editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Festival jualan raya yang paling ditunggu-tunggu, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya, bakal mencipta sejarah sebagai festival raya terpanjang dan terbesar di Malaysia.
Festival ini akan berlangsung selama 11 hari berturut-turut, dari 14 hingga 24 Mac 2025 di WTC Kuala Lumpur.
Dengan tema “Shopping Awal Tak Kalut,” festival ini bukan sahaja menampilkan pameran jualan, tetapi juga sebuah pengalaman penuh warna-warni yang menggabungkan festival raya dan festival makanan dalam satu acara gempak.

Sebagai acara yang bakal mencatatkan sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai festival raya terpanjang dan terlama, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa.
Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai tarikan istimewa, termasuk cabutan bertuah harian dengan hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik (EV Car), serta lebih 300 gold coin yang menanti pemenang setiap hari.
Tidak hanya tentang membeli-belah, festival ini juga akan dihidupkan dengan persembahan artis tempatan setiap malam, menjanjikan hiburan tanpa henti untuk semua pengunjung.
Selain itu, 80 booth makanan eksklusif daripada Rasa Fusion Food Festival akan menawarkan pelbagai juadah enak, meriahkan suasana Ramadan dan menjadikan festival ini yang pertama menggabungkan pameran raya dan festival makanan sempena bulan puasa.
Festival ini juga menawarkan live booth percuma bagi vendor terpilih, serta sesi podcast harian sepanjang acara yang membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan persiapan raya dan trend terkini.
Pengunjung juga berpeluang berinteraksi dengan selebriti dan influencer terkenal seperti Ashraf Muslim, Kak KM, Emy Takal, Ifik Takal, Bella Hanna, Aisyah Rahim, Nurul Ellyna, Iddin Ramli, dan ramai lagi yang bakal menambah kemeriahan festival ini.

Penganjur, Mivas City Sdn Bhd berkata, mereka bersama rakan strategik berkongsi pelbagai aktiviti dan kejutan menarik yang akan berlangsung sepanjang festival.
Gerobok Biru Gegak Gempita Raya bukan sekadar festival membeli-belah, tetapi juga satu platform untuk mengangkat keunikan budaya, gaya hidup, dan tradisi rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pelbagai pilihan fesyen raya, biskut tradisional, gajet, produk kecantikan, dekorasi rumah, dan banyak lagi akan tersedia di bawah satu bumbung, memastikan semua keperluan raya pengunjung dapat dipenuhi.
Acara ini mendapat sokongan daripada WTC Kuala Lumpur sebagai Official Venue, Specta sebagai Strategic Partner, Rasa Fusion Food Festival sebagai Official Food Festival, Ombak Exclusive sebagai Official Printing Partner, dan VNM Studio sebagai Official Media Partner.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemeriahan Gerobok Biru Gegak Gempita Raya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Mivas City Sdn Bhd di sales.gerobokbiru@gmail.com atau kunjungi media sosial mereka di TikTok, Facebook, dan Instagram: @gerobokbiru.

