar Zar, Anwaar Beg Moghal, dan Shweta Sekhon, serta pelakon-pelakon dari filem Abah Saya Uncle Mike, Idan Aedan, Nor Merah, dan Umar Shakur.
Pelakon drama premium One Cent Thief 2 dan First Wives turut memeriahkan majlis, antaranya Azira Shafinaz, Syarul Ezani, dan Trisha Ooi.

Salah satu momen paling berharga pada majlis itu adalah kehadiran Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike, individu yang menjadi inspirasi di sebalik filem Abah Saya Uncle Mike.
Uncle Mike hadir bersama tiga anak angkatnya, Rafei, Rasyid, dan Rahman, memberi sentuhan yang lebih mendalam kepada sambutan berbuka puasa ini.
Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad berkata, bersama-sama dengan Etika, mereka berbesar hati dapat mengadakan inisiatif seperti ini pada bulan Ramadan.

“Kerjasama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kami dengan masyarakat, tetapi juga memberi peluang kepada kami untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
“Kami berharap agar momen ini memberi inspirasi kepada semua,” katanya.
Mirinda tidak ketinggalan dalam meraikan semangat Raya dengan memperkenalkan treler rasmi Raya untuk filem Abah Saya Uncle Mike yang bertajuk Balik Rayaaahhh.

Treler itu mengisahkan perjalanan Uncle Mike bersatu semula dengan tiga anak angkatnya dalam suasana perayaan di kampung.
Bagi penggemar filem dan peminat, treler ini kini boleh ditonton di pelbagai platform media sosial.
Sementara itu, Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd Amy Gan berkata, kerjasama dengan Astro Shaw bukan sahaja untuk menyemarakkan semangat Raya, tetapi juga untuk memastikan anak-anak di rumah kebajikan ini turut merasai keceriaan dan kehangatan perayaan.
“Kami percaya semangat Raya adalah tentang berkongsi kasih sayang dan kegembiraan bersama mereka yang tersayang,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada kemeriahan Raya, Astro Shaw dan Mirinda juga mengadakan beberapa sesi interaktif di pasar raya terpilih di Lembah Klang.
Peminat dan penonton berpeluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan barisan pelakon filem Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, dan drama premium One Cent Thief 2 serta First Wives.
Sesi ini turut memberikan peluang kepada 25 peminat pertama yang membeli produk jenama terlibat seperti Mirinda, 7UP, Wonda, dan Goodday Charge untuk bergambar dan mendapatkan autograf selebriti pujaan mereka.
Selain itu, sesi uji bakat untuk drama premium Bad Cop juga diadakan di lokasi pasar raya terpilih.
Seramai 50 individu pertama yang membeli produk bernilai RM20 dari jenama terbabit berpeluang untuk menyertai sesi uji bakat dan merebut peluang untuk muncul dalam drama Astro Originals yang akan datang.

Sebagai tanda terima kasih dan untuk menambah kegembiraan perayaan, Mirinda menawarkan hadiah e-Duit Raya berjumlah RM260,000.
Pelanggan yang membuat pembelian minimum RM15 produk Mirinda atau jenama lain yang mengambil bahagian berpeluang memenangi wang tunai ini.
Kempen ini berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2025, bagi memastikan perayaan ini dirai dengan penuh keceriaan.
Peminat filem dan drama juga boleh menantikan tayangan filem aksi Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam mulai 29 Mei 2025, serta filem Abah Saya Uncle Mike yang akan ditayangkan pada Ogos 2025.
Drama premium First Wives pula akan memulakan tayangan pada 11 April 2025 di Astro Go, On Demand, dan Astro Ria pada jam 9 malam.