29.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 10, 2026

Lebih 20 jalan di Kuala Lumpur ditutup sempena Thaipusam

editormaxinfo@gmail.com

KUALA LUMPUR – Lebih 20 jalan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula Ahad ini, 11 Februari, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, penutupan jalan akan bermula pada jam 9 malam pada Ahad, bagi memberi laluan kepada perarakan yang dimulakan dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S. Lee, menuju ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves, Selangor.

Antara jalan yang terbabit adalah Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.

Selain itu, Jalan Raja Laut, Jalan Belia, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Lama (Batu Lima) dan Jalan Kepong Baru turut terbabit dalam penutupan dan lencongan berkenaan.

Rusdi berkata, perarakan balik pedati akan berlangsung pada Rabu, 12 Februari, bermula jam 3 petang melalui laluan yang sama.

Beliau menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih teliti dan mengelakkan penggunaan jalan-jalan yang terbabit dalam penutupan serta lencongan ini.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-20719999 atau melalui Hotline Trafik di 03-20260267/0269, atau mana-mana balai polis berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN

Popular