29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 8, 2025

Astro hangatkan debaran ‘Curang Tanpa Niat’ dengan tayangan istimewa menjelang episod kemuncaknya

editormaxinfo@gmail.com

PUTRAJAYA – Setelah berjaya menarik perhatian penonton menerusi slot MegaDrama di Astro, drama Curang Tanpa Niat terus mengungguli dunia televisyen, berjaya mencuri perhatian peminat dengan jalan cerita yang mendalam dan penuh emosi.

Drama ini telah berjaya menggantikan fenomena drama terdahulu, Andai Tiada Dia, dengan isu-isu yang relevan dan realistik, sekaligus mencetuskan perbualan hangat di pelbagai platform media sosial.

Bukan hanya kerana jalan ceritanya yang memikat, tetapi kehebatan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, Sharifah Sakinah, dan ramai lagi yang berjaya menghidupkan watak-watak mereka dengan penghayatan yang mendalam.

Hasilnya, Curang Tanpa Niat mencatatkan lebih daripada 1.6 juta tontonan, menjadikannya antara drama Melayu terbaik yang pernah dihasilkan oleh Astro.

Sebagai sambutan kejayaan ini, Astro telah menganjurkan tayangan istimewa yang dihadiri oleh barisan pelakon, peminat, serta rakan media bertempat di Hotel Le Méridien, Putrajaya pada 6 Februari lalu.

Dalam acara terbabit, hadirin berkesempatan menyaksikan episod ke-28 yang penuh debaran, diikuti dengan sesi temu bual eksklusif bersama pelakon-pelakon utama yang hadir.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Curang Tanpa Niat yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Ia juga boleh ditonton secara strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular