editormaxinfo@gmail.com
SUBANG JAYA – Dongfeng Cars Malaysia, anak syarikat PEKEMA yang diwakili oleh Central Auto Distributors Bhd, telah mengambil peluang untuk memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) terbaharu mereka, Dongfeng Box, di Mydin Mall USJ.
Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dan merasai sendiri keunikan serta teknologi terkini dalam dunia EV.
Program ini juga diserikan dengan kehadiran Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin, yang turut hadir bersama isteri serta barisan kepimpinan PEKEMA.

Dalam kesempatan itu, Dongfeng turut memperkenalkan tawaran istimewa untuk dua model EV mereka, iaitu Dongfeng E2 dan Dongfeng E3.
Dengan harga bermula dari RM78,888 dan RM88,888, tawaran ini terhad kepada jumlah unit yang tertentu.
Inisiatif ini selaras dengan komitmen PEKEMA untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan teknologi hijau.
Penggunaan EV bukan sahaja membantu mengurangkan kesan perubahan iklim, tetapi juga memastikan masa depan yang lebih lestari bagi negara.

